• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Saturday, January 30, 2010

Cara pasang widget Related Posts di blogspot

Widget Related post atau entri berkaitan seperti yang boleh anda lihat pada setiap post di blog ini, adalah widget yang menyenaraikan entri atau artikel yang berkaitan mengikut kategori atau label entri atau artikel tersebut.

Untuk memasang widget Related post atau entri berkaitan, anda hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

p/s: Sila save script template sebagai backup.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya, taip atau paste kod </head> pada ruang Find dan tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna biru di bawah dan paste di atas atau sebelum kod </head> (rujuk langkah 2)

p/s: Anda boleh menukar teks Entri berkaitan yang di bold kepada teks pilihan anda.

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<style>
#related-posts {
float:center;
text-transform:none;
height:100%;
min-height:100%;
padding-top:5px;
padding-left:5px;
}
#related-posts .widget{
padding-left:6px;
margin-bottom:10px;

}
#related-posts .widget h2, #related-posts h2{
font-size: 1.6em;
font-weight: bold;
color: black;
font-family: Georgia, &#8220;Times New Roman&#8221;, Times, serif;
margin-bottom: 0.75em;
margin-top: 0em;
padding-top: 0em;
}
#related-posts a{
color:blue;
}
#related-posts a:hover{
color:blue;
}
#related-posts ul{
list-style-type:none;
margin:0 0 0px 0;
padding:0px;
text-decoration:bold;
font-size:15px;
text-color:#000000
}
#related-posts ul li{
background:transparent url(http://2.bp.blogspot.com/_u4gySN2ZgqE/SnZhv_C6bTI/AAAAAAAAAl4/Rozt7UhvgOo/s200/greentickbullet.png) no-repeat ;
display:block;
list-style-type:none;
margin-bottom: 13px;
padding-left: 30px;
padding-top:0px;}
</style>
<script type='text/javascript'>
var relatedpoststitle="Entri berkaitan";
</script>
<script src='http://blogergadgets.googlecode.com/files/related.js' type='text/javascript'/>
</b:if>

Langkah 4

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F. Kemudian, taip atau paste kod <data:post.body/> . Seterusnya tekan Enter.

Langkah 5

Salin kod berwarna merah di bawah dan paste di bawah atau selepas kod <data:post.body/> . (rujuk langkah 4)

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='related-posts'>
<b:loop values='data:post.labels' var='label'>
<b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>
</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels&amp;max-results=15&quot;' type='text/javascript'/></b:if></b:loop>
<script type='text/javascript'>
var currentposturl=&quot;<data:post.url/>&quot;;
var maxresults=5;
removeRelatedDuplicates(); printRelatedLabels();
</script>
</div>
</b:if>

Akhir sekali klik Preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save

Wednesday, January 27, 2010

Cara pasang widget Display time of last visit pada blogspot


Untuk memasang widget Display time of last visit pada sidebar yang memaparkan bilangan kunjungan visitor pada sesebuah blog seperti yang boleh anda lihat pada gambar di atas, hanya ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.


Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya, klik pada HTML/Javascript.

Langkah 2

Salin kod biru di bawah dan pastekan pada Content HTML/Javascript (Rujuk langkah 1)

p/s: Anda boleh edit kod biru yang di bold kepada teks pilihan anda sendiri.

<script type = "text/javascript">
//
var days = 730; // days until cookie expires = 2 years.
var lastvisit=new Object();
var firstvisitmsg="This is your first visit to this page. Welcome!";
lastvisit.subsequentvisitmsg="Welcome back visitor! Your last visit was on <b>[displaydate]</b>";

lastvisit.getCookie=function(Name){
var re=new RegExp(Name+"=[^;]+", "i");
if (document.cookie.match(re))
return document.cookie.match(re)[0].split("=")[1];
return'';
}

lastvisit.setCookie=function(name, value, days){
var expireDate = new Date();

var expstring=expireDate.setDate(expireDate.getDate()+parseInt(days));
document.cookie = name+"="+value+"; expires="+expireDate.toGMTString()+"; path=/";
}

