• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Tuesday, January 26, 2010

Namamu teratas Aduka Taruna. Semoga anda bahagia.

Selama lebih kurang seminggu gua tak dapat nak online, selama itu juglah bermacam perkara yang telah berlaku. Daripada hal blog Aduka Taruna yang hina Sultan Johor, blog Gutter Malaysia yang hina islam dan yang terkini, kecoh pula pasal video youtube. Hal visitor gua yang jatuh merudum hingga ke paras siling tak akan gua sentuh di sini.

Tak di nafikan, memang fitrah kejadian manusia yang mempunyai sifat yang berbeza. Ada yang baik, ada yang buruk. Sifat itu jugalah yang ada pada diri setiap blogger. Ada blogger yang baik dan ada yang tak berapa nak baik. Ada yang berani, ada yang buat-buat berani dan ada yang berani tak bertempat. Nak tunjuk hero katanya. Apa la sangat. Budak kecik pun berani tunjuk hero dalam blog.

Mungkin masih ada lagi yang beranggapan yang mereka mempunyai hak secara total terhadap apa yang ingin mereka luahkan pada blog mereka sendiri. Nak bergosip, nak cerita hal peribadi, nak kongsi cerita hal dalam kain dan tepi kain tak ada sesiapa pun berhak untuk melarang. Memang betul, sebagai seorang blogger, kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menulis, tetapi ia tetap ada batasnya. Bukan main redah saja.

Biarlah apa yang kita tulis dan ingin kita sampaikan itu tidak di pengaruhi oleh emosi kita yang tidak berapa stabil. Janganlah apa yang kita luahkan itu menyinggung hati dan persaan mana-mana pihak.

12 comments:

  1. kerana pulut santan binasa
    kerana blog badan binasa!


    apa nak dikato eh jangggg nasi dah jadi bubur .. makan aje ler jangg...bubur pon sodappppp

    ReplyDelete
  2. mamat aduka nih dah kawin ek..egtkan budak lagi..tulisan macam budak-budak...ape lah!

    ReplyDelete
  3. ha, tgk, bro nes pon marah,..

    ReplyDelete
  4. patuhi etika blogging.
    sebenarnya byk lagi blog undergroud yg fitnah,hina..

    ReplyDelete
  5. nassebb la..ikutkan hati sangat..kannnnn....

    ReplyDelete
  6. tulisan kita sudah melambangkan diri kita sendiri....

    ReplyDelete
  7. yes, memang kena berhati hati bila nak cakap,
    tak leh main redah lagi..
    lainla kalau setakat baling taik sorok tangan.
    anonymously written.

    still sangkut jgak ngan IP...
    which brings to the question..
    are we really free? (Loh kesitu plak pocket melalut)

    ReplyDelete
  8. Nak glemer, nak publisiti, nak tunjuk terer.... last-last padam pastu mintak maaf? Apa nya sengal la mamat tu.

    p/s: Pocket, boleh sorok ip tapi camner nak glemer kan? Hehehe

    ReplyDelete
  9. Nasib la...terlampau berani sgt...

    ReplyDelete