• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Thursday, October 8, 2009

Cara mengapungkan widget Nuffnang pada sisi bawah blog.





Untuk memasang widget iklan Nuffnang pada bahagian bawah sisi sebelah kanan seperti yang anda dapat lihat pada blog ini, caranya sangat mudah. Ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah ini.

p/s: Sila berdaftar terlebih dahulu jika anda belum mempunyai akaun Nuffnang. Maklumat lengkap tentang Nuffnang boleh anda dapatkan di sini.

Langkah1

Salin kod di bawah dan pastekan pada notepad.
<div style="position: fixed; bottom: 0px; right: 2px;">Masukkan kod iklan nuffnang 160 x 300 di sini.</div>

Langkah2

Log in blog => Dashboard => Layout. Seterusnya cari di mana anda letakkan kod iklan Nuffnang yang bersaiz 160 x 300 dan salin kod itu.

Langkah 3

Kembali ke notepad (lihat langkah  1) dan pastekan kod ini di atas perkataan Masukkan kod iklan nuffnang 160 x 300 di sini.

Contoh:

<div style="position: fixed; bottom: 0px; right: 2px;">
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "0000000000000000000000000000";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/lmn.js"></script>
<!-- nuffnang-->
</div>   

Langkah 4

Salin kod yang telah di edit itu, dan pergi ke Layout => Add A Gadget => Jaavascript/HTML. Pastekan pada ruangan Content dan save. Seterusnya klik  preview dan akhir sekali klik save.

Langkah 5

Senyum.

HTML Escaper



Jika kita menulis kod HTML pada posting, contohnya, kita ingin memasukkan kod bagi gambar berserta url blog seperti di bawah ini, kod akan memaparkan image gambar tersebut, tetapi apa yang kita mahukan ialah kod tersebut terpapar juga sebagai bentuk kod .

<a href="http://marilompatbintang.blogspot.com" target="_blank"><img src="http://i937.photobucket.com/albums/ad212/nescafeais2/untitled-4-1.jpg"></a>

'HTML Escaper' adalah satu tool yang membantu untuk melepaskan (escape)  fungsi kod HTML tanpa menjejaskan script kod tersebut.

Apa yang perlu di lakukan ialah, masukkan kod HTML pada kotak di bawah dan seterusnya tekan 'Escape'. Salin kod yang telah di 'Escape' itu dan paste pada posting.

HTML Escaper





Awas.Jangan tersilap taip URL

Makluman:

Perkara ini sebenarnya sudah lama saya kesan dan mungkin ada di antara anda diluar sana mengalami situasi sama seperti apa yang saya nyatakan  di bawah ini. Saya terpanggil untuk menghebahkannya.

Jika anda tersilap menaip url sesebuah blog, kemungkinan besar, anda akan dilink kan ke Mega site of Bible studies and information. Bayangkan jika orang lain tersilap menaip url blog anda, dan kemudian dia akan di link ke site tersebut.

Sebagai contoh:

Url yang betul = marilompatbintang.blogspot.com
Url yang salah = marilompatbintang.logspot.com (tiada huruf b)
Url yang salah = marilompatbintang.blogpot.com (tiada huruf s)

Jika anda tidak percaya, taipkan url blog anda dan silapkan ejaan pada perkataan blogspot.

p/s: Salah satu agenda tersembunyi yahudi laknatullah.

Free online games





Memasang kotak mesej pada permulaan paparan blog



Kadangkala apabila kita mengunjungi sesebuah blog, satu kotak mesej seperti pada gambar di atas akan muncul pada permulaan paparan pada blog tersebut. Untuk memasang script kotak mesej tersebut, caranya sangat mudah. Hanya perlu mengikut beberapa langkah di bawah:

p/s:save script template asal, ianya bertujuan sebagai back up apabila terjadi error semasa melakukan editting pada script template.

Langkah 1

Salin dan paste kod berwarna biru di bawah pada notepad. Seterusnya, edit perkataan 'Selamat Datang Ke Blog Nescafe Ais' kepada perkataan anda sendiri pada kod tersebut. Contohnya seperti 'Sila tinggalkan komen anda' atau apa saja pesanan yang anda rasakan sesuai.

Hanya gunakan kod kotak mesej pertama sahaja jika ingin hanya satu paparan kotak mesej.

<Script language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Nescafe Ais");</Script> (Kotak mesej pertama)
<Script language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Nescafe Ais");</Script> (Kotak mesej ke 2)

Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya, tandakan pada kotak Expand Widget Templates. Dengan menggunakan Ctrl+F pada keyboard, taipkan kod </head> pada ruang Find dan seterusnya, tekan Enter.

Langkah 3

Salin kod yang telah siap di edit pada notepad tadi (lihat langkah 1) dan pastekan di atas atau sebelum kod </head>.

