• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Tuesday, February 16, 2010

Penglipurlara politik cakap tak serupa bikin.


Gua semacam terperasan, makin banyak blog yang menunjukkan minat tulis pasal politik. Orang nak berpolitik, dia pun nak juga. Ini sebenarnya menggambarkan kebebasan menulis yang sepatutnya di manfaatkan dengan sebaik-baiknya. Tapi tetap juga ada nada-nada sumbang yang berbunyi "tak ada kebebasan".

Ada yang tulis, condongnya ke kanan, ada yang ke kiri dan ada yang tengah-tengah. Tapi yang jenis tengah-tengah memang payah nak jumpa.

Malangnya, yang menyebabkan nama blogger khasnya blogger politik jadi tak sihat, berpunca dari segelintir blogger yang boleh di ragukan kredebilitinya dalam menulis sesuatu isu. Sumber yang datangnya dari cerita kedai kopi, copy paste, khabar angin dan ada kalanya datang dari angin kentut yang di tambah lebih kurang menjadi secukup rasa. Dasar penglipurlara politik murahan.

Entri yang di sampaikan kepada readers hanyalah sekadar teori domino dan andaian yang di tulis main ikut sedap macam tulis karangan. Imaginasi tahap tinggi. Tapi perangai tak matang. Tu yang kadang-kadang, siap keluar maki hamun dan sumpah seranah tak kira siapa. Janji puas. Berjuang katakan.

Tak pasti pula gua kalau ada blogger yang dapat lesen maki hamun. Salahkan itu, salahkan ini. Itu tak betul, ini tak betul. Kalau boleh dia dengan dia punya perjuangan saja yang betul. Yang bagi komen pun ada yang jenis lebih kurang. Anonymous tu biasa-biasa saja. Bila ada yang tak sekepala, mesti kena label itulah, inilah, hukum itu, hukum ini. Entah apa-apa. Provokasi macam budak-budak belum cukup umur yang hanya menyusahkan dan merosakkan.

Mesej apa sebenarnya yang hendak di sampaikan kepada readers. Berjuang jenis tunggul apakah ini?

Semakin boleh di pertikaikan kredibiliti penulis yang berselindung di sebalik nama samaran yang ala-ala macam hero hindustan tapi bila tengok avatar, gambar pokok kelapa terpapar. Privacy katanya. Tapi, tulis dalam blog bukan main. Pung pang pung pang. Cakap tak serupa bikin.

Tak kiralah karat ke sebelah mana sekali pun terhadap politik, yang penting sekali adalah sumber dan fakta yang ingin di sampaikan. Pastikan kesahihannya. Lepas tu kalau tak puas hati pun janganlah lebih-lebih sangat. Nak kutuk nak maki, apa hal. Pandai pulak marah bila ada yang balas. Oh..gua terlupa. Berjuang katakan. Nak tulis bab politik tu biar berpada-pada. Ambil pendekatan bersederhana saja pun dah cukup. Politik tetap politik.

p/s:
~ Jangan memalitkan tahi pada perjuangan yang anda katakan benar itu. Kalau muka sendiri, tak mengapa.

~ Lebih baik berdiri atas pagar. Baru rasa tinggi sikit. Pandangan pun makin luas.

15 comments:

  1. btol tu. mkin byk blogger politik skrg ni. al maklum la kt mlaysia ni politik nye panas. hehe. tp tu la, ada sstengah tu nk mnulis, tp xckup ilmu. mgutuk, mgata, mmaki hamun tu je yg dia tw. ak rs lbh baik diam klo xde fkta2 yg kkuh, atau pun xckup ilmu. nnt wat malu diri sndiri jerr...
    "Orang yang bijaksana ialah apabila dia bercakap pasti akan memberi kesan kepada pendengar. Itulah yang dimaksudkan dengan bijaksana, atau dalam bahasa al-Quran disebut 'al-Hakim'. Al-Quran bukanlah manusia, tetapi kalamullah. Walaupun dilihat sebagai tulisan, tetapi ianya terkandung kebijaksanaan, iaitu dengan al-...Quran pembacanya akan terkesan."