lastvisit.showmessage = function() {
var wh = new Date();
if (lastvisit.getCookie("visitc") == "") {
lastvisit.setCookie("visitc", wh, days);
document.write(firstvisitmsg);
}

else {
var lv = lastvisit.getCookie("visitc");
var lvp = Date.parse(lv);
var now = new Date();
now.setTime(lvp);
var day = new Array("Sun", "Mon", "Tues", "Wed", "Thur", "Fri", "Sat");
var month = new Array ("Jan", "Feb", "Mar", "Apr", "May", "Jun", "Jul", "Aug", "Sep", "Oct", "Nov", "Dec");
var dd = now.getDate();
var dy = now.getDay();
dy = day[dy];
var mn = now.getMonth();
mn = month[mn];
yy = now.getFullYear();
var hh = now.getHours();
var ampm = "AM";
if (hh >= 12) {ampm = "PM"}
if (hh >12){hh = hh - 12};
if (hh == 0) {hh = 12}
if (hh < 10) {hh = "0" + hh};
var mins = now.getMinutes();
if (mins < 10) {mins = "0"+ mins}
var secs = now.getSeconds();
if (secs < 10) {secs = "0" + secs}
var dispDate = dy + ", " + mn + " " + dd + ", " + yy + " " + hh + ":" + mins + ":" + secs + " " + ampm
document.write(lastvisit.subsequentvisitmsg.replace("\[displaydate\]", dispDate))
}

lastvisit.setCookie("visitc", wh, days);

}

lastvisit.showmessage();

</script>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.

Tuesday, January 26, 2010

Namamu teratas Aduka Taruna. Semoga anda bahagia.

Selama lebih kurang seminggu gua tak dapat nak online, selama itu juglah bermacam perkara yang telah berlaku. Daripada hal blog Aduka Taruna yang hina Sultan Johor, blog Gutter Malaysia yang hina islam dan yang terkini, kecoh pula pasal video youtube. Hal visitor gua yang jatuh merudum hingga ke paras siling tak akan gua sentuh di sini.

Tak di nafikan, memang fitrah kejadian manusia yang mempunyai sifat yang berbeza. Ada yang baik, ada yang buruk. Sifat itu jugalah yang ada pada diri setiap blogger. Ada blogger yang baik dan ada yang tak berapa nak baik. Ada yang berani, ada yang buat-buat berani dan ada yang berani tak bertempat. Nak tunjuk hero katanya. Apa la sangat. Budak kecik pun berani tunjuk hero dalam blog.

Mungkin masih ada lagi yang beranggapan yang mereka mempunyai hak secara total terhadap apa yang ingin mereka luahkan pada blog mereka sendiri. Nak bergosip, nak cerita hal peribadi, nak kongsi cerita hal dalam kain dan tepi kain tak ada sesiapa pun berhak untuk melarang. Memang betul, sebagai seorang blogger, kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menulis, tetapi ia tetap ada batasnya. Bukan main redah saja.

Biarlah apa yang kita tulis dan ingin kita sampaikan itu tidak di pengaruhi oleh emosi kita yang tidak berapa stabil. Janganlah apa yang kita luahkan itu menyinggung hati dan persaan mana-mana pihak.

Seminggu yang hangat

Setelah puas gua menghabiskan masa selama beberapa hari mendendangkan lagu Ku menaruh harapan, nyanian Zaiton Sameon sebelum nak masuk tidur, akhirnya hari ini, gua mendapat satu pekhabaran yang sedikit menggembirakan hati dan perasaan bila line intenet kembali stabil seperti sediakala. Tak pasti pulak kalau kejap lagi, masalah yang sama berulang.

Nak masuk seminggu juga gua terputus hubungan dengan blog ini kerana terlalu sibuk dengan kerja yang makin di buat, makin bertambah, di sulami dengan ketidakstabilan talian internet yang sekejap laju sikit, sekejap perlahan. Tapi bila disconnect, tak nak pulak sekejap. Makan 3 hari juga.

