• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Wednesday, November 4, 2009

Kaki plagiat dan copy n paste, apa hal cilok entri aku !!!



Kita mesti naik angin satu badan dan melenting macam ulat beluncas bila kita dapat tahu, hasil karya yang kita tulis tiba-tiba berada di blog orang lain. Macam mana tak marah, dah lah 3 hari 3 malam nak memerah idea supaya membiak dalam kepala otak. Kena pulak,entri yang kita tulis tu adalah yang terbaik dan yang paling segar dari ladang dari entri-entri yang sebelum itu. Senang-senang  kena copy paste. Paling tak pun, editlah atau letakkanlah link kalau dah terdesak sangat sebab kekeringan idea. Benda ni lah yang kita nak.


Pada pendapat aku, isu plagiat  ni sebenarnya dah jadi benda yang biasa dan normal, dan aku rasa, semua orang pun buat benda yang sama, cuma kita saja yang tak perasan. Plagiat dah tak boleh di halang lagi. Selagi readers boleh klik kanan pada mouse dan copy atau tekan Ctrl + C pada keyboard, selagi intulah, isu plagiat ni tak akan selesai. Kalau kita betul-betul tak nak tulisan kita di copy paste, kita private kan blog kepada readers yang dikenali sahaja atau kita privatekan supaya hanya kita seorang saja yang boleh view blog kita sendiri.


 Kadang-kadang, kita sendiri copy paste dari site atau blog lain terutamanya dari surat khabar atau majalah online,  sebab kita merasakan yang entri tu memang menarik dan berguna untuk di kongsi bersama rakan, jiran sekampung, sanak saudara dan visitors blog kita. Jadi, kita pun ambil artikel tersebut dan uploadkan ke dalam blog kita sendiri tanpa meminta restu dan keizinan. Untuk menunjukkan yang kita seorang yang sangat mengenang budi dan prihatin, kita sertakan link. Dengan harapan, supaya penulis akan merasa sedikit lega dan berlapang dadanya apabila link ke blognya di sertakan.


Pernahkah kita minta izin dari owner gambar yang kita copy dari mana-mana site atau blog? Yang selalu kita buat, kita terus upload gambar ke dalam blog. Sebab apa kita buat macam tu? Sebab kita rasa benda yang kita buat tu tak salah dan kita sendiri tak rasa bersalah. Jangan cakap copy paste gambar tak sama dengan copy paste artikel atau entri.


Selagi kita paparkan blog kita kepada umum, selagi itulah, bila-bila masa saja hasil tulisan kita boleh di copy paste. Tak payahlah nak naik angin  kalau kita rasa tulisan kita telah di plagiat dan tak payahlah buat entri khas untuk menyatakan rasa marah yang sudah tidak tertanggung lagi, ibarat gunung berapi yang dah tak boleh tahan-tahan nak meletup. Tak ada faedah pun. Akhirnya, benda ni reda dengan semulajadinya.


Kita juga boleh tulis besar-besar di bawah footer blog kita yang setiap tulisan yang ada di blog kita adalah Hak Cipta Terpelihara. Betul, memang boleh. Tapi siapa pulak yang nak pelihara. Nak pelihara, nak bagi makan apa?


Kita sepatutnya merasa bangga sambil mengembangkan hidung kerana, hasil tulisan kita memberi kesan yang mendalam kepada pembaca sehingga ada yang menghargainya dengan meletakkan entri tersebut dalam blog mereka.Secara tidak langsung, ia juga sebenarnya dapat menaikkan Page Rank blog kita sendiri.


p/s:
1.Gua tau, mesti ramai yang tak sependapatan dengan gua. Gua terima.
2.Sebab tu gua tulis, 'Pada pendapat aku'.

Tuesday, November 3, 2009

Terbalikkan teks atau perkataan pada blog



Taipkan teks atau perkataan yang ingin anda terbalikkan pada table ' Tuliskan teks di sini'. Hasilnya akan terpapar pada table 'uʍop ǝpısdn'. Salin dan paste pada blog anda.

Taipkan teks atau perkataan yang ingin anda terbalikkan pada table ' Tuliskan teks di sini'. Hasilnya akan terpapar pada table 'uʍop ǝpısdn'. Salin dan paste pada blog anda.




Monday, November 2, 2009

Membina costum search bar pada blog








Untuk membina search bar secara kostum seperti yang bolah anda lihat di atas, hanya ikut beberapa langkah di bawah:

Langkah 1

Salin dan paste kod yang berwarna merah di bawah. Edit pada perkataan yang di boldkan itu kepada perkataan dan teks anda sendiri.

