• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Showing posts with label Ini cerita gua. Show all posts
Showing posts with label Ini cerita gua. Show all posts

Tuesday, February 16, 2010

Penglipurlara politik cakap tak serupa bikin.


Gua semacam terperasan, makin banyak blog yang menunjukkan minat tulis pasal politik. Orang nak berpolitik, dia pun nak juga. Ini sebenarnya menggambarkan kebebasan menulis yang sepatutnya di manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Tapi tetap juga ada nada-nada sumbang yang berbunyi "tak ada kebebasan".

Ada yang tulis, condongnya ke kanan, ada yang ke kiri dan ada yang tengah-tengah. Tapi yang jenis tengah-tengah memang payah nak jumpa.

Malangnya, yang menyebabkan nama blogger khasnya blogger politik jadi tak sihat, berpunca dari segelintir blogger yang boleh di ragukan kredebilitinya dalam menulis sesuatu isu. Sumber yang datangnya dari cerita kedai kopi, copy paste, khabar angin dan ada kalanya datang dari angin kentut yang di tambah lebih kurang menjadi secukup rasa. Dasar penglipurlara politik murahan.

Entri yang di sampaikan kepada readers hanyalah sekadar teori domino dan andaian yang di tulis main ikut sedap macam tulis karangan. Imaginasi tahap tinggi. Tapi perangai tak matang. Tu yang kadang-kadang, siap keluar maki hamun dan sumpah seranah tak kira siapa. Janji puas. Berjuang katakan.

Tak pasti pula gua kalau ada blogger yang dapat lesen maki hamun. Salahkan itu, salahkan ini. Itu tak betul, ini tak betul. Kalau boleh dia dengan dia punya perjuangan saja yang betul. Yang bagi komen pun ada yang jenis lebih kurang. Anonymous tu biasa-biasa saja. Bila ada yang tak sekepala, mesti kena label itulah, inilah, hukum itu, hukum ini. Entah apa-apa. Provokasi macam budak-budak belum cukup umur yang hanya menyusahkan dan merosakkan.

Mesej apa sebenarnya yang hendak di sampaikan kepada readers. Berjuang jenis tunggul apakah ini?

Semakin boleh di pertikaikan kredibiliti penulis yang berselindung di sebalik nama samaran yang ala-ala macam hero hindustan tapi bila tengok avatar, gambar pokok kelapa terpapar. Privacy katanya. Tapi, tulis dalam blog bukan main. Pung pang pung pang. Cakap tak serupa bikin.

Tak kiralah karat ke sebelah mana sekali pun terhadap politik, yang penting sekali adalah sumber dan fakta yang ingin di sampaikan. Pastikan kesahihannya. Lepas tu kalau tak puas hati pun janganlah lebih-lebih sangat. Nak kutuk nak maki, apa hal. Pandai pulak marah bila ada yang balas. Oh..gua terlupa. Berjuang katakan. Nak tulis bab politik tu biar berpada-pada. Ambil pendekatan bersederhana saja pun dah cukup. Politik tetap politik.

p/s:
~ Jangan memalitkan tahi pada perjuangan yang anda katakan benar itu. Kalau muka sendiri, tak mengapa.

~ Lebih baik berdiri atas pagar. Baru rasa tinggi sikit. Pandangan pun makin luas.

Tuesday, January 26, 2010

Seminggu yang hangat

Setelah puas gua menghabiskan masa selama beberapa hari mendendangkan lagu Ku menaruh harapan, nyanian Zaiton Sameon sebelum nak masuk tidur, akhirnya hari ini, gua mendapat satu pekhabaran yang sedikit menggembirakan hati dan perasaan bila line intenet kembali stabil seperti sediakala. Tak pasti pulak kalau kejap lagi, masalah yang sama berulang.

Nak masuk seminggu juga gua terputus hubungan dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan kerja yang makin di buat, makin bertambah, di sulami dengan ketidakstabilan talian internet yang sekejap laju sikit, sekejap perlahan. Tapi bila disconnect, tak nak pulak sekejap. Makan 3 hari juga.

Gua dah cuba macam-macam kaedah dan cara nak lajukan speed internet yang di ajar di internet. Cukup membanggakan. Hasilnya, line terus disconnect selama 3 hari. Nasib baik, petang semalam dapat juga online walaupun sekejap waktu.

Bila dapat log in hari ini, muka gua ada senyum. Gua check e mail dan check pula comment. Bercinta pula gua nak reply e mail dan comment yang ada. Tak mengapa, gua jawab mana yang termampu yer.

