• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Penglipurlara politik cakap tak serupa bikin.


Gua semacam terperasan, makin banyak blog yang menunjukkan minat tulis pasal politik. Orang nak berpolitik, dia pun nak juga. Ini sebenarnya menggambarkan kebebasan menulis yang sepatutnya di manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Tapi tetap juga ada nada-nada sumbang yang berbunyi "tak ada kebebasan".

Ada yang tulis, condongnya ke kanan, ada yang ke kiri dan ada yang tengah-tengah. Tapi yang jenis tengah-tengah memang payah nak jumpa.

Malangnya, yang menyebabkan nama blogger khasnya blogger politik jadi tak sihat, berpunca dari segelintir blogger yang boleh di ragukan kredebilitinya dalam menulis sesuatu isu. Sumber yang datangnya dari cerita kedai kopi, copy paste, khabar angin dan ada kalanya datang dari angin kentut yang di tambah lebih kurang menjadi secukup rasa. Dasar penglipurlara politik murahan.

Entri yang di sampaikan kepada readers hanyalah sekadar teori domino dan andaian yang di tulis main ikut sedap macam tulis karangan. Imaginasi tahap tinggi. Tapi perangai tak matang. Tu yang kadang-kadang, siap keluar maki hamun dan sumpah seranah tak kira siapa. Janji puas. Berjuang katakan.

Tak pasti pula gua kalau ada blogger yang dapat lesen maki hamun. Salahkan itu, salahkan ini. Itu tak betul, ini tak betul. Kalau boleh dia dengan dia punya perjuangan saja yang betul. Yang bagi komen pun ada yang jenis lebih kurang. Anonymous tu biasa-biasa saja. Bila ada yang tak sekepala, mesti kena label itulah, inilah, hukum itu, hukum ini. Entah apa-apa. Provokasi macam budak-budak belum cukup umur yang hanya menyusahkan dan merosakkan.

Mesej apa sebenarnya yang hendak di sampaikan kepada readers. Berjuang jenis tunggul apakah ini?

Semakin boleh di pertikaikan kredibiliti penulis yang berselindung di sebalik nama samaran yang ala-ala macam hero hindustan tapi bila tengok avatar, gambar pokok kelapa terpapar. Privacy katanya. Tapi, tulis dalam blog bukan main. Pung pang pung pang. Cakap tak serupa bikin.

Tak kiralah karat ke sebelah mana sekali pun terhadap politik, yang penting sekali adalah sumber dan fakta yang ingin di sampaikan. Pastikan kesahihannya. Lepas tu kalau tak puas hati pun janganlah lebih-lebih sangat. Nak kutuk nak maki, apa hal. Pandai pulak marah bila ada yang balas. Oh..gua terlupa. Berjuang katakan. Nak tulis bab politik tu biar berpada-pada. Ambil pendekatan bersederhana saja pun dah cukup. Politik tetap politik.

p/s:
~ Jangan memalitkan tahi pada perjuangan yang anda katakan benar itu. Kalau muka sendiri, tak mengapa.

~ Lebih baik berdiri atas pagar. Baru rasa tinggi sikit. Pandangan pun makin luas.

Wednesday, February 10, 2010

Free template blog untuk butik online

Di sini tersenarai beberapa jenis template yang mungkin sesuai untuk di jadikan sebagai theme bagi pemilik butik online yang inginkan kelainan. Template-template yang berkonsep photo ini di rasakan amat bersesuaian dan terbaik dari segi kekemasan.

Kebiasaannya, butik online banyak memaparkan gambar sebagai rujukan kepada pengunjung. Dengan menggunakan template yang berkonsep photo ini, banyak gambar dan image yang dapat di paparkan pada muka depan. Ini sebenarnya dapat memudahkan pengunjung yang masuk ke butik online tersebut untuk explore setiap gambar yang berkaitan sebagai rujukan.

Jika anda ingin mencuba template-template yang tersenarai di bawah, anda boleh download di site btemplates.com






Sunday, February 7, 2010

Cara besarkan saiz image pada posting



Apabila kita mengupload gambar atau image pada post, saiz asal gambar akan di ubah kepada default setting yang di tetapkan oleh blogger.com. Walaupun kadangkala saiz gambar yang kita upload itu besar, tetapi apabila di view pada post, saiznya bertukar menjadi kecil.

Terdapat satu trik yang mudah untuk mengekalkan saiz asal gambar atau image yang kita upload itu.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengubah kod gambar atau image yang telah di upload itu.

Contoh:

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjREXbRVIEi8KvZIJosXH98ZrGHutIfYo8lso1F0mJfkE-B1sWZIPn3tXlKE_9d0QRO2x3XIPyzZqu3D8_7bqr761P6THW42f8XIwG1AVKxNyDYnrGKKui3aJn6q5rAfQeWrMWmWk9K7mk/s1600-h/linkbox.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjREXbRVIEi8KvZIJosXH98ZrGHutIfYo8lso1F0mJfkE-B1sWZIPn3tXlKE_9d0QRO2x3XIPyzZqu3D8_7bqr761P6THW42f8XIwG1AVKxNyDYnrGKKui3aJn6q5rAfQeWrMWmWk9K7mk/s320/linkbox.jpg" /></a></div>


Ubah kod s320 yang di bold dengan menjadi s800 atau s1600

Contoh:

<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjREXbRVIEi8KvZIJosXH98ZrGHutIfYo8lso1F0mJfkE-B1sWZIPn3tXlKE_9d0QRO2x3XIPyzZqu3D8_7bqr761P6THW42f8XIwG1AVKxNyDYnrGKKui3aJn6q5rAfQeWrMWmWk9K7mk/s1600-h/linkbox.jpg" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjREXbRVIEi8KvZIJosXH98ZrGHutIfYo8lso1F0mJfkE-B1sWZIPn3tXlKE_9d0QRO2x3XIPyzZqu3D8_7bqr761P6THW42f8XIwG1AVKxNyDYnrGKKui3aJn6q5rAfQeWrMWmWk9K7mk/s1600/linkbox.jpg" /></a></div>

Tuesday, February 2, 2010

Ada apa dengan Innity. Bagus sangatkah?

Oleh kerana kekangan masa sejak akhir-akhir ini, aktiviti untuk mengupdate blog terpaksa di kurangkan ke tahap maksimum. Nak tengok blog sendiri pun dah tak serajin macam dulu-dulu.Nak update entri yang baru pun makan masa 4 hari. Harap-harap, adalah keyword yang sangkut pada entri tu.

Layout pun dah bertukar. Kalau sebelum ni berkonsep entah, tapi hari ini ia berkonsepkan hijau dan alam semulajadi. Biar nampak macam seorang pencinta flora dan fauna.

Sebenarnya, gua saja tukar theme blog ni biar sama lebih kurang warnanya dengan ads Innity dan mencuri sedikit-sedikit lebih kurang, konsep dari Gengblogger. Tu ada yang terkejut dengan kombinasi warna blog ni. Lepas ni gua nak letak mp3 lagu Hijau Zainal Abidin, sebagai halwa telinga siapa yang masuk sini. Sebagai bonus track, gua setkan secara autoplay.

Iklan Nuffnang pula, gua dah letak di bangku simpanan. Bagi rehat dulu. Penat sangat agaknya kena klik-klik. Status Glitterati dengan twinkle-twinkle little star, terpaksa gua pulang semula pada tuannya. Nanti, kalau Innity gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang, gua apply semula status Glitterati.LOL

Best sangat ker dengan Innity?

Entah. Sebab lagi ramai blogger yang sayangkan Nuffnang dan Adverlets. Lebih-lebih lagi, blog yang tengah sibuk berkempen. Buffered Earning lah, Out meter lah, meter paip kena curi lah. LOL.

Memang betul. Kalau kita banyak dapat kempen dari Nuffnang, dah tak payah gatal tangan nak cuba Innity. Mungkin hasilnya nanti, mendukacitakan. Tu yang balik-balik tanya, "Kenapa earning gua RM 0.00. Siapa yang kelepet duit gua? Kenapa mesti sifar?". Tapi kalau sekadar nak cuba, apa salahnya.LOL

Pendapat gua pulak tentang Innity, gua cuma boleh tulis, "Saya mesti pilih!". Buat masa sekaranglah. Harap-harap, Innity tidak mengecewakan gua dan jauh sekali memaksa gua merujuk semula dengan Nuffnang. Sudikah Nuffnang menyinari semula blog gua dengan twinkle-twinkle little starnya yang selama ini buat gua gembira.

Kalau di baca salah dari satu syarat dari Innity, mereka tidak menerima blog yang root domainnya percuma. Tapi, bila gua saja-saja apply, di terima pula. Mungkin pihak Innity terharu dengan ayat yang gua tulis pada form. Sempat juga gua bubuh bedak kasi wangi-wangi pada form.

Syarat-syarat lain boleh di baca di Innity. Gua tak boleh nak ulas lebih lanjut lagi sebab nanti mesti ada yang terguris perasaan dengan syarat-syarat lain yang di kenakan Innity. Apa yang boleh gua cadangkan, cuba saja apply, mana tau sangkut. Cuba letak bedak sikit pada form. Kasi tengok amacam.

Innity.com

p/s: Pasal earning Innity pulak?

Jawapan ringkas: "Saya mesti pilih!". Sekian, terima kasih.

Tuesday, January 26, 2010

Namamu teratas Aduka Taruna. Semoga anda bahagia.

Selama lebih kurang seminggu gua tak dapat nak online, selama itu juglah bermacam perkara yang telah berlaku. Daripada hal blog Aduka Taruna yang hina Sultan Johor, blog Gutter Malaysia yang hina islam dan yang terkini, kecoh pula pasal video youtube. Hal visitor gua yang jatuh merudum hingga ke paras siling tak akan gua sentuh di sini.

Tak di nafikan, memang fitrah kejadian manusia yang mempunyai sifat yang berbeza. Ada yang baik, ada yang buruk. Sifat itu jugalah yang ada pada diri setiap blogger. Ada blogger yang baik dan ada yang tak berapa nak baik. Ada yang berani, ada yang buat-buat berani dan ada yang berani tak bertempat. Nak tunjuk hero katanya. Apa la sangat. Budak kecik pun berani tunjuk hero dalam blog.

