• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Thursday, July 16, 2009

Menukar template 2

Oleh kerana terdapat berbagai pertanyaan tentang bagaimana cara untuk menukar layout template, maka pada artikel kali ini, Mari bina blog sekali lagi akan menerangkan secara lebih jelas lagi.

Jangan terkeliru dengan script template untuk blogspot dan wordpress kerana ianya berbeza dari segi upload kerana template untuk blogspot boleh di uploadkan secera terus, tetapi template untuk wordpress perlu diuploadkan terlebih dahulu pada file hosting dan scriptnya hendaklah di tukarkan (convert) supaya ianya sesuai untuk blogspot. Selalunya,akan berlakunya masalah (error) apabila kita menguploadkan file yang salah ataupun file yang tidak lengkap scriptnya.

Langkah 1.

Download script template terlebih dahulu dari website yang menyediakan template-template percuma. Untuk memudahkan mencari file semasa proses mengupload script template nanti, letakkan file tersebut pada Desktop komputer anda. Extract file script template tersebut jika ianya memerlukan anda berbuat demikian. Ini kerana, kebanyakkan file script template adalah dalam bentuk zip ataupun winrar.

Langkah 2

Login blog anda dan klik Dashboard=> Layout. Salin (copy) segala widget dan gadget yang telah anda pasang pada blog anda sekarang kerana semasa proses menukar script template yang baru nanti, kebanyakkan widget-widget dan gadget- gadget tersebut akan hilang. Kadangkala, link-link yang telah di letakkan juga turut akan hilang. Yang akan di uploadkan pada script template yang baru nanti hanyalah segala posting yang ditulis dan beberapa gadget. Oleh yang demikian, segala link juga hendaklah dibuat salinan (copy) . Pastekan segala widget, gadget dan link pada notpad dan namakannya supaya memudahkan anda meletakkan kembali pada template yang baru nanti.

Langkah 3.

Setelah selesai membuat backup untuk widget, gadget dan link, klik pula Edit HTML. Seterusnya, salin script template yang anda sedang gunakan sekarang ini dengan mengklik perkataan Download Full Template. Ianya bertujuan sebagai backup jika berlaku masalah (error) semasa proses menukar script template yang baru nanti.

Langkah 3

Setelah selesai proses membuat backup tadi, tandakan (tick) pada kotak . (lihat gambar di bawah)


Seterusnya, klik butang Browse dan klik pada file script template yang talah di download tadi. File bagi script template adalah dalam bentuk xml. Oleh itu cari file yang berikon seperti contoh yang ditunjukkan pada gambar di bawah.

Kemudian, klik butang upload. Jika tiada berlakunya masalah (error) semasa proses upload itu, anda akan melihat paparan seperti gambar di bawah ini akan muncul.

Itu adalah makluman yang menyatakan bahawa widget yang telah anda pasang pada pada blog anda sekarang akan hilang semasa proses menukar script template ini. Jika anda telah membuat backup untuk widget-widget tersebut, jangan bimbang dan teruskan proses tersebut dengan klik butang Preview. Anda akan melihat satu paparan baru blog anda. Jika anda berpuas hati dengan paparan blog anda yang terbaru itu , klik butang Confirm & Save. Seterusnya klik butang Save.

Langkah 4

Kini blog anda sudah bertukar kepada paparan (layout) yang baru, tetapi widget yang telah anda pasang pada paparan(layout) yang lama telah hilang. Untuk proses memasang semula widget-widget tersebut, salin tag-tag HTML yang telah anda pastekan pada notepad semasa Langkah 2 tadi dan pastekan pada template blog anda yang baru.

5 comments:

  1. mana pi hang punya widget roll.
    aku bubuh tapi tiba-tiba tak tahan lama..
    lepaih tu link hang tentang nak pasang widget roll pun dah hilang..
    awat macam tu..

    ReplyDelete
  2. Sorry bro..Memang tak dinafikan widget tu mendapat sambutan di luar jangkaan aku. Ada masalah hosting dan bandwith. Lagi satu, blogger yang dah daftar n blog dah di masukkan pada widget, diorg terus delete widget tu bila blog diorg dah ada pada widget. Tu yang wat aku sakit hati. Dah bagi free pun wat hal.

    ReplyDelete
  3. wat masa sekarang, widget tu dah tak aktif. Sekarang tengah upgrade sistem supaya tak jadi prob lagi nanti. Harap bersabar dan ikut perkembangan widget tersebut kat sini.

    ReplyDelete
  4. baru tukar template baru. thanx 4 the tutorial.. jemputla bagi komen xpecially utk tambah followers..
    url:http://thesomellomels.blogspot.com
    email:adahuhs80@gmail.com

    ReplyDelete
  5. tq2 aku dah berjaya mencipta blog sendr, tahniah2 tuk dr sendr.....tq nescafe ais

    ReplyDelete