Tuesday, November 24, 2009

Sistem kapitalis yang mencengkam keharmonian insan.

Ni cerita tentang kejadian awal pagi semalam. Kejadian yang tak berapa nak cool walaupun situasinya cool. Tengah gua tekun baca hasil tulisan yang bukan dari dalam blog gua, tekak tiba-tiba mengidam nak makan burger ayam istimewa yang dia punya sedap boleh membuatkan si pemakannya mampu mejilat siku. Bayangkanlah sendiri dia punya sedap.

Dekat kampung gua Ayer Hitam, yang lebih lunak lagi jika di gelar pekan orang menjunjung pasu atau teddy bear bersaiz anak gajah sambil melintas jalan tak tengok kiri kanan, ada satu stall jual burger yang memang terbaik walaupun jika di banding-bandingkan dengan brand kapitalis seperti Burger King dan McD. Selalu kalau gua balik kampung, mesti gua pekena barang sebiji dua. Gua tetap menyokong produk bumiputera yang baru nak naik dan tak cekik darah, walaupun kadang-kadang gua ada juga beli KFC dan selalu juga beli Nescafe tin di 7E.

Berbekalkan duit syiling yang cukup-cukup RM 2.50, gua start motor Honda EX5 edisi kebun bapak gua. Oleh kerana jarak stall burger tersangatlah dekat, gua turunkan helmet dari bakul motor. Macam tak berapa nak cool pula sarungkan helmet LTD yang juga beredisi kebun. Visor yang jenis kalau gua naikkan saja, dan tanpa di suruh-suruh, dia turun sendiri. Dah rupa macam angkasawan pulak pagi-pagi buta.

Sampai depan 7E, gua geleng kepala. "Kenapalah tutup payung awal sangat. Selalu sampai pukul 1.30 pagi. Hari ni boleh awal pulak. Baru pukul 1.07 minit". Gua membebel pada motor sambil parking double stand. Dah lah stand tepi pun tak ada. Kalau ringan macam basikal,  gua dah sandarkan dah pada tiang lampu.

Tekak pulak gatal mengidam nak makan burger ayam istimewa. Mula-mula gua macam nak paksa juga brader burger tu buatkan sebiji, tapi bila gua tengok, kuali burger dah menjulang wap sebab kena siram dengan air, gua terus masuk 7E. Plan B gua, beli Nescafe tin. Cukup lagi duitnya. Setin baru RM2.10 walaupun hakikatnya, kedai lain ada yang jual dengan harga RM1.80.

Masuk saja dalam 7E yang suhunya sedang-sedang cool, gua dah tak dengar dah ucapan "Selamat datang" yang biasa gua dengar setiap kali gua masuk 7E. Gua jadi terkejut pulak bila gadis kaunter dan juga budak kaunter yang berdiri dekat kaunter bagi ucapan "Pakcik, tak boleh pakcik". Tapi gua tengok tak ada pun pakcik. Takkan gua pulak lu orang panggil pakcik. Rambut gua hitam lagi. Tak mungkin lu tujukan pada gua, sebab lu toleh peti ais tempat air tin.

Pandangan, gua jengahkan ke tepi sikit. Baru gua nampak. Sorang pakcik yang gua rasa baru balik dari makan kenduri. Bersongkok, berbaju melayu dan berseluar yang tak berapa nak melayu. Biasa saja gua tengok pakcik tu. Cool-cool saja. Tak ada gaya yang mencurigakan.

Gua terus tuju ke bahagian air Nescafe tin. Buka pintu peti ais, tangan terus capai tin Nescafe. Tiba-tiba kepala gua boleh pulak nak menoleh pakcik sebelah gua . Pakcik tu pandang gua balik. Kami bertentang mata. "Boleh minum ke benda tu?" tanya gua gaya orang yang macam tak tau hukum hakam. Pakcik yang gua rasa umurnya dah sesuai sangat jadi peminat lagu-lagu 60an balas soalan gua dengan jawapan "orang punya" dengan gaya yang begitu cool dan terus toleh semula peti ais.

Lagi sekali, gadis kaunter dan budak kaunter bagi ucapan, "Pakcik, tak boleh pakcik" dengan nada yang dah tak serupa macam ucapan lagi dah. Keadaan yang memang telah menghuru-harakan rancangan asal gua dari nak beli burger tapi kena tukar plan beli Nescafe tin. Barulah gua faham situasi sebenar. Situasi  cool yang dicetuskan oleh pakcik yang bargaya cool.