    ReplyDelete
  2. tak suka baca entri yang terlalu obses kepada politik sampai mengutuk dan menghina pihak lawan. Kata-kata kesat yg dilempar oleh penulis tu bleh menconteng arang pada pihak yg dia sokong sbnrnye..

    Nak orang ikut kite, tunjuk la yg baik, jgn duk mengutuk, mengeji orang sampai diri sendiri nampak keji..

    Sekian. =)

    ReplyDelete
  3. muak aku ngan politik,,,

    polikus...

    berbicara dalam blog men sedap mulot...

    lagi aku xsuke kalu blog hentam agame...

    conthnye aduhker terunnnnne

    ReplyDelete
  4. erk..
    baru bercakap dan bertanya tntang politik dalam entri yang lepas..

    :)

    ReplyDelete
  5. setuju !
    tak berapa nak pandai, tapi berlagak pandai.
    hampeh saja orang2 camntu

    ReplyDelete
  6. Menyokong pandangan anda. Lebih jgn campo bab politik tulis hal kita dan persekitaran kita, org tak marah kat kita dan kita pun tak marah kat org.

    ReplyDelete
  7. yg paling jahat nyer tu bila dia buat assumption sndiri...
    assume,
    ass u me
    Ass u and me,
    dan assumption dia tu bila dibaca pihak yg dahagakan maklumat, trus ditelan bulat bulat.
    dah tersebar satu lagi sebab kenapa harga kacang soya kat malaysia rendah dari kat siam, ini kerana penternakan ayam di selangor berkembang sangat. apa kena mengena?
    well penulis tak bertauliah memang pandai
    buat cerita... :D

    sokong penulisan anda bro...

    ReplyDelete
  8. salam bro Nes.. pertamanya.. komen gua kali ni mungkin sedikit sepanjang .. sebab gua memang tertarik ngan entri bro Nes kali ni.

    bercakap perihal bloggers politik yang konon2 berjuang.. seperti bro Nes tulis, berjuang tu berjuang la, tp mesti dengan cara yang bijaksana, berhemah dan berhikmah.

    bloggers politik sekarang.. tak kiralah apa partinya.. memang kedapatan yang suka menulis cara maki hamun dan kutuk mengutuk. ini sama sekali tidak mencermin cara berpolitik yang beretika.

    kurangnya fakta, fakta tidak tepat, "bias attitude", provokasi melampau, tuduhan melulu, kurang kajian, rendah kefahaman politik dan sebenarnya banyak lagi faktor yang menjadikan sebahagian bloggers politik gagal untuk ber blog dengan beretika.. SEBAHAGIAN.. bukan semua.

    jadi apa yang bro Nes tulis memang benar.. jika ada yang membaca entri bro Nes ni.. eloklah jika mereka mengubah attitude politik dalam blog mereka.

    semua ini demi kesejahteraan semua pihak dan demi keselamatan blogger yang menulis itu sendiri. jgn sampai ada repot polis atau ditahan bawah ISA.

    kebebasan bersuara ada.. gunakan cara yang betul!

    ReplyDelete
  9. blog politik dan entri politik confirm aku tak baca

    ReplyDelete
  10. politik di msia skrang ni semakin membingungkan...blogger2 politik jgn taksub dgn mana-mana pemimpin...sebab sejarah dah buktikan...pemimpin yg disanjung bagai nak rak tiba-tiba lompat parti lain...amacam dgn penyokong? padan muka.. yang sedap diaorang lah..yang hidup dlm angan-angan penyokong dan blogger...kah..kah..kah..
    Fikirkan tentang ekonomi masing-masing lagi baik utk meneruskan hidup di zaman serba mahal ni......

    ReplyDelete
  11. saya rasa blog yang berunsurkan politik patut dipantau sebab banyak kesan negetif..
    fitnah memfitnah tanpa bukti yang kukuh..
    lebih teruk ade insan2 yang percaya bulat2 tanpa usul periksa..
    sangat mendukacitakan..

    ReplyDelete
  12. aahlahh kadang penyokong yang lebih2 emosi semuanya. Tapi pemimpin2 atas tu relax je mcm takde ape2 berlaku huhuhu.. betul cakap Nescafe, kalau nak buat mesti berdasarkan fakta dan bukan dengan cara memaki hamun.

    ReplyDelete