Gua dah cuba macam-macam kaedah dan cara nak lajukan speed internet yang di ajar di internet. Cukup membanggakan. Hasilnya, line terus disconnect selama 3 hari. Nasib baik, petang semalam dapat juga online walaupun sekejap waktu.

Bila dapat log in hari ini, muka gua ada senyum. Gua check e mail dan check pula comment. Bercinta pula gua nak reply e mail dan comment yang ada. Tak mengapa, gua jawab mana yang termampu yer.

Tuesday, January 19, 2010

Download free software di Filehippo.com


Download free software

FileHippo.com adalah salah satu site yang terbaik, di mana ia menyediakan freeware yang perlu ada pada setiap PC atau laptop. Setiap freeware boleh di download secara terus dari server yang disediakan. Satu kelebihan yang apa pada site ini, anda tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan perkhidmatan yang di sediakan. Hanya pilih freeware yang tersenarai dan klik untuk dowaload ke dalam hard drive komputer. Freeware yang di sediakan adalah yang terkini (update).

Kategori freeware terbahagi kepada Browsers & Plugins, Anti-Spyware, Firewalls & Security, Messaging & Chat dan sebagainya. Free software yang di download dari FileHippo adalah selamat dan tidak mengandungi virus.

Untuk melayari site tersebut, sila klik http://www.filehippo.com/

Sunday, January 17, 2010

Tahniah Geng blogger. Anda memang Cool


Rasanya seperti baru beberapa minggu gengblogger di tubuhkan, tetapi sambutan terhadap gengblogger pada hari ini amat menggalakkan dari blogger tempatan dan juga luar negara, terutamanya dari negara Russia( berpandukan data di Alexa.com). Hebat. Gengblogger ada peminat dari Russia. Tentunya ramai juga yang melayari gengblogger dari sana, terutamanya rakyat Malaysia yang menetap atau student yang turut tidak ketinggalan mengikuti perkembangan dunia blogger tanah air. Tahniah di ucapkan kepada Ben aka Kong, gua pun tak tau yang mana satu owner gengblogger.com. Apa pun anda memang cool bro! Terima kasih gua ucapkan memberi peluang mengeping di situ.

Semakin rancak aktiviti para blogger untuk mempromosikan blog mereka di samping menambah kenalan dan mengeratkan hubungan di gengblogger. Kalau sebelum ni, yang online tak sampai 50 orang, tapi hari ini, purata untuk satu-satu masa lebih kurang 200 orang. Beberapa penambahbaikan juga memberi satu impak yang sangat positif. Ia dapat memberi peluang yang rasanya, adil kepada semua blogger. Cuma masalah spammer saja yang kalau tidak di kawal, mungkin mendatangkan masalah di kemudian hari. Gua bergurau.

Macam-macam info dan tips yang boleh kita dapat dan kongsi di situ. Segala info dan tips tersebut datangnya dari blogger itu sendiri. Mereka berkongsi pendapat dan maklumat yang mungkin memberikan manfaat kepada pembaca.

Thursday, January 14, 2010

Cara upload dan masukkan file swf (flash) pada blog

Pada entri sebelum ini, ada satu info tentang bagaimana cara membina flash yang mudah dengan menggunakan software Aleoflash. Bagi anda yang sudah berjaya membina animasi flash tersebut, mungkin terdapat sedikit kesulitan tentang cara untuk memasukkan animasi flash tersebut ke dalam blog.

Untuk masukkan file swf pada blog, file tersebut hendaklah terlebih dahulu di upload pada file hosting. Swfcabin adalah satu site hosting percuma untuk file yang berformat swf.

Apa yang perlu anda lakukan adalah ikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1



Namakan file yang hendak di upload pada ruang Title. Seterusnya, klik pada Browse dan klik Open pada file swf yang hendak di upload. Kemudian, klik pula pada Publish Swf.

Langkah 2

Salin URL pada Navigation toolbar.

Contoh: http://www.swfcabin.com/open/1263452734

Edit URL dengan menggantikan open kepada swf-files dan menambah .swf selepas angka.