Gua terus langkah pergi kaunter depan. Tapi pakcik cool langkah lagi laju dari gua. Kuasa kuda yang masih bertenaga. Sekali lagi, gadis kaunter dan budak kaunter ulang semula ayat "Pakcik, tak boleh pakcik" yang telah di high volume kan walaupun pakcik cool dah terpacak depan mata. Jawapan "orang punya" dibalas pakcik cool. Tapi kali ini, nadanya tak berapa nak cool. Gua pulak buat-buat belek Maggi hot cup yang tak hot tetapi cool sebab belum tuang air panas.

Riak wajah gadis kaunter dan budak kaunter, gua tengok tiba-tiba berubah menjadi berseri-seri macam pengantin. Gadis kaunter dan budak kaunter dah tak menjerit-jerit lagi. Kaedah berdiplomasi gaya orang kedutaan, dengan berlagak cool depan pakcik cool menyebabkan keaadan akhirnya jadi tenang dan cool semula. Pakcik cool mengalah juga walaupun tangan tengah hulur duit RM50. Dengan gaya cool macam tak ada ada yang berlaku, pakcik cool mintak rokok Winston 20, tunggu duit baki dan terus keluar.

Gua dengar budak kaunter bisik pada gadis kaunter "Pakai baju melayu pun nak beli minuman yang mengkhayalkan ker".

Gua seluk kocek, keluarkan semua syiling. Gua hulur RM2.10. 40 sen, simpan semula. Gua cakap pada budak kaunter dengan gaya yang pura-pura cool. "Nanti bagitau 'lou pan'. Lepas tu suruh 'lou pan' bagitau Menteri... Kalau tak nak bagi orang melayu beli, jangan jual". Gua tinggalkan gadis kaunter dan budak kaunter dengan jawapan yang sepatutnya gua tuju pada tauke 7E. Gua tahu, niat mereka berdua cuma nak cari rezeki, tapi tersepit dengan keadaan.

Keluar saja dari 7E, gua nampak pakcik cool baru masuk dalam kereta Viva hitam. Gua tengok, sebelah seat pakcik cool ada orang. Bukan melayu. Gua rasa, kawan dia. Kulit memang langsung tak sepadan. Pakcik cool toleh gua dan berlalu sambil tersenyum dengan gaya yang cukup cool. Sama cool nya macam dalam 7E tadi. Cool meninggalkan gua dengan seribu satu persoalan yang gua sendiri tak dapat nak cari jawapannya. Gua kena muhasabahkan lagi diri gua.

Tuesday, October 27, 2009

MIRC itu adalah Internet ?? Biar betul..


Gua nak cerita pengalaman gua semasa mula-mula gua kenal sama internet. Gua rasa, ramai readers yang seangkatan dengan gua sekarang ni yang mungkin ada pengalaman yang sama tapi tak serupa dengan gua.

Gua kenal dunia internet masa gua Form 4. Tahun 1996. Itu jam, dunia internet tak macam sekarang. Apa yang tersemat dalam pemikiran gua adalah, internet tu adalah MIRC dan tempat lepak-lepak sambil mengurat makwe-makwe. Dulu tak panggil MIRC. Panggil 'main chatting'. Nak cari dalam PC, aplikasi MIRC ni senang je. Biasa owner cyber café (gelaran manja cc) akan letak ikon shortcut pada desktop. Sebab dia faham, budak-budak macam gua bila masuk aja CC mesti mengadap benda ni. Benda lain haram tak pernah usik pun. Sebab tak tau. Ketinggalan zaman bukan?

Dulu Channel tempat  nak berchatting yang gah adalah Kampung, Mamak dan entah apa-apa entah yang gua tak berapa nak ingat. Gua dulu baik. Tak salah gunakan internet. Buka Mirc. Buka Channel Kampung. Klik semua nickname makwe-makwe. Kalau ada dua puluh nick name, dua puluh –dua puluh lah gua klik. Lepas tu macam biasa. Soalan dan jawapan yang biasa ditanya oleh kaki-kaki Mirc. Hi…ASL please.. U ni M ke F...GTG dan berbagai short word yang gua dah tak ingat. Itu yang boleh buat tak sedar diri melepak sampai berjam-jam kat CC. Ramai sangat yang nak chatting dengan gua.

