• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Thursday, September 17, 2009

Perutusan Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat serta rakyat Malaysia amnya. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya tujukan khas kepada semua visitor yang sudi bersila di blog ini. Pada mereka-mereka yang sudi memberikan komen, teguran, nasihat serta cadangan kepada penambahbaikan blog ini, saya amat-amat menghargainya.


Saya juga ingin memohon kemaafan jika ada terdapat kata-kata,tulisan atau bahasa saya yang mungkin menyinggung perasaan.


p/s:

1.Sila baca dan komen perutusan ini bermula pada malam hari raya.
2.Sempena Hari Raya Aidil Fitri yang mulia ini, marilah kita saling bermaaf-maafan, kunjung-mengunjung bagi mengeratkan lagi ikatan persaudaraan. Buang yang keruh ambil yang jernih dan lupakanlah sebarang persengketaan.

Tuesday, September 15, 2009

Sebab apa blog jadi berat.


Banyak faktor yang menyebabkan sesebuah blog itu lambat untuk melalui proses 'loading page'. Pada saya, punca untama adalah kerana penggunaan 'image file' berformat .jpeg, .gif, .png yang saiz 'file'nya terlalu besar. Biasanya, saiz fail 'image' yang kita ambil dari kamera ataupun 'handphone' berformat .jpeg dan bersaiz 1MB. Ianya terlalu besar. Untuk mengecilkan saiz 'file' image tersebut, sila baca di sini.

Penggunaan banyak widget javascript juga menjadi salah satu punca utama mengapa blog menjadi berat.

Sebab lain, kenapa blog menjadi berat.

1. Widget berbentuk Flash (.swf): contohnya widget seperti jam, visitor counter,  gambar slide, games, iklan dan sebagainya.

2. File Javascript (.js); contohnya Marquee Text, salji atau daun turun dari atas blog, , dan sebagainya.

3. File Image bersize besar (.jpg, png, gif dan sebagainya); Contohnya seperti gambar atau ikon yang boleh bergerak, Lebih-lebih lagi image berformat .gif (animation).

4. Terlalu banyak post di muka depan(front page). Tekan Ctrl + - pada keyboard sebanyak empat kali. Anda boleh lihat sama ada blog sukar untuk di scroll atau pun mudah. Kemudian, bandingkan dengan blog rakan anda atupun sesiapa sahaja.

5. File audio atau video yang di mainkan secara auto. Ia juga sebenarnya boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit jantung.

Monday, September 14, 2009

Cara memasang widget LinkWithin


Widget LinkWithin sangat berguna kepada blogger yang ingin memaparkan screen shot tentang artikel atau post yang berkaitan. Widget ini akan memaparkan tajuk post dan gambar yang mungkin ada kena mengena dengan tajuk tersebut.

Untuk memasang widget LinkWithin, hanya ikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1

Log in blog terlebih dahulu.

Langkah 2

Masuk ke website LinkWithin. Isi maklumat yang diperlukan.

Langkah3

Klik pada Get Widget. Seterusnya, klik pula pada Install Widget dan kemudian, Add Widget.

Langkah 4

Drag widget tersebut dan letakkan di bawah bahagian posting.
Akhir sekali, klik save.

Sunday, September 13, 2009

Video and Lyric: The A.C.A.B - Astray




The A.C.A.B (Astray)

I imagined a picture
You & me, we could last forever & ever
We're always like lovers
But the truth has been always stranger than the fiction

I remember the colours
Of the rainbow we watched together, how clear
Hoped that it'd shine forever
But like my dreams it faded & disappeared, oh will it reappear?

Let's sort this thru, it's only me & you
Stop running away are the words you always say
But our love has gone astray
And in this life or another
Are we meant for each other? I'm not so sure
But one thing is assured

I'm not running away
Not running away
But the games that we play & the lies that we say
Have only lead us astray
Did you hear what i said?
I'm not running away...

Notakaki:
 
The A.C.A.B. Sebuah band yang dulunya menggunakan nama A.C.A.B,bergerak secara underground dan kemudiannya melangkah ke dunia mainstream, mempunyai peminat dan pengaruh yang tersendiri. Bermula dengan  irama muzik  Street Rock  dan sekarang beralih haluan kepada indie.

