Stand 4 Right
Mulai hari ini, gua nak berhenti dulu tulis entri pasal tutorial dan akan menyepikan diri jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tutorial yang gua post. Sampai bila pun gua tak pasti. Mungkin juga, gua akan tutup terus blog ini dan buat blog yang baru yang langsung tak ada kena mengena pasal blog jika keadaan terlalu mendesak. Gua merasakan yang gua kena mantapkan lagi ilmu yang ada di dada. Jika tak cukup juga, gua akan extrakan pula ruang pada paru-paru. Gua rasa dah tiba masanya gua nak pergi bertapa dan memencilkan diri di puncak Gunung Lambak. Jika ditakdirkan yang gua akan bertemu dengan puteri Gunung Lambak, gua tidak akan menoleh lagi ke belakang.
Terlebih dahulu, gua minta maaf jika akan ada yang tersinggung dengan entri ini. Tapi gua dah tak kisah. Lagipun, kebanyakan dari readers blog gua adalah terdiri dari mereka yang silent reader. Gua yakin, mereka pun tak kisah kalau gua berhenti tulis tutorial.
Gua terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati gua sekarang. Gua dah penat. Bukan penat sebab tulis tutorial, tapi gua dah penat untuk menjawab sebarang bentuk soalan yang berkaitan dengan tutorial bilamana soalan yang diajukan itu ada kalanya menyebabkan gua rasa macam nak buang saja soalan itu. Bukan sebab gua tak reti nak jawab soalan tersebut dan bukan juga soalan tersebut berbentuk provokasi.
Gua seboleh-bolehnya cuba untuk menulis dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Gua juga cuba memberikan jawapan yang terbaik, tetapi apa yang membuatkan gua berasa sangat kesal dan terus hilang mood untuk membaca soalan tersebut adalah, soalan yang diajukan itu sebenarnya dapat kita jawab sendiri dengan mudah, semudah kita mengorek hidung kita sendiri walaupun dengan menggunakan ibu jari.
Kalau kita berkeinginan untuk mengubahsuai blog kita, kita mestilah mempunyai asas yang pada gua mampu untuk dipelajari oleh semua orang. Budak sekolah rendah pun gua rasa mampu untuk mempelajarinya, apatah lagi kita yang dah pandai menggunakan komputer dan internet. Jangan bagi sebab yang kita baru nak belajar. Gua pun belajar juga macam orang lain. Tak ada asas juga. Tapi gua belajar sendiri.
Rajin-rajinkan tangan tu untuk Google apa yang kita inginkan. Bukan hanya berharap atau bergantung saja. Dah tau diri tu baru nak belajar, buatlah cara nak belajar, bukan terus advance nak edit-edit template blog atau nak tambah widget yang kita sendiri tak paham apa fungsinya. Jangan belajar secara membabi-buta. Kita tengok orang buat, kita pun nak buat. Orang edit template, kita pun nak edit juga. Orang tukar template baru, kita nak tukar juga. Orang beli kereta baru, kita pun nak kereta baru. Tapi satu benda pun kita tak tahu. 'Pelan-pelan kayuh'.
Perkara yang paling asas sekali kalau kita nak ubahsuai atau tukar tempalte blog kita adalah, kita kena fahamkan dulu betul-betul tutorial yang kita baca dan gunakan kaedah cuba jaya ataupun bahasa tingginya berbunyi "trail and error" . Jadi, apabila kita menyalin script widget ataupun membuat penambahan pada script template,kita kena fahamkan dulu kod-kod dan triknya. Tengok script tu macam mana dan di mana untuk di paste. Bukan main copy paste,copy paste saja. Kalau macam tu sampai bila nak pandai, sampai bila nak tanya soalan-soalan yang remeh-remeh ini.
Gua menyarankan supaya buat lagi satu blog khas untuk kita mencuba atau membuat ubahsuai sebelum di aplikasikan pada blog kita yang sebenar. Sangat mudah dah tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain apabila terjadi error.
Satu lagi sebelum gua mengundur diri. Setiap browser tak sama setting dan fungsinya. Jadi, apabila kita lihat blog kita jadi tunggang langgang jika kita view menggunakan Internet Explorer,perkara tersebut sebenarnya adalah NORMAL kerana Internet Explorer berbeza dengan Mozilla Firefox. View yang terbaik sekali jika kita bina blog yang di host pada blogspot adalah dengan meggunakan browser Mozilla Firefox. Gua ulang sekali lagi, Mozilla Firefox. Jangan di tanya kenapa. Tapi kalau nak tanya juga, tanyalah sendiri pada Mozilla Firefox dan Internet Explorer.
p/s:
1.Guna hati, akal dan fikiranmu.
2. Sesiapa yang terasa, gua minta maaf banyak-banyak. Bukan niat gua menyinggung perasaan, tetapi gua hanya meluahkan apa yang gua rasa.
3. Gua juga manusia biasa dan gua juga bermula dari mana sepatutnya gua perlu bermula.