Mungkin masih ada lagi yang beranggapan yang mereka mempunyai hak secara total terhadap apa yang ingin mereka luahkan pada blog mereka sendiri. Nak bergosip, nak cerita hal peribadi, nak kongsi cerita hal dalam kain dan tepi kain tak ada sesiapa pun berhak untuk melarang. Memang betul, sebagai seorang blogger, kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menulis, tetapi ia tetap ada batasnya. Bukan main redah saja.

Biarlah apa yang kita tulis dan ingin kita sampaikan itu tidak di pengaruhi oleh emosi kita yang tidak berapa stabil. Janganlah apa yang kita luahkan itu menyinggung hati dan persaan mana-mana pihak.

Tuesday, January 19, 2010

Download free software di Filehippo.com


Download free software

FileHippo.com adalah salah satu site yang terbaik, di mana ia menyediakan freeware yang perlu ada pada setiap PC atau laptop. Setiap freeware boleh di download secara terus dari server yang disediakan. Satu kelebihan yang apa pada site ini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan yang di sediakan. Hanya pilih freeware yang tersenarai dan klik untuk dowaload ke dalam hard drive komputer. Freeware yang di sediakan adalah yang terkini (update).

Kategori freeware terbahagi kepada Browsers & Plugins, Anti-Spyware, Firewalls & Security, Messaging & Chat dan sebagainya. Free software yang di download dari FileHippo adalah selamat dan tidak mengandungi virus.

Untuk melayari site tersebut, sila klik http://www.filehippo.com/

Sunday, January 17, 2010

Tahniah Geng blogger. Anda memang Cool


Rasanya seperti baru beberapa minggu gengblogger di tubuhkan, tetapi sambutan terhadap gengblogger pada hari ini amat menggalakkan dari blogger tempatan dan juga luar negara, terutamanya dari negara Russia( berpandukan data di Alexa.com). Hebat. Gengblogger ada peminat dari Russia. Tentunya ramai juga yang melayari gengblogger dari sana, terutamanya rakyat Malaysia yang menetap atau student yang turut tidak ketinggalan mengikuti perkembangan dunia blogger tanah air. Tahniah di ucapkan kepada Ben aka Kong, gua pun tak tau yang mana satu owner gengblogger.com. Apa pun anda memang cool bro! Terima kasih gua ucapkan memberi peluang mengeping di situ.

Semakin rancak aktiviti para blogger untuk mempromosikan blog mereka di samping menambah kenalan dan mengeratkan hubungan di gengblogger. Kalau sebelum ni, yang online tak sampai 50 orang, tapi hari ini, purata untuk satu-satu masa lebih kurang 200 orang. Beberapa penambahbaikan juga memberi satu impak yang sangat positif. Ia dapat memberi peluang yang rasanya, adil kepada semua blogger. Cuma masalah spammer saja yang kalau tidak di kawal, mungkin mendatangkan masalah di kemudian hari. Gua bergurau.

Macam-macam info dan tips yang boleh kita dapat dan kongsi di situ. Segala info dan tips tersebut datangnya dari blogger itu sendiri. Mereka berkongsi pendapat dan maklumat yang mungkin memberikan manfaat kepada pembaca.

Monday, January 11, 2010

Tingkatkan traffic dari search engine dengan costum title meta tag


Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.

<title><data:blog.pagetitle/></title>

Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah titlemeta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>


Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1


Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <title><data:blog.pagetitle/></title> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod <title><data:blog.pagetitle/></title>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.

Sunday, January 10, 2010

Adakah kita seorang blogger yang prihatin?



Kempen Blogger We Care.

Gua terpanggil untuk menulis sebuah entri khas tentang kempen Blogger We Care selepas membaca tentang perkara itu di blog Kak Jie.

Untuk makluman semua, kempen ini di jalankan atas keprihatinan sdr Hydir yang meminta sekalian blogger tidak kiralah apa bangsa kita, supaya kita semua turut prihatin dan bantu-membantu rakan blogger yang sedang dalam kesulitan.

Mungkin ada di antara kita yang selalu atau pernah singgah ke blog sdr Megat. Walaupun gua hanya mengenali beliau melalui blog dan hasil tulisannya, tetapi ianya sudah cukup untuk gua bayangkan peribadi sdr Megat. Gua juga banyak belajar cara menulis dan cara menggunakan keyword di situ. Secara ghaib.

Tanpa membuat ulasan yang panjang, anda boleh menyelami rintangan dan pengalaman sdr Megat yang sedang tabah menghadapi ujian yang di beri. Amat sukar untuk di luahkan di sini. Gua berdoa agar beliau cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian yang di beri. Sama-sama kita doakan kesejahteraan beliau. Anda boleh menyelami isi hatinya di entri Tangisan aku, isteri dan anak-anak.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu rakan blogger kita dengan meletakkan Ribbon Blogger We Care di blog sebagai tanda keprihatinan kita tanpa sebarang sentimen. Di harapkan, dengan cara ini, kita sama-sama dapat membantu meringankan beban beliau. Anda juga boleh berkempen di blog masing-masing untuk di hebahkan kepada rakan-rakan yang lain.

Setiap blog yang meletakkan ribbon tersebut akan menyumbah RM1 kepada sdr Megat melalui penajaan dari kbsoccer.

Anda juga boleh menyalurkan bantuan terus ke:

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman

UNITE AS ONE

Friday, January 8, 2010

Tips mudah SEO untuk blogger


Teramat rugi jika blog sudah terindeks pada google search engine, tetapi kita tidak menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada untuk mengiklankan blog secara berkesan dan percuma.

