• Natlie Imbruglia

Doesn`t she look very cool?

• Thousands of Years

Earth has lived thousands of years...

• Fruits

Fruits are vital for health and their nutrients...

• The Lonely Road

The Lonely Road reminds Me with You...

• Twister

Here are some twisting graphics for you...

Wednesday, November 11, 2009

Golongan blogger yang tidak beretika..2

Kata-kata indah dari gua untuk lu

Fokus gua kali ini di tujukan khas kepada blogger-blogger yang desperado, menggunakannya sesuatu yang kontroversi dan mengaibkan sebagai platform untuk menarik visitor. Cara yang gua yakin ianya langsung tidak beretika dan bermaruah.

Gua kadang-kadang pelik, geli dan rasa mual-mual macam nak muntah pun ada, tapi ku tahan Jebat, dengan perangai segelintir blogger yang manggunakan sesuatu yang kontroversi semata-mata untuk menarik ramai visitor masuk ke blog mereka. Gua tak nafikan, cara tersebut sememangnya sangat berkesan. Bukan gua nak cemburu buta. Jauh sekali gua nak membabi buta. Itu hak lu orang. Lu punya blog. Tapi apa yang menjadikan ianya sesuatu yang cukup menjengkelkan bagi gua adalah, lu menggunakan image-image yang panas dan hot-hot belaka untuk dipostkan dalam blog lu sendiri. Memaparkan image yang pada gua dah lebih dari kategori 18SX. Biasanya gambar-gambar artis yang kontroversi menjadi mangsa nafsu serakah golongan ini.

Lu sememangnya bukanlah seorang wartawan hiburan yang sibuk-sibuk nak terjah masalah peribadi atau bercerita tentang hikayat sisi gelap kehidupan seseorang artis dengan menulis dan memaparkan image-image yang 18SX itu. Lu hanyalah seorang blogger dan perlu mengikut etika seorang blogger.

Lu boleh cakap, jangan ikut macam artis-arist tersebut, tak baik, tak bermoral dan macam-macam lagi. Mesti ikut macam perangai lu. Bersopan santun dan sentiasa menjaga maruah. Lu boleh selitkan menggunakan font yang besar-besar pada entri tu, yang lu sebenarnya nak beri pengajaran dan pedoman kepada readers blog lu supaya tak buat macam artis tu. Tapi pada hakikatnya, lu sebenarnya lebih jauh tak bermoral dari artis-artis yang lu ceritakan itu. Lu nak suruh readers lu ambil pengajaran, tapi pengajaran apa sebenarnya yang lu cuba nak sampaikan. Makin tambah mengaibkan adalah. Tu belum lagi bab lu tumpang sekaki kutuk dan maki hamun pada ruang komen blog lu. Yang gua boleh cakap..”Pengajaran kepala hotak lu”.

Kalau lu betul-betul dah kemaruk sangat nak tulis, tak payahlah letakkan image-image yang mengaibkan tu. Sekurang-kurangnya, tak lah nampak blog lu negatif sangat. Pada gua, kalau lu dah terdesak sangat nak buat entri yang hot-hot, baik lu gunakan gambar lu sendiri, tayang besar-besar kat blog lu, janganlah nak menambahkan aib orang lain pulak.

Apa pula yang lu rasa kalau tiba-tiba lu terperasan yang image-image lu yang hot-hot atau yang telah di super imposekan itu terpampang dalam blog gua. Lepas tu gua tulis besar-besar. Gua tulis “ p/s: Entri ini bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang, tetapi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman kepada kita semua” Amacam??

p/s: Ada yang tak setuju dangan gua? Gua apa ada hal. Korek idung aje.

Download Ikon percuma (free icon) untuk hiasan blog

Bagi anda yang suka dan gemar untuk meletak atau menghias blog anda dengan pelbagai ikon,di sini, saya  menyenaraikan site-site yang menyediakan perkhidmatan tersebut.Ikon-ikon tersebut boleh di muat turun secara percuma dan mudah.

Anda hanya perlu memilih ikon yang dirasakan menarik, dan muat turunya ke dalam hard drive atau hosting sebeblum di uploadkan ke dalam blog.

webappers.com

icondrawer.com

marcelomarfil.deviantart.com

stinky9.deviantart.com

lecoupdulapin.deviantart.com

itweek.deviantart.com

vistaicons.com

zeusboxstudio.com

freeiconsweb.com

jwloh.deviantart.com

Tuesday, November 10, 2009

Bina tulisan berstail web 2.0 secara online.

web2.0stylr.com adalah satu site yang menyediakan perkhidmatan untuk anda membina tulisan yang berstail web 2.0 secara online. Tulisan ini sesuai untuk dijadikan banner blog.Contoh tulisan tersebut boleh anda lihat pada image yang dipaparkan di atas.