<form id="searchThis" action="/search" style="display: inline;" method="get"><input onfocus="if(this.value==this.defaultValue)this.value='';" value="Nak cari apa?" type="text" id="searchBox" onblur="if(this.value=='')this.value=this.defaultValue;" style="width: 150px;color:#636363;" vinput="" name="q"/> <input id="searchButton" value="Pergi" type="submit"/></form>

Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya klik pada HTML/Javascript. Kemudian, salin kod yang telah siap di edit tadi (rujuk langkah 1) dan paste pada Content HTML/Javascript itu.

Akhir sekali, klik save.

p/s: Seelok-eloknya, search bar diletakkan di bahagian atas (header) ataupun pada sidebar.

Edit gambar menjadi lebih menarik secara online


Satu lagi site photo editing yang patut di lawati oleh blogger yang tidak mahir menggunakan Photoshop. Funphotobox.com adalah satu site photo editing yang memberi kemudahan kepada anda untuk membuat suntingan terhadap gambar menjadi lebih menarik dengan mudah. Satu kelebihan yang ada pada site ini ialah, anda tidak perlu untuk mendaftar seperti kebanyakkan site yang lain

Photo effect yang disediakan juga amat menarik dan anda hanya perlu memilih effect  yang dirasakan sesuai untuk di padankan dengan gambar yang di upload.Anda boleh mengubah gambar tersebut menjadi  greeting card, photo effect yang sangat menarik, gambar berbentuk animasi dan muka depan majalah.

Hanya perlu lakukan 3 langkah yang sangat mudah. Pertama, pilih effect, kedua upload gambar yang hendak di sunting dan akhir sekali simpan di dalam hadr drive atau hosting.

Sunday, November 1, 2009

Cara terbaik meningkatkan earning Nuffnang


Untuk meningkatkan earning dari Nuffnang, ada beberapa cara yang di rasakan terbaik sekali untuk di ikuti.

1. Mendaftar dengan menjadi ahli Nuffnang Glitterati. Kelebihan ketara menjadi ahli Nuffnang Glitterati ialah peluang untuk mendapat pendapatan yang lebih tinggi, lebih cepat dan keutamaan dalam beberapa hal.

2. Meletakkan banner-banner di tempat yang telah di tetapkan oleh Nuffnang, iaitu pada bahagian header, sidebar dan post. Tujuannya adalah supaya iklan tersebut mudah untuk di lihat dan kebarangkalian untuk iklan itu di klik adalah tinggi.

3. Selalu melakukan update pada akaun Nuffnang.

4. Tarik seberapa ramai trafik untuk datang ke blog kita. Lakukan blog walking dengan lebih kerap lagi. Blog walking adalah cara yang terbaik sekali untuk menarik trafik dan mempromosikan blog kita.

5. Hasilkan entri yang berkualiti. Inilah faktor yang paling utama sekali jika kita benar-benar ingin mendapat visitor yang ramai.Kurangkan menulis tentang masalah peribadi, luahan hati yang sememangnya tidak digemari oleh visitor. Kebanyakkan visitor yang datang ke blog kita sebenarnya ingin mencari info atau maklumat. Bukannya ingin mendengar luahan hati kita yang bercampur emosi itu.

Saturday, October 31, 2009

Laa..Ketawalah pulak! Ni apa cerita ni?


 Hahaha..You Rock !!!

Entri ini tak ada kena mengena dengan blog atau tutorial. Jauh sekali kalau nak buat widget gambar pakcik diatas. Entah kenapa boleh tergerak jari gua nak buat entri yang semacam ini. Lancar pulak tu. 

Gua ada terbaca satu artikel tentang ketawa dalam sebuah majalah. Artikel yang pada gua, sangat menarik. Apa yang nak gua kongsi ialah tentang beberapa fakta yang menarik dan kesannya apabila kita ketawa. Gua tulis yang positf-positif saja. Kalau gua tulis yang negatif-negatif, gua takut nanti ada yang dah tak nak ketawa pulak, buat muka ketat atau saja-saja gelak gaya jin baru keluar dari lampu ajaib.

Fakta yang pertama.

Ketawa membantu manusia menjelaskan hasrat mereka dalam perhubungan sosial dan menyerlahkan emosi mereka semasa berbual.

Gua kata.

Biasanya kalau kita duduk melepak sambil bersembang dengan kawan-kawan yang bilangannya lebih daripada 2 orang, suasananya adalah lebih happening dan mengembirakan. Makin ramai bilangan ahli dalam sesuatu corumn, makin menggila gelak tawanya. Macam-macam gaya ketawa.