Asas SEO yang mesti kita tahu supaya blog terindeks dengan cepat adalah dengan tidak menyusahkan sipder Google untuk merayap ke blog kita.


Gunakan ejaan yang betul.

Antara perkataan aku dengan ak, yang mana satu kita rasakan akan mesra dengan search engine. Cuba taip perkataan ak pada google search dan lihat, result yang terpapar ialah ak-47. Hebat bukan? Dalam entri pun cerita pasal senapang. Sudah-sudahlah main perang kombat masa kanak-kanak dulu. Kurang-kurangkanlah bahasa sms kalau rasa nak blog tersenarai pada search engine.

Spider google mesti menyampah dengan penggunaan simbol yang pelik dan bahasa sms. Spider itu dah dididik dengan penggunaan ejaan yang lengkap. Jadi, jika blog kita sudah terindeks, tetapi tidak di crawl, mungkin spider Google hanya melepak di depan pintu blog kita sambil makan jagung.

Ping blog di Pingler.com

Setiap kali bila post entri terbaru,cepat-cepatlah ping blog kita di Pingler.com atau pingmyblog.com. Tujuannya supaya spider Google akan terus merayap pada post yang baru di ping dan scan setiap perkataan pada entri tersebut tanpa terhegeh-hegeh. Kalau tidak di ping dan mengharapkan cara manual, spider Google akan merayap secara berlenggang kangkung, dan kadang-kadang terus malas nak crawl.

Penggunaan keyword mudah pada entri.

Untuk belajar menggunakan keyword, permulaannya, kita hanya perlu gunakan keyword yang rendah rankingnya. Contohnya, nescafe ais. Dalam entri tersebut, kita selitkan beberapa perkataan seperti cara, buat, minum, kesan, sedap dan yang sesuai dan relevan pada perkataan suggestion di Google Search. Ini bertujuan, apabila perkataan cara buat nescafe ais atau nescafe ais sedap atau cara buat nescafe ais sedap atau kedai nescafe ais atau buat nescafe ais atau kesan minum nescafe ais di taip pada google search, mungkin blog kita akan tersenarai di 10 website atau blog yang teratas berdasarkan value keyword itu.

Wednesday, January 6, 2010

Jejaktrend.com - Trend apa yang nak di jejaknya?


Jika anda, kaki mencari blog yang menulis tentang tutorial blogspot atau tips mengenai blogspot yang berasal dari Malaysia, mungkin anda pernah melawat blogwww.jejaktrend.com. Nama yang cukup lagenda dan klasik dengan layout template berwarna merah.

Kenapa gua tiba-tiba minat nak buat ulasan tentang blog Eldy ni. Adakah gua sedang berkonspirasi dengan blog www.jejaktrend.com ?

Pada pendapat gua, Eldy seorang blogger yang bagus. Walaupun masih baru( gua juga baru) dan muda(budak Form 6), tapi hebat mengeksploitasi keadaan hingga mendapat rank yang dikira baik. Gua sangat kagum dengan beliau.

Selalu juga gua terjah ke blog Jejaktrend untuk lihat macam mana Eldy menggunakan keyword. Hasilnya, gua telah berjaya mendapatkan beberapa keyword yang paling mantap untuk niche blog yang gua tulis. Iaitu tutorial blogspot. Gua jadi bangga sekejap bila gua taip pada kotak google search perkataan Cara buat tepung ubi, tersenarai nama maribinablog.blogspot.com. Cara membina kereta juga telah menyenaraikan nama bolg gua untuk kategori pages from Malaysia. Lepas ni, mungkin gua akan bertukar arah daripada tutorial blogspot kepada cara dan tips memasak atau panduan buat kuih raya yang sedap atau teknik membina kapal terbang. Ingat, jika kita faham tentang kelebihan keyword, ia akan membantu memudahkan kerja mempromosi blog kita dan hakikatnya, ia sememangnya sangat mudah. Boleh buat rujukan tentang tips keyword di www.jejaktrend.com.

Tips dan teknik yang diberi oleh blog Jejaktrend ni gua rasakan terbaik dari seorang yang baru macam gua dan ingin berkongsi pengalaman kepada kita semua. Memang tak kedekut ilmu. Bermula dari seorang yang tak tahu apa tentang blog dan langsung tak faham XPDC, hingga boleh memberikan tips dan tutorial kepada blogger lain. Sesuai untuk di jadikan rujukan kepada blogger yang masih baru dan mencari tips-tips yang bagus dan berguna sebagai panduan.

Tuesday, January 5, 2010

Cara kesan IP address visitor blog kita

Statscounter.com adalah salah satu site yang menyediakan perkhidmatan visitor counter  yang mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. Dengan mendaftar dan memasang widget statscounter secara paparan ataupun di sembunyikan(hide) pada blog, kita sebenarnya dapat mengesan dari mana datangnya visitor beserta IP address. Dengan memaparkan maklumat pelawat secara detail, kita juga mungkin dapat mengesan IP address visitor yang memberi komen berdasarkan masa yang tercatat pada komen tersebut.


