• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Monday, November 30, 2009

Memasang password pada post atau membuat private post .

Untuk memasang password pada post atau membuat private post seperti yang boleh anda lihat di sini, anda hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Add a Gadget. Klik pada HTML/Javascript.

Langkah 2

Salin kod berwarna biru di bawah dan paste pada ruang Content HTML/Javascript (rujuk langkah 1).

<script type="text/javascript" src="http://sites.google.com/site/testingsahaja/jsencryption.js"></script>


Langkah 3

Masukkan password pada kotak di bawah. Pastikan anda ingat password yang akan anda gunakan.




Langkah 4

Taip atau paste teks anda pada kotak di bawah. Setelah selesai, klik pada butang Encrypt.


 

Abaikan kod pada kotak di bawah.



Langkah 5

Salin kod HTML di bawah dan paste pada post.


Standard   Inline  ***
 

Langkah 6

Anda boleh menguji kod HTML dan password sama ada ianya berfungsi ataupun tidak dengan klik pada teks Show encrypted text di bawah.



Saturday, November 28, 2009

Memasang page views counter pada post


Untuk memasang page view counter pada setiap posting, sila ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Templates.

Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F dan taipkan atau copy kod <div class='post-body entry-content'> dan paste pada ruang Find. Setereusnya tekan Enter.

Langkah 3

Salin kod berwarna biru di bawah dan paste di bawah atau selepas kod <div class='post-body entry-content'> (rujuk langkah 2)

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<div id='hit-counter'>
&lt;a href=&#39;http://csharpdotnetfreak.blogspot.com&#39; rel=&#39;follow&#39;&gt;
<script src='http://www.amitjain.co.in/pageview.php' type='text/javascript'/> &lt;/a&gt;
</div></b:if>

Akhir sekali klik preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.

Friday, November 27, 2009

Memasang Social Bookmark ( sharing is sexy! ) di bawah post.


Social Bookmark  dibina untuk pengguna internet untuk menyimpan, menyusun, mencari dan mengawal bookmark di internet dengan bantuan metadata. Ramai pembangun web social bookmark menggunakan alamat feed untuk mengklafikasikan bookmark, termasuk yang telah disusun dengan tag.

Untuk memasang Social Bookmark (sharing is sexy!) seperti yang boleh anda lihat di sini,sila ikut beberapa langkah yang ditunjukkan dibawah.

p/s:
1. Social bookmark ini hanya sesuai untuk template yang lebar bahagian postingnya 400px ke atas sahaja.
2.Save dahulu script template sebagai backup.


Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada kotak Expand Widget Templates.


Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F. Seterusnya, taipkan atau salin kod ]]></b:skin> pada ruang Find dan tekan Enter.


Langkah 3

Salin kod berwarna biru di bawah dan paste di bawah atau selepas kod ]]></b:skin>

<style type='text/css'>
div.sexy-bookmarks {
height:54px;
background:url(http://i43.tinypic.com/2ueii3t.png;) no-repeat left bottom;
position:relative;
width:540px;
}

div.sexy-bookmarks span.sexy-rightside {
width:17px;
height:54px;
background:url(http://i43.tinypic.com/2ueii3t.png;) no-repeat right bottom;
position:absolute;
right:-17px;
}

div.sexy-bookmarks ul.socials {
margin:0 !important;
padding:0 !important;
position:absolute;
bottom:0;
left:10px;
}

div.sexy-bookmarks ul.socials li {
display:inline-block !important;
float:left !important;
list-style-type:none !important;
margin:0 !important;
height:29px !important;
width:48px !important;
cursor:pointer !important;
padding:0 !important;
}

div.sexy-bookmarks ul.socials a {
display:block !important;
width:48px !important;
height:29px !important;
font-size:0 !important;
color:transparent !important;

}

.sexy-furl, .sexy-furl:hover, .sexy-digg, .sexy-digg:hover, .sexy-reddit, .sexy-reddit:hover, .sexy-stumble, .sexy-stumble:hover, .sexy-delicious, .sexy-delicious:hover, .sexy-yahoo, .sexy-yahoo:hover, .sexy-blinklist, .sexy-blinklist:hover, .sexy-technorati, .sexy-technorati:hover, .sexy-facebook, .sexy-facebook:hover, .sexy-twitter, .sexy-twitter:hover, .sexy-myspace, .sexy-myspace:hover, .sexy-mixx, .sexy-mixx:hover, .sexy-script-style, .sexy-script-style:hover, .sexy-designfloat, .sexy-designfloat:hover, .sexy-syndicate, .sexy-syndicate:hover, .sexy-email, .sexy-email:hover {
background:url(http://i44.tinypic.com/1znbj83.png;) no-repeat !important;
}

.sexy-furl {
background-position:-300px top !important;
}
.sexy-furl:hover {
background-position:-300px bottom !important;
}
.sexy-digg {
background-position:-500px top !important;
}
.sexy-digg:hover {
background-position:-500px bottom !important;
}
.sexy-reddit {
background-position:-100px top !important;
}
.sexy-reddit:hover {
background-position:-100px bottom !important;
}
.sexy-stumble {
background-position:-50px top !important;
}
.sexy-stumble:hover {
background-position:-50px bottom !important;
}
.sexy-delicious {
background-position:left top !important;
}
.sexy-delicious:hover {
background-position:left bottom !important;
}
.sexy-yahoo {
background-position:-650px top !important;
}
.sexy-yahoo:hover {
background-position:-650px bottom !important;
}
.sexy-blinklist {
background-position:-600px top !important;
}
.sexy-blinklist:hover {
background-position:-600px bottom !important;
}
.sexy-technorati {
background-position:-700px top !important;
}
.sexy-technorati:hover {
background-position:-700px bottom !important;
}
.sexy-myspace {
background-position:-200px top !important;
}
.sexy-myspace:hover {
background-position:-200px bottom !important;
}
.sexy-twitter {
background-position:-350px top !important;
}
.sexy-twitter:hover {
background-position:-350px bottom !important;
}
.sexy-facebook {
background-position:-450px top !important;
}
.sexy-facebook:hover {
background-position:-450px bottom !important;
}
.sexy-mixx {
background-position:-250px top !important;
}
.sexy-mixx:hover {
background-position:-250px bottom !important;
}
.sexy-script-style {
background-position:-400px top !important;
}
.sexy-script-style:hover {
background-position:-400px bottom !important;
}
.sexy-designfloat {
background-position:-550px top !important;
}
.sexy-designfloat:hover {
background-position:-550px bottom !important;
}
.sexy-syndicate {
background-position:-150px top !important;
}
.sexy-syndicate:hover {
background-position:-150px bottom !important;
}
.sexy-email {
background-position:-753px top !important;
}
.sexy-email:hover {
background-position:-753px bottom !important;
}

</style>

Langkah 4

Salin atau taipkan kod <data:post.body/> pada ruang Find dan tekan Enter.


Langkah 5

Salin kod berwarna merah di bawah dan paste di bawah atau selepas kod <data:post.body/> . Edit teks YOUR-FEEDBURNER-ID yang di bold kepada ID Feedburner anda.

<div class='sexy-bookmarks'>
<ul class='socials'>
<li class='sexy-delicious'><a expr:href='&quot;http://del.icio.us/post?url=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-digg'><a expr:href='&quot; http://digg.com/submit?url=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-technorati'><a expr:href='&quot; http://technorati.com/faves?add=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-reddit'><a expr:href='&quot; http://www.reddit.com/submit?url=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-stumble'><a expr:href='&quot; http://www.stumbleupon.com/submit?url=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-designfloat'><a expr:href='&quot;http://www.designfloat.com/submit.php?url=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-facebook'><a expr:href='&quot; http://www.facebook.com/sharer.php?u=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-twitter'><a expr:href='&quot; http://twitthis.com/twit?url=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-furl'><a expr:href='&quot; http://www.furl.net/storeIt.jsp?u=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

<li class='sexy-syndicate'><a href='http://feeds2.feedburner.com/YOUR-FEEDBURNER-ID' title='Subscribe to RSS'/></li>

<li class='sexy-email'><a expr:href='&quot; mailto:?subject=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;title=&quot; + data:post.title' target='_blank'/></li>

</ul>
<span class='sexy-rightside'/></div>

Akhir sekali, klik preview dan jika tiada mesej Error yang terpapar, klik saja Save.

