• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Tuesday, February 9, 2010

Memasang signature/tandatangan di bawah post


Mungkin ada di antara anda pernah melihat blog rakan anda yang memaparkan signature ataupun tandatangan di ruangan bawah setiap posting. Jika anda berasa tertarik untuk meletakkan signature yang seperti itu, mylivesignature.com mungkin dapat membantu.  

Mylivesignature.com adalah satu site yang menyediakan perkidmatan membina signature secara percuma dan mudah. Tanpa perlu anda membuat pendaftaran.

Untuk mencubanya, sila klik di sini dan kemudian, ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

Langkah 1

Masukkan nickname yang akan di ubah kepada bentuk signature. seterusknya klik pada Next Step.

Langkah 2

Pilih jenis font yang bersesuaian. Setelah berpuas hati dengan jenis font yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 3

Pilih saiz font yang bersesuaian. Setelah berpuas hati dengan saiz font yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 4

Pilih warna signature dan juga warna background yang besesuaian dengan template blog anda. Sebaik-baiknya, warna background signature mestilah sama dengan warna background pada post. Setelah berpuas hati dengan warna font dan warna background yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 5

Pilih paparan yang di rasakan sesuai pada bahagian Slope. Setelah berpuas hati dengan Slope yang di pilih, klik pada Next Step.

Langkah 6

Akhir sekali,dengan menggunakan mouse, klik kiri pada paparan signature yang telah siap itu. Seterusnya, salin URL bagi signature tersebut.

Contoh URL: http://www.mylivesignature.com/signatures/54488/74/541908D44D27E9E4659AA9FF42941015.png

Langkah 7

Paste URL signature (rujuk langkah 6) pada teks masukkan URL signature di sini pada kod berwarna biru di bawah.

<img src="masukkan signature disini" />

Contoh:
<img src="http://www.mylivesignature.com/signatures/54488/74/541908D44D27E9E4659AA9FF42941015.png" />

Langkah 8

Log in Blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

Langkah 9

Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F dan paste atau taip kod </data:post.body> pada ruang Find. Seterusnya tekan kekunci Enter.

Langkah 10

Paste kod signature yang telah siap di edit (rujuk langkah 7) dan paste kod tersebut di bawah atau selepas kod </data:post.body>

Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save

23 comments:

  1. wah..interesting..nanti cuba. thanks

    ReplyDelete
  2. yg dalam script tue yg betul..yg link awal2 tu salah.. :)

    ReplyDelete
  3. salah website kot..xdapat pun..mungkin myliviesignature.com kot

    ReplyDelete
  4. ade link yg betul2 ke page yg dikehendaki x??..

    ReplyDelete
  5. mintak maap bertanya..kenapa langkah 9 sy tak dpt?

    ReplyDelete
  6. Blog ko ni...mmg mantop la...manyak info

    ReplyDelete
  7. salam..
    site tu kena tambah (.com) baru ada...
    myliviesignature.com

    ReplyDelete
  8. Link dah di betulkan :)

    www.mylivesignature.com

    @ wan fahmi.

    Pastikan expand widget template dah tick. Kalau tak ada juga, cuba taip kod tu secara manual. Kalau tak boleh juga, cuba guna kod bawah ni.

    <p></data:post.body></p>

    ReplyDelete
  9. @ Pak Long

    terima kasih atas makluman. Hehe.

    ReplyDelete
  10. wah..bestnya. tima kasih, nes.

    ReplyDelete
  11. salam.
    makasih tuan rumah..tumpang lalu dan timba ilmu di sini.Mama nak cuba nie

    ReplyDelete
  12. dah buat dah...tapi dia dok bawah related post..camne nak bagi duk atas related post???

    http://pistonpecah.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. dah buat dah signature neh.. hehe

    p/s: cute lak layout dia skang.. smkin cantik jek nengok.. hihi

    ReplyDelete
  14. terima kasih,.....saya mesti pilih....nnt saya cuba gak....

    ReplyDelete
  15. alahai... sy pny blog xley wt la.. kuar error. knp ek??

    ReplyDelete
  16. nk tnye,npe sye da try buat tp x bleh p0n,..??minta bntu,

    ReplyDelete
  17. nes, boleh ke nak hilangkan outline kotak signature tu. Mcm mana yer? thanks.

    ReplyDelete
  18. Saya dah cuba. Tp tiada kod dalam template blog saya. Ada sesiapa tahu x macam mana nak solve dis matter? TQ :)

    http://amirazros.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. ya saya berjaya..

    terima kasih nescafe....

    ReplyDelete
  20. alaa~xjadi~xreti~da wt da~tp xjd~nk paste ktne?
    wt smpi expand widget je phm~seterusnye kurg nk phm~

    ReplyDelete