• Natlie Imbruglia

Doesn`t she look very cool?

• Thousands of Years

Earth has lived thousands of years...

• Fruits

Fruits are vital for health and their nutrients...

• The Lonely Road

The Lonely Road reminds Me with You...

• Twister

Here are some twisting graphics for you...

Sunday, August 23, 2009

Selamat menyambut bulan Ramadhan

Saya ingin mengambil peluang hari ini untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua pembaca Mari bina blog.

Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Saya akan sentiasa doakan kejayaan anda, mudah-mudahan anda juga mendoakan kejayaan saya. Sama-sama doakan kejayaan kita semua dan dimurahkan rezeki. Amin..

Thursday, August 20, 2009

Membina widget recent comments (komen terkini )

Untuk membina widget recent comment seperti yang anda dapat lihat pada sidebar blog saya(respon terkini), terdapat satu cara yang sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mengikut beberapa langkah dibawah.

Langkah 1

Salin dan edit kod berwarna biru di bawah pada notepad. Tukarkan kod yang di bold dengan warna merah dengan url blog anda. Anda juga boleh menukar angka yang di bold dengan warna merah dengan bilangan comment yang ingin di paparkan.

Langkah 2

Login blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Klik HTML/Javascript. Langkah 3 Paste kod yang telah di edit ( lihat langkah 1), dan paste pada ruangan content.

Akhir sekali, klik save.

Membina widget recent posts

Untuk memaparkan 5 posts yang terkini pada sidebar blog seperti yang anda dapat lihat pada sidebar blog saya (entri terkini), anda boleh melakukannya dengan beberapa langkah yang mudah.

Langkah 1

Salin dan url di bawah ini.

http://masukkan url blog anda/feeds/posts/default

Contoh: http://maribinablog.blogspot.com/feeds/posts/default

Langkah 2

Login blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Klik pada Feed.

Langkah 3

Paste url yang telah di edit (lihat langkah 1) pada ruangan Feed url. Seterusnya klik Continue. Edit bahagian Title dan pilih berapa tajuk posting yang ingin anda paparkan. Maksimum ialah 5.

Akhir sekali, klik save.

Membina fungsi read more.. 2

Bagi blogger yang menggunakan template baru, mungkin akan menghadapi masalah mengikut tutorial bagaimana membina fungsi readmore... pada posting saya yang lepas. Ini kerana kod fungsi read more tersebut hanya sesuai untuk mereka yang menggunakan templata classic ataupun template yang di edit menggunakan script template classic.

Untuk template baru, langkah untuk membina fungsi read more di tunjukkan pada langkah di bawah ini.

p/s: save script template asal, ianya bertujuan sebagai back up apabila terjadi error semasa melakukan editting pada script template.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Template.

Langkah 2

Tekan Ctrl+F dan taipkan kod <data:post.body/> atau
<data:post.body/>
dan tekan enter.

Langkah 3

Salin kod di bawah(merah). Seterusnya delete kod <data:post.body/> atau
<data:post.body/>
(lihat langkah 2) dan gantikan dengan kod berwarna merah.

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<data:post.body/>

<b:else/>

<data:post.body/>
Read more...

</b:if>

Seterusnya klik save.

Langkah 4

Untuk menjadikan ayat atau perenggan pada posting di ubah kepada perkataan read more..., kod di bawah hendaklah di letak pada awal dan akhir pada ayat atau perenggan pada setiap artikel atau posting yang hendak ditulis.

Contoh:

Apa itu Blog ?

Blog ( singkatan dari Weblog) adalah sesuatu yang bersifat peribadi, iaitu lebih kepada diari dari pembina blog itu sendiri.

Blog dibina oleh designer blog agar mudah untuk diselanggara , jadi bagi anda yang masih kurang faham dengan bahasa pengaturcaraan untuk membuat sebuah blog, kini ianya tidak lagi menjadi masalah.
Apabila anda sudah boleh membuat sebuah account gmail di internet, maka dalam membuat blog pun ianya adalah mudah.

Tulisan yang di boldkan akan di tukar kepada read more...

Sunday, August 9, 2009

Apa tujuan kita berblog?

Pada posting kali ini, saya akan cuba untuk lebih santai dan cuba keluar dari subjek tutorial blog. Bukan apa, kadang-kadang bosan asyik bercerita tentang blog.

Saya nak berkongsi pengamalan bersama pembaca semua. Ianya masih lagi membicarakan tentang blog..haha.. tetapi pastinya bukan tutorial. Ianya tentang apa tujuan kita berblog.