Kepada mereka diluar sana, yang seperti saya, membesar dan dipengaruhi dengan muzik The A.C.A.B dan seangkatan dengannya, pastinya bersetuju dengan saya, mengatakan band ini adalah salah satu band 'legend' bagi genre underground suatu masa dulu.

p/s: Apa itu indie??

Friday, September 11, 2009

Membina teks bergerak pada menu bar





Untuk membina scrolling teks pada menu bar, sila ikut beberapa langkah dibawah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Tick pada kotak Expand Widget templates.


Langkah 2

Tekan Ctrl+F dan taipkan kod berwarna biru ini pada ruangan  Find. <head> .Seterusnya, tekan enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna merah di bawah dan pastekan di bawah kod <head> ( lihat langkah 2 ).

<script language='JavaScript'>
var txt="    Tuliskan teks anda di sini.  ";
var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout("bergerak()",kelajuan);}bergerak();
</script>


Contoh:

<head>
<script language='JavaScript'>
var txt="    Tuliskan teks anda di sini.  ";
var kelajuan=250;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;
txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);
segarkan=setTimeout("bergerak()",kelajuan);}bergerak();
</script>


Edit perkataan Tuliskan teks anda di sini. dengan teks anda dan kelajuan scroll yang berangka 250  mengikut citarsa anda. Semakin kecil nilai, semakin cepat teks bergerak.

Akhir sekali,klik preview dan seterusnya Save.

Menukar cursor mouse pada blog



Pada tutorial kali ini, saya akan tunjukkan bagaimana untuk menukar cursor mouse kepada cursor pilihan kita sendiri. Sila ikut beberapa langkah yang ditunjukkan di bawah ini:

p/s: sila save dahulu script template asal.


Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Tick pada kotak Expand Widget templates.

Langkah 2

Tekan Ctrl+F dan taipkan kod ini pada ruangan Find.]]></b:skin> Seterusnya, tekan enter.


Langkah 3

Salin kod berwarna merah di bawah dan pastekan di atas kod berwarna biru (lihat langkah 3)

body { cursor:url("masukkan url cursor"),default;}

Contoh:

body { cursor:url("masukkan url cursor"),default;}
]]></b:skin>

Untuk menukar jenis cursor, anda boleh dapatkannya di sini atau di sini. Salin url yang anda rasakan sesuai dan gantikan pada perkataan masukkan url cursor.

Akhir sekali, klik save.

p/s: Untuk buat cursor sampai boleh keluar salji, tutorial akan ditunjukkan pada masa yang akan datang.

Wednesday, September 9, 2009

Ini cerita gua - Tanggang tak derhaka..

 p/s: Maaf jika jika bahasa yang saya gunakan adalah kasar. Bahasa-bahasa seperti ini hanya untuk posting yang berlabel 'Ini Cerita Gua '. Harap maklum.

****************************************
Sepatutnya sekarang ni, gua buat entry tutorial macam mana nak buat kursor mouse bling-bling, kelip-kelip macam kunang-kunang dan ntah apa-apa lagi. Gua jadi bersemangat sebab ada makwe-makwe yang ketuk blog gua suruh tunjuk tutorial tu. Tapi semangat tu gua terpaksa buang ke longkang hari ni.

***************************************
Pagi tadi kat tempat gua cari rezeki, adik gua telofon. Gua malas nak angkat sebab gua kerja, tapi gua rasa kena angkat sebab gua rasa penting. Adik gua takkan telepon gua time gua kerja. Diorang respect gua. Gua garang.

"Tanggang dah mati." Tenang adik gua cakap.

Gua diam sekejap..

"Kenapa dia mati?" Balas gua.

" Ntah..Mana orang tau." Semakin tenang jawapan adik gua.

Gua terus off  line.

Dalam otak gua pikir macam-macam. Sedih satu hal. Pedih satu hal.


***************************************
Gua pun tak tau macam mana boleh lekat nama anak kucing tu Tanggang dengan Tengek. Ngam sepasang.
Adik gua yang bagi ikut citarasa dia. Lantaklah nak bagi nama apa. Janji lu orang tolong gua jaga. 


