Untuk menukar atau mengedit header blog dengan cara yang mudah, apa yang anda perlu tahu ialah saiz header. Saiz header blog anda boleh diketahui dalam template blog. Caranya dengan menyalin(copy) url header yang pada blog anda terlebih dahulu. Seterusnya pergi ke Dashboard => Layout => Edit HTML. Tekan Ctrl+F dan paste url yang telah di copy tadi pada ruangan Find dan tekan enter. Anda dapat melihat kod seprti ini #header . Anda juga akan melihat perkataan width dan height. Itulah saiz header anda.
Jika anda menginginkan header yang menarik, anda boleh membinanya dengan menggunakan photoshop tetapi jika anda tidak berkemahiran untuk menggunakan photoshop, memadailah dengan menggunakan aplikasi yang ada pada photobucket.com . Ianya seakan seperti aplikasi paint dan picture manager yang ada pada windows, tetapi mempunyai tambahan tools yang menarik.
Untuk membina header dengan cara ringkas dan mudah, pilih satu background yang sesuai dengan blog anda untuk dijadikan header yang baru. Header asal juga boleh di edit. Cara mudah untuk mendapatkan background dengan mencarinya di dalam Google Image.
Apa yang penting pada background tersebut ialah saiznya mesti sama atau lebih besar dari saiz header yang asal. Uploadkan header yang telah anda pilih ke dalam akaun photobucket. com anda. Jika tiada, silalah berbuat demikian kerana akaunnya percuma. Selesai memuat naik background, corp background tersebut mengikut ukuran header. Ukuran width dan height mestilah sama. Edit gambar tersebut menggunakan tools yang ada pada aplikasi tersebut. Letakkan teks yang sesuai. Untuk menjadikannya menarik, ikutlah daya kreativiti anda. Setelah berpuashati, save header itu. Salin url header tesebut dan gantikan pada url header pada template blog. klik preview dan jika tiada sebarang masalah (error) dan setelah berpuas hati dengan header anda yang baru, klik save.
Contoh:
Url pada header template New-Moon yang di download pada btemplates.com
Header template New-Moon.
Saturday, June 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada cara utk bg header tu statik tak? Tqs bro. :)
ReplyDeleteTo Dak Wan:
ReplyDelete~Ada. kena edit kod. Tapi kalau buat macam tak berapa kena.
add ym k? dak.wan@btinternet.com
ReplyDeletecamne nk buang border kt header ni ek? aritu dh ajo. tp dh lupa plak ni. tulun tulun
ReplyDeletecmne yek nak buat minisite kat blogspot ni?...tolong.....tolong...tolong....
ReplyDeleteheader aku xde height,width dan URL header..
ReplyDeletekenape yer?
aku pun same..header xde hight, width and url..mcm mn nk ubah header tu..??
ReplyDelete