Contoh URL yang di edit: http://www.swfcabin.com/swf-files/1263452734.swf

Langkah 3

Salin kod biru di bawah dan paste pada notepad. Gantikan teks masukkan URL file swf di sini dengan URL yang telah siap di edit (rujuk langkah 2).

Sila edit angka pada width dan height mengikut kesesuaian size paparan flash tersebut.

<embed src=" masukkan URL file swf di sini "
quality="high"
type="application/x-shockwave-flash"
WMODE="transparent"
width="120"
height="190"
pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" />
</embed>

Langkah 4

Salin kod yang telah siap di edit( rujuk langkah 3) dan paste pada post ataupun sidebar.

Tuesday, January 12, 2010

Memasang sweet tiles tooltip pada blog



Sweet tiles tooltip yang terdapat pada blog yang berplatform wordpress kini boleh di pasang pada blog yang berplatform blogspot. Tooltip ini akan membantu dan memudahkan visitor untuk melihat URL bagi active link yang terdapat pada sesebuah blog.

Untuk memasang tooltip yang memaparkan URL seperti yang boleh anda lihat pada active link yang terdapat di blog ini, anda hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya, taip atau paste kod <body> pada ruang Find dan tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna biru di bawah dan paste di atas atau sebelum kod <body>.

<link href='http://sites.google.com/site/defaultjssite/urltooltip.css' media='screen' rel='stylesheet' type='text/css'/>
<script src='http://sites.google.com/site/defaultjssite/urltooltip.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://sites.google.com/site/defaultjssite/sweettiles.js' type='text/javascript'/>

Akhir sekali, klik preview dan jika tida mesej Error yang terpapar, klik saja Save.

Monday, January 11, 2010

Tingkatkan traffic dari search engine dengan costum title meta tag


Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel. Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.

<title><data:blog.pagetitle/></title>

Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah titlemeta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>


Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1


Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <title><data:blog.pagetitle/></title> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod <title><data:blog.pagetitle/></title>

<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title><data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.

Sunday, January 10, 2010

Adakah kita seorang blogger yang prihatin?



Kempen Blogger We Care.

Gua terpanggil untuk menulis sebuah entri khas tentang kempen Blogger We Care selepas membaca tentang perkara itu di blog Kak Jie.

Untuk makluman semua, kempen ini di jalankan atas keprihatinan sdr Hydir yang meminta sekalian blogger tidak kiralah apa bangsa kita, supaya kita semua turut prihatin dan bantu-membantu rakan blogger yang sedang dalam kesulitan.

Mungkin ada di antara kita yang selalu atau pernah singgah ke blog sdr Megat. Walaupun gua hanya mengenali beliau melalui blog dan hasil tulisannya, tetapi ianya sudah cukup untuk gua bayangkan peribadi sdr Megat. Gua juga banyak belajar cara menulis dan cara menggunakan keyword di situ. Secara ghaib.

Tanpa membuat ulasan yang panjang, anda boleh menyelami rintangan dan pengalaman sdr Megat yang sedang tabah menghadapi ujian yang di beri. Amat sukar untuk di luahkan di sini. Gua berdoa agar beliau cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian yang di beri. Sama-sama kita doakan kesejahteraan beliau. Anda boleh menyelami isi hatinya di entri Tangisan aku, isteri dan anak-anak.

Marilah kita bersama-sama berganding bahu membantu rakan blogger kita dengan meletakkan Ribbon Blogger We Care di blog sebagai tanda keprihatinan kita tanpa sebarang sentimen. Di harapkan, dengan cara ini, kita sama-sama dapat membantu meringankan beban beliau. Anda juga boleh berkempen di blog masing-masing untuk di hebahkan kepada rakan-rakan yang lain.

Setiap blog yang meletakkan ribbon tersebut akan menyumbah RM1 kepada sdr Megat melalui penajaan dari kbsoccer.

Anda juga boleh menyalurkan bantuan terus ke:

No Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman

UNITE AS ONE

Friday, January 8, 2010

Cara tukar smiley icon pada shoutbox

Untuk menukar icon smiley yang terdapat pada kotak shoutbox, anda hanya perlu menggantikan URL icon smiley. Untuk mencubanya,  anda perlu log in akaun cbox di sini dan masukkan ID dan password.