Jarang kalau kita duduk melepak sambil bersembang ramai-ramai, tak dengar orang yang ketawa. Semua serius. Buat-buat muka ketat. Kalau ada yang gaya macam tu, mungkin itu adalah persidangan mafia-mafia yang tengah 'slow talk' secara serius sambil menonton Wonder Pets.

Fakta yang kedua:

Kalau ketawa anda disambut, ini bermakna ia adalah sebahagian daripada sesuatu kumpulan. Ia isyarat penerimaan dan interaksi yang positif. Tahniah.

Gua kata:

Sebagai contoh, bayangkan anda adalah seorang penyokong tegar pasukan Liverpool. Sedang makan roti canai kuah banjir sambil menyaksikan perlawanan bola sepak dekat Mapley yang ada screen besar. Perlawanan pada hari itu adalah di antara Liverpool dan Man U. Anda duduk dan melantak di kelompok penyokong Liverpool sambil membuat ulasan terhadap perkembangan perlawanan.

Tiba-tiba Torres menyumbat bola kedalam gawang Man U. Bluupp... "Goal !!!" Anda bangun menjerit, sambil ketawa dengan riangnya didepan kelompok penyokong tegar Man U.

Adakah anda merasakan yang gelak tawa anda itu akan di sambut oleh meraka? Jika ya, anda adalah sebahagian dari kumpulan mereka. Tahniah gua ucapkan.


Kesan-kesan positif apabila kita ketawa.

Di bawah ni gua senaraikan 9 kesan yang positif apabila kita ketawa.

  1. Menurunkan tekanan darah.
  2. Menguatkan fungsi otot jantung.
  3. Menurunkan hormon stress.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Meningkatkan kelenturan otot.
  6. Menambah bekalan oksigen dalam badan.
  7. Meningkatkan fungsi imuniti pada tubuh.
  8. Merangsang pengeluaran endorfin, iaitu ' ubat penahan sakit' yang dikeluarkan oleh tubuh kita secara semulajadi.
  9. Menghasilkan perasaan sihat, segar dan bahagia.
Bukti: Sila rujuk gambar di atas.

Kesimpulannya, ketawalah ke arah yang lebih positif kerana ketawa adalah satu terapi untuk minda dan tubuh badan. Jangan  stress-stress dan jangan ketawa sampai tak ingat dunia sudahlah.

Thursday, October 29, 2009

Anonymous oh anonymous! Komenlah elok-elok..


Kalau nak di bincangkan tentang isu Anonymous, cerita takkan habis sampai di sini. Ramai gua rasa yang diluar sana meluahkan rasa kecewa dengan komen atau teguran dari mereka yang berselindung di sebalik nama Anonymous. Selagi kita membuka jalan untuk Anonymous memberikan komen di blog kita, selagi itulah kita akan berhadapan dengan komen dari mereka.

Tak semua yang menggunakan nama Anynomous ini adalah sebagai suatu ancaman. Ramai juga yang memberi komen dan teguran membina. Mereka mungkin menggunakan nama tersebut kerana tidak berdaftar. Kebanyakkan terdiri dari silent reader. Mereka membaca entri diblog secara senyap-senyap.

Ancaman hanya akan datang apabila mereka yang menggunakan nama Anonymous ini berlagak seperti seorang Sniper. Kadangkala,komen dan kata-kata indah yang diberikan terlalu sukar untuk di terima oleh akal. Itu dah bukan lagi kategori teguran membina. Ayat saja nak cari pasal. Tulis pun main sedap jari.

Biasanya blog politik dan peribadi yang selalu menjadi mangsa. Banyak komen-komen yang menggunakan nama Anonymous, dengan bersahaja membuat kritikan yang 'kaw-kaw' pada tuan empunya blog. Mungkin mereka tidak sependapat dengan artikel atau entri yang ada pada blog tersebut.

Bagi penulis blog peribadi, kadang-kadang kita sebenarnya tak berapa nak perasan atau buat-buat tak perasan yang artikel atau entri kita itu sendiri sememangnya melayakkan untuk Anonymous ini membuat komen yang sebgitu rupa. Silap kita juga lepaskan geram pada blog sendiri. Memang kita boleh cakap, itu hak kita, blog kita,kita boleh buat apa yang kita suka. Tapi kena ingat juga, apabila kita buka blog untuk tatapan umum, etika, bahasa dan tulisan kena jaga.

Apa pun, terpulang kepada kita bagaimana mendefinisikan maksud sebenar siapakah  Anonymous itu. Apa yang gua tulis diatas, hanyalah secebis pendapat dari gua yang baru mengenali dunia blogger.