Contoh:

<Script language='JavaScript'>alert("Selamat Datang Ke Blog Nescafe Ais");</Script>
</head>

Seterusnya klik preview dan akhir sekali klik Save.

Wednesday, October 7, 2009

Memasang widget Post Rating



Widget dari Outbrain.com sangat berguna kepada blogger yang inginkan respon daripada readers tentang kualiti artikel atau post yang di tulis.Readers akan menilai kualiti artikel atau post dan boleh memilih maksimum 5 bintang.

Untuk memasang widget post ratings di bawah post atau artikel seperti yang tertera pada gambar di atas, anda hanya perlu mengikut beberapa langkah di bawah.

p/s: save script template asal, ianya bertujuan sebagai back up apabila terjadi error semasa melakukan editting pada script template.

Langkah 1

Salin kod berwarna biru di bawah.

<script language="JavaScript">var OB_platformType =1;var OB_demoMode = false;var OB_langJS = "http://widgets.outbrain.com/lang_ms.js";var OBITm = "1254985692174";</script><script language="JavaScript" src="http://widgets.outbrain.com/OutbrainRater.js"> </script>

Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout =>  Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/javascript. Paste kod yang telah di salin tadi (lihat langkah 1) dan paste pada ruangan content. Seterusnya, klik save

Langkah 3

Drag widget tersebut dan letakkan di bawah post.

Langkah 4

Seterusnya klik preview dan akhir sekali, klik save.

Monday, October 5, 2009

Blog walking oh blog walking..




Cara yang saya rasakan terbaik untuk menarik readers menjenguk blog kita yang tak seberapa nak ada visitor tu adalah dengan kita bersikap baik hati menjenguk blog orang lain terlebih dahulu. Bak kata orang, kunjung mengunjung amalan mulia dan tak kenal maka tak cinta. Lebih-lebih lagi kita sekarang berada di bulan Ramadhan. Tak menjadi kesalahan jika kita menjenguk blog yang kita langsung tak kenal tuannya dan tuan empunya blog itu sendiri pun bukanlah terkenal.

Teknik ini di panggil blog walking atau nama santainya, jalan-jalan cari makan. Walaupun cara ini sangat memenat dan meletihkan jari, mana taknya, kita terpaksa meninggalkan kesan dan jejak kita di blog tersebut, tetapi harus di ingat, ianya sangat berkesan dari kita mengharapkan blog kita berada di senarai teratas carta search engine sama ada Google ataupun Yahoo. Bukan senang nak berada pada senarai teratas pada search engine.

Kita hanya perlu tinggalkan jejak sama ada pada shout box ataupun pada bahagian comment blog yang kita nak lawat. Yang penting sekali, gunakan bahasa yang indah dan berbunga hingga membuatkan hati tuan empunya ataupun readers blog tersebut luluh dan teruja nak jenguk blog kita. Berilah kata-kata semangat dan membina tentang blog tersebut walaupun pada hakikatnya blog tersebut memang hampeh dan mungkin menyebabkan kita menghamburkan kata-kata kesat bermakam tinggi. Jangan lupa, letakkan url link blog kita jika berpeluang.

Berpeluang ni pula bermaksud, tuan empunya blog memberi kebenaran kepada kita meletak link bagi menyalurkan sedikit  dari trafik blognya kepada blog kita sebagai penghargaan atas dari komen kita yang berhemah dan bermutu tinggi isi kandungannya. Satu lagi peluang ialah jika tuan si empunya blog sememangnya tidak tahu tujuan dan muslihat kita, yang memberikan komen yang begitu puitis, berbunga segar hingga kembang hidungnya hanyalah sekadar meletakkan link. Ia juga di kira situasi menang-menang pada blog yang menggunakan attribute dofollow.

Sebaliknya pula berlaku jika tuan empunya blog seorang diktator atau takut kepada tentera penyepam. Rata-rata mereka sebenarnya takut kepada tentera penyepam ini walaupun mereka tahu inilah lumrah dunia.

Di bawah ini, saya tunjukkan  bagaimana untuk meletakkan link pada comment post.

Contoh komen:

Blog ni bagus. Dapat tolong adik  buat blog. Adik minat sangat dgn ICT. Tapi kat sekolah, cikgu ajar sikit-skit. Walaupun adik baru pra sekolah, adik nak buat blog, nak lawan Alexa rangking blog ni.Adik serius.

Perkataan adik boleh diletakkan link ataupun cara yang mudah tetapi kurang selamat ialah dengan meletak url terus pada akhir comment.

Gunakan kod ini jika ingin meletakkan link pada comment post.

<a href="http://muridprasekolah.blogspot.com/">adik</a>

Tukar tulisan berwarna merah kepada url blog dan biru pada perkataan yang hendak pasang di link.