Kemudian Klik pada Options dan seterusnya, klik pada Smilies. Anda akan lihat paparan seperti yang di tunjukkan di bawah.


Apa yang perlu anda lakukan sekarang ialah menggantikan URL asal icon smiley itu kepada URL icon smiley yang baru.

Contoh:

URL icon smiley asal:  http://cbox.ws/smilies/1/smile.gif

URL icon smiley baru: http://www.iconarchive.com/icons/rokey/popo-emotions/24/big-smile-icon.png

Anda boleh mendapatkan icon smiley di www.iconarchive.com atau www.smileyicons.net

Anda juga boleh memasang gambar dan nick name sendiri pada cbox dengan menambah code dan masukkan URL gambar sendiri. Seelok-eloknya saiz gambar tidak terlalu besar.


Setelah selesai di edit, klik Save dan anda boleh mencuba sama ada edit yang di buat itu berjaya atau tidak.


p/s: Sebaik-baiknya, sila upload dahulu icon pada hosting anda.

Tips mudah SEO untuk blogger


Teramat rugi jika blog sudah terindeks pada google search engine, tetapi kita tidak menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada untuk mengiklankan blog secara berkesan dan percuma.

Asas SEO yang mesti kita tahu supaya blog terindeks dengan cepat adalah dengan tidak menyusahkan sipder Google untuk merayap ke blog kita.


Gunakan ejaan yang betul.

Antara perkataan aku dengan ak, yang mana satu kita rasakan akan mesra dengan search engine. Cuba taip perkataan ak pada google search dan lihat, result yang terpapar ialah ak-47. Hebat bukan? Dalam entri pun cerita pasal senapang. Sudah-sudahlah main perang kombat masa kanak-kanak dulu. Kurang-kurangkanlah bahasa sms kalau rasa nak blog tersenarai pada search engine.

Spider google mesti menyampah dengan penggunaan simbol yang pelik dan bahasa sms. Spider itu dah dididik dengan penggunaan ejaan yang lengkap. Jadi, jika blog kita sudah terindeks, tetapi tidak di crawl, mungkin spider Google hanya melepak di depan pintu blog kita sambil makan jagung.

Ping blog di Pingler.com

Setiap kali bila post entri terbaru,cepat-cepatlah ping blog kita di Pingler.com atau pingmyblog.com. Tujuannya supaya spider Google akan terus merayap pada post yang baru di ping dan scan setiap perkataan pada entri tersebut tanpa terhegeh-hegeh. Kalau tidak di ping dan mengharapkan cara manual, spider Google akan merayap secara berlenggang kangkung, dan kadang-kadang terus malas nak crawl.

Penggunaan keyword mudah pada entri.

Untuk belajar menggunakan keyword, permulaannya, kita hanya perlu gunakan keyword yang rendah rankingnya. Contohnya, nescafe ais. Dalam entri tersebut, kita selitkan beberapa perkataan seperti cara, buat, minum, kesan, sedap dan yang sesuai dan relevan pada perkataan suggestion di Google Search. Ini bertujuan, apabila perkataan cara buat nescafe ais atau nescafe ais sedap atau cara buat nescafe ais sedap atau kedai nescafe ais atau buat nescafe ais atau kesan minum nescafe ais di taip pada google search, mungkin blog kita akan tersenarai di 10 website atau blog yang teratas berdasarkan value keyword itu.

Thursday, January 7, 2010

Memasang efek salji pada blog

Untuk membuat efek salji turun pada blog seperti yang boleh anda lihat di sini (sila klik), hanya ikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya, klik pada HTML/Javascript.

Langkah 2

Salin kod biru di bawah dan paste pada ruang Content HTML/Javascript ( rujuk langkah 1).

<script src="http://snow-effect.googlecode.com/files/snow.js" type="text/javascript"></script>

Akhir sekali, klik Preview dan jika anda berpuas hati dengan hasilnya, klik saja Save.