Untuk mengesan IP address visitor yang masuk ke blog kita, hanya perlu klik icon Real-Time Stats and Visitor Reports (rujuk gambar) dan kemudian klik pada Recent Visitor Activity. Pada paparan Recent Visitor Activity, kita dapat melihat maklumat yang menunjukkan lokasi, ISP provider, IP address visitor, entry page, exit page dan refering URL visitor yang melawat ke blog kita.

Untuk mencubanya, anda boleh mendaftar di statscounter.com

Alexa.com - Ketahui ranking blog di Alexa


Apa itu Alexa Rank?

Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh Alexa berdasarkan jumlah traffic atau pengunjung pada blog. Rangking atau kedudukan sesebuah blog di Alexa Rank akan berubah setiap hari berdasarkan jumlah visitor yang masuk ke blog tersebut.

Terdapat dua rank yang berbeza, iaitu ranking sesebuah blog kita pada peringkat dunia dan rangking di peringkat Malaysia. Alexa Rank ini juga boleh dilihat berdasarkan jumlah pengguna internet yang menggunakan toolbar Alexa pada browser internet yang mereka gunakan.

Perlu juga diketahui, Alexa Rank berbeza dengan Google Page Rank. Semakin kecil Alexa Rank sebuah blog, maka blog tersebut semakin baik. Berbeza pula dengan Google Page Rank, semakin besar Google Page Rank sebuah blog, maka blog tersebut semakin baik.

Untuk mengetahui berapakah ranking blog kita di Alexa, boleh layari site Alexa.com.

Wednesday, December 30, 2009

Gengblogger.com - Komuniti terhangat untuk blogger Malaysia

Cara buat blog
Rasanya sudah terlewat untuk gua tulis entri mengenai Gengblogger.com kerana mungkin dah ramai diantara kita yang tahu apa itu Gengblogger.com. Kalau ada yang anggap gua tulis entri tentang Gengblogger.com sebab nak masuk pertandingan mencipta tagline untuk Gengblogger.com, pun gua dah ketinggalan zaman sebab pemenang pun dah diumumkan. Tapi gua terpanggil untuk mempromosi Gengblogger.com kerana gua merasakan yang kita semua patut tahu mengenainya jika kita ingin menjana traffic pada blog kita.

Gengblogger adalah sebuah komuniti yang dibangunkan oleh Cik Ben serta di bantu oleh Miss Izah dan Erin Farina untuk para blogger mempromosikan blog dan juga entri mereka di situ. Hanya dengan mendaftar dan kemudiannya klik Ping blog anda, maka kita dapat mempromosikan blog serta menjana traffic ke blog kita. Di Gengblogger.com juga kita dapat berkenal-kenalan, bertukar pandangan dan pendapat dan jika ada rezeki pada yang bujang-bujang, mungkin dapat bertemu jodoh.

Pada mulanya, gua menganggap Gengblogger hanyalah  sekadar tempat untuk mempromosikan blog. Kena daftar, lepas tu pasang banner dan kemudian, tunggu kelulusan jika kita sudah mematuhi semua syarat-syarat yang telah ditetapkan. Gua pun berdaftar di Gengblogger. Hanya sekadar berdaftar kerana pada mulanya, gua membayangkan yang Gengblogger juga sama seperti promote site yang lain. Langsung tidak memberikan apa-apa impak. Hanya sekadar memberikan janji-janji manis. Cakap boleh naikkan traffic lah, itulah inilah.Tapi langsung tidak membantu.

Setelah gua baca banyak entri yang bercerita dengan ayat kipas-mengipas Gengblogger ,di tambah dengan hasutan beberapa orang reader yang ajak gua join Gengblogger(padahal gua lagi awal dah daftar), maka gua masuk buat kali yang kedua. Nak tengok betulkah apa yang di gembar-gemburkan oleh blogger lain atak hanya sekadar sesi kipas-mengipas. "Phewww..Memang terbaik dan cukup meriah". (Ayat kipas-mengipas) .Tak sama macam masa pertama kali gua menjejakkan diri gua di situ. Sangat berbeza.

Macam-macam entri terpapar dari blogger yang dah berdaftar gua tengok ada disitu. Dari entri menceritakan tentang ketidakadilan sistem Kapitalis Amerika yang semakin meruncing, cerita aktiviti makan-makan hinggalah cerita tentang aktiviti menukar lampin bayi di paparkan di situ. Gua jadi teruja. Gua cuba ingat semula apa login ID dan Password gua. Nasib baik gua ingat lagi. Gua klik pula pada ayat Ping blog anda. Sekali lagi didalam hati gua berkata, "Phewww..Entri gua ada kat situ". Gua jadi kembang hidung dan hilang pertimbangan sekejap. Lepas saja gua Ping, gua tengok jumlah visitor pada blog gua naik mendadak. Traffic gua jadi tak tentu hala, lampu merah bertukar jadi hijau.

Inilah tempat yang selama ini gua cari untuk promosi blog gua. Sekarang, setiap kali gua update entri blog gua, gua akan ping di Gengblogger.com.

Gua yakin Gengblogger.com akan mendapat sembutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang dari blogger tempatan. Jadi, marilah kita sama-sama memeriahkan lagi dunia blogger tempatan dengan menjadi salah seorang dari komuniti di Gengblogger.com. Gua yakin, siapa yang dah mendaftar akan setuju dengan pendapat gua.

p/s: Entah kenapa baru sekerang gua tergerak nak tulis tentang Gengblogger ni. Mungkin juga mood gua untuk post entri tentang tutorial dah semakin kelaut. Mungkin juga gua akan bertukar angin dengan menulis sajak, syair, pantun atau cerita kanak-kanak.

