Melayu,Bangsaku...Tercinta
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasa tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut Biar mati adat jangan mati anak Melayu di tanah semenanjung luas maknanya Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu Minangkabau memang Melayu Keturunan Aceh adalah Melayu Jakun,Sakai asli Melayu Arab dan Pakistani semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu Malah mualaf bertakrif Melayu Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segalanya kehilangan Melayu itu kaya falsafah Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri. Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Madah diungkap sentiasa disahut Tangan dihulur sentiasa bersambut Luka pun tidaklah lagi berparut Baiknya hati Melayu tiada terbandingan Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan "Dagang lalu nasi ditanakkan, Suami pulang lapar tak makan, Kera di hutan disusukan, Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu di abad ke dua puluh satu? Masihkah tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Karya Dato' Dr. Usman Awang
Merdeka!
ReplyDelete