Ia sangat mudah untuk di bina kerana tools yang di sediakan oleh site tersebut adalah ringkas. Anda boleh memilih jenis font dan juga warna yang dirasakan sesuai mengikut citarasa sendiri.

Setelah selesai, anda boleh simpan image yang telah siap itu di hard drive atau hosting sebelum di uploadkan ke dalam blog.

Keroncongkan hidup anda..

Pengenalan

Apa sinonimnya muzik keroncong dengan diri gua. Langsung tak sinonim. Apa halnya pulak seorang kutu Rock tiba-tiba boleh layan muzik keroncong. Apa kejadahnya ini semua. Kenapa tiba-tiba boleh tergerak pulak gua nak post entri khas tribute pasal muzik keroncong ni.

Memang tak dinafikan, yang gua dah jatuh cinta dengan muzik keroncong. Mungkin sebab gua dah ketagih layan Best104 malam-malam. Ni, kalau Sultan Johor tau, mesti beliau bangga dengan gua. Agaknya, inilah penangan muzik keroncong yang dahulunya haram gua tak layan langsung dan gua selalu perli bapak gua bila dia layan lagu keroncong. Kekampungan gua cakap. Tak urban langsung. Zaman dah berubah. Hidup mesti Rock bro.

Pada gua, irama dan lagu keroncong sememangnya begitu syahdu dan mengasyikkan. Sesuai dilayan ketika nak tidur. Cukup-cukuplah dengan muzik rock yang bingit lagi membingitkan. Apa ada pada Rock ?

Apa itu seni muzik keroncong.

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Sumber: pkukmweb.ukm.my

Lagu Untukmu.

Bengawan solo.

Di bawah sinar bulan purnama.

p/s; Layan bukan, lagu keroncong di atas? Haha.

Monday, November 9, 2009

Cara pasang Scroll Box pada blog

Scroll box seperti yang boleh anda lihat pada contoh yang di paparkan di atas sangat berguna jika anda ingin menjimatkan penggunaan ruang pada blog terutamanya pada bahagian side bar. Banyak benda yang boleh kita masukkan pada scroll box seperti, teks, link, image dan widget. Blog kita sendiri pun boleh dimasukkan pada scroll box.

Untuk membina scroll box seperti yang dipaparkan pada contoh di atas, sila ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

Langkah 1

Teks dan URL

p/s: Salin dan pastekan kod di bawah pada notepad terlebih dahulu.

Anda boleh edit kod yang di bold dengan warna biru mengikut kesesuaian blog anda.Gantikan kod-kod yang berwarna merah dengan URL dan tajuk yang berkaitan.

Tajuk 1
Tajuk 2
Tajuk 3
Tajuk 4
Tajuk 5
Tajuk 6

Image dan URL

p/s: Salin dan pastekan kod di bawah pada notepad terlebih dahulu.

Anda boleh edit kod yang di bold dengan warna biru mengikut kesesuaian blog anda.Gantikan kod-kod yang berwarna merah dengan URL anda dan kod yang berwarna hijau dengan URL bagi  image yang hendak di paparkan.

Widget

Contoh: Widget top commentators

p/s: Salin dan pastekan kod di bawah pada notepad terlebih dahulu.

Anda boleh edit kod yang di bold dengan warna biru mengikut kesesuaian blog anda.Script untuk widget top commentators berwarna merah. Gantikan kod yang berwarna merah dengan script widget yang ingin anda paparkan.

Langkah 2

Log in blog => Dashboard => layout => Add A Gadget. Seterusnya, klik HTML/Javascript. Salin kod yang telah siap di edit (rujulk langkah 1) dan paste pada ruangan content HTML/Javascript.

Akhir sekali, klik save.

Memasang status online dan offline Yahoo Messenger !

Pada anda yang masih belum tahu bagaimana untuk memasang widget status online offline Yahoo Messenger, anda bolehlah mencubanya dengan mengikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1

Salin kod dibawah dan paste terlebih dahulu pada notepad. Seterusnya edit pada kedua-dua perkataan nescafeaissatu yang di boldkan dengan ID Yahoo Messenger anda. Anda boleh memilih ikon status yang tersenarai dibawah dengan menggantikan angka 2 yang di bold kepada angka ikon pilihan.