Monday, December 28, 2009

Sunday, December 27, 2009

Adakah blog kita mesra Google search engine (SEO)?

Terdapat cara yang paling mudah untuk tentukan adakah blog kita mesra search engine terutamanya Google atau sekadar mesra alam.  Bemula dari URL blog,  tajuk blog,  tajuk entri atau artikel,  tulisan dalam entri atau artikel dan juga komen yang di beri oleh visitor atau reader. Semuanya boleh tersenarai dalam result search engine jika kita hanya sekadar mempunyai asas dalam skil SEO.

Untuk tentukan yang blog kita mesra Google search engine ataupun tidak, bolehlah cuba trik yang tersenarai di bawah.

1. Taipkan URL blog kita pada kotak  Google Search dan tekan butang Search.  Seterusnya lihat apakah result yang terpapar. Adakah URL blog kita mesra Google Search engine.

Contoh: maribinablog.blogspot.com

2. Taipkan tajuk blog kita pada kotak Google Search dan tekan butang Search. Seterusnya lihat apakah result yang terpapar. Adakah tajuk blog kita mesra Google Search engine

Contoh: bina blog | buat blog | tutorial blogspot | blog info

3. Taipkan mana-mana tajuk entri atau artikel yang ada pada blog kita pada kotak Google search. Seterusnya lihat apakah result yang terpapar. Adakah tajuk entri atau artikel blog kita mesra Google Search engine.

Contoh: Adakah blog kita mesra Google search engine (SEO)?

4. Taipkan mana-mana teks atau perkataan yang ada pada entri atau artikel blog kita. Bermula dari 6 patah perkataan dan kemudian dikurangkan kepada 5 patah perkataan hinggalah 3 patah perkataan. Adakah entri atau artikel blog kita mesra Google Search engine.

Contoh:  blog kita mesra Google search engine (6 patah perkataan)
              blog kita mesra Google search           (5 patah perkataan)
              blog kita mesra Google                     (4 patah perkataan)
              blog kita mesra                                 (3 patah perkataan)

5. Taipkan mana-mana teks atau perkataan pada komen yang di beri oleh visitor atau reader blog kita. Bermula dari 6 patah perkataan dan kemudian dikurangkan kepada 5 patah perkataan hinggalah 3 patah perkataan.

Komen dari entri Memasang Iklan Nuffnang pada setiap post.

Contoh:   suke2. sblm ni malas nak wat (6 patah perkataan)
               suke2. sblm ni malas nak       (5 patah perkataan)
               suke2. sblm ni malas             (4 patah perkataan)
               suke2. sblm ni                       (3 patah perkataan)

p/s: Untuk komen, biasanya spider google memang lambat nak crawl. Kalau nak cuba, sila guna komen yang ada pada post yang lama atau post pertama kita. Pastikan kita dah ubah dari nofollow kepada dofollow pada setting bahagian komen. Default setting untuk blog yang berdomain blogspot adalah nofollow.

Secara kesimpulannya, jika blog kita tersenarai pada senarai top 10 pada kebanyakkan  hasil dari search tadi, terutamanya untuk pages from Malaysia, maka blog kita sememangnya blog yang mesra Google search engine untuk peringkat Malaysia.

Saturday, December 26, 2009

Kering idea. Perlukah copy paste entri orang lain semata-mata nak update?


Gua kadang-kadang pelik dengan sikap segelintir blogger yang tak ada idea langsung nak tulis, tapi dalam kepala otak ingat nak update saja. Sebabnya, nak tambah banyak entri dalam blog di samping nak tarik traffic.

Kita tak boleh bagi alasan yang kita baru lagi. Hatta kalau kita dah lama sekalipun, mesti kena berpegang teguh pada prinsip dan etika.

Terus terang gua katakan yang gua tak ada hal dan tak kisah (kisah juga sedikit-sedikit) kalau sesiapa saja yang nak copy entri gua. tak nak letak kredit pun tak apa, tapi yang paling penting, edit semula dengan ayat sendiri. Nak ambil tutorial gua letak dalam blog sendiri, di persilakan, tapi editlah dengan step sendiri. Bukan copy and paste. Janganlah ambil jalan mudah walaupun memang mudah. Dengan hanya select, copy and paste. Kemudian tekan butang Post. "Tahniah, anda sudah berjaya update blog anda. Sila Ping"..

Jangan ingat yang orang lain tak perasan perbuatan kita. Sebenarnya senang sangat nak kesan benda-benda macam ni. Google search jawapannya. Tapi nak buat macam mana, tak semua blogger memegang prinsip dan etika blogger. Tindakan yang asal boleh dan blog pun asal boleh dan lebih kurang halal. Yang penting, nak naikkan traffic.

Bertambah jelek dan meggelikan hati, apabila gua baca macam-macam nasihat dan tazkirah yang ala-ala penceramah jemputan macam dalam TV tiap-tiap petang Jumaat pada blog-blog yang copy and paste ini, siap ada mutiara kata kelip-kelip, tapi hakikatnya, diri sendiri tak terkesan langsung dengan mutiara kata sendiri dan tulisan yang ala-ala ceramah dan tazkirah itu. Memang memunaikan. Gua saspek, entri ceramah pun di copy paste. Kalau di Selangor, dah kena tindakan oleh JAIS sebab bagi ceramah tak ada permit. Nasib baik tulis pada blog. Guna permit lori pun lepas lagi.

