
Sila baca entri Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 1 sebelum anda membaca entri pada post ini.
Entri dan post
Mukadimah.
Jatuh bangun atau tunggang terbaliknya sesebuah blog sangat-sangat bergantung pada hasil karya ataupun tulisan yang kita paparkan pada blog kita sendiri. Macam-macam gaya atau kaedah penulisan yang dapat kita lihat kalau kita jenis yang suka berkunjung ke blog orang lain. Daripada gaya penulisan saja sebenarnya kita dah boleh membuat andaian yang blog tersebut sememangnya bagus, bagus betull !! dan juga, perasan bagus macam gua dan lu orang juga.
Tak ada siapa pun yang nak menilai ataupun memberi markah per seratus kepada hasil karya kita yang terpelihara itu kecuali diri kita sendiri. Tak payahlah letak poll atau rating-rating yang meminta readers menilainya kerana pada gua, hasilnya nanti amat mendukacitakan dan boleh menyebabkan kita jatuh gering di kemudian hari.
Kita sendiri dapat menilainya dengan jumlah kehadiran traffic ke blog kita. Kalau tarafficnya macam kuyu dan slow rock, padahal posts dah beratus-ratus kita tulis, itu mungkin salah satu petanda kita telah di jangkiti sindrom perasan bagus sama macam gua. Kena cepat berubah dan berubat. Penyelesaiannya, tukar sahaja gaya penulisan. Selagi kita rasa kita tak melanggar etika sebagai seorang blogger yang berhemah,kita tulislah ikut suka. Apa ada hal. Sebabnya, jawapan keramat yang masih tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapa sahaja apabila mempersoalkan tentang gaya penulisan sesebuah blog ialah berbunyi “ ini blog saya, suka hati saya nak tulis apa, kalau berbulu telinga dengan tulisan saya, silalah… .bla…bla…bla… … …… ………… …… ……… … …… …… ….ada lagi, semalam saya naik hangin sampai tak makan nasik dua pinggan… … bla..bla…."
Hasilkan hanya entri yang terbaik.
Sebaik-baiknya hasil karya dan tulisan adalah yang asli dan yang segar dari ladang. Pada gua, readers suka sesuatu yang entri yang santai tetapi bukan lentok dan juga diselitkan dengan sesuatu yang berinformasi. Kurangkan menulis tentang hikayat peribadi semata-mata, sebaliknya diselitkan dengan info yang kita rasa sesuai dengan topik untuk di kongsi bersama readers. Tetapi jika kita seorang yang sukakan cabaran dan tidak takut dilambung ombak, maka bolehlah kita menulis sesuatu yang kontroversi.
Yang paling penting sekali, jangan terlalu serius pada entri yang kita rasakan tidak akan menyebabkan readers seakan mengalami sembelit dan bermuka ketat atau bermuka-muka ketika membacanya.
Yang paling penting sekali, jangan terlalu serius pada entri yang kita rasakan tidak akan menyebabkan readers seakan mengalami sembelit dan bermuka ketat atau bermuka-muka ketika membacanya.
Publish post pada waktu puncak sahaja.
Mungkin ramai yang tidak tahu ataupun perasan, sebenarnya ada masa - masa yang terbaik untuk kita publish tulisan untuk paparan readers. Masa yang terbaik dan sesuai untuk di publish ialah antara jam 9.00am hingga 10.00am, 11.00am hingga 12.00pm dan 8.00pm hingga 9.00pm. Pada masa-masa tersebut, jumlah traffic akan bertambah. Tetapi cara ini kurang sesuai digunakan ketika hari cuti sebab readers ramai yang pergi makan angin.
Publish, publish dan terus publish.
Kalau boleh, cuba hasilkan seberapa banyak entri untuk di publish. Entri yang paling mudah untuk di tulis sebenarnya adalah entri yang berkonsep perkongsian info. Semakin kita kerap menulis dan publish tulisan kita, kebarangkalian untuk bertambahnya jumlah trafik adalah sangat tinggi. Tetapi cara ini sangat berkesan jika bilangan followers sudah mencecah ke angka 50 ataupun terdapat blog-blog yang sudi menyenaraikan blog kita pada blog list mereka.
p/s: Entri akan bersambung.Panjang sangat kalau nak tulis pada satu post.Tunggu yang Part 3 pulak.