Member-member gua pulak lain sikit perangainya. Lagi advance, gambar-gambar pornografi dah kira ketinggalan zaman masa tu. Padahal, kena kenceng hidup-hidup dengan owner cc tu. Dia cakap kat siling dah pasang kamera. “Nampak tak benda bulat yang ada lampu merah. Tu namanya kamera (pergghh..Pada hal smoke detector). Lu orang jangan buat hal tengok gambar porno kat sini.” Tu yang gua dan member-member gua terus tak berani nak tengok gambar porno. Percaya beb, dulu. Siap ada yang mengaku belum sunat lagi..

Dah tak dapat tengok, member-member gua (termasuklah gua) bantai layan flood dalam kotak chat MIRC. Ada yang lagi up to date, siap claim diri dia dah pangkat IRC Cop. Memang gxmpxng perangai sorang-sorang. Hidup nak mendengki orang. Lepas tu gelak tak ingat. Gua pun tak tau apa faedahnya sampai sekarang.

Ada sorang member gua sanggup melepak berjam-jam siang malam mengadap Mirc. Dah tahap kronik Mirc. Tujuannya nak buat flood. Mentang-mentang tahu koding untuk buat flood, abis di bantai nak uji black majik yang baru dia belajar. Sampaikan server kat CC tu selalu disconnect. Memang menyusahkan masyarakat. Yang gua paling tak boleh lupa, ada sehari tu gua jadi pelik sebab dia tak lepak kat CC. Gua tanya member lain. Member gua cakap, member gua yang kronik Mirc tu pergi KL jadi IRC Cop. Gua boleh percaya hidup-hidup. Dalam hati gua.. "Perghh.. Jadi IRC Cop.Memang hebat." Gua jadi yakin sebab dia boleh hack sampai PC kat CC banyak yang jahanam hasil penangan black magik dia. Esoknya gua jumpa dia kat sekolah. Gua tanya dia untuk kepastian. Selamba dia jawab, dia dah kena pecat. "Aku dah turun pangkat, tak jadi IRC Cop lagi."  Hebat bukan kisah tahyulnya?  Helah bela diri yang tak masuk akal. Padahal mak dia dah tak bagi dia melepak kat cc. Suruh siapkan kerja sekolah.

Nilai moral yang cuba gua terapkan di sini kepada student-student, sila siapkan kerja sekolah atau assignment anda terlebih dahulu sebelum anda melayari internet. Jangan layari site-site yang merosakkan minda anda. Dengarlah nasihat dan teguran ibu bapa.

p/s: Ada lagi ker MIRC sekarang ni?  Gua macam perasan ada lagi.

Thursday, October 22, 2009

Dah potong ke belum? Potong now! P1 W1max




Menarik bukan? Patutkah saya dan anda semua terpengaruh dengan iklan seperti yang terpapar di atas. Di kawasan bandar yang gagah-gagah mungkinlah.

Gua ada tengok iklan kat TV3 yang amat menghiburkan sehingga menyebabkan gua tak boleh blah dengan iklan tersebut dan gua yakin yang iklan tersebut berbaur sedikit lucah. Di hiburkan dengan paluan kompang oleh kanak-kanak yang meminta pengguna broadband 'potong, potong, potong' dan beralih kepada P1 W1Max.

Hebat sangatkah P1 W1Max ini sehingga begitu gah dan teruja sekali menghebahkan kepada dunia, nak suruh orang lain terminate line broadband yang mereka gunakan sekarang kepada P1 W1Max.


Di atas ini gua lampirkan peta lokasi kedudukan gua semasa berdiri yang gua snap dari stesen angkasa lepas. Cuba lihat kedudukan gua yang gua bulatkan dengan warna merah dengan jarak coverage P1W1Max yang berikon P itu. Hebat bukan iklan 'potong' P1 W1Max.

p/s: Gua tetap steady dengan line Telekom hatta gua terpaksa kembali ke zaman dail up. Kalau coverage P1 W1max dah sampai ke tempat gua nanti, gua akan pertimbangkan semula. Itu pun kalau gua tak ada dengar semula ayat "Makin ramai yang guna  Celcom P1 W1Max broadband, makin slow la speednya. Cuba online tengah malam & awal pagi. Time tu tak ramai yang online." Selamat tinggal Celkom brodben ku. Semoga kita bertemu jodoh lagi. Tata.