Jika kita jengah di luar sana, terdapat berjuta-juta blog dan website yang pelbagai. Blog kita juga termasuk dalam angka yang berjuta-juta itu....banyak tu. Jadi kalau terlalu ramai yang berblog, siapa pula yang nak baca atau surf blog yang berjuta-juta itu. Tetapi persoalannya sekarang ialah, tujuan kita berblog.

Ada blogger yang akan menjawab tujuan dia berblog hanyalah suka-suka ataupun hanya untuk tatapan keluanga, adik beradik , sanak saudara dan jiran sebelah rumah.

Ramai blogger hari ini yang membina blog semata-mata nak buat duit dengan blog. Nak pasang iklan banyak-banyak dalam blog dengan tujuan nak cepat kaya. Kalau macam tu senang aku nak kaya..haha. Ada blogger yang bertanya, macam mana erk nak masukkan iklan, masukkan adsense, nak buat duit dengan blog, buat duit dengan iklan dan nak jadi kaya macam Bill Gates. Jawapannya senang. Cari seramai mungkin visitor yang sudi melawat blog kita dan menunggu dengan penuh harapan supaya visitor klik-klik iklan anda. Cara macam ni boleh buat duit kut..

Bloggers yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya berblog, bermula perlahan-lahan, mencari readers seramai yang mungkin. Tiada blogger yang hari ni dia buat blog, esok terus jadi jutawan. Bagi blogger yang bergantung pada iklan adsense pula, mereka membina berpuluh-puluh blog malah ada yang mencapai angka ratus (agaknya) untuk menjadikan adsense sebagai sumber pendapatan. Itupun kalau ada yang sudi nak klik iklan adsense tersebut. Tiada jalan yang mudah untuk kita menjadi kaya dengan cepat hanya dengan membina blog dan terus menyumbat blog tersebut dengan pelbagai jenis iklan yang berada di pasaran.

Ada pula blogger yang ingin mempromosikan produk mereka, menjadikan blog sebagai platform untuk dengan membuka online shop. Ia sebenarnya suatu tindakan yang bijak dan ternyata mudah. Tetapi malangnya, pemilik online shop tidak pandai mendekorasi online shop mereka secara kreatif dan mampu menarik perhatian visitor . Asalkan ada gambar produk yang hendak di iklankan saja, terus di uploadkan pada blog. Bermacam-macam benda yang di sumbat ke dalam blog. Kebanyakan online shop yang menjual aksesori wanita biasanya akan meletakkan banyak gambar-gambar sebagai rujukan pelanggan, tetapi malangnya susun atur blog mereka menyebabkan pelanggan hanya singgah sekali seumur hidup mereka. Maaf jika ada yang terasa, tetapi inilah realitinya. Jangan beranggapan jika sudah mempunyai sebuah online shop yang padat dengan segala macam benda yang hendak di jual, tindakan seterusnya ialah berdiri dengan muka yang tersenyum manis di depan pintu masuk online shop kita menyambut kehadiran pelanggan, padahal online shop tidak teratur, suram, macam nak runtuh pun ada dan lebih dahsyat lagi, berhantu.

Saya selalu menjengah online shop dan kebanyakan layout terlalu lambat untuk proses loading kerana sarat dengan gambar dan widget. Page hadapan yang terlalu panjang untuk di scroll. Ada blog yang lebih 10 post untuk muka depannya..haha..

Realitinya hari ini, pengunjung yang masuk ke blog bukannya nak tengok layout yang panjang-panjang, dengan tulisan berwarna-warni dan yang penuh dengan widget.

Anda mesti ibaratkan blog anda seperti sebuah majalah yang mudah untuk di selak dari page ke page yang lain dan kelihatan kemas susun aturnya. Bukannya seperti scroll yang panjang berjela hingga mencecah lutut.

Saya ingin bertanya kepada anda, apakah tujuan anda berblog? Boleh kita kongsi bersama? ..

Artikel ini akan bersambung.

Nota kakiku: Bagilah komen sikit. Nak tau gak respon tuan-tuan macam mana.

7 Langkah Menulis Blog untuk menarik pembaca.

Semasa saya sedang asyik melayari blog orang lain, tiba-tiba saya terpandang satu artikel yang sangat menarik yang saya rasakan dapat dikongsi bersama. Ianya tentang cara bagaimana untuk kita menarik pengunjung membaca artikel atau posting yang kita buat. Caranya sangat mudah dan saya rasa anda di luar sana mampu melakukannya juga.

Artikel di bawah ini saya ambil dari blog Sang Murobbi IT iaitu rajakamil.com.

url = http://rajakamil.com/problogger-make-money-blog-7-langkah-menulis-blog-untuk-menarik-pembaca-2008-11-08/

7 Langkah Menulis Blog untuk menarik pembaca.

Technorati telah mengindex 133 Juta blog. Menurut statistik mereka, terdapat 900 000 blog post setiap 24 jam. Hampir semua niche, topik, theme, dan industry ada diblogkan.