Cara buat random background pada blog

Random background seperti yang boleh anda lihat pada background blog ini(sila klik), adalah background yang akan bertukar secara random setiap kali berlaku view page pada blog tersebut. Untuk contoh background yang ditunjukkan , terdapat 3 layout berbeza yang di pasang sebagai background blog.

p/s: Sila klik Reload current page atau Refresh.

Untuk mencuba random background tersebut, hanya ikut beberapa langkah di bawah.

langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Seterusnya, klik pada HTML/Javascript.

Langkah 2

Salin kod di bawah dan paste pada ruang Content HTML/Javascript.

p/s: Anda boleh menukar layout background mengikutkesesuaian blog anda dengan menggantikan URL background disini(klik). Gantikan URL yang di bold dengan URL background pilihan.

<script type="text/javascript">
var background= new Array()
background[0]="http://4.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/SzpjVIJLPnI/AAAAAAAAAIc/gOYxKL8bSqY/s200/body-bg.png"
background[1]="http://4.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Szpi-oA5tuI/AAAAAAAAAIE/vqds5Z6-UH4/s200/fd-babydisney.jpg"
background[2]="http://1.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Szpigo76TbI/AAAAAAAAAHE/k0f9rZ_or-I/s200/0003a-background.jpg"
var random=Math.floor(3*Math.random());
document.write("<style>");
document.write("body {");
document.write(' background:url("' + background[random] + '") repeat top center;');
document.write(" }");
document.write("</style>");
</script>

Akhir sekali klik Preview, dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.

Wednesday, January 6, 2010

Jejaktrend.com - Trend apa yang nak di jejaknya?


Jika anda, kaki mencari blog yang menulis tentang tutorial blogspot atau tips mengenai blogspot yang berasal dari Malaysia, mungkin anda pernah melawat blogwww.jejaktrend.com. Nama yang cukup lagenda dan klasik dengan layout template berwarna merah.

Kenapa gua tiba-tiba minat nak buat ulasan tentang blog Eldy ni. Adakah gua sedang berkonspirasi dengan blog www.jejaktrend.com ?

Pada pendapat gua, Eldy seorang blogger yang bagus. Walaupun masih baru( gua juga baru) dan muda(budak Form 6), tapi hebat mengeksploitasi keadaan hingga mendapat rank yang dikira baik. Gua sangat kagum dengan beliau.

Selalu juga gua terjah ke blog Jejaktrend untuk lihat macam mana Eldy menggunakan keyword. Hasilnya, gua telah berjaya mendapatkan beberapa keyword yang paling mantap untuk niche blog yang gua tulis. Iaitu tutorial blogspot. Gua jadi bangga sekejap bila gua taip pada kotak google search perkataan Cara buat tepung ubi, tersenarai nama maribinablog.blogspot.com. Cara membina kereta juga telah menyenaraikan nama bolg gua untuk kategori pages from Malaysia. Lepas ni, mungkin gua akan bertukar arah daripada tutorial blogspot kepada cara dan tips memasak atau panduan buat kuih raya yang sedap atau teknik membina kapal terbang. Ingat, jika kita faham tentang kelebihan keyword, ia akan membantu memudahkan kerja mempromosi blog kita dan hakikatnya, ia sememangnya sangat mudah. Boleh buat rujukan tentang tips keyword di www.jejaktrend.com.

Tips dan teknik yang diberi oleh blog Jejaktrend ni gua rasakan terbaik dari seorang yang baru macam gua dan ingin berkongsi pengalaman kepada kita semua. Memang tak kedekut ilmu. Bermula dari seorang yang tak tahu apa tentang blog dan langsung tak faham XPDC, hingga boleh memberikan tips dan tutorial kepada blogger lain. Sesuai untuk di jadikan rujukan kepada blogger yang masih baru dan mencari tips-tips yang bagus dan berguna sebagai panduan.