Saturday, October 3, 2009

Ini cerita gua - RON95 vs RON97

Pada dasarnya, gua bukan nak mengeluh tentang langkah kerajaan menurunkan gred petrol daripada RON 97 di turunkan kepada RON 95. Pada pendapat gua, formula ini di kira bijak sebenarnya kerana hingga ke hari ini, gua belum dengar lagi rakan-rakan seperjuangan gua berdebat dengan bahasa-bahasa di luar normal membahaskan tentang isu kenaikan harga minyak di Malaysia dan juga global. Tahniah gua ucapkan pada Menteri KPDNHEP, Datuk Ismail Sabri Yaakob kerana dengan formula tersebut, dapat mengurangkan rungutan, keluhan dan bantahan daripada rakyat Malaysia termasuklah rakan-rakan seperjuangan gua dan juga gua terhadap kenaikan harga minyak.

Apa yang menjadi topik hangat yang gua dengar dari rakan-rakan seperjuangan gua adalah berkisar tentang prestasi enjin. Kelancaran kereta mereka yang kini tidak lagi megah meluncur di jalan raya. Kereta mereka seakan-akan kehilangan kuasa kuda. Adalah dalam 2 hingga 3 ekor agaknya. Minyak larong macam air. Gua juga sependapat dengan mereka. Apa yang dapat gua katakan pada mereka, banyak-banyaklah kita bersabar.

Untuk menyelesaikan malasah ini, gua cadangkan supaya digunakan petrol RON 97. Gua tahu, cadangan gua ini mungkin akan membuat hati rakan-rakan seperjuangan gua memberontak dan mengeluarkan bahasa-bahasa di luar normal kepada gua. Majoriti dari mereka bersetuju bila gua cakap "Tukar-tukarlah, 2 hari guna RON95, sehari guna RON97. Kalau poket lu tebal, lu bantailah RON 97 tiap-tiap hari."

Gua rasa masalah tak selesai lagi. Rata-rata stesen minyak yang telah gua singgah untuk membeli Nescafe dalam tin tidak menjual RON 97. Gua tengok dekat pam, nozzle kanan RON 95 dan nozzle kiri pun RON 95. Begitu juga untuk 'Side B' sebelah belakang. Gua membuat satu kesimpulan bahawa, kebanyakkan stesen minyak menjual petrol gred RON 95, diesel, minyak pelincir, minyak cap kapak dan minyak Yuh Yee cap limau. 

Petang tadi gua pergi hantar kereta gua ke pusat servis Toyota Kulai. Biasalah, tukar minyak hitam walaupun hakikatnya minyak tersebut bukan hitam. Gua tanya pada brader yang servis kereta gua. Kenapa kereta gua dah tak pick-up. Nak potong double line pun gua dah tak berani sekarang. Selalu, nak potong kereta depan, selamba jer gua tekan pedal minyak, terus naik 120km/h. Sekarang, kalau nak potong kereta makwe kat depan, gua tekan pedal minyak jer, enjin kereta gua semacam terkena senggugut dalam beberapa saat sebelum dapat memotong sambil tangan gua melambai makwe yang ada dalam kereta tersebut. Baru hari ini gua mengeluh, " Nikmatnya guna gear manual, kalaulah gua guna gear manual, mesti gua dah bahagia sekarang." Brader tu cakap pada gua. Bukan gua sorang jer yang tanya macam tu, malah beliau juga ada menerima beratus-ratus sms dan e-mail dari peminat misteri yang bertanya soalan yang serupa dengan soalan gua. Brader tu jawab "Ni bukan masalah enjin, tapi minyak yang lu guna. Lu guna RON 95."

Sepanjang perjalan pulang gua dari Kulai, gua ada singgah dua stesan minyak yang berbeza dengan tujuan, untuk membeli Nescafe dalam tin dan mengisi petrol. Kedua-dua stesen minyak tersebut serupa dengan stesen minyak yang pernah gua singgah.Hanya menjual petrol gred RON 95, diesel, minyak pelincir, minyak cap kapak dan minyak Yuh Yee cap limau.

Thursday, October 1, 2009

Ini cerita gua - Celcom Broadband oh Celcom Broadband

p/s: Maaf jika jika bahasa yang saya gunakan adalah kasar. Bahasa-bahasa seperti ini hanya untuk posting yang berlabel 'Ini Cerita Gua '. Harap maklum.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Masuk hari ni, rasanya dah dekat 2 minggu gua menggunakan perkhidmatan internet dari Celcom broadband (baca berukband). Selalunya gua guna TM Net di rumah yang sekarang ini gua tinggal. TM Net memberikan servis connection yang cekap. Penghantaran data yang stabil dan pantas. Tapi malangnya, kabel telefon dah kena curi. Pencuri nak cari duit raya agaknya. Mentang-mentanglah gua tinggal dalam kawasan ceruk ladang, TM Net pandang gua sebelah mata.TM Net bagitau gua, line akan pulih selewat-lewatnya esok. Harap-harap TM Net tak mainkan perasaan gua. Apa pun, TM Net adalah yang terbaik.

