• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Sunday, June 14, 2009

Menukar warna dan font


Pada artikel yang lepas, Mari bina blog pernah memberitahu anda cara menggantikan header template. Sebenarnya banyak cara untuk menjadikan sebuah blog kelihatan unik dan menarik. Salah satu cara ialah dengan menggantikan warna dan font template.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh ikuti langkah-langkah dibawah ini:

Login ke Blog anda. Klik menu Layout lalu klik Fonts and Colors. Disitu terdapat beberapa elemen yang dapat anda ubahsuai seperti:

Page Background Color: Mengganti warna background template yang diluar

Main Background Color: Mengganti warna background template yang didalam

Text Color: Mengganti warna teks postingan/ artikel

Blog Title Color : Mengganti warna judul blog

Blog Description Color : Mengganti warna diskripsi blog

Post Title Color: Mengganti warna tajuk posting

Date Header Color: Mengganti warna teks tarikh

Border Color: Mengganti warna garis tepi template

Sidebar Title Color: Mengganti warna tajuk pada sidebar misalnya teks Blog Archive, Blogroll, Labels, dan lain-lain

Link Color: Mengganti warna teks yang mempunyai link

Visited Link Color: Mengganti warna teks link ketika pengunjung mengarahkan kursor pada link tersebut

Sidebar Link Color: Mengganti warna teks yang mempunyai link pada sidebar

Sidebar Visited Link Color: Mengganti warna teks link ketika pengunjung
mengarahkan kursor pada link yang terletak pada sidebar

Text Font: Mengganti bentuk huruf/ teks pada posting

Sidebar Title Font: Mengganti bentuk huruf tajuk pada sidebar

Blog Title Font: Mengganti bentuk huruf pada blog

Blog Description Font: Mengganti bentuk huruf diskripsi blog

Post Footer Font: Mengganti bentuk huruf footer pada posting. Misalnya: Posted by

Itulah beberapa elemen asas yang terdapat dalam template blogger. Setiap template memiliki elemen yang berbeza.

Jika anda sudah selesai membuat pengubahsuaian, klik Save Changes dan warna template akan berubah mengikut apa yang telah anda ubahsuai tadi. Klik View Blog untuk memaparkan sementara hasilnya.

Jika Anda ingin mengembalikan template ke bentuk asal, klik Revert to template default dan kemudian klik Save Changes.

13 comments:

  1. klu template yg xder kuar font tu cane?huhu

    ReplyDelete
  2. Biasanya template classic yang boleh edit font dengan colour.. Bagi template yang baru,mmg tak ada..tapi kalau nak edit gak, tgk kat script tu..biasanya kat bahagian atas..

    ReplyDelete
  3. Salam, saya pun hadapi masalah macam saudara zuar tu...boleh bagi penjelasan lanjut tak...tq

    ReplyDelete
  4. Hehehe..Kalau guna template versi baru,memang tak boleh nak edit font dan warna. Ianya sesuai untuk template classic sahaja.

    ReplyDelete
  5. ooo...yeke??
    klu nk kasi tulisan menarik2 skit..cmne?

    ReplyDelete
  6. Font bergantung pada template..Kalau classic template, boleh di edit

    Kalau template baru, pun boleh gak..tapi ada susah banyak laa..

    ReplyDelete
  7. ooo...nak kena tukar kt edit html 2 ke??
    susah r cm 2

    ReplyDelete
  8. To wawa

    Lau penin, tak pyh tukar..hehe :)

    ReplyDelete
  9. blog aku salah satu tak keluar benda alah tu...dah la aku rasa font stp label blog aku tu besar...ko rasa cam mana??

    ReplyDelete
  10. To I'M NOT mr_PERFECT:

    ~ Tutorial nih hanya utk template classic. Template baru memang x ada. Kalau nak edit, kena edit pada script template.

    ReplyDelete