Thursday, November 26, 2009

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..Walillah ilham.



Selamat menyambut hari raya Qurban kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia khasnya kepada readers blog gua.

Di kesempatan ini juga, terima kasih yang tidak-tidak terhingga di ucapkan kepada readers yang sudi memberi komen di sini walaupun gua kadang-kadang tak reply komen yang di beri dan juga tak beri komen di blog orang yang sudi memberi komen itu. Nanti ada masa, gua akan komen juga yer.

Moga Allah merahmati dan menerima ibadah korban kalian semua. Kepada yang sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci Makkah al-Mukarramah, semoga memperolehi haji yang mabrur. Amin..

p/s: Jom ke masjid berhampiran esok pagi. Tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Janji anda sudah baligh lagi berakal. Jangan dok sibuk nak main masak-masak ketupat dan rendang aje. Budak-budak kecik duduk rumah.

Wednesday, November 25, 2009

Trim bucu gambar dengan Cut My Pic! secara percuma

Edit gambar image yang berformat bmp,gif,jpeg ataupun png daripada bentuk yang biasa seperti terpapar di bawah


kepada bentuk  image yang telah trim pada bahagian bucu image di pada site cutmypic.com  yang seperti dapat dilihat pada paparan di bawah


Hanya dengan 3 langkah yang sangat mudah iaitu upload image, edit image dan save image pada hard drive atau hosting.

Tuesday, November 24, 2009

Sistem kapitalis yang mencengkam keharmonian insan.

Ni cerita tentang kejadian awal pagi semalam. Kejadian yang tak berapa nak cool walaupun situasinya cool. Tengah gua tekun baca hasil tulisan yang bukan dari dalam blog gua, tekak tiba-tiba mengidam nak makan burger ayam istimewa yang dia punya sedap boleh membuatkan si pemakannya mampu mejilat siku. Bayangkanlah sendiri dia punya sedap.

Dekat kampung gua Ayer Hitam, yang lebih lunak lagi jika di gelar pekan orang menjunjung pasu atau teddy bear bersaiz anak gajah sambil melintas jalan tak tengok kiri kanan, ada satu stall jual burger yang memang terbaik walaupun jika di banding-bandingkan dengan brand kapitalis seperti Burger King dan McD. Selalu kalau gua balik kampung, mesti gua pekena barang sebiji dua. Gua tetap menyokong produk bumiputera yang baru nak naik dan tak cekik darah, walaupun kadang-kadang gua ada juga beli KFC dan selalu juga beli Nescafe tin di 7E.

Berbekalkan duit syiling yang cukup-cukup RM 2.50, gua start motor Honda EX5 edisi kebun bapak gua. Oleh kerana jarak stall burger tersangatlah dekat, gua turunkan helmet dari bakul motor. Macam tak berapa nak cool pula sarungkan helmet LTD yang juga beredisi kebun. Visor yang jenis kalau gua naikkan saja, dan tanpa di suruh-suruh, dia turun sendiri. Dah rupa macam angkasawan pulak pagi-pagi buta.

Sampai depan 7E, gua geleng kepala. "Kenapalah tutup payung awal sangat. Selalu sampai pukul 1.30 pagi. Hari ni boleh awal pulak. Baru pukul 1.07 minit". Gua membebel pada motor sambil parking double stand. Dah lah stand tepi pun tak ada. Kalau ringan macam basikal,  gua dah sandarkan dah pada tiang lampu.

Tekak pulak gatal mengidam nak makan burger ayam istimewa. Mula-mula gua macam nak paksa juga brader burger tu buatkan sebiji, tapi bila gua tengok, kuali burger dah menjulang wap sebab kena siram dengan air, gua terus masuk 7E. Plan B gua, beli Nescafe tin. Cukup lagi duitnya. Setin baru RM2.10 walaupun hakikatnya, kedai lain ada yang jual dengan harga RM1.80.

Masuk saja dalam 7E yang suhunya sedang-sedang cool, gua dah tak dengar dah ucapan "Selamat datang" yang biasa gua dengar setiap kali gua masuk 7E. Gua jadi terkejut pulak bila gadis kaunter dan juga budak kaunter yang berdiri dekat kaunter bagi ucapan "Pakcik, tak boleh pakcik". Tapi gua tengok tak ada pun pakcik. Takkan gua pulak lu orang panggil pakcik. Rambut gua hitam lagi. Tak mungkin lu tujukan pada gua, sebab lu toleh peti ais tempat air tin.

Pandangan, gua jengahkan ke tepi sikit. Baru gua nampak. Sorang pakcik yang gua rasa baru balik dari makan kenduri. Bersongkok, berbaju melayu dan berseluar yang tak berapa nak melayu. Biasa saja gua tengok pakcik tu. Cool-cool saja. Tak ada gaya yang mencurigakan.

Gua terus tuju ke bahagian air Nescafe tin. Buka pintu peti ais, tangan terus capai tin Nescafe. Tiba-tiba kepala gua boleh pulak nak menoleh pakcik sebelah gua . Pakcik tu pandang gua balik. Kami bertentang mata. "Boleh minum ke benda tu?" tanya gua gaya orang yang macam tak tau hukum hakam. Pakcik yang gua rasa umurnya dah sesuai sangat jadi peminat lagu-lagu 60an balas soalan gua dengan jawapan "orang punya" dengan gaya yang begitu cool dan terus toleh semula peti ais.

Lagi sekali, gadis kaunter dan budak kaunter bagi ucapan, "Pakcik, tak boleh pakcik" dengan nada yang dah tak serupa macam ucapan lagi dah. Keadaan yang memang telah menghuru-harakan rancangan asal gua dari nak beli burger tapi kena tukar plan beli Nescafe tin. Barulah gua faham situasi sebenar. Situasi  cool yang dicetuskan oleh pakcik yang bargaya cool.

Gua terus langkah pergi kaunter depan. Tapi pakcik cool langkah lagi laju dari gua. Kuasa kuda yang masih bertenaga. Sekali lagi, gadis kaunter dan budak kaunter ulang semula ayat "Pakcik, tak boleh pakcik" yang telah di high volume kan walaupun pakcik cool dah terpacak depan mata. Jawapan "orang punya" dibalas pakcik cool. Tapi kali ini, nadanya tak berapa nak cool. Gua pulak buat-buat belek Maggi hot cup yang tak hot tetapi cool sebab belum tuang air panas.

Riak wajah gadis kaunter dan budak kaunter, gua tengok tiba-tiba berubah menjadi berseri-seri macam pengantin. Gadis kaunter dan budak kaunter dah tak menjerit-jerit lagi. Kaedah berdiplomasi gaya orang kedutaan, dengan berlagak cool depan pakcik cool menyebabkan keaadan akhirnya jadi tenang dan cool semula. Pakcik cool mengalah juga walaupun tangan tengah hulur duit RM50. Dengan gaya cool macam tak ada ada yang berlaku, pakcik cool mintak rokok Winston 20, tunggu duit baki dan terus keluar.

Gua dengar budak kaunter bisik pada gadis kaunter "Pakai baju melayu pun nak beli minuman yang mengkhayalkan ker".

Gua seluk kocek, keluarkan semua syiling. Gua hulur RM2.10. 40 sen, simpan semula. Gua cakap pada budak kaunter dengan gaya yang pura-pura cool. "Nanti bagitau 'lou pan'. Lepas tu suruh 'lou pan' bagitau Menteri... Kalau tak nak bagi orang melayu beli, jangan jual". Gua tinggalkan gadis kaunter dan budak kaunter dengan jawapan yang sepatutnya gua tuju pada tauke 7E. Gua tahu, niat mereka berdua cuma nak cari rezeki, tapi tersepit dengan keadaan.

Keluar saja dari 7E, gua nampak pakcik cool baru masuk dalam kereta Viva hitam. Gua tengok, sebelah seat pakcik cool ada orang. Bukan melayu. Gua rasa, kawan dia. Kulit memang langsung tak sepadan. Pakcik cool toleh gua dan berlalu sambil tersenyum dengan gaya yang cukup cool. Sama cool nya macam dalam 7E tadi. Cool meninggalkan gua dengan seribu satu persoalan yang gua sendiri tak dapat nak cari jawapannya. Gua kena muhasabahkan lagi diri gua.