Masa cuti raya, gua guna Celcom broadband di kampung.Kampung gua ada 3G speed HSDPA. Gua tak mainlah D68. Gua daftar yang D98. Gua telah ditaklimatkan oleh seorang makwe di Celcom Center kluang bahawasanya pakej yang gua nak langgan tu adalah terbaik, dan beliau jugalah yang telah menyematkan dalam sanubari gua yang pakej tersebut sangat pantas dari segi speed connection. Gua jadi teruja. Gua set dalam kepala otak gua yang gua akan dapat connection yang pantas. Dah tak payah pasang turbo.

Sepanjang cuti raya gua di kampung, gua telah dibayangi dengan angan-angan yang gua rasa takkan kesampaian. Tiap-tiap hari, bila gua tengok Berita Terkini di TV3, gua rasa gua nak selit satu iklan khidmat masyarakat. Gua nak bagi tau kat dunia. Celcom Broadband sudah kencing gua. Gua juga nak selitkan kata-kata manis dari makwe di Celcom Center yang gua jumpa buat kali kedua. “Makin ramai yang guna Celcom Broadband, makin slow la speednya. Cuba online tengah malam & awal pagi. Time tu tak ramai yang online.”

Buat masa ni, gua masih menggunakan Celcom broadband D98 di rumah gua dangan kepantasan GPRS. Nak log in blog gua, memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Gua semakin teruja. Gua telah membuat satu amal jariah pada Celcom. Gua hanya berharap supaya syarikat Celcom terus maju dan menjadi kaya-raya.

p/s:
1.Di kawasan ladang tempat gua tinggal, tak ada 3G. Sekarang gua guna GPRS. Tahukah anda apa itu GPRS.

2. Sehingga draf entri ini siap di tulis menggunakan MS Word, gua tak boleh nak log in blog gua.

3. Cukup sebulan, gua nak jumpa makwe Celcom Center. Kata-kata makwe Celcom Center selalu bermain-main difikiran gua. Gua jadi rindu.

Wednesday, September 9, 2009

Ini cerita gua - Tanggang tak derhaka..

 p/s: Maaf jika jika bahasa yang saya gunakan adalah kasar. Bahasa-bahasa seperti ini hanya untuk posting yang berlabel 'Ini Cerita Gua '. Harap maklum.

****************************************
Sepatutnya sekarang ni, gua buat entry tutorial macam mana nak buat kursor mouse bling-bling, kelip-kelip macam kunang-kunang dan ntah apa-apa lagi. Gua jadi bersemangat sebab ada makwe-makwe yang ketuk blog gua suruh tunjuk tutorial tu. Tapi semangat tu gua terpaksa buang ke longkang hari ni.

***************************************
Pagi tadi kat tempat gua cari rezeki, adik gua telofon. Gua malas nak angkat sebab gua kerja, tapi gua rasa kena angkat sebab gua rasa penting. Adik gua takkan telepon gua time gua kerja. Diorang respect gua. Gua garang.

"Tanggang dah mati." Tenang adik gua cakap.

Gua diam sekejap..

"Kenapa dia mati?" Balas gua.

" Ntah..Mana orang tau." Semakin tenang jawapan adik gua.

Gua terus off  line.

Dalam otak gua pikir macam-macam. Sedih satu hal. Pedih satu hal.


***************************************
Gua pun tak tau macam mana boleh lekat nama anak kucing tu Tanggang dengan Tengek. Ngam sepasang.
Adik gua yang bagi ikut citarasa dia. Lantaklah nak bagi nama apa. Janji lu orang tolong gua jaga. 


***************************************
 Gua teringat balik memori bila gua kutip Tanggang bawak balik rumah. Mak gua bising sebab dah 2 ekor anak kucing gua bawak balik. Gua buat pekak  jer dengar mak gua membebel.

"Gua nak bela gak kucing ni." Gua berazam dalam hati.

Gua tak pernah bela kucing dari kecik sampai kucing tu beranak. Ni lah sekor.

Dari harga tujuh ringgit lebih, dah besar sikit, gua up lagi jadi lima belas ringgit lebih dan gua habis up jadi tiga puluh lima ringgit lebih bila  ada 4 ekor anak. Makan memilih. Nak Priskis. Jenis lain tak nak. Makan jer muntah. Gua jadi pening. Sengal gua juga yang ajar makan Priskis. Gua berkorban.