Banyak lagi cara sebenarnya kalau kita nak update blog kita walaupun kita dah kering dan kontang dengan idea. Gua cadangkan, olahlah buku-buku cerita semasa kita melalui zaman kanak-kanak yang indah, contohnya seperti cerita Sang Kancil, Kerengga jatuh dalam sungai minta tolong, Burung Bangau dengan seekor Ketam, Kura-Kura dan Arnab atau apa saja cerita yang mungkin mampu menarik traffic. Di TV juga banyak cerita-cerita yang seperti itu, tetapi dalam versi Indonesia. Contohnya seperti Bawang Putih Bawang Merah, Liliput dengan Kelinci dan entahlah apa lagi. Gua tak tengok. Gua cuma baca intisari rancangan saja. Yang penting, Sekar bukan cerita kanak-kanak.

Kalau kita nak copy and paste tanpa edit entri tersebut, cara yang terbaik, letaklah kredit. Kalau tuannya nampak pun, senyumlah juga. Walaupun sekadar senyum kambing. Tak adalah rasa nak marah-marah. Tak pasal-pasal berperang pulak. Nanti mulalah, berbalas entri macam berbalas pantun nak masuk meminang.

Akhir kata dari gua, guna hati, akal dan fikiranmu. Bukan dalam kepala ingat nak update saja. Gua bukan marah, tapi nasihat dengan bahasa dan cara gua sendiri. Kalau terasa, senyum sudahlah.

p/s: Patutlah gua tengok pada page counter gua, ada yang copy image kat blog gua, gua ingatkan nak simpan dalam henset atau dalam frame sangkut pada dinding rumah. Rupanya ada mesin fotostat di sebalik blog gua. Patutlah blog gua, seminggu dua ni macam berat saja. Gua saspek mesin fotostat jenama RICOH.

Gua terharu, ramai juga yang minat pada entri gua. Ambillah. Apa yang penting bukan kerjasama, tapi EDIT. Jangan jadi burung kakak tua. Orang komen nanti tak boleh nak jawab. Jalan mudah, DELETE. Lagi Punai.

Wednesday, December 23, 2009

Apa itu keyword?



Apa itu Keyword?

Keyword adalah perkataan atau teks ringkas yang di taip pada search engine dan juga pada sebuah entri atau artikel yang di tulis dalam sebuah web atau blog. Keyword yang di tulis pada search engine akan dipadankan dengan perkataan atau teks yang ada pada nama web atau blog, tajuk entri atau artikel dan tulisan pada entri atau posting, tetapi ianya sangat bergantung pada cara bagaimana kita mengeksploitasi sesuatu keyword dan kekerapan keyword itu di ulang  pada entri atau artikel yang ada pada blog.

Biasanya keyword yang di taip pada search engine, lebih dari satu  perkataan. Sebagai contoh, perkataan 'keyword'. Kita mengandaikan seseorang akan menaip perkataan Apa itu keyword? pada kotak search engine seperti google. Di sini, kita boleh mengeksploitasi perkataan Apa itu keyword? dengan menjadikannya sebagai tajuk entri atau artikel dan memaksimakan tiga perkataan tersebut pada isi didalam entri atau artikel.


Apa pentingnya keyword ?

Keyword merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mendapatkan visitor atau pengunjung melalui search engine. Jadi, setiap keyword yang kita tulis pada entri atau artikel didalam blog kita adalah merupakan  undangan  secara tidak langsung untuk mereka masuk ke blog kita. Jika kita ingin cuba mendapatkan visitor padasearchengine,gunakanlah keyword dengan sebaik-baiknya.

p/s: Untuk lebih memahami entri ini, sila taipkan perkataan  Apa itu keyword? atau Apa pentingnya keyword? atau keyword itu apa? pada Google search engine.

Monday, December 21, 2009

Sebab apa kita perlu kerap update blog?


Jika anda berblog hanya sekadar mengisi masa lapang atau sekadar suka-suka dan langsung tak kisah ada visitor ataupun tidak, entri ini sememangnya tidak ada kena mengena dengan anda. Tapi, kalau nak baca pun boleh juga. Dipersilakan untuk bersila.

Kita mungkin merasa sedikit pelik kenapa ada segelintir blogger yang terlalu rajin update blog mereka. Ada yang sampai 4 hingga 5 entri yang di postkan pada satu hari. Kenapakah mereka menjadi sebegitu rajin? Ada hadiahkah yang menanti mereka? Atau mereka ada sebuah masaelah?

Sebagai blogger baru yang sangat mementingkan kehadiran traffic, inilah sebabnya kenapa kita perlu menjadi rajin untuk update blog kita sendiri. Memang buat permulaan, inilah cara yang terbaik sekali untuk menarik kehadiran traffic di samping melakukan blogwalking dengan kerap. Semakin kerap kita melakukan update, semakin tinggilah kebarangkalian traffic pada blog kita akan bertambah. Harus di ingat, jika kita jarang untuk melakukan update, jumlah kehadiran traffic akan turun dengan mendadak. Takkanlah kita hanya nak bergantung harap kepada blogwalking semata-mata. "Slamat siang sobat.Blogwalking nih. Jangan lupa mampir ke blog gue ya". Mampir, mampir juga, entri dah berkurun tak update. Apa cerita tu?