Monday, November 23, 2009

Memindahkan visitor secara auto daripada URL blog lama kepada URL blog yang baru



Apabila kita membina sebuah blog yang baru, akan timbul sedikit kesulitan kepada visitor yang masih belum lagi mengetahui URL blog kita yang baru. Cara yang biasa digunakan untuk memaklumkan kepada visitor yang melawat blog kita yang lama adalah dengan meletakkan nota berserta URL blog yang baru.

Terdapat satu cara yang lebih mudah, iaitu dengan memasang kod 'auto direct link' yang mana, apabila visitor melawat ke blog kita yang lama, secara automatik visitor tersebut akan dipindahkan ke blog kita yang baru. Anda boleh melihat contohnya di sini ataupun taipkan URL akutestlagi.blogspot.com pada adress bar browser anda.

Untuk membina 'auto direct link', anda hanya perlu meletakkan satu kod yang ringkas dan mudah pada script template blog yang lama.


Langkah 1

Salin dan edit kod berwarna biru dibawah pada notepad. Gantikan teks yang di bold dengan URL blog yang baru.

<meta content='0;url=http://gantikan URL blog anda pada teks ini' http-equiv='refresh'/>


Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada kotak Expand Widget Templates.


Langkah 3

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F dan taipkan atau paste kod <head> pada ruang Find. Seterusnya tekan Enter.


Langkah 4

Salin kod yang telah siap di edit (rujuk langkah 1) dan paste di bawah atau selepas kod <head> (rujuk langkah 3)

Akhir sekali, klik preview dan jika tiada mesej error yang terpapar, klik saja Save.

p/s: Apasal tajuk entri ni dah macam karangan pulak dia punya panjang.

Saturday, November 21, 2009

Tolong klik Nuffnang gua, gua nak kaya cepat. Tolong menolong amalan mulia.



Ini bukan entri provokasi.

Dirantai digelangi Nuffnang. (Nyanyian kumpulan Exit)

Kliklah oh kasihku,
Kurayu kepadamu,
Janganlah diturutkan mainan perasaanmu,
Klik saja Nuffnangku yang semakin tandus dan gersang,
Dengan button kiri tetikusmu,
Duhai sayang.

Pertamanya, gua ingin katakan yang lu orang tak akan jadi kaya dengan klik-klik ads Nuffnang. Banyak sangatkah hasilnya kalau lu mintak gua klik-klik lu punya Nuffnang?  Tolong menolong apa bendanya ini? Ingatlah, tindakan  lu orang akan menyusahkan blogger yang lain dan  menyebabkan mereka berputih mata satu hari nanti.

Gua melihat satu fenomena yang  tak berapa nak sihat di kalangan blogger yang rata-rata mereka baru kenal dengan dunia blog, sama seperti gua. Ramai yang buat blog semata-mata nak sumbat Nuffnang dan menjelajah ke blog orang lain sambil meminta simpati supaya iklang Nuffnang nya di klik. "Gua dah klik iklan lu, kliklah iklan gua balik yer.." Adakah lu masuk blog gua sekadar nak minta gua klik iklan Nufnang lu?

Yang paling kelakar bila gua buat blog walking, gua terbaca ayat" Klik-klik Mister Potato wedges, nanti klik saya punye yer" tapi gua tengok blog tu langsung tak ada ads Nuffnang. Menakjubkan bukan?

Terus terang gua katakan yang gua tak akan klik lu punya iklan walaupun lu baik hati klik iklan Nuffnang gua. Sebab apa? Sebab yang sangat mudah iaitu gua tak minta pun lu klik. Gua tak kisah pun kalau tak ada orang yang sudi klik Nuffnang gua. Kalau lu betul-betul ingin meningkatkan earning daripada Nuffnang, letak iklan di mana sepatutnya mesti lu letakkan dan fokus pada lu punya tulisan.

Ingatlah, rezeki akan datang jika lu seorang yang jujur. Tak payahlah menyusahkan diri dengan cara yang seperti ini. Sudah-sudahlah tu main klik-klik. Tak lama benda ni meletup. Tunggu sajalah masanya. Gua sangat yakin.

p/s: Tak setuju dengan gua? Tulis saja di ruang komen gua.

Membina muka surat selak (Page Peel) pada bahagian penjuru atas blog


Apa itu Page Peel?

 Page Peel adalah efek yang memaparkan muka surat yang boleh di selak (page peel) yang  biasanya di pasang pada penjuru kanan bagi sesebuah blog. Hanya dengan meletakkan kursor mouse pada penjuru page yang di lipat, layout blog akan terselak dan memaparkan imej yang di pasang di sebalik layout blog. Efek ini sememangnya amat menarik dan mudah untuk di buat. Contoh Page Peel boleh anda lihat di sini. Anda boleh menukarkan URL dan imej yang terpapar pada contoh tersebut kepada imej pilihan anda.


Langkah 1

p/s: Save dahulu script template sebagai backup.

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya klik pada kotak Expand Widget Templates.

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl + F. Salin atau taipkan kod  ]]></b:skin> dan seterusnya tekan Enter.


Langkah 2

Salin kod yang berwarna biru di bawah dan pastekan di bawah atau selepas kod ]]></b:skin> pada script template (rujuk langkah 1).

p/s: Anda boleh menukar image 'Page Subscribe' kepada image pilihan sendiri dengan menukarkan URL image yang di bold.

<style type='text/css'>
    img { behavior: url(iepngfix.htc) }
    #pageflip {
    position: relative;
    right: 0; top: 0;
    float: right;
    }
    #pageflip img {
    width: 50px; height: 52px;
    z-index: 99;
    position: absolute;
    right: 0; top: 0;
    -ms-interpolation-mode: bicubic;
    }
    #pageflip .msg_block {
    width: 50px; height: 50px;
    overflow: hidden;
    position: absolute;
    right: 0; top: 0;
    background: url(https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaYATEYkdm_TT75gMxyRxSKFP3Xfb8Vb0PFmkbl8BWfULlyMuOeyVqMMXig2WoNHhjLxllOGiwh54OBBJoqcYH8c8ZnqP9-AdyUZI4PqHQEd0A3Ot4W8ZPnXvub4xOeswUSiONfB-Ex3I/s320/PageSubscribe.png) no-repeat right top;
    }
    </style>

    <script src='http://code.jquery.com/jquery-latest.js' type='text/javascript'/>
    <script type='text/javascript'>
    $(document).ready(function(){

    //Page Flip on hover

    $(&quot;#pageflip&quot;).hover(function() {
    $(&quot;#pageflip img , .msg_block&quot;).stop()
    .animate({
    width: &#39;307px&#39;,
    height: &#39;319px&#39;
    }, 500);
    } , function() {
    $(&quot;#pageflip img&quot;).stop()
    .animate({
    width: &#39;50px&#39;,
    height: &#39;52px&#39;
    }, 220);
    $(&quot;.msg_block&quot;).stop()
    .animate({
    width: &#39;50px&#39;,
    height: &#39;50px&#39;
    }, 200);
    });


    });
    </script>


Langkah 3

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl + F. Salin atau taipkan kod  <body> dan seterusnya tekan Enter.


Langkah 4


Salin kod yang berwarna merah di bawah dan pastekan di bawah atau selepas kod <body> pada script template (rujuk langkah 3).


p/s: Tukar URL yang di bold dengan URL pilihan anda.


<div id='pageflip'>
<a href='http://larikudaku.blogspot.com/feeds/posts/default'><img alt='' src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjB7N-txWOQxoaT-DsPB_kcWPPSusdepZe8sPnhl-gaJevU9oXkL_lOgc7R3YwQxglcAl3bwdIIsYrPkxcWEyZJgCSzYnqJBjn-jE7gVq9-8-6PQaaxoDMkzDE2V-OOuXKBI0D05Bw2q6o/s320/pageflip.png'/></a>
<div class='msg_block'/>
</div>


Akhir sekali klik Preview. Jika tiada sebarang mesej error yang terpapar dan anda berpuas hati dengan hasilnya, klik saja Save.