Bapak gua kadang-kadang naik angin bila mak gua selalu report, Tanggang melabur dalam pasu bunga. Gua ingat boleh jadi baja. Tapi mati pokoknya di tambah dengan bau taik kucing yang semerbak.

Pernah satu hari, gua balik kampung, gua tengok Tanggang tak ada depan rumah. Selalu bila gua balik kampung, sampai je kereta gua kat depan rumah, gua mesti nampak Tanggang. Gua jadi bangga. Tapi hari tu, Tanggang dah tak ada. Gua tanya mak gua.

"Tanggang mana?"

Tanggang main kat luar, dah ikut jantan lain." Balas mak gua.

Gua terdiam. Tapi gua tak berapa yakin jawapan mak gua. Gua tau, Tanggang takkan main kat luar. Lainlah Tengek. Dah besar sikit, mula nak cari kawan. Gua tak heran sangat. Tabiat semulajadi kucing jantan. Dah tak balik sampai sekarang.

Adik gua pecah lobang pada gua. Dia cakap, bapak gua dah buang Tanggang kat pasar dekat dengan rumah gua. Bapak gua cakap, nanti dia pandai berdikari kat situ.

Dalam hati gua" berdikari apa?".

Keluar kawasan rumah pun tak pernah, apatah lagi makan. Gua tak kata apa .Petang tu, gua terus start kereta, gua rayau satu pasar tu. Tanggang tak ada.


"Mana pulak dia pergi?" dalam hati gua.

*****************************************
Dah masuk sebulan Tanggang tak ada. Selama sebulanlah, gua balik kampung tiap-tiap minggu rayau kat pasar cari Tanggang. Tapi gua kecewa.

Satu hari masa gua cuti,adik gua kejut gua yang tengah tido walaupun hari dah siang.


"Tanggang dah balik!!" adik gua jerit kat telinga gua.

Gua terus bangun dan jengah dari tingkap.

"Tanggang dah balik." gua syukur.

"Dah nak beranak."gua nak jadi datuk.

Bemulalah kembali  bebelan mak gua bila Tanggang melabur dalam pasu bunga. Bapak gua jugalah yang terpaksa dengar mak gua mengadu bila gua tak ada kat kampung. Tapi diorang dah tak ada azam nak buang Tanggang lagi. Tanggang dah beranak. Anak 4 ekor.

****************************************
Petang tadi gua telepon mak gua tanya kenapa Tanggang boleh mati.

Mak gua cakap, mati sebab makan tikus yang dah termakan racun. Mati dalam longkang. Perut dah kembung. Mulut dah bersemut.

"Tikus rumah sebelah!!.. Apa hal pulak lah  engkau makan tikus. Makan bukan tak cukup. Stok sebulan !!".Gua menyumpah.

"Anak dia macam mana?" tanya gua lagi

"Sekor muntah-muntah lepas makan. Tapi macam ok. Boleh makan lagi." jawab mak gua.

Petang jumaat, gua nak balik kampung.



p/s: Tutorial K.I.V

Monday, September 7, 2009

Ini cerita gua - Kenangan Ramadhan

 p/s: Maaf jika jika bahasa yang saya gunakan adalah kasar. Bahasa-bahasa seperti ini hanya untuk posting yang berlabel 'Ini cerita gua'. Harap maklum.

****************************************

Tiap kali tiba bulan puasa, pasti gua akan teringat suatu kisah zaman gua budak-budak yang tak akan gua lupakan sepanjang hayat.

Waktu tu tahun 1988, gua baru darjah 2. Dah masuk puasa ke 14. Selama 14 hari tu jugalah tiap-tiap petang pukul 6, gua terdengar dentuman kuat.

Dalam benak gua, "takkanlah kampung bawah tengah perang."

Bercelaru otak gua membayangkan orang-orang kampung yang lari lintang pukang, anak-anak kecil menangis ketakutan dah ketua askar jahat yang sedang ketawa sambil memberi arahan seakan –akan mengiakan cerita-cerita kombat yang selalu gua tengok kat tv.

Naluri ingin tahu gua membuak-buak. Gua nak tengok dengan mata gua sendiri, betulkah apa yang selalu gua bayangkan tiap-tiap petang pukul 6.

*******************************************

Petang tu gua nekad. Naluri ingin tahu budak-budak gua tak mampu di bendung lagi. Gua nak tanya kawan baik gua Mimie.

"Mie!..Kampung bawah tengah perang ker ?" soal gua yang bodoh-bodoh alang.

