Semasa saya sedang asyik melayari blog orang lain, tiba-tiba saya terpandang satu artikel yang sangat menarik yang saya rasakan dapat dikongsi bersama. Ianya tentang cara bagaimana untuk kita menarik pengunjung membaca artikel atau posting yang kita buat. Caranya sangat mudah dan saya rasa anda di luar sana mampu melakukannya juga.
Artikel di bawah ini saya ambil dari blog Sang Murobbi IT iaitu rajakamil.com.
7 Langkah Menulis Blog untuk menarik pembaca.
Technorati telah mengindex 133 Juta blog. Menurut statistik mereka, terdapat 900 000 blog post setiap 24 jam. Hampir semua niche, topik, theme, dan industry ada diblogkan.
Persoalannya, bagaimana nak tarik minat pembaca untuk membaca blog kita.
Nak menonjol di celah-celah jutaan buah blog, nampaknya hampir mustahil. Tapi, bukan tidak boleh. Ada sahaja blog yang baru dibina namun, berjaya mendapat ribuan pembaca setia dalam sehari. Mengapakah boleh begitu?
Tip-tip di bawah mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.
Tidak Menulis Dalam Tekanan
Sesetengah orang menulis blog semata-mata untuk memperoleh keuntungan dari sistem affiliate, pengiklanan dan lain-lain.
Tapi, perasankah kita, jika kita menulis kerana duit ianya akan menjadi satu rutin yang menjemukan. Pilihlah topik yang kita ada rasa “ghairah” atau dalam bahasa Inggeris disebut “passion” untuk sentiasa update.
Jika kita minat sukan tennis, tulislah tentang tennis walaupun untuk keyword “tennis” nilai adsensenya sangat rendah :D
Tidak pada topik yang tiada langsung pembaca.
Terkadang, ada juga blogger yang jenis shok sendiri. Menulis blog untuk dirinya sendiri. Salahke ? Tak salah, tapi apa salahnya kita mendapat insentif daripada blog yang kita bina sendiri.
Sebagai contoh, kita cerita tentang lipas kudung. Daripada permulaan blog, tak habis-habis menceritakan tentang seekor lipas yang bernama ROY yang kudung kakinya dan dijumpai di dalam bilik air.
Sudah lah tu…… Bawak-bawaklah cerita lain yang ada pembacanya.
Sedikit kajian niche blog perlu ada untuk memulakan sebuah blog yang baru.
Unik
Jadilah seunik yang boleh. Cipta satu trademark pada blog anda. Sebagai contoh, pada setiap hujung artikel akan dibuat sebuah pantun. Ataupun, dalam setiap post, pasti akan ada gambar-gambar terkini keadaan tayar kereta kancil 660 anda.
Dan macam-macam lagi yang buatkan pembaca mengenali anda melalui trademark anda tadi
Apa agaknya trade mark rajakamil.com?
…ataupun seasli yang mungkin
Copy dan paste pada blog merupakan satu etika yang salah. Namun begitu, apa salahnya memberi kredit pada pemilik asal artikel tersebut.
Jika anda dapat menguasai sesuatu niche blog dengan baik, maka, ianya tiada masalah untuk menulis artikel yang benar-benar ori.
Topik yang anda memang layak untuk dikongsi
Perasan tak, sekarang ni, banyak blog yang menceritakan tentang buat duit diinternet. Jika anda bercadang untuk buat satu blog yang nichenya tentang buat duit diinternet, baik anda fikir dahulu. Adakah aku telah buat sehingga 7 angka setahun?
Kadang-kadang, penulis blog itu cakap tak serupa bikin. Hanya copy idea dari blog orang lain. Bila ditanya, berapa yang pernah dapat dari online bisnes, jawapannya sering buat kita tertanya-tanya, layak ke dia nak ajar kita buat duit diinternet sedangkan sesen pun dia tak pernah dapat dari internet.
Banyak lagi contoh lain. Sebagai contoh, anda menulis blog tentang dunia pemotoran. Apabila ditanya, antara Duccati dan TZM , yang mana lebih baik, dia menjawab MODENAS. :P
Atau topik yang menumpu pada sesebuah komuniti
Mungkin juga anda boleh membuat sebuah blog yang perbincangannya menumpu pada sesebuah komuniti. Contohnya, kebanyakan pembaca blog saya datangnya dari WangCyber.com, jadi relevensi topik saya kenalah bertepatan dengan perbincangan yang ada dalam wangcyber.com
Anda juga boleh buat sebuah blog yang khusus untuk group MLM anda. :D
Kuncinya ialah mencipta kehadiran yang sentiasa diingati
Tak perlu sangat buat blog yang havoc, funky dan pelik2. Jadilah diri anda. Yang penting ialah setiap post anda seolah-olah berbicara dengan pembaca. Sedikit demi sedikit anda akan mencapat pembaca blog yang setia.
Apa pendapat kalau blog tu bukan post original penulis tetapi hanya ambil dari orang lain tanpa kebenaran. Walaubagaimanapun dia memberi kredit kepada penulis asal .
ReplyDeleteTo touyakaruma:
ReplyDeleteSusah gua nak bagi jawapan. Tapi gua(individu) cuma boleh cakap, ianya terpulang pada individu tersebut, kalau dia rasa tindakan yang dia buat salah, gua rasa tak payahlah nak guna post org lain. Kalau dia rasa betul, jalan terus. Cara terbaik, bagi kredit pada penulis.
Pada gua(individu), yang salah bila kita ambil post orang lain dan declare tu adalah tulisan kita ataupun tak letak credit.
Contoh:
Macam kita ambil pic dari google images. Gua rasa takder sorang pun yang akan minta kebenaran daripada owner gambar tu atau bagi krerit pada owner pic. Semuanya open pada gua.
Macam kita ambil post dari paper, kita tak minta pun kebenaran diorang nak ambil post diorg dan letak pada blog kita. Kita cuma letak credit sebagai penghargaan dan penghormatan.
nak kongsi tips ... saya bukan pandai sangat
ReplyDelete1)Cara penulisan
cuba perhati perbezaan dua penulisan nie
1.1
Macam kita ambil pic dari google images. Gua rasa takder sorang pun yang akan minta
1.2
MAcam KiTa aMbIl PiC dARi gOOgLe ImaGes . GUa
RaSa tAKder SoRang Pun Yang aKaN MIntA
anda akan dapati 1.1 lebih mesra pembaca . Jadi tak perlu susah-susah buat tulisan macam nie.
2)Pendahaluan yang baik
Gunakan pendahaluan yang baik , pengguna biasanya akan baca sekali imbas pendahaluan dahulu sebelum membuat keputusan untuk membaca atau tidak.
3)Kritik bukan Hina
Kritikan selalunya entry yang panas tapi jangan hina ! Selalu menghina akan buat pembaca malas nak datang untuk kali seterusnya
4)Jangan mencarut
Dia cuma nak baca blog anda , tak pasal-pasal kena mencarut dari anda . Apa dosa dier ?
tol2 momo...
ReplyDeletemcm blog lu ok pe momo..
hehe..
ko patot wat entri r pasl2 ne..
xyah r tulis kt comment nes ne..
hehe