Friday, November 20, 2009

Kesejahteraan manusia daripada perspektif psikologi

Bertitik tolak dari kenyataan gua pada entri yang lepas, berbagai respon yang gua terima daripada readers yang meminta supaya mempertimbangkan semula hasrat gua untuk menutup blog ini. Jangan risau, keadaan masih belum lagi medesak gua. Gua juga masih mempunyai hati, akal dan fikiran yang mampu untuk memahami keadaan.

Untuk makluman pembaca, gua sebenarnya terpaksa menggunakan pendekatan secara psikologi dengan cara yang seperti ini dengan  niat gua untuk memberi sedikit kesedaran kepada anda supaya terus mencuba dan jangan terlalu berharap. Gua hanya mampu menyampaikan apa yang gua tahu. Gua cuba memberikan maklum balas yang terbaik. Akan tetapi, komitmen gua lebih besar di dunia yang nyata. Gua tidak mampu untuk memberikan sesuatu penyelesaian dengan cepat dan pantas sepantas kita klik butang Send Comment.

Memang gua sendiri mengakui, kenyataan tersebut nadanya berbunyi seperti seorang yang kecewa kerana ikan laganya telah mati. Tetapi jujur gua katakan,bukan niat gua untuk mengguris, menghiris, menyentap atau lebih parah lagi melukakan hati sesiapa.

Alhamdulillah, selepas gua mengeluarkan kenyataan yang gua dah malas nak tulis tutorial lagi, kotak e-mail, ruang komen dan shout box gua sudah tidak lagi di hujani dengan pertanyaan tentang hal-hal yang remeh ini. Terima kasih kepada yang memahami.

p/s:

Situasi di depan Kilang Nescafe.

Tauke kilang Nescafe: Apa lu punya kenangan manis  sejak lu buat blog aaa?
Gua:  Apa kejadah punya soalan.
Tauke kilang Nescafe:  Jawab saja maa. Lempang mau?
Gua:  Oh! Banyak sekali. Kenangan paling manis gua ialah bila kebanyakan orang yang gua  tolong tak reti nak ucap terima kasih. Menarik bukan?
Tauke kilang Nescafe :  Aiyaaaaaa!! Lu hati ada panas ka? Mari masuk wa punya kilang. Kita minum-minum itu neskape ais.
Gua:  Ok! Lu pulak cerita la apa macam lu boleh bikin ini kilang ringan macam tin Nescafe.
Tauke kilang Nescafe:  Ini macam. Pada suatu malam yang gelap gelita, angin bertiup mendayu-dayu.....
Gua: Apa pasal jadi seram ni?
Tauke kilang Nescafe: Lu mau cerita ka gua mau cerita?

Thursday, November 19, 2009

Gua dah penat.. Gua nak berhenti dulu tulis tutorial

Stand 4 Right

Mulai hari ini, gua nak berhenti dulu tulis entri pasal tutorial dan akan menyepikan diri jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tutorial yang gua post. Sampai bila pun gua tak pasti. Mungkin juga, gua akan tutup terus blog ini dan buat blog yang baru yang langsung tak ada kena mengena pasal blog jika keadaan terlalu mendesak. Gua merasakan yang gua kena mantapkan lagi ilmu yang ada di dada. Jika tak cukup juga, gua akan extrakan pula ruang pada paru-paru. Gua rasa dah tiba masanya gua nak pergi bertapa dan memencilkan diri di puncak Gunung Lambak. Jika ditakdirkan yang gua akan bertemu dengan puteri Gunung Lambak, gua tidak akan menoleh lagi ke belakang.

Terlebih dahulu, gua minta maaf jika akan ada yang tersinggung dengan entri ini. Tapi gua dah tak kisah. Lagipun, kebanyakan dari readers blog gua adalah terdiri dari mereka yang silent reader. Gua yakin, mereka pun tak kisah kalau gua berhenti tulis tutorial.

Gua terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati gua sekarang. Gua dah penat. Bukan penat sebab tulis tutorial, tapi gua dah penat untuk menjawab sebarang bentuk soalan yang berkaitan dengan tutorial bilamana soalan yang diajukan itu ada kalanya menyebabkan gua rasa macam nak buang saja soalan itu. Bukan sebab gua tak reti nak jawab soalan tersebut dan bukan juga soalan tersebut berbentuk provokasi.

Gua seboleh-bolehnya cuba untuk menulis dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Gua juga cuba memberikan jawapan yang terbaik, tetapi apa yang membuatkan gua berasa sangat kesal dan terus hilang mood untuk membaca soalan tersebut adalah, soalan yang diajukan itu sebenarnya dapat kita jawab sendiri dengan mudah, semudah kita mengorek hidung kita sendiri walaupun dengan menggunakan ibu jari.

Kalau kita berkeinginan untuk mengubahsuai blog kita, kita mestilah mempunyai asas yang pada gua mampu untuk dipelajari oleh semua orang. Budak sekolah rendah pun gua rasa mampu untuk mempelajarinya, apatah lagi kita yang dah pandai menggunakan komputer dan internet. Jangan bagi sebab yang kita baru nak belajar. Gua pun belajar juga macam orang lain. Tak ada asas juga. Tapi gua belajar sendiri.

Rajin-rajinkan tangan tu untuk Google apa yang kita inginkan. Bukan hanya berharap atau bergantung saja. Dah tau diri tu baru nak belajar, buatlah cara nak belajar, bukan terus advance nak edit-edit template blog atau nak tambah widget yang kita sendiri tak paham apa fungsinya. Jangan belajar secara membabi-buta. Kita tengok orang buat, kita pun nak buat. Orang edit template, kita pun nak edit juga. Orang tukar template baru, kita nak tukar juga. Orang beli kereta baru, kita pun nak kereta baru. Tapi satu benda pun kita tak tahu. 'Pelan-pelan kayuh'.

Perkara yang paling asas sekali kalau kita nak ubahsuai atau tukar tempalte blog kita adalah, kita kena fahamkan dulu betul-betul tutorial yang kita baca dan gunakan kaedah cuba jaya ataupun bahasa tingginya berbunyi "trail and error" . Jadi, apabila kita menyalin script widget ataupun membuat penambahan pada script template,kita kena fahamkan dulu kod-kod dan triknya. Tengok script tu macam mana dan di mana untuk di paste. Bukan main copy paste,copy paste saja. Kalau macam tu sampai bila nak pandai, sampai bila nak tanya soalan-soalan yang remeh-remeh ini.

Gua menyarankan supaya buat lagi satu blog khas untuk kita mencuba atau membuat ubahsuai sebelum di aplikasikan pada blog kita yang sebenar. Sangat mudah dah tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain apabila terjadi error.

Satu lagi sebelum gua mengundur diri. Setiap browser tak sama setting dan fungsinya. Jadi, apabila kita lihat blog kita jadi tunggang langgang jika kita view menggunakan Internet Explorer,perkara tersebut sebenarnya adalah NORMAL kerana Internet Explorer berbeza dengan Mozilla Firefox. View yang terbaik sekali jika kita bina blog yang di host pada blogspot adalah dengan meggunakan browser Mozilla Firefox. Gua ulang sekali lagi, Mozilla Firefox. Jangan di tanya kenapa. Tapi kalau nak tanya juga, tanyalah sendiri pada Mozilla Firefox dan Internet Explorer.

p/s:
1.Guna hati, akal dan fikiranmu.
2. Sesiapa yang terasa, gua minta maaf banyak-banyak. Bukan niat gua menyinggung perasaan, tetapi gua hanya meluahkan apa yang gua rasa.
3. Gua juga manusia biasa dan gua juga bermula dari mana sepatutnya gua perlu bermula.

Tuesday, November 17, 2009

Membuat image atau widget terapung (floating) pada blog dengan mudah

Untuk membuat image yang berformat jpg, gif atau png dan juga widget menjadi terapung (floating) di awang-awangan di setiap penjuru blog seperti yang boleh anda lihat contohnya di sini, anda hanya perlu menggunakan kod HTML yang sangat mudah dan terdapat satu lagi kelebihannya iaitu, anda boleh meletakkan URL anda sendiri pada image terapung (floating image) . Tidak perlu untuk anda menggunakan javascript seperti yang disediakan oleh beberapa sites kerana javascript yang disediakan itu telah di pasang dengan backlink.


