• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Tuesday, October 13, 2009

Apa itu backlink ?


Backlink adalah mana-mana link diterima sesuatu site. Ia boleh dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Internal Link Link2 dari site yang sama. Sebagai contoh, Blog A mempunyai Post 1, post 2 dan post 3. Dan Internal Link berlaku apabila di Post 3, ada link dari post 2 dan post 1. 2. External Link- Merupakan link yang diterima masuk dari site luar. Sebagai contoh, Site B menerima link Dari Site A. Kebiasaanya backlink dirujuk sebagai salah satu proses dalam search engine optimization.

Adakah backlink itu penting ?

Ya, ia penting, tetapi backlink semata2 bukan faktor muktamad penentu kedudukan SERP.
setiap search engine mempunyai formula dan kaedah masing2 dalam menilai backlink, dan perbezaan yang paling jelas adalah yahoo backlink dan google backlink. Kedua-duanya mempunyai cara yang berbeza dalam menilai backlink yang mana Google backlink hanya mengambil kira Dofollow backlink manakala Yahoo tidak. Ada 2 kebaikan dalam membina backlink.

1. Membantu dari segi kedudukan SERP.
2. Membantu menaikkan PageRank (Google sahaja).


Bagaimana untuk memasang backlink pada blog lain ? Apa yang perlu kita lakukan ialah, meletakkan url blog kita pada ruangan komen pada blog lain. Caranya ialah, pilih OpenID atau Name/URL dan masukkan url blog anda. ( rujuk gambar dibawah )


Secara tak langsung, url blog anda telah dipasang pada blog tersebut.

Online tool terbaik untuk optimize gambar



Salah satu cara bagaimana untuk menampakkan sesebuah blog itu menarik adalah dengan memaparkan gambar pada blog, tak kiralah pada posting ataupun sidebar. Pelawat akan fokus pada gambar terlebih dahulu sebelum beralih pandangan pada posting. Itu realitinya.
Timbul pula masalah apabila sesebuah blog itu memaparkan terlalu banyak gambar atau saiz file terlalu besar. Loading untuk blog akan menjadi perlahan. Pelawat yang baru pertama kali singgah ke blog tersebut mungkin akan berkata dalam lubuk hatinya, ni lah kali pertama dan terakhir aku tengok blog engkau.. Bunyinya macam kejam, tapi kenalah terima kenyataan yang kita dah hilang seorang pelawat. Jangan pandang remeh tentang perkara ini.

Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat satu cara terbaik untuk mengoptimize gambar kepada saiz fail yang lebih kecil tanpa menjejaskan gambar tersebut. Sitereportcard.com menyediakan satu tool di mana ianya dapat mengoptimize sesuatu imej sama ada dalam format JPG, GIF dan PNG. Mudah untuk menggunakan tool tersebut kerana, hanya perlu menaip url ataupun gupload gambar dari hard drive dan pilih imej mana yang terbaik. Akhir sekali, download kembali gambar yang telah siap di optimize pada hard drive.

Apa itu Dofollow?

Pada posting yang lepas, saya ada menulis tentang Apa itu Nofollow dan Dofollow. Kali ini, saya akan cuba untuk menerangkan serba sedikit tentang kelebihan blog yang telah di 'Dofollow' kan pada 'search engine' dan 'page rank' mengikut apa yang saya faham.

Apabila kita menukar 'setting' asal blog daripada 'Nofollow' kepada 'Dofollow', kita sebenarnya telah membuka laluan kepada 'search engine', terutamanya Google untuk mengimbas bahagian 'Comment' blog kita untuk mencari  perkataan sepadan yang telah di taip pada 'Google search.'

Contoh:


Saya menaip semula perkataan kiranya doFollow lebih baik kan ? dari komen touyakaruma (di atas) pada 'Google search.'



Hasil daripada search tersebut akan kelihatan seperti apa yang tertera pada gambar di bawah.


klik untuk 'resize'

Mengubah blog daripada 'nofollow' kepada 'dofollow'

Untuk mengubah atribute blog daripada 'nofollow' kepada 'dofollow', hanya perlu mengubah kod pada script template. Ikut beberapa langkah yang ditunjukkan dibawah:

p/s: save script template asal, ianya bertujuan sebagai back up apabila terjadi error semasa melakukan editting pada script template.

Langkah 1


Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Template.

Langkah 2


Tekan Ctrl+F dan salin kod <a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=’nofollow’> dan paste pada ruangan Find. Seterusnya tekan enter.

Langkah 3

Cari perkataan 'nofollow' pada kod tersebut dan ubah kepada 'dofollow'.

Contoh:

Sebelum = <a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=nofollow>

Selepas = <a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=dofollow>

Akhir sekali klik preview dan jika tiada mesej error yang keluar, klik saja save.

Video And Lyric: The A.C.A.B - Goodbye


The A.C.A.B ( Goodbye )

Thinkin' of what i have been thru is the last thing i'd do
coz i have been tryin' to heal all these wounds that have hit me deeply
thinkin' of what happened to me it's like a tragedy,
you don't wanna know what i got into and you really do not want to

some might say that i'd kill the revolution
but in the end it's my life that really needs a solution..

how do i say goodbye to all the things that i've said and have done?
how do i say goodbye to all the things that have been messin' my mind?

thinkin' of what i've been thru is the last thing i'd do..
you don't wanna know what i got into and you really do not want to..

some might say that i'd kill the revolution..
but we still have the lads to carry out the tradition.

Sunday, October 11, 2009

Membina Link yang berkelip dan berwarna-warni

Untuk menjadikan warna pada link berkelip dan berwarna-warni seperti yang boleh anda lihat pada link blog ini, anda hanya perlu mengikut beberapa langkah yang mudah di bawah.


Langkah 1

Salin kod ini. <script src='http://sites.google.com/site/testingsahaja/rainbow.js'/>

Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout. Seterusnya, klik pada Add A Gadget. Klik pula pada HTML/Javascript dan pastekan kod yang telah di salin tadi ( lihat langkah 1) pada ruangan Content. Seterusnya klik saja Save.

Langkah 3

Drag kod yang telah di Save itu dan letakkan pada bahagian bawah layout.


p/s: Amacam. Canggih tak blog gua lepas pasang link blink-blink. Gua terpaksa pasang untuk tunjuk demo. Makwe-makwe mesti suka. Pada gua pulak macam ..Ahh..Gua x nak cakap.

Thursday, October 8, 2009

Membuat teks atau perkataan berkelip dan bergaris

Untuk menjadikan perkataan atau teks yang kita tulis pada post berkelip-kelip(blink) seperti ini Kelip-kelip, anda hanya perlu masukkan kod <blink> dan </blink> pada perkataan atau teks tersebut.

Contoh:
Saya suka minum <blink>Nescafe ais</blink>.

= Saya suka minum Nescafe ais

Untuk menjadikan perkataan atau teks bergaris seperti ini Nescafe ais , anda hanya perlu letakkan kod <s> dan </s> pada perkataan tersebut.

Contoh: 
Saya suka minum <s>Nescafe ais</s> air sirap.

= Saya suka minum Nescafe ais air sirap.