Tuesday, January 5, 2010

Cara kesan IP address visitor blog kita

Statscounter.com adalah salah satu site yang menyediakan perkhidmatan visitor counter  yang mempunyai ciri-ciri yang sangat menarik. Dengan mendaftar dan memasang widget statscounter secara paparan ataupun di sembunyikan(hide) pada blog, kita sebenarnya dapat mengesan dari mana datangnya visitor beserta IP address. Dengan memaparkan maklumat pelawat secara detail, kita juga mungkin dapat mengesan IP address visitor yang memberi komen berdasarkan masa yang tercatat pada komen tersebut.


Untuk mengesan IP address visitor yang masuk ke blog kita, hanya perlu klik icon Real-Time Stats and Visitor Reports (rujuk gambar) dan kemudian klik pada Recent Visitor Activity. Pada paparan Recent Visitor Activity, kita dapat melihat maklumat yang menunjukkan lokasi, ISP provider, IP address visitor, entry page, exit page dan refering URL visitor yang melawat ke blog kita.

Untuk mencubanya, anda boleh mendaftar di statscounter.com

Alexa.com - Ketahui ranking blog di Alexa


Apa itu Alexa Rank?

Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh Alexa berdasarkan jumlah traffic atau pengunjung pada blog. Rangking atau kedudukan sesebuah blog di Alexa Rank akan berubah setiap hari berdasarkan jumlah visitor yang masuk ke blog tersebut.

Terdapat dua rank yang berbeza, iaitu ranking sesebuah blog kita pada peringkat dunia dan rangking di peringkat Malaysia. Alexa Rank ini juga boleh dilihat berdasarkan jumlah pengguna internet yang menggunakan toolbar Alexa pada browser internet yang mereka gunakan.

Perlu juga diketahui, Alexa Rank berbeza dengan Google Page Rank. Semakin kecil Alexa Rank sebuah blog, maka blog tersebut semakin baik. Berbeza pula dengan Google Page Rank, semakin besar Google Page Rank sebuah blog, maka blog tersebut semakin baik.

Untuk mengetahui berapakah ranking blog kita di Alexa, boleh layari site Alexa.com.

Saturday, January 2, 2010

Memasang emoticon (smiley) pada bahagian comment


Untuk memasang emoticon pada bahagian comment seperti yang boleh anda lihat di sini (klik), sila ikut beberapa langkah di bawah.

p/s: Save script template sebagai backup.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya, tick pada kotak Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl+ F dan taip atau paste kod </body> pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna biru di bawah dan paste diatas atau sebelum kod </body> (rujuk langkah 2)

<script src='http://sites.google.com/site/javascript10/emoticon.js' type='text/javascript'/>

Langkah 4

Sekali lagi dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl+ F dan taip atau paste kod <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.

Langkah 5

Salin kod berwarna merah di bawah dan paste di atas atau sebelum kod <b:if cond='data:post.embedCommentForm'> ( rujuk langkah 4)