Langkah 1

Salin dan edit kod yang berwarna biru dan merah di bawah ini pada notepad. Pilih pada bahagian mana yang ingin di float.

Kod:

Bahagian atas penjuru kiri.
<div style="position: fixed; top: 0px; left: 0px;"><a href="Gantikan teks ini dengan URL blog anda">Gantikan teks ini dengan kod image atau script widget</a></div>

Bahagian atas penjuru kanan.
<div style="position: fixed; top: 0px; right: 0px;"><a href="Gantikan teks ini dengan URL blog anda">Gantikan teks ini dengan kod image atau script widget</a></div>

Bahagian bawah penjuru kiri.
<div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 0px;"><a href="Gantikan teks ini dengan URL blog anda">Gantikan teks ini dengan kod image atau script widget</a></div>

Bahagian bawah penjuru kanan.
<div style="position: fixed; bottom: 0px; right: 0px;"><a href="Gantikan teks ini dengan URL blog anda">Gantikan teks ini dengan kod image atau script widget</a></div>


Langkah 2

Bagi kod image, anda hanya perlu edit kod berwarna merah di bawah dengan memasukkan URL bagi image yang ingin di float. Salin kod yang telah siap di edit dan gantikan pada teks Gantikan teks ini dengan kod image atau script widget.(rujuk langkah 1).

 Kod image

<img src="masukkan URL image"/>

 Contoh:

<img src="http://efair.globecampus.ca/static/gmShow/WebUpload/Content/en_CA/Image/Twitter_FollowMe.png"/>

 Kod yang telah siap.

<div style="position: fixed; bottom: 0px; right: 0px;"><a href="http://larikudaku.blogspot.com"><img src="http://efair.globecampus.ca/static/gmShow/WebUpload/Content/en_CA/Image/Twitter_FollowMe.png"/></a></div>

-----------------------------------------------------------------------------------

Bagi kod widget pula, anda hanya perlu gantikan teks Gantikan teks ini dengan kod image atau script widget.(rujuk langkah 1) dengan script widget yang ingin di float.

Contoh script widget.

Widget jam.

<embed width="130" src="http://www.clocklink.com/clocks/0023-orange.swf?TimeZone=PST&amp;" wmode="transparent" height="130" type="application/x-shockwave-flash"></embed>

Kod yang telah siap

<div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 0px;"><a href="http://larikudaku.blogspot.com"><embed width="130" src="http://www.clocklink.com/clocks/0023-orange.swf?TimeZone=PST&amp;" wmode="transparent" height="130" type="application/x-shockwave-flash"></embed></a></div>



Langkah 3

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Klik pula pada HTML/Javascript. Seterusnya, salin kod yang telah siap di edit itu dan paste pada ruang Content HTML/Javascript.

Akhir sekali klik preview. Jika anda berpuas hati dengan hasilnya, klik saja Save.

Saturday, November 14, 2009

Selangkah ke alam misteri. Benda ghaib itu ada di mana-mana.



Sebut saja pasal benda ghaib ni, mesti dalam kepala otak kita terlintas tentang cerita hantu dan mistik. Gua rasa cerita hantu dan mistik ni dah memang sebati dalam masayarakat kita sendiri. Mana taknya, daripada semenjak umur belum capai akil baligh, sampailah sekarang ni, hidup kita sentiasa di momokkan dengan kisah-kisah seram yang mampu meremangkan bulu roma. Tiap-tiap minggu mesti ada cerita-cerita hantu dan mistik ni keluar TV. Kadang-kadang keluar pawagam.


Kalau dulu, cerita hantu dan mistik ni memang jarang sangat keluar TV. Jarang-jarang keluar pun, kadang-kadang seram juga. Biasanya kita dengar dari mulut orang. Kena pulak yang  tukang cerita tu, mempunyai ciri-ciri seperti seorang penglipurlara yang hebat. Cerita memang tak nak jatuh. Mesti ada adegan terbang-terbang atau bertenggek atas pokok. Itu yang kadang-kadang sampai boleh 'ngompol' atas tilam bila tidur malam. Takut punya pasal. Sanggup kena rotan daripada jumpa langsuir bertenggek dalam bilik air. Kalau nasib baik, boleh jumpa pontianak. Tu belum lagi dengar pasal cerita nenek sihir melawan peri-peri kecil dan kelinci atau cerita nenek tua banyak sakti, siapa yang kena dia yang jadi.


Mungkin kerana dah terlalu kerap propaganda tentang cerita hantu dan mistik ini dimainkan, kepala otak kita seperti telah di doktrin hingga terlalu mudah untuk percaya pada cerita-cerita tersebut yang kebanyakannya adalah mengarut. Mangsanya pula adalah budak-budak yang akan kejut mak bapak malam-malam bila nak pergi buang air. Tapi gua yakin, mesti ada juga budak-budak yang dah tua bangka pun takut nak pergi tandas malam-malam dan mesti nak ada orang teman. Alasannya takut gelap, pada hal takut ada benda pandang dari belakang. Itulah, selalu sangat tengok cerita 'Sundel Bolong'. Sekarang siapa yang susah?


Pada gua, kebanyakan dari masyarakat kita sebenarnya telah membuat satu tanggapan yang salah dan menyimpang dari maksud sebenar benda ghaib itu sendiri. Kita jadi terlupa yang benda-benda ghaib bukan hanya sekadar perkara-perkara yang berkaitan dengan hantu dan mistik yang memang sudah kita ketahui asal kewujudannya adalah daripada jin dan iblis. Dalam rukun iman yang kedua, kita wajib mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dikhabarkannya. Begitulah juga halnya dengan roh kita sendiri.


Mungkin kita juga tak sedar yang kehidupan seharian kita sebenarnya dikelilingi dengan benda ghaib. Sebagai contoh. kalau berbual, yang kita dengar hanya bunyi suara, kita tak nampak pun suara. Sama juga seperti angin dan udara yang kita sedut. Kita hanya boleh merasa, tapi kita tak boleh melihatnya. Begitu juga, angin yang keluar dari badan kita, yang biasanya mempunyai bau dan kadangkala kita boleh merasanya tetapi tidak mungkin dapat melihatnya. Lainlah kalau sampai tahap kentut berdarah.


Bayangkan pula bagaimana kalau kita boleh nampak setiap huruf yang kita send dari handphone kita. Huruf-huruf tersebut melintas depan mata kita dan kelepuk jatuh atas batang hidung orang yang terima SMS tersebut. Begitu juga dengan wireless. Kita tahu yang wireless itu adalah gelombang radio, tapi bolehkah kita nampak data-data yang kita send atau kita download itu melalui wireless? Banyak lagi sebenarnya benda ghaib yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Cuma kita saja yang mungkin tak perasan.


Sound Effect:



Orang Timur



p/s; Lagu ditujukan kepada peminat cerita hantu. Dia kata "Orang Timur, bangunlah!" Tapi sekarang dah pagi,gua nak tidur sekejap.

Mengubah saiz lebar column template classic

Kepada anda yang menggunakan template classic yang biasanya mempunyai 2 column, ukuran bagi lebar column tersebut sebenarnya boleh di ubah mengikut kehendak anda. Untuk mengubah siaz kelebarannya, anda perlu mengikut beberapa langkah dibawah.

p/s: Sila save script template terlebih dahulu sebagai backup.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada kotak Expand Widget Templates.


Langkah 2

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F. Seterusnya taipkan kod #header-wrapper { pada kotak Find. Kemudian, tekan Enter. Anda akan lihat kod yang mungkin hampir sama dengan kod yang dipaparkan di bawah.

#header-wrapper {
width:660px;
margin:0 auto 10px;

Edit angka 660px kepada 900px .


Langkah 3

Taip kod #outer-wrapper { pada kotak Find dan tekan Enter. Anda akan lihat kod yang mungkin hampir sama dengan kod yang dipaparkan di bawah.

#outer-wrapper {
  width: 660px;
  margin:0 auto;

Edit angka 660px kepada 900px.


Langkah 4

Taip kod #main-wrapper { pada kotak Find dan tekan Enter. Anda akan lihat kod yang mungkin hampir sama dengan kod yang dipaparkan di bawah.

#main-wrapper {
  width: 410px;
  float: $startSide;
  word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
  overflow: hidden;     /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
  }

Edit pada angka 410px kepada 660px.