Kod:

Ikon:

Status YM

1

Status YM

2

Status YM

3

Status YM

4

Status YM
5

Status YM

6

Status YM

7

Status YM

8

Status YM

9

Status YM

10

Status YM

11

Status YM

12

Status YM

13

Status YM

14

Status YM

15

Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Klik pada HTML/Javascript. Salin kod yang telah siap di edit (rujuk langkah 1) dan paste pada ruang content HTML/Javascript.

Akhir sekali, klik save.

Anda juga boleh mendapatkannya di site Ymgen.com

Sunday, November 8, 2009

Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Last part of the trilogy

Sila baca entri Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 1 dan Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 2 dan sebelum anda membaca entri pada post ini.

Blog walking.

Mukadimah

Walaupun kita dah memaparkan blog kita untuk tatapan umum, akan tetapi, tiada siapa pun yang nak peduli dengan kewujudan blog kita. Kesannya sangat dirasai oleh blogger yang baru nak merangkak-rangkak macam gua.  Nak harap orang search blog kita guna google search, ianya suatu  kaedah yang tak berkesan. Lainlah kalau kita ni handal dengan  ilmu SEO yang penuh di dada. Pejam mata pun boleh nampak keyword.

Iklankan blog pada semua blog directory pun masih juga kurang berkesan. Gua rasa, iklankan blog kita stail macam Ah Long tampal iklan dekat bus stop atau tandas awam mungkin berkesan. Kalau Ah Long boleh buat, kita pun boleh buat juga. Apa ada hal. Tapi cara ni untuk mereka yang betul-betul dah terdesak sangat.

Kaedah yang terbaik sekali untuk memperkenalkan blog kita pada orang lain ialah dengan cara Blog Walking. Gua sebenarnya dah pernah postkan entri pasal Blog Walking. Tapi tidak mengapa, dengarlah sekali lagi cerita dongeng dari gua pasal Blog Walking.

Macam-macam cara untuk buat blog walking. Sama ada dengan cara I follow U follow, meninggalkan komen pada post, meninggalkan pesanan pada kotak Shout Box atau terus meninggalkan blog tersebut tanpa apa-apa pesanan dari pihak penaja.

Blog Walking yang paling berkesan sekali ialah dengan cara meninggalkan pesanan pada kotak Shout Box dengan seberapa kerap dan seberapa banyak. Cara yang sangat mudah dan efisyen. Kita hanya perlu mencari seberapa banyak URL blog sebagai sasaran. Dan sasarannya juga terdapat pada kotak Shout Bot tersebut. Nak lagi mudah, kita cari sasaran di blog-blog yang mempunyai ramai visitor dan yang paling penting, mempunyai kotak Shout Box.

Tips meninggalkan pesanan pada Shout Box.

Ayat biasa yang kita lihat pada Shout Box ialah:

~ Salam ziarah/singgah
~ Blog Walking/Cycling/Jogging
~ Jalan-jalan /lari-lari/ lompat-lompat
~ Klik-klik Nuffnang/ Klik-klik dapat duit/ Klik-klik bayar cukai tanah

Ayat yang tersenarai diatas sebenarnya sudah biasa sangat kita gunakan dan kebarangkalian untuk ayat tersebut menarik perhatian tuan blog ataupun visitor nya adalah rendah.

Contoh ayat yang disarankan untuk tulis pada Shout Box :

~ Salam..Apa khabar hari ni, sihat ?
~ Salam singgah..Jemputlah ziarah blog kalau ada masa.
~ Salam.. Gua  lepak-lepak disini sebentar. Nescafe ais tak mau ais satu!

Contoh ayat yang tersenarai di tas adalah beberapa contoh ayat yang mampu menarik perhatian tuan blog dan juga visitor nya.

Ayat luar biasa yang jarang di lihat :

~ Salam…Apa hal blog ni banyak lipas, datang blog gua ambil Shieldtox.
~ Salam.. Jom masuk blog gua, gua tak kira, lu mesti masuk jugak. Kalau tidak...
~ Salam…Hai Cik adik manis..Dah kawin ker belum ??? Wekkkk….

Contoh ayat di atas sangat-sangat tidak digalakkan untuk digunakan, tetapi ianya terbukti mampu untuk menarik perhatian tuan blog dan visitor nya dengan berkesan. Cara ini juga mampu untuk menghangatkan dan memeriahkan suasana.