Kita tak boleh samakan blog kita dengan blog yang telah lama bertapak. Jika kita lihat, ada blog yang mempunyai bilangan traffic yang tinggi, ini kerana mereka memang telah lama dan mempunyai entri yang berkualiti.

Kita pula janganlah terlalu mudah memberi pujian pada blog yang mempunyai traffic yang tinggi. Sikit-sikit nak puji. Pujian tu kalau dapat tambah traffic pada blog kita tu oklah juga. Ini tak. Puji sebab kita ingat blogger tu hebat dan dah mencapai taraf otai. Tak ada maknanya. Dia pun bermula sama macam kita juga. Ingatlah yang kita sedang berdiri dengan kaki kita sendiri.

Selalu juga gua baca komen pada blog yang bertraffic tinggi ini. Sikit-sikit komen, "hebatlah blog ni, macam mana yer blog ni boleh ramai visitor", "kenapa yer blog ni boleh ramai follower". Komen yang sangat melucukan. Memang tak salah kalau sekadar bertanya, tapi takkanlah kita tak boleh lihat sendiri apa yang ada pada blog tersebut. Lihat cara penulisannya, kualiti entri yang di tulis, berapa kerap di update, berapa banyak entri yang ada pada blog tersebut dan cara yang macam mana blog itu dapat menarik visitor. Kontroversi ataupun tidak.

Sepatutnya kita tengok sendiri apa yang ada pada blog kita dan tanya diri sendiri, "Kalau macam ni gaya aku tulis blog, bolehkah dapat traffic yang tinggi. Sikit-sikit tulis pasal makan, pakwe, pakwe, makan, makan pakwe..Bila mau habis daa..".

Kita pun sebenarnya boleh jadi seperti otai-otai itu kalau kita ada kesungguhan dan usaha. Kalau nak update pun malas, itu pun setakat seminggu sekali, macam mana nak dapat visitor yang tinggi. Tinggal angan-angan mat jenin panjat pokok kelapa sajalah jawapannya.

Widget counter Widgeo.net yang mengganggu keharmonian visitors.


 Apa popup-popup. Nak kena pukul ker !!!

Pop-up merupakan window yang muncul secara automatik tanpa kebenaran. Biasanya, window pop-up berbeza dari segi saiz tetapi lazimnya tidak menutup seluruh skrin. Sebahagian pop-up dibuka di atas window browser yang sedang digunakan, sementara window lain muncul di bawah browser (pop-under).

Internet browser seperti Firefox membolehkan kita mengawal pop-up dan pop-under melalui panel Content dalam window Options. Penyekatan pop-up dilakukan secara default. Kita tidak perlu untuk mengaktifkan penyekat pop-up untuk menghalang pop-up.

Walaupun ada diantara kita yang lebih advance, menyekat kemunculan pop-up ini dengan membuat manual setting pada option browser, terdapat juga pop-up yang terlepas dengan mudah dari halangan tersebut.



Jika kita menggunakan widget counter atau apa saja widget dari widgeo.net, kita sebenarnya secara tidak sedar telah menumpangkan pop-up pada blog kita. Apabila kita klik pada link atau klik pada mana-mana bahagian pada blog yang memasang widget counter dari widgeo.net, akan muncul satu window seperti yang terpapar pada gambar di atas. Window tersebut dinamakan pop-up dan pop-up ini memang gagah perkasa kerana ia dengan mudah saja dapat melepasi sekatan yang kita buat pada browser, walaupun kita telah setting supaya pop-up window di sekat daripada terpapar. Dan sebagai bonus track, pop-up yang terpapar itu juga berformat flash yang sememangnya membebankan proses loading. Jadi,perlukah visitors pula yang terpaksa memasang pop-up blocker?

Ramai pengguna widget counter dari Widgeo.net ini tak sedar dah ada juga yang tak tahu dari mana datangnya pop-up tersebut. Mungkin ada yang pelik, setiap kali mereka klik pada link atapun pada teks dalam blog mereka sendiri, tiba-tiba muncul tanpa di undang, satu window pop-up. Ianya datang dari widget counter yang kita pasang pada blog kita sendiri.

Memang widget tersebut nampak cantik dan menarik kerana berformat flash,akan tetapi masalah popup ini membuatkan sesetengah laptop ataupun PC tiba-tiba menjadi sedikit berat kerana terpaksa membenarkan tetamu yang tidak di undang ini melakukan proses loading.

Jika anda ingin memasang widget counter, di sarankan supaya anda memilih counter yang lebih ringkas seperti counter yang disediakan oleh whos.amung.us ataupun histats.com.

Untuk artikel yang berkaitan dengan pop-up widgeo ni, bolehlah merujuk kepada entri yang di tulis oleh Suki. Dia lagi hangin satu badan pasal widget Widgeo ni. Haha.

Update:

Entri tentang Widgeo juga ditulis di blog sue-sygckit.blogspot.com

p/s: Suki, gua pinjam gambar widgeo kat atas tu yer.