• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Tuesday, February 2, 2010

Ada apa dengan Innity. Bagus sangatkah?

Oleh kerana kekangan masa sejak akhir-akhir ini, aktiviti untuk mengupdate blog terpaksa di kurangkan ke tahap maksimum. Nak tengok blog sendiri pun dah tak serajin macam dulu-dulu.Nak update entri yang baru pun makan masa 4 hari. Harap-harap, adalah keyword yang sangkut pada entri tu.

Layout pun dah bertukar. Kalau sebelum ni berkonsep entah, tapi hari ini ia berkonsepkan hijau dan alam semulajadi. Biar nampak macam seorang pencinta flora dan fauna.

Sebenarnya, gua saja tukar theme blog ni biar sama lebih kurang warnanya dengan ads Innity dan mencuri sedikit-sedikit lebih kurang, konsep dari Gengblogger. Tu ada yang terkejut dengan kombinasi warna blog ni. Lepas ni gua nak letak mp3 lagu Hijau Zainal Abidin, sebagai halwa telinga siapa yang masuk sini. Sebagai bonus track, gua setkan secara autoplay.

Iklan Nuffnang pula, gua dah letak di bangku simpanan. Bagi rehat dulu. Penat sangat agaknya kena klik-klik. Status Glitterati dengan twinkle-twinkle little star, terpaksa gua pulang semula pada tuannya. Nanti, kalau Innity gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang, gua apply semula status Glitterati.LOL

Best sangat ker dengan Innity?

Entah. Sebab lagi ramai blogger yang sayangkan Nuffnang dan Adverlets. Lebih-lebih lagi, blog yang tengah sibuk berkempen. Buffered Earning lah, Out meter lah, meter paip kena curi lah. LOL.

Memang betul. Kalau kita banyak dapat kempen dari Nuffnang, dah tak payah gatal tangan nak cuba Innity. Mungkin hasilnya nanti, mendukacitakan. Tu yang balik-balik tanya, "Kenapa earning gua RM 0.00. Siapa yang kelepet duit gua? Kenapa mesti sifar?". Tapi kalau sekadar nak cuba, apa salahnya.LOL

Pendapat gua pulak tentang Innity, gua cuma boleh tulis, "Saya mesti pilih!". Buat masa sekaranglah. Harap-harap, Innity tidak mengecewakan gua dan jauh sekali memaksa gua merujuk semula dengan Nuffnang. Sudikah Nuffnang menyinari semula blog gua dengan twinkle-twinkle little starnya yang selama ini buat gua gembira.

Kalau di baca salah dari satu syarat dari Innity, mereka tidak menerima blog yang root domainnya percuma. Tapi, bila gua saja-saja apply, di terima pula. Mungkin pihak Innity terharu dengan ayat yang gua tulis pada form. Sempat juga gua bubuh bedak kasi wangi-wangi pada form.

Syarat-syarat lain boleh di baca di Innity. Gua tak boleh nak ulas lebih lanjut lagi sebab nanti mesti ada yang terguris perasaan dengan syarat-syarat lain yang di kenakan Innity. Apa yang boleh gua cadangkan, cuba saja apply, mana tau sangkut. Cuba letak bedak sikit pada form. Kasi tengok amacam.

Innity.com

p/s: Pasal earning Innity pulak?

Jawapan ringkas: "Saya mesti pilih!". Sekian, terima kasih.

20 comments:

  1. hahaha kau terus tukar semua hijau!

    Neway aku still kena stick dengan nuffnang :)

    ReplyDelete
  2. create lebih dari satu blog lah melz
    :p

    ReplyDelete
  3. template ni nampak lebih pro, kemas

    ada akaun innity, dah pernah letak 2 minggu

    tapi buffered skrg ni tak dpt nak tolak..tgoklah mcm mana nnt

    ReplyDelete
  4. smua hijau..btw,kalau ada free time nnti..update2 la psl innity ni..nk tau gak cmner..

    ReplyDelete
  5. cntik design blog ni..simple but always full with info..

    ReplyDelete
  6. salam...
    hamba memang minat ijau...
    ...bak kata zainal headwind...
    "ku lihat hujau....

    ReplyDelete
  7. pernah apply dulu (masa awal2 innity promots kat page kak kujie kut).. then dia reject sbb katanya xde domain sendiiri...
    skrg tgk org bahagia dgn hijau2 di rumah masing2, try reapply, dia ckp dah didaftarkan...maleh aaa gini..tunggu korang dpt earning sesungguh laa baru nak terpengaruh :)

    ReplyDelete
  8. Salam. Tahniah. Nampak kemas dan teraturlah blog anda skrg. Ramainyer pengunjung blog dia..dermalah kat akak sikit.

    Neway, thanks for all the infos i gained from here. May Allah bless u, nescafe ais satu!

    ReplyDelete
  9. kemain ijau lagi. mmg sgt mendamaikan. gud luck weh.

    btw penulisan ini sgt mencuit ati ai

    ReplyDelete
  10. Aku tak pernah dapat meter ke buffered earning ke...aku pun ada apply tp diam je.....cm x dpt pun.kdg2 give up dgn nuff, iklan kat blog aku jarang muncul walaupun aku selalu on9 dan update blog....
    Blog aku ada something wrong ke? Segala ilmu yg ko turunkan, semuanya aku nk sumbat dalam tu..cuba komen apa yg patut dan tak patut aku letak dlm teratak tu....

    ReplyDelete
  11. salam ziarah bro nes..indah sungguh..cantik r kaler ijau nih...

    ReplyDelete
  12. hmmm rasanya so far i stick ngan nuffnang sebab buffered earnings ads sedang berjalan lancar tapi orang cakap innity bagi lebih banyak..... betul ke???

    Siapa Nak Promo Blog???

    Bosan, Nak Buat Apa???

    Seronok kan Tak ada Hutang???

    ReplyDelete
  13. tak pernah cuba lagi income dr internet.
    slalu dengar org cita ja.

    ReplyDelete
  14. Ada apply & dah approve. Tapi tetap sayang dengan NN and tammo tukar lah T_________T NN still ada buffered earning, lepastu ada event & contest =DD

    ReplyDelete
  15. Buka lagi satu blog ah ness :) NN nak kena aktif sertai contest dan event anjurannya.

    ReplyDelete
  16. @Dak Wan

    Lagi satu blog? Yang ada ni pun dah tak terjaga. Hehe.

    Jarang join contest-contest ni.

    ReplyDelete
  17. aku pun suka layout blog ni, simple n kemas.
    aku rs kan mcm kak jie ckp, better ada 2 blog.
    1 blog ada innity, 1 blog ada nuffnang

    ReplyDelete