***************************************
 Gua teringat balik memori bila gua kutip Tanggang bawak balik rumah. Mak gua bising sebab dah 2 ekor anak kucing gua bawak balik. Gua buat pekak  jer dengar mak gua membebel.

"Gua nak bela gak kucing ni." Gua berazam dalam hati.

Gua tak pernah bela kucing dari kecik sampai kucing tu beranak. Ni lah sekor.

Dari harga tujuh ringgit lebih, dah besar sikit, gua up lagi jadi lima belas ringgit lebih dan gua habis up jadi tiga puluh lima ringgit lebih bila  ada 4 ekor anak. Makan memilih. Nak Priskis. Jenis lain tak nak. Makan jer muntah. Gua jadi pening. Sengal gua juga yang ajar makan Priskis. Gua berkorban.

Bapak gua kadang-kadang naik angin bila mak gua selalu report, Tanggang melabur dalam pasu bunga. Gua ingat boleh jadi baja. Tapi mati pokoknya di tambah dengan bau taik kucing yang semerbak.

Pernah satu hari, gua balik kampung, gua tengok Tanggang tak ada depan rumah. Selalu bila gua balik kampung, sampai je kereta gua kat depan rumah, gua mesti nampak Tanggang. Gua jadi bangga. Tapi hari tu, Tanggang dah tak ada. Gua tanya mak gua.

"Tanggang mana?"

Tanggang main kat luar, dah ikut jantan lain." Balas mak gua.

Gua terdiam. Tapi gua tak berapa yakin jawapan mak gua. Gua tau, Tanggang takkan main kat luar. Lainlah Tengek. Dah besar sikit, mula nak cari kawan. Gua tak heran sangat. Tabiat semulajadi kucing jantan. Dah tak balik sampai sekarang.

Adik gua pecah lobang pada gua. Dia cakap, bapak gua dah buang Tanggang kat pasar dekat dengan rumah gua. Bapak gua cakap, nanti dia pandai berdikari kat situ.

Dalam hati gua" berdikari apa?".

Keluar kawasan rumah pun tak pernah, apatah lagi makan. Gua tak kata apa .Petang tu, gua terus start kereta, gua rayau satu pasar tu. Tanggang tak ada.


"Mana pulak dia pergi?" dalam hati gua.

*****************************************
Dah masuk sebulan Tanggang tak ada. Selama sebulanlah, gua balik kampung tiap-tiap minggu rayau kat pasar cari Tanggang. Tapi gua kecewa.

Satu hari masa gua cuti,adik gua kejut gua yang tengah tido walaupun hari dah siang.


"Tanggang dah balik!!" adik gua jerit kat telinga gua.

Gua terus bangun dan jengah dari tingkap.

"Tanggang dah balik." gua syukur.

"Dah nak beranak."gua nak jadi datuk.

Bemulalah kembali  bebelan mak gua bila Tanggang melabur dalam pasu bunga. Bapak gua jugalah yang terpaksa dengar mak gua mengadu bila gua tak ada kat kampung. Tapi diorang dah tak ada azam nak buang Tanggang lagi. Tanggang dah beranak. Anak 4 ekor.

****************************************
Petang tadi gua telepon mak gua tanya kenapa Tanggang boleh mati.

Mak gua cakap, mati sebab makan tikus yang dah termakan racun. Mati dalam longkang. Perut dah kembung. Mulut dah bersemut.

"Tikus rumah sebelah!!.. Apa hal pulak lah  engkau makan tikus. Makan bukan tak cukup. Stok sebulan !!".Gua menyumpah.

"Anak dia macam mana?" tanya gua lagi

"Sekor muntah-muntah lepas makan. Tapi macam ok. Boleh makan lagi." jawab mak gua.

Petang jumaat, gua nak balik kampung.



p/s: Tutorial K.I.V

Monday, September 7, 2009

Ini cerita gua - Kenangan Ramadhan

 p/s: Maaf jika jika bahasa yang saya gunakan adalah kasar. Bahasa-bahasa seperti ini hanya untuk posting yang berlabel 'Ini cerita gua'. Harap maklum.

****************************************

Tiap kali tiba bulan puasa, pasti gua akan teringat suatu kisah zaman gua budak-budak yang tak akan gua lupakan sepanjang hayat.