Persoalannya, bagaimana nak tarik minat pembaca untuk membaca blog kita.

Nak menonjol di celah-celah jutaan buah blog, nampaknya hampir mustahil. Tapi, bukan tidak boleh. Ada sahaja blog yang baru dibina namun, berjaya mendapat ribuan pembaca setia dalam sehari. Mengapakah boleh begitu?

Tip-tip di bawah mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.

Tidak Menulis Dalam Tekanan

Sesetengah orang menulis blog semata-mata untuk memperoleh keuntungan dari sistem affiliate, pengiklanan dan lain-lain.

Tapi, perasankah kita, jika kita menulis kerana duit ianya akan menjadi satu rutin yang menjemukan. Pilihlah topik yang kita ada rasa “ghairah” atau dalam bahasa Inggeris disebut “passion” untuk sentiasa update.

Jika kita minat sukan tennis, tulislah tentang tennis walaupun untuk keyword “tennis” nilai adsensenya sangat rendah :D

Tidak pada topik yang tiada langsung pembaca.

Terkadang, ada juga blogger yang jenis shok sendiri. Menulis blog untuk dirinya sendiri. Salahke ? Tak salah, tapi apa salahnya kita mendapat insentif daripada blog yang kita bina sendiri.

Sebagai contoh, kita cerita tentang lipas kudung. Daripada permulaan blog, tak habis-habis menceritakan tentang seekor lipas yang bernama ROY yang kudung kakinya dan dijumpai di dalam bilik air.

Sudah lah tu…… Bawak-bawaklah cerita lain yang ada pembacanya.
Sedikit kajian niche blog perlu ada untuk memulakan sebuah blog yang baru.

Unik

Jadilah seunik yang boleh. Cipta satu trademark pada blog anda. Sebagai contoh, pada setiap hujung artikel akan dibuat sebuah pantun. Ataupun, dalam setiap post, pasti akan ada gambar-gambar terkini keadaan tayar kereta kancil 660 anda.

Dan macam-macam lagi yang buatkan pembaca mengenali anda melalui trademark anda tadi
Apa agaknya trade mark rajakamil.com?

…ataupun seasli yang mungkin

Copy dan paste pada blog merupakan satu etika yang salah. Namun begitu, apa salahnya memberi kredit pada pemilik asal artikel tersebut.

Jika anda dapat menguasai sesuatu niche blog dengan baik, maka, ianya tiada masalah untuk menulis artikel yang benar-benar ori.

Topik yang anda memang layak untuk dikongsi

Perasan tak, sekarang ni, banyak blog yang menceritakan tentang buat duit diinternet. Jika anda bercadang untuk buat satu blog yang nichenya tentang buat duit diinternet, baik anda fikir dahulu. Adakah aku telah buat sehingga 7 angka setahun?

Kadang-kadang, penulis blog itu cakap tak serupa bikin. Hanya copy idea dari blog orang lain. Bila ditanya, berapa yang pernah dapat dari online bisnes, jawapannya sering buat kita tertanya-tanya, layak ke dia nak ajar kita buat duit diinternet sedangkan sesen pun dia tak pernah dapat dari internet.

Banyak lagi contoh lain. Sebagai contoh, anda menulis blog tentang dunia pemotoran. Apabila ditanya, antara Duccati dan TZM , yang mana lebih baik, dia menjawab MODENAS. :P

Atau topik yang menumpu pada sesebuah komuniti

Mungkin juga anda boleh membuat sebuah blog yang perbincangannya menumpu pada sesebuah komuniti. Contohnya, kebanyakan pembaca blog saya datangnya dari WangCyber.com, jadi relevensi topik saya kenalah bertepatan dengan perbincangan yang ada dalam wangcyber.com

Anda juga boleh buat sebuah blog yang khusus untuk group MLM anda. :D

Kuncinya ialah mencipta kehadiran yang sentiasa diingati

Tak perlu sangat buat blog yang havoc, funky dan pelik2. Jadilah diri anda. Yang penting ialah setiap post anda seolah-olah berbicara dengan pembaca. Sedikit demi sedikit anda akan mencapat pembaca blog yang setia.

Saturday, August 8, 2009

8 cara meningkatkan pengunjung ke blog anda.

1. Ping URL blog sekurang-kurangnya sehari sekali..

2. Submit URL blog khas untuk Google.

3. Kerap menambah artikel baru (update blog).

4. Masuk blog lain dan tinggalkan komen.

5. Rajin bertukar-tukar link.

6. Aktifkan RSS blog.

7. Gunakan Search Assistant pada Search Engine.