Langkah 5

Taip kod #sidebar-wrapper { pada kotak Find dan tekan Enter. Anda akan lihat kod yang mungkin hampir sama dengan kod yang dipaparkan di bawah.

#sidebar-wrapper {
  width: 220px;
  float: $endSide;
  word-wrap: break-word; /* fix for long text breaking sidebar float in IE */
  overflow: hidden;      /* fix for long non-text content breaking IE sidebar float */
}

pada angka 220px kepada 230px.


Langkah 6

Akhir sekali klik preview. Jika tiada mesej error yang terpapar dan anda berpuas hati dengan hasil yang telah di edit itu. Klik Save

Wednesday, November 11, 2009

Golongan blogger yang tidak beretika..2


Kata-kata indah dari gua untuk lu

Fokus gua kali ini di tujukan khas kepada blogger-blogger yang desperado, menggunakannya sesuatu yang kontroversi dan mengaibkan sebagai platform untuk menarik visitor. Cara yang gua yakin ianya langsung tidak beretika dan bermaruah.

Gua kadang-kadang pelik, geli dan rasa mual-mual macam nak muntah pun ada, tapi ku tahan Jebat, dengan perangai segelintir blogger yang manggunakan sesuatu yang kontroversi semata-mata untuk menarik ramai visitor masuk ke blog mereka. Gua tak nafikan, cara tersebut sememangnya sangat berkesan. Bukan gua nak cemburu buta. Jauh sekali gua nak membabi buta. Itu hak lu orang. Lu punya blog. Tapi apa yang menjadikan ianya sesuatu yang cukup menjengkelkan bagi gua adalah, lu menggunakan image-image yang panas dan hot-hot belaka untuk dipostkan dalam blog lu sendiri. Memaparkan image yang pada gua dah lebih dari kategori 18SX. Biasanya gambar-gambar artis yang kontroversi menjadi mangsa nafsu serakah golongan ini.

Lu sememangnya bukanlah seorang wartawan hiburan yang sibuk-sibuk nak terjah masalah peribadi atau bercerita tentang hikayat sisi gelap kehidupan seseorang artis dengan menulis dan memaparkan image-image yang 18SX itu. Lu hanyalah seorang blogger dan perlu mengikut etika seorang blogger.

Lu boleh cakap, jangan ikut macam artis-arist tersebut, tak baik, tak bermoral dan macam-macam lagi. Mesti ikut macam perangai lu. Bersopan santun dan sentiasa menjaga maruah. Lu boleh selitkan menggunakan font yang besar-besar pada entri tu, yang lu sebenarnya nak beri pengajaran dan pedoman kepada readers blog lu supaya tak buat macam artis tu. Tapi pada hakikatnya, lu sebenarnya lebih jauh tak bermoral dari artis-artis yang lu ceritakan itu. Lu nak suruh readers lu ambil pengajaran, tapi pengajaran apa sebenarnya yang lu cuba nak sampaikan. Makin tambah mengaibkan adalah. Tu belum lagi bab lu tumpang sekaki kutuk dan maki hamun pada ruang komen blog lu. Yang gua boleh cakap..”Pengajaran kepala hotak lu”.

Kalau lu betul-betul dah kemaruk sangat nak tulis, tak payahlah letakkan image-image yang mengaibkan tu. Sekurang-kurangnya, tak lah nampak blog lu negatif sangat. Pada gua, kalau lu dah terdesak sangat nak buat entri yang hot-hot, baik lu gunakan gambar lu sendiri, tayang besar-besar kat blog lu, janganlah nak menambahkan aib orang lain pulak.

Apa pula yang lu rasa kalau tiba-tiba lu terperasan yang image-image lu yang hot-hot atau yang telah di super imposekan itu terpampang dalam blog gua. Lepas tu gua tulis besar-besar. Gua tulis “ p/s: Entri ini bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang, tetapi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman kepada kita semua” Amacam??


p/s: Ada yang tak setuju dangan gua? Gua apa ada hal. Korek idung aje.

Download Ikon percuma (free icon) untuk hiasan blog


Bagi anda yang suka dan gemar untuk meletak atau menghias blog anda dengan pelbagai ikon,di sini, saya  menyenaraikan site-site yang menyediakan perkhidmatan tersebut.Ikon-ikon tersebut boleh di muat turun secara percuma dan mudah.

Anda hanya perlu memilih ikon yang dirasakan menarik, dan muat turunya ke dalam hard drive atau hosting sebeblum di uploadkan ke dalam blog.

webappers.com

icondrawer.com

marcelomarfil.deviantart.com

stinky9.deviantart.com

lecoupdulapin.deviantart.com

itweek.deviantart.com

vistaicons.com

zeusboxstudio.com

freeiconsweb.com

jwloh.deviantart.com

Tuesday, November 10, 2009

Bina tulisan berstail web 2.0 secara online.






web2.0stylr.com adalah satu site yang menyediakan perkhidmatan untuk anda membina tulisan yang berstail web 2.0 secara online. Tulisan ini sesuai untuk dijadikan banner blog.Contoh tulisan tersebut boleh anda lihat pada image yang dipaparkan di atas.

Ia sangat mudah untuk di bina kerana tools yang di sediakan oleh site tersebut adalah ringkas. Anda boleh memilih jenis font dan juga warna yang dirasakan sesuai mengikut citarasa sendiri.

Setelah selesai, anda boleh simpan image yang telah siap itu di hard drive atau hosting sebelum di uploadkan ke dalam blog.

Keroncongkan hidup anda..


Pengenalan

Apa sinonimnya muzik keroncong dengan diri gua. Langsung tak sinonim. Apa halnya pulak seorang kutu Rock tiba-tiba boleh layan muzik keroncong. Apa kejadahnya ini semua. Kenapa tiba-tiba boleh tergerak pulak gua nak post entri khas tribute pasal muzik keroncong ni.

Memang tak dinafikan, yang gua dah jatuh cinta dengan muzik keroncong. Mungkin sebab gua dah ketagih layan Best104 malam-malam. Ni, kalau Sultan Johor tau, mesti beliau bangga dengan gua. Agaknya, inilah penangan muzik keroncong yang dahulunya haram gua tak layan langsung dan gua selalu perli bapak gua bila dia layan lagu keroncong. Kekampungan gua cakap. Tak urban langsung. Zaman dah berubah. Hidup mesti Rock bro.

Pada gua, irama dan lagu keroncong sememangnya begitu syahdu dan mengasyikkan. Sesuai dilayan ketika nak tidur. Cukup-cukuplah dengan muzik rock yang bingit lagi membingitkan. Apa ada pada Rock ?

Apa itu seni muzik keroncong.

Seni muzik keroncong mula diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 apabila ramai pekerja buruh dari Indonesia terutama dari Pulau Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa berhijrah ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Penduduk dari Jawa, tidak ketinggalan juga membawa bersama kesenian mereka termasuk seni muzik gamelan, keroncong, muzik untuk wayang kulit, kuda kepang, barongan, hamdulok, katoperak, silat dan sebagainya.

Kawasan-kawasan yang banyak terdapat kegiatan muzik keroncong adalah di tempat-tempat di mana terdapat ramai orang Jawa dan keturunannya seperti di negeri Johor, di pantai barat negeri Selangor dan Perak. Pada mulanya lagu-lagu keroncong yang dimainkan oleh orang tempatan adalah lagu-lagu yang berasal dari Indonesia. Akan tetapi lama-kelamaan, selepas Perang Dunia Kedua, ada pencipta lagu tempatan yang mencipta lagu-lagu keroncong bercorak Melayu seperti Zubir Said, Ahmad Jaafar, P. Ramlee, Mohd. Wan Yet, Johar Bahar, Sudar Mohammad, Zainal Ibrahim dan pada akhir-akhir ini Mahzan Manan dan Ariff Ahmad. Di Indonesia terdapat ramai pencipta lagu keroncong yang ternama antaranya Ismail Marzuki, Gesang R. Maladi, Oey Yok Siang, R. Sutedjo, Arimah, Budiman B. J., S. Padimin, L. Hidayat, S. Poniman, Teruma Hadi, Iskandar dan Mochtar Embut dan pada masa sekarang Soeharto A. H., Riyanto dan ramai lagi.