Waktu tu tahun 1988, gua baru darjah 2. Dah masuk puasa ke 14. Selama 14 hari tu jugalah tiap-tiap petang pukul 6, gua terdengar dentuman kuat.

Dalam benak gua, "takkanlah kampung bawah tengah perang."

Bercelaru otak gua membayangkan orang-orang kampung yang lari lintang pukang, anak-anak kecil menangis ketakutan dah ketua askar jahat yang sedang ketawa sambil memberi arahan seakan –akan mengiakan cerita-cerita kombat yang selalu gua tengok kat tv.

Naluri ingin tahu gua membuak-buak. Gua nak tengok dengan mata gua sendiri, betulkah apa yang selalu gua bayangkan tiap-tiap petang pukul 6.

*******************************************

Petang tu gua nekad. Naluri ingin tahu budak-budak gua tak mampu di bendung lagi. Gua nak tanya kawan baik gua Mimie.

"Mie!..Kampung bawah tengah perang ker ?" soal gua yang bodoh-bodoh alang.

"Taklah. Abang-abang brader tengah main meriam."

Seumur hidup gua, gua tak pernah tengok org main meriam. Dalam otak gua, gua terbayang meriam kat A Famosa.

"Gila bapak besar." kata gua dalam hati.

"Jom ikut aku. Aku tunjuk port diorang." cadangan yang bernas dari Mie sambil makan aiskrim pop depan gua yang sedang bertarung dengan nafsu makan dan minum.

Port yang tak jauh dari taman gua duduk. 10 minit juga gua menapak dengan Mie.

*******************************************************

Gua lihat abang-abang brader sekolah menengah. Adalah dalam 7 ke 8 orang, termasuklah member gua, Man bukit yang berlagak macam brader-brader padahal dia baru darjah 3.

Gua rasa nak lempang muka dia bila dengan selamba dia cakap kat gua dengan Mie. 

"budak-budak kecik duk jauh-jauh sikit." Gua batalkan niat sebab gua baru darjah 2.

Pandangan gua tertumpu pada sebatang meriam yang sebahagiannya tertanam dalam tanah. Lain dari apa yang gua bayangkan.Tetapi saiznya gua rasa hampir sama dengan meriam yang gua tengok kat A Famosa.

"Ahh..tak kisahlah. Janji gua dapat tengok rupa meriam yang selalu gua dengar dia punya bunyi tiap-tiap petang." Bisik gua dalam hati.

"Jib, ko masukkan kabaid lebih-lebih sikit. Biar bunyi dia lagi power." Brader Sa'id yang bersandar pada pokok memberi arahan sambil tangan bersilang didada.

Gua tengok gaya brader Sa'id memang kool dan stylo. Ada ketokohan sebagai ketua pada brader-brader lain.

"Semua tepi!" Brader Jib mengarahkan semua berundur sambil tangan kanan pegang kayu pencucuh dan tangan kiri tutup sebelah telinga.

Gua dengan Mie berundur pergi dekat dengan pokok. Adalah dalam 10 meter jarak gua berdiri dengan meriam. Gua rasa selamat.Gua dapat lihat brader-brader lain termasuklah brader Sa'id yang tadinya gua lihat kool, nyorok belakang pokok, tutup telinga dan buat muka berkerut macam orang kena sembelit.

Gua dengan Mie pula bergaya kool dan stylo mengikut cara brader Sa'id bersandar sambil tangan bersilang didada. Menanti dengan tenang sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Kabaaaboooommmmm!!!!

Dunia yang gua pijak kini bergegar. Serentak dengan bunyi kuat yang bagaikan halilintar itu, telinga gua berdesing. Gua hanya dapat melihat gelak tawa abang-abang brader tanpa mendengar hilai tawa mereka. Man bukit pun ketawa juga.

"Mie!! Jom balik. Mak gua suruh balik. Kejap lagi dah nak buka" cadang gua sambil tengok muka Mie yang serupa gampang buat tak tau apa yang gua cakap.

Tak syak lagi, Gua dengan Mie dah jadi pekak. Dunia gua rasakan gelap. Macam mana gua nak hadap hari-hari yang bakal mendatang. Gua tarik tangan Mie dan berjalan pulang. Langkah gua semakin lemah.

