Minta maaf jika tulisan dan bahasa gua ini akan menyakitkan hati sesetengah reader, tapi gua tahu, semua readers blog ini adalah seorang yang cool. Bukan nak tunjuk pandai mahupun memandai-mandai, tetapi jika anda seorang yang berfikiran terbuka, menerima kritikan atau teguran secara yang positif, gua yakin, anda tidak akan terasa ataupun melatah dengan entri ini. Anggaplah yang kita sama-sama belajar dan cuba untuk membetulkan kesilapan dan kekurangan yang ada. Bak kata Abang Jamil dalam cerita Madu Tiga. "
Siapa yang marah... nasihat !!"
Kalau di sebut saja pasal tukar-tukar template, mesti ramai juga yang berkerut dahi. Dalam kepala dah membayangkan yang widget dalam blog nanti akan hilang, satu kerja yang menyusahkan diri dan berbagai faktor luaran yang akan menyebabkan kita terus dibayangi dengan persaan takut untuk cuba menukarnya. "
Buat apa pulak aku nak tukar-tukar template. Kan blog aku dah cantik". Ya, memang cantik. Jadi, anda mungkin tidak ada kena mengena dengan entri ini, tetapi anda boleh juga terus membacanya jika mahu.
Oleh kerana takut ataupun terlalau sayangkan template classic itu, kita cuba mengambil jalan yang mudah dengan membuat sedikit ubahsuai dan tambahan pada template tersebut seperti menukar saiz lebar ataupun menambah sidebar atau apa saja yang dirasakan sesuai dan perlu.
Sebenarnya, membuat pengubahsuaianan dengan cara tersebut lebih menyusahkan diri kita sendiri dan sangat berisiko. Lainlah jika kita betul-betul memahami dan mahir untuk membuat pengubahsuaian pada template. Mengapa perlu menyusahkan diri dengan memilih jalan yang sukar jika terdapat cara yang lebih mudah?
Sampai bila-bila pun kita tetap setia dengan template classic tersebut jika kita tidak berani untuk cuba menukarnya. Belum apa-apa lagi dah cakap susah. Orang lain dah sibuk tukar template ala wordpress tetapi kita masih lagi disini dengan template classic. Adakah kita memang seorang yang classic?
Alasan yang selalunya di beri jika ada visitor atau reader yang menegur tentang layout blog kita ialah, sebab terlalu suka dan kasihkan template tersebut atau kita cakap, kita seorang yang sukakan sesuatu yang simple. Ini sebenarnya adalah helah bela diri yang dah tak boleh pakai. Gua tak percaya lagi dengan alasan yang semacam ini. Pasti juga ada yang beralasan yang template tersebut memang kena dengan jiwa dan raganya. Mungkin...
Berterus terang sajalah yang kita sebenarnya tak tahu macam mana nak tukar. Kenapa mesti bagi alasan yang sedemikian rupa. Bagaimana boleh kita tafsirkan yang kita suka kepada sesuatu yang simple tetapi hakikatnya dalam blog kita berlambak widget yang entah apa-apa entah. Header sebesar-besar alam dan tulisan yang berwarna warni buat sakit mata nak membacanya? Ya, ianya memang sesuatu yang simple.
Kalau kita tengok template-template baru yang ada sekarang, kebanyakannya di adaptasi dari template wordpress. Ada yang 2 column dan 3 column. Kalau nak 4 colum dan bercolumn-column pun ada juga. Ianya simple juga, tetapi lebih menarik dan lebih elegant. Nampak macam seorang yang profesional jika kita menggunakannya walaupun hahikatnya kita tak tahu apa pun. Yang kita tahu, cuma tukar template.
Banyak penambahbaikan yang telah dibuat oleh designer pada template-template baru yang bertujuan untuk memudahkan blogger dan reader . Ada template yang telah siap dipasang dengan auto read more, recent posts, recent comments, feeds dan sebagainya. Bukankah ia sememangnya telah memudahkan kita?
Jika kita takut widget yang kita pasang mungkin hilang semasa kerja-kerja menukar template, salin kod setiap widget tersebut pada note pad. Kalau hilang widgetnya pun, kan boleh di pasang semula. Memanglah sedikit menyusahkan nak kena cari semula, tetapi bak kata pepatah, "nak, seribu daya, tak nak, seribu dalih". Kalau banyak sangat dalihnya, kekal sahaja dengan template lama. Habis cerita. Lepas tu, jangan pulak tanya, macam mana nak buat itu, nak buat ini, nak pasang itu, nak pasang ini. Kata simple. Jadi, teruskanlah dengan dunia simple itu.
p/s:
Siapa yang rasa kerja tukar template ni memang susah, sila tulis jawapan anda
YA atau
TIDAK pada ruangan komen. Jika majoriti beri jawapan
TIDAK, gua akan buat lagi satu tutorial yang lebih detail, sedetail-detailnya tentang macam mana nak tukar template. Komen dari Anonymous tidak di ambil kira. Tapi janganlah bantai tulis YA atau TIDAK aje. Komenlah sikit.