Sumber: pkukmweb.ukm.my

Lagu Untukmu.




Bengawan solo.





Di bawah sinar bulan purnama.


p/s; Layan bukan, lagu keroncong di atas? Haha.

Monday, November 9, 2009

Cara pasang Scroll Box pada blog







Scroll box seperti yang boleh anda lihat pada contoh yang di paparkan di atas sangat berguna jika anda ingin menjimatkan penggunaan ruang pada blog terutamanya pada bahagian side bar. Banyak benda yang boleh kita masukkan pada scroll box seperti, teks, link, image dan widget. Blog kita sendiri pun boleh dimasukkan pada scroll box.

Untuk membina scroll box seperti yang dipaparkan pada contoh di atas, sila ikut beberapa langkah yang di tunjukkan di bawah.

Langkah 1

Teks dan URL

p/s: Salin dan pastekan kod di bawah pada notepad terlebih dahulu.

Anda boleh edit kod yang di bold dengan warna biru mengikut kesesuaian blog anda.Gantikan kod-kod yang berwarna merah dengan URL dan tajuk yang berkaitan.

<div style="border: 1px solid; color: #cccccc; height: 100px; overflow: auto; padding: 15px; width: 200px;">
<a href="http://masukkan url tajuk 1">Tajuk 1</a>
<a href="http://masukkan url tajuk 2">Tajuk 2</a>
<a href="http://masukkan url tajuk 3">Tajuk 3</a>
<a href="http://masukkan url tajuk 4">Tajuk 4</a>
<a href="http://masukkan url tajuk 5">Tajuk 5</a>
<a href="http://masukkan url tajuk 6">Tajuk 6</a>
</div>


Image dan URL

p/s: Salin dan pastekan kod di bawah pada notepad terlebih dahulu.

Anda boleh edit kod yang di bold dengan warna biru mengikut kesesuaian blog anda.Gantikan kod-kod yang berwarna merah dengan URL anda dan kod yang berwarna hijau dengan URL bagi  image yang hendak di paparkan.

<div style="border: 1px solid; color: #cccccc; height: 100px; overflow: auto; padding: 15px; width: 200px;">
<a href="http://masukkan url anda"><img src="http://masukkan URL iamge 1"></a>
<a href="http://masukkan url anda"><img src="http://masukkan URL iamge 2"></a>
<a href="http://masukkan url anda"><img src="http://masukkan URL iamge 3"></a>
<a href="http://masukkan url anda"><img src="http://masukkan URL iamge 4"></a>
<a href="http://masukkan url anda"><img src="http://masukkan URL iamge 5"></a>
<a href="http://masukkan url anda"><img src="http://masukkan URL iamge 6"></a>
</div>


Widget

Contoh: Widget top commentators

p/s: Salin dan pastekan kod di bawah pada notepad terlebih dahulu.

Anda boleh edit kod yang di bold dengan warna biru mengikut kesesuaian blog anda.Script untuk widget top commentators berwarna merah. Gantikan kod yang berwarna merah dengan script widget yang ingin anda paparkan.

<div style="border: 1px solid; color: #cccccc; height: 100px; overflow: auto; padding: 15px; width: 200px;">
<script type="text/javascript">
function pipeCallback(obj) {
document.write('<ol>');
var i;
for (i = 0; i < obj.count ; i++)
{
var href = "'" + obj.value.items[i].link + "'";
if(obj.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + obj.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href=" + href + ">" + obj.value.items[i].title + "</a> </li>";
document.write(item);
}
document.write('</ol>');
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?_render=json&_callback=pipeCallback&_id=7b5e76fd684f11e94320abd4e00fbbca&url=http%3A%2F%2Fmaribinablog.blogspot.com&num=15&filter=nescafe ais" type="text/javascript"></script>
</div>


Langkah 2

Log in blog => Dashboard => layout => Add A Gadget. Seterusnya, klik HTML/Javascript. Salin kod yang telah siap di edit (rujulk langkah 1) dan paste pada ruangan content HTML/Javascript.

Akhir sekali, klik save.

Memasang status online dan offline Yahoo Messenger !


Pada anda yang masih belum tahu bagaimana untuk memasang widget status online offline Yahoo Messenger, anda bolehlah mencubanya dengan mengikut beberapa langkah di bawah.

Langkah 1

Salin kod dibawah dan paste terlebih dahulu pada notepad. Seterusnya edit pada kedua-dua perkataan nescafeaissatu yang di boldkan dengan ID Yahoo Messenger anda. Anda boleh memilih ikon status yang tersenarai dibawah dengan menggantikan angka 2 yang di bold kepada angka ikon pilihan.

Kod:

<a href="http://messenger.yahoo.com/edit/send/?.target=nescafeaissatu">
<img src="http://opi.yahoo.com/yahooonline/u=nescafeaissatu/m=g/t=2/l=us/opi.jpg" border="0" alt="Status YM" /></a>


Ikon:





Status YM

1


Status YM

2


Status YM

3


Status YM

4


Status YM
5

Status YM

6


Status YM

7


Status YM

8


Status YM

9


Status YM

10


Status YM

11


Status YM

12


Status YM

13


Status YM

14

Status YM

15


Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Add A Gadget. Klik pada HTML/Javascript. Salin kod yang telah siap di edit (rujuk langkah 1) dan paste pada ruang content HTML/Javascript.

Akhir sekali, klik save.

 Anda juga boleh mendapatkannya di site Ymgen.com

Sunday, November 8, 2009

Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Last part of the trilogy


Sila baca entri Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 1 dan Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 2 dan sebelum anda membaca entri pada post ini.

Blog walking.

Mukadimah

Walaupun kita dah memaparkan blog kita untuk tatapan umum, akan tetapi, tiada siapa pun yang nak peduli dengan kewujudan blog kita. Kesannya sangat dirasai oleh blogger yang baru nak merangkak-rangkak macam gua.  Nak harap orang search blog kita guna google search, ianya suatu  kaedah yang tak berkesan. Lainlah kalau kita ni handal dengan  ilmu SEO yang penuh di dada. Pejam mata pun boleh nampak keyword.

Iklankan blog pada semua blog directory pun masih juga kurang berkesan. Gua rasa, iklankan blog kita stail macam Ah Long tampal iklan dekat bus stop atau tandas awam mungkin berkesan. Kalau Ah Long boleh buat, kita pun boleh buat juga. Apa ada hal. Tapi cara ni untuk mereka yang betul-betul dah terdesak sangat.

Kaedah yang terbaik sekali untuk memperkenalkan blog kita pada orang lain ialah dengan cara Blog Walking. Gua sebenarnya dah pernah postkan entri pasal Blog Walking. Tapi tidak mengapa, dengarlah sekali lagi cerita dongeng dari gua pasal Blog Walking.

Macam-macam cara untuk buat blog walking. Sama ada dengan cara I follow U follow, meninggalkan komen pada post, meninggalkan pesanan pada kotak Shout Box atau terus meninggalkan blog tersebut tanpa apa-apa pesanan dari pihak penaja.

Blog Walking yang paling berkesan sekali ialah dengan cara meninggalkan pesanan pada kotak Shout Box dengan seberapa kerap dan seberapa banyak. Cara yang sangat mudah dan efisyen. Kita hanya perlu mencari seberapa banyak URL blog sebagai sasaran. Dan sasarannya juga terdapat pada kotak Shout Bot tersebut. Nak lagi mudah, kita cari sasaran di blog-blog yang mempunyai ramai visitor dan yang paling penting, mempunyai kotak Shout Box.


Tips meninggalkan pesanan pada Shout Box.

Ayat biasa yang kita lihat pada Shout Box ialah:

~ Salam ziarah/singgah
~ Blog Walking/Cycling/Jogging
~ Jalan-jalan /lari-lari/ lompat-lompat
~ Klik-klik Nuffnang/ Klik-klik dapat duit/ Klik-klik bayar cukai tanah

Ayat yang tersenarai diatas sebenarnya sudah biasa sangat kita gunakan dan kebarangkalian untuk ayat tersebut menarik perhatian tuan blog ataupun visitor nya adalah rendah.


Contoh ayat yang disarankan untuk tulis pada Shout Box :

~ Salam..Apa khabar hari ni, sihat ?
~ Salam singgah..Jemputlah ziarah blog kalau ada masa.
~ Salam.. Gua  lepak-lepak disini sebentar. Nescafe ais tak mau ais satu!