"Taklah. Abang-abang brader tengah main meriam."

Seumur hidup gua, gua tak pernah tengok org main meriam. Dalam otak gua, gua terbayang meriam kat A Famosa.

"Gila bapak besar." kata gua dalam hati.

"Jom ikut aku. Aku tunjuk port diorang." cadangan yang bernas dari Mie sambil makan aiskrim pop depan gua yang sedang bertarung dengan nafsu makan dan minum.

Port yang tak jauh dari taman gua duduk. 10 minit juga gua menapak dengan Mie.

*******************************************************

Gua lihat abang-abang brader sekolah menengah. Adalah dalam 7 ke 8 orang, termasuklah member gua, Man bukit yang berlagak macam brader-brader padahal dia baru darjah 3.

Gua rasa nak lempang muka dia bila dengan selamba dia cakap kat gua dengan Mie. 

"budak-budak kecik duk jauh-jauh sikit." Gua batalkan niat sebab gua baru darjah 2.

Pandangan gua tertumpu pada sebatang meriam yang sebahagiannya tertanam dalam tanah. Lain dari apa yang gua bayangkan.Tetapi saiznya gua rasa hampir sama dengan meriam yang gua tengok kat A Famosa.

"Ahh..tak kisahlah. Janji gua dapat tengok rupa meriam yang selalu gua dengar dia punya bunyi tiap-tiap petang." Bisik gua dalam hati.

"Jib, ko masukkan kabaid lebih-lebih sikit. Biar bunyi dia lagi power." Brader Sa'id yang bersandar pada pokok memberi arahan sambil tangan bersilang didada.

Gua tengok gaya brader Sa'id memang kool dan stylo. Ada ketokohan sebagai ketua pada brader-brader lain.

"Semua tepi!" Brader Jib mengarahkan semua berundur sambil tangan kanan pegang kayu pencucuh dan tangan kiri tutup sebelah telinga.

Gua dengan Mie berundur pergi dekat dengan pokok. Adalah dalam 10 meter jarak gua berdiri dengan meriam. Gua rasa selamat.Gua dapat lihat brader-brader lain termasuklah brader Sa'id yang tadinya gua lihat kool, nyorok belakang pokok, tutup telinga dan buat muka berkerut macam orang kena sembelit.

Gua dengan Mie pula bergaya kool dan stylo mengikut cara brader Sa'id bersandar sambil tangan bersilang didada. Menanti dengan tenang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Kabaaaboooommmmm!!!!

Dunia yang gua pijak kini bergegar. Serentak dengan bunyi kuat yang bagaikan halilintar itu, telinga gua berdesing. Gua hanya dapat melihat gelak tawa abang-abang brader tanpa mendengar hilai tawa mereka. Man bukit pun ketawa juga.

"Mie!! Jom balik. Mak gua suruh balik. Kejap lagi dah nak buka" cadang gua sambil tengok muka Mie yang serupa gampang buat tak tau apa yang gua cakap.

Tak syak lagi, Gua dengan Mie dah jadi pekak. Dunia gua rasakan gelap. Macam mana gua nak hadap hari-hari yang bakal mendatang. Gua tarik tangan Mie dan berjalan pulang. Langkah gua semakin lemah.

Sampai rumah, gua terus mandi dan bersiap-siap nak berbuka. Adik beradik gua dah menunjukkan riak wajah yang gembira bila azan berkumandang. Gua hanya mampu tersenyum.

*****************************************************

Selesai berbuka, gua terus melepak di ruang tamu. Gua memang tak berselera. Walaupun time berbuka tadi, gua menghadap ayam masak merah dengan air cendol,gua dah tak heran. Ayam masak merah sikit saja gua ratah. Air cendol tak sampai seteguk.

Fikiran gua mula melayang-layang. Apa yang bakal berlaku di sekolah esok. Adakah kawan kelas gua akan gelar gua Pak Mat Tempe. Tapi Pak Mat Tempe, bini dia yang pekak.

" Argghhh..habislah gua..." bisik gua dalam hati. Ada ke awek nak kat gua nanti.

************************************************

"Bangun..bangun..sahur.."  jerit mak gua.

Gua bangun dalam keadaan separuh sedar.

 "Dahh..pergi basuh muka dulu." arah mak gua.

Gua tersenyum lihat muka mak gua sambil tangan lap air liur basi kat pipi.

"Ye lah." jawab gua ringkas dan terus masuk bilik sambung tidur dengan hati yang gembira. Gua dah tak pekak lagi.