<b>
<img src='http://3.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OxkDP6II/AAAAAAAAAMs/CovYIf-LL_8/s200/20x20-waaaht.png'/>:a:
<img src='http://3.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OxVdg0cI/AAAAAAAAAMk/UwJaTZCOHis/s200/20x20-too_sad.png'/>:b:
<img src='http://3.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OxKitqGI/AAAAAAAAAMc/zWMNKjSqTQ4/s200/20x20-look_down.png'/>:c:
<img src='http://1.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OwwZk9hI/AAAAAAAAAMU/lhb3vISf1TU/s200/20x20-hell_boy.png'/>:d:
<img src='http://2.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OwpXmMwI/AAAAAAAAAMM/vprwfWxg7co/s200/20x20-feel_good.png'/>:e:
<img src='http://3.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OmUvk0mI/AAAAAAAAAME/5cECKglnxs8/s200/20x20-extreme_sexy_girl.png'/>:f:
<img src='http://2.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OmYyjBFI/AAAAAAAAAL8/1Ry44V2xRHI/s200/20x20-confuse.png'/>:g:
<img src='http://2.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OmCyE65I/AAAAAAAAAL0/a59volhDjcA/s200/20x20-confident.png'/>:h:
<img src='http://4.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OlmucmDI/AAAAAAAAALs/vp1IhT2YVpI/s200/20x20-cold.png'/>:i:
<img src='http://4.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OlZBZzmI/AAAAAAAAALk/YCaSAfqbHAc/s200/20x20-choler.png'/>:j:
<img src='http://2.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OYKZsCeI/AAAAAAAAALc/R9KzwNpH1nU/s200/20x20-boss.png'/>:k:
<img src='http://2.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OXjpmf_I/AAAAAAAAALU/MAglXLF-xHY/s200/20x20-big_smile.png'/>:l:
<img src='http://3.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OXMmdPbI/AAAAAAAAALM/WyX3vQgP5Fg/s200/20x20-beauty.png'/>:m:
<img src='http://1.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OW3v8h5I/AAAAAAAAALE/tfJS1mBT1co/s200/20x20-beat_brick.png'/>:n:
<img src='http://4.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OWuw8zTI/AAAAAAAAAK8/SWacR_b15wo/s200/20x20-bad_smelly.png'/>:o:
<img src='http://1.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OFtJNI7I/AAAAAAAAAK0/TBrJQJCUM6M/s200/20x20-angry.png'/>:p:
<img src='http://3.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OE1lGnuI/AAAAAAAAAKs/uDrHlsxfAg0/s200/20x20-amazed.png'/>:q:
<img src='http://4.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OEjM4SpI/AAAAAAAAAKk/2wYzAA6aSh4/s200/20x20-ah.png'/>:r:
<img src='http://4.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8OEVMt2FI/AAAAAAAAAKc/Ers8-nzWOMs/s200/20x20-after_boom.png'/>:s:
<img src='http://2.bp.blogspot.com/__hqk0jmhlcE/Sz8ODuF2DsI/AAAAAAAAAKU/Zjy0uQGhHZU/s200/20x20-adore.png'/>:t:
</b>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save.

Friday, January 1, 2010

Tepung ubi yang misteri



Tadi, masa gua tengah datang mood rajin nak bancuh air Nescafe kat dapur, terpandang satu benda yang jarang gua nampak bila selongkar kabinet dapur mak gua sebab nak cari serbuk Nescafe. terus capai benda tu, dan hasilnya dapat anda lihat pada gambar di atas.


Pertama kali  tengok tepung ubi di pack dengan sebegitu cantik dan indah. Memang kreatif tauke kilang tepung ubi ni. Selalu yang gua jumpa, tepung ubi di pack dalam plastik. Yang ni lain dari yang lain. Memang stail.


Gua belek lagi bekas tepung ubi yang kreatif tu. Baca nama syarikat yang buat tepung ubi tersebut. Jauh juga tepung ubi ni. Hebat. Tepung ubi pun kena import juga. Tapi bila di belek bekas tepung ubi tu, gua terbaca brandnya. Jadi pelik. Anda boleh lihat jenama tepung tersebut pada gambar di bawah. Jadah apa import dari seberang tambak, tapi bahasa macam nak mainkan perasaan.





Bertambah pelik dan rasa macam nak baling bekas tu ke dinding, blia belek lagi bekas tepung ubi tu, gua terbaca pulak mutiara kata yang macam tak berapa nak serius cuba diterapkan yang bertujuan untuk mempengaruhi pembeli untuk membeli tepung tersebut.





Mood gua nak buat air nescafe yang mulanya tadi begitu berkobar-kobar, hilang dalam terang. Lawak kategori apakah yang cuba disampaikan oleh tauke kilang tepung ubi ni. Kenapa tak serius dalam aspek yang sebegini.  Jangan buat lawak bila kita tengah serius.


Gua terus letak semula bekas tepung ubi yang stail tu bila baca ayat yang macam nak mempermainkan hati dan perasaan. "5 bagian Ajer". Memang stail.



p/s: Gua saspek, tauke kilang tepung ubi  ni guna mesin pencetak yang berusia lebih 50 tahun yang lalu. tu yang kalau baca, bunyinya macam klasik.
Gua ambil keputusan. Gua buang tepung ubi stail yang misteri. Benda macam ni pun terlepas. Memang "underground".