Pada posting kali ini, saya akan cuba untuk lebih santai dan cuba keluar dari subjek tutorial blog. Bukan apa, kadang-kadang bosan asyik bercerita tentang blog.
Saya nak berkongsi pengamalan bersama pembaca semua. Ianya masih lagi membicarakan tentang blog..haha.. tetapi pastinya bukan tutorial. Ianya tentang apa tujuan kita berblog.
Jika kita jengah di luar sana, terdapat berjuta-juta blog dan website yang pelbagai. Blog kita juga termasuk dalam angka yang berjuta-juta itu....banyak tu. Jadi kalau terlalu ramai yang berblog, siapa pula yang nak baca atau surf blog yang berjuta-juta itu. Tetapi persoalannya sekarang ialah, tujuan kita berblog.
Ada blogger yang akan menjawab tujuan dia berblog hanyalah suka-suka ataupun hanya untuk tatapan keluanga, adik beradik , sanak saudara dan jiran sebelah rumah.
Ramai blogger hari ini yang membina blog semata-mata nak buat duit dengan blog. Nak pasang iklan banyak-banyak dalam blog dengan tujuan nak cepat kaya. Kalau macam tu senang aku nak kaya..haha. Ada blogger yang bertanya, macam mana erk nak masukkan iklan, masukkan adsense, nak buat duit dengan blog, buat duit dengan iklan dan nak jadi kaya macam Bill Gates. Jawapannya senang. Cari seramai mungkin visitor yang sudi melawat blog kita dan menunggu dengan penuh harapan supaya visitor klik-klik iklan anda. Cara macam ni boleh buat duit kut..
Bloggers yang telah berjaya menjana pendapatan dengan hanya berblog, bermula perlahan-lahan, mencari readers seramai yang mungkin. Tiada blogger yang hari ni dia buat blog, esok terus jadi jutawan. Bagi blogger yang bergantung pada iklan adsense pula, mereka membina berpuluh-puluh blog malah ada yang mencapai angka ratus (agaknya) untuk menjadikan adsense sebagai sumber pendapatan. Itupun kalau ada yang sudi nak klik iklan adsense tersebut. Tiada jalan yang mudah untuk kita menjadi kaya dengan cepat hanya dengan membina blog dan terus menyumbat blog tersebut dengan pelbagai jenis iklan yang berada di pasaran.
Ada pula blogger yang ingin mempromosikan produk mereka, menjadikan blog sebagai platform untuk dengan membuka online shop. Ia sebenarnya suatu tindakan yang bijak dan ternyata mudah. Tetapi malangnya, pemilik online shop tidak pandai mendekorasi online shop mereka secara kreatif dan mampu menarik perhatian visitor . Asalkan ada gambar produk yang hendak di iklankan saja, terus di uploadkan pada blog. Bermacam-macam benda yang di sumbat ke dalam blog. Kebanyakan online shop yang menjual aksesori wanita biasanya akan meletakkan banyak gambar-gambar sebagai rujukan pelanggan, tetapi malangnya susun atur blog mereka menyebabkan pelanggan hanya singgah sekali seumur hidup mereka. Maaf jika ada yang terasa, tetapi inilah realitinya. Jangan beranggapan jika sudah mempunyai sebuah online shop yang padat dengan segala macam benda yang hendak di jual, tindakan seterusnya ialah berdiri dengan muka yang tersenyum manis di depan pintu masuk online shop kita menyambut kehadiran pelanggan, padahal online shop tidak teratur, suram, macam nak runtuh pun ada dan lebih dahsyat lagi, berhantu.
Saya selalu menjengah online shop dan kebanyakan layout terlalu lambat untuk proses loading kerana sarat dengan gambar dan widget. Page hadapan yang terlalu panjang untuk di scroll. Ada blog yang lebih 10 post untuk muka depannya..haha..
Realitinya hari ini, pengunjung yang masuk ke blog bukannya nak tengok layout yang panjang-panjang, dengan tulisan berwarna-warni dan yang penuh dengan widget.
Anda mesti ibaratkan blog anda seperti sebuah majalah yang mudah untuk di selak dari page ke page yang lain dan kelihatan kemas susun aturnya. Bukannya seperti scroll yang panjang berjela hingga mencecah lutut.
Saya ingin bertanya kepada anda, apakah tujuan anda berblog? Boleh kita kongsi bersama? ..
Artikel ini akan bersambung.
Nota kakiku: Bagilah komen sikit. Nak tau gak respon tuan-tuan macam mana.
Sunday, August 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tujuan sya membuat blog adalah utk memberi maklumat kpd org ramai mengenai perkara2 yg pelik tapi benar.
ReplyDeleteTahniah. Orang yang pertama memberi komen untuk posting ini. Blog Jaz berinformasi. Berkunjunglah ke blog beliau. Baru ku tahu ada ikan berkepala buaya rupanya. Tapi macam buaya erk??
ReplyDeleteSebab nak menjana pendapatan..
ReplyDeleteBusiness per tu bro?
ReplyDeleteSalaam...
ReplyDeleteapa beza antara bisnes dengan laman web dan blog..?? yang mena lebih sesuai..??
Untuk newbie yang baru bisnes online, pada saya blog dah kira ok la sebab ianya percuma. Untuk blogger yang memang menggunakan online untuk memperkenalkan bisnes,hosting berbayar atau wordpress adalah yang terbaik. Banyak kelebihan jika menggunakan perkhidmatan tersebut. Dari segi hosting file, layout, mudah di update dan capaian search engine yang mudah.
ReplyDelete