Sampai rumah, gua terus mandi dan bersiap-siap nak berbuka. Adik beradik gua dah menunjukkan riak wajah yang gembira bila azan berkumandang. Gua hanya mampu tersenyum.

*****************************************************

Selesai berbuka, gua terus melepak di ruang tamu. Gua memang tak berselera. Walaupun time berbuka tadi, gua menghadap ayam masak merah dengan air cendol,gua dah tak heran. Ayam masak merah sikit saja gua ratah. Air cendol tak sampai seteguk.

Fikiran gua mula melayang-layang. Apa yang bakal berlaku di sekolah esok. Adakah kawan kelas gua akan gelar gua Pak Mat Tempe. Tapi Pak Mat Tempe, bini dia yang pekak.

" Argghhh..habislah gua..." bisik gua dalam hati. Ada ke awek nak kat gua nanti.

************************************************

"Bangun..bangun..sahur.."  jerit mak gua.

Gua bangun dalam keadaan separuh sedar.

 "Dahh..pergi basuh muka dulu." arah mak gua.

Gua tersenyum lihat muka mak gua sambil tangan lap air liur basi kat pipi.

"Ye lah." jawab gua ringkas dan terus masuk bilik sambung tidur dengan hati yang gembira. Gua dah tak pekak lagi.

Tuesday, September 1, 2009

Membina sendiri template ringkas dan mudah

Untuk membina template yang ringkas yang di edit dari template classic, tidak begitu sukar untuk anda mencuba sebenarnya. Apa yang diperlukan ialah hanya dengan memasukkan beberapa kod pada script template asal.

Untuk permulaan, saya akan memberikan tips bagaimana mengubah background template classic (Minima) kepada background satu paparan penuh. Anda boleh lihat background template classic (Minima) sebelum dan selepas dibuat editting pada gambar dibawah ini.


Sebelum

              Selepas                 

Walaubagaimanapun, penggunaaan background  paparan penuh tidak digalakkan untuk digunakannya kerana akan menyebabkan page akan menjadi lambat untuk proses loading.

Jika anda ingin mencubanya, saya nasihatkan supaya anda bina satu blog yang baru (akaun yang sama) khas untuk anda membuat editting.

Langkah 1

Login blog => Dashboard => Create a blog.

Lengkapkan maklumat yang diperlukan pada bahagian tersebut. Seterusnya klik continue dan pilih template Minima (lihat gambar dibawah) dan klik Continue. Seterusnya klik pula button Start Blogging.

Langkah 2



Masukkan dahulu artikel pada bahagian Posting. Anda boleh menyalin mana-mana artikel dari blog anda sendiri. Ini bertujuan memudahkan anda membuat rujukan bagi teks pada posting. Save posting tersebut.

Langkah 3

Seterusnya klik Layout => Edit HTML. Tick pada Expand Widget Templates. Tekan pula Ctrl + F dan taipkan body {  dan klik enter. Anda akan melihat kod sama seperti di bawah ini.

body {
  background:$bgcolor;
  margin:0;
  color:$textcolor;
  font:x-small Georgia Serif;
  font-size/* */:/**/small;
  font-size: /**/small;
  text-align: center;

Salin kod berwarna merah di bawah dan gantikan pada kod background:$bgcolor; (lihat kod di atas).

 Kod ini akan memaparkan background satu paparan penuh.

background-image: url("masukkan url background"); background-position: center; background-repeat: no-repeat; background-attachment: fixed;

Gantikan perkataan  masukkan url background dengan url background anda. Anda boleh mencuba beberapa background dengan menyalin url dibawah ini. Klik Preview untuk melihat hasil editting yang telah dibuat. 

http://i195.photobucket.com/albums/z279/crazyleaf/phoenix-1024x768.jpg

http://i42.tinypic.com/2ugf6dj.jpg

http://i527.photobucket.com/albums/cc357/decentforums/my_wallpaper.jpg

Akhir sekali, klik save.

Langkah 4

Untuk mengubah warna dan jenis font, klik pada Layout dan klik pada Font and colour. Anda boleh membuat edditting di situ. (lihat gambar dibawah)



Akhir sekali, klik save.

Pada entri yang akan datang, saya akan menunjukkan pula tips bagaimana menguah background menggunakan imej paparan yang berulang.