Contoh ayat yang tersenarai di tas adalah beberapa contoh ayat yang mampu menarik perhatian tuan blog dan juga visitor nya.


Ayat luar biasa yang jarang di lihat :

~ Salam…Apa hal blog ni banyak lipas, datang blog gua ambil Shieldtox.
~ Salam.. Jom masuk blog gua, gua tak kira, lu mesti masuk jugak. Kalau tidak...
~ Salam…Hai Cik adik manis..Dah kawin ker belum ??? Wekkkk….

Contoh ayat di atas sangat-sangat tidak digalakkan untuk digunakan, tetapi ianya terbukti mampu untuk menarik perhatian tuan blog dan visitor nya dengan berkesan. Cara ini juga mampu untuk menghangatkan dan memeriahkan suasana.

Friday, November 6, 2009

Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 2



Sila baca entri Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 1 sebelum anda membaca entri pada post ini.

Entri dan post

Mukadimah.

Jatuh bangun atau tunggang terbaliknya sesebuah blog sangat-sangat bergantung pada hasil karya ataupun tulisan yang kita paparkan pada blog kita sendiri. Macam-macam gaya atau kaedah penulisan yang dapat kita lihat kalau kita jenis yang suka berkunjung ke blog orang lain. Daripada gaya penulisan saja sebenarnya kita dah boleh membuat andaian yang blog tersebut sememangnya bagus, bagus betull !! dan juga, perasan bagus macam gua dan lu orang juga.

Tak ada siapa pun yang nak menilai ataupun memberi markah per seratus kepada hasil karya kita yang terpelihara itu kecuali diri kita sendiri. Tak payahlah letak poll atau rating-rating yang meminta readers menilainya kerana pada gua, hasilnya nanti amat mendukacitakan dan boleh menyebabkan kita jatuh gering di kemudian hari.

Kita sendiri dapat menilainya dengan jumlah kehadiran traffic ke blog kita. Kalau tarafficnya macam kuyu dan slow rock, padahal posts dah beratus-ratus kita tulis, itu mungkin salah satu petanda kita telah di jangkiti sindrom perasan bagus sama macam gua. Kena cepat berubah dan berubat. Penyelesaiannya, tukar sahaja gaya penulisan. Selagi kita rasa kita tak melanggar etika sebagai seorang blogger yang berhemah,kita tulislah ikut suka. Apa ada hal. Sebabnya, jawapan keramat yang masih tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapa sahaja apabila mempersoalkan tentang gaya penulisan sesebuah blog ialah berbunyi “ ini blog saya, suka hati saya nak tulis apa, kalau berbulu telinga dengan tulisan saya, silalah… .bla…bla…bla… … …… ………… …… ……… … …… …… ….ada lagi, semalam saya naik hangin sampai tak makan nasik dua pinggan… … bla..bla…."


Hasilkan hanya entri yang terbaik.

Sebaik-baiknya hasil karya dan tulisan adalah yang asli dan yang segar dari ladang. Pada gua, readers suka sesuatu yang entri yang santai tetapi bukan lentok dan juga diselitkan dengan sesuatu yang berinformasi. Kurangkan menulis tentang hikayat peribadi semata-mata, sebaliknya diselitkan dengan info yang kita rasa sesuai dengan topik untuk di kongsi bersama readers. Tetapi jika kita seorang yang sukakan cabaran dan tidak takut dilambung ombak, maka bolehlah kita menulis sesuatu yang kontroversi.

Yang paling penting sekali, jangan terlalu serius pada entri yang kita rasakan tidak akan menyebabkan readers seakan mengalami sembelit dan bermuka ketat atau bermuka-muka ketika membacanya.

Publish post pada waktu puncak sahaja.

Mungkin ramai yang tidak tahu ataupun perasan, sebenarnya ada masa - masa yang terbaik untuk kita publish tulisan untuk paparan readers. Masa yang terbaik dan sesuai untuk di publish ialah antara jam 9.00am hingga 10.00am, 11.00am hingga 12.00pm dan 8.00pm hingga 9.00pm. Pada masa-masa tersebut, jumlah traffic akan bertambah. Tetapi cara ini kurang sesuai digunakan ketika hari cuti sebab readers ramai yang pergi makan angin.

Publish, publish dan terus publish.

Kalau boleh, cuba hasilkan seberapa banyak entri untuk di publish. Entri yang paling mudah untuk di tulis sebenarnya adalah entri yang berkonsep perkongsian info. Semakin kita kerap menulis dan publish tulisan kita, kebarangkalian untuk bertambahnya jumlah trafik adalah sangat tinggi. Tetapi cara ini sangat berkesan jika bilangan followers sudah mencecah ke angka 50 ataupun terdapat blog-blog yang sudi menyenaraikan blog kita pada blog list mereka.


p/s: Entri akan bersambung.Panjang sangat kalau nak tulis pada satu post.Tunggu yang Part 3 pulak.

Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 1


Gua sebenarnya tak nak cerita  macam mana cara gua tarik visitor sebab gua rasa blog gua ni pun baru lagi dan semakin hari ianya semakin terkeluar daripada landasan. Landasan keretapi atau kapal terbang, itu gua tak pasti. Tapi oleh kerana gua menerima desakan, ugutan dan surat layang dari beberapa orang readers yang dah 3 ke 4 kali send e-mail minta gua buka pekung di dada macam mana gua boleh dapat traffic dan follower dengan cepat, akhirnya gua buka juga rahsianya. "Tapi ingat, ini rahsia jangan kasi tau lain orang aaa.."
 
Gua juga bermula macam blogger yang lain. Pernah guna macam-macam template yang ntah apa-apa ntah. Siapa yang follow blog ni dari mula, mesti perasan. Kalau nak sebut pasal visitor pula, jumlah yang tak sampai 10 orang untuk sehari bila gua baru mula blog ini. Masuk dua bulan, gua hanya mampu tarik visitor yang tak sampai 30 orang sehari, tu pun tak  tetap sebab masa tu gua belum tahu lagi bagaimana skill nak cari visitor. Macam-macam teori yang telah gua praktikkan tapi kebanyakkannya tidak membuahkan sebarang hasil, sebaliknya mati begitu sahaja walaupun gua letak baja tiap-tiap hari. Banyak teori atau tips yang diberikan terlalu bergantung pada SEO semata-mata. Pada gua, SEO ni banyak memberi keutamaan pada blog yang lama dan juga kepada otai-otai blogger yang mahir dengan macam-macam skill SEO. Gua baru kelas Beginner.

Pada entri ini, gua nak kongsi pandangan tentang penggunaan layout dan penggunaan widget sahaja sebab gua merasakan ianya adalah perkara asas yang perlu di ambil perhatian kerana ianya  membantu dari segi peningkatan jumlah visitor ke blog kita. Kena lakukan transformasi ( bukan bantai tengok cerita Transformers) pada layout jika kita merasakan yang layout kita nampak suram dan kurang menarik. Bunyinya macam remeh, tetapi pada gua, benda inilah yang telah membantu gua dan kini ianya telah berbuah walaupun pokoknya masih rendang.

Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan blog, mungkin anda boleh mencuba tips yang gua tulis di bawah. Mana tau, mujarab.

Pemilihan Layout

Layout sangat penting sebenarnya jika kita ingin menarik visitor untuk singgah di blog kita. Layout yang mesra kepada visitor adalah sebab utama kenapa sesebuah blog itu dapat menarik visitor dengan ramai. Bak kata orang-orang England "first impression". Sebaik-baiknya, gunakan layout yang ringkas tetapi nampak macam profesional walaupun tak profesional pun dan bermotifkan warna putih ataupun cerah. Mesti ada yang cakap, "ala, saya ada jumpa blog yang background hitam kegelapan dan tak menarik, tapi ramai jer visitor". Ya, memang ada, tetapi kebanyakkannya tak ramai. Penggunaan layout dari Pyzam, scrappinblogs dan cutestblogontheblock sangat tidak di galakkan untuk anda menggunakannya. Memang layout tersebut nampak simple, cute dan menarik tetapi ianya membebankan dari segi page loading.

Jangan biarkan layout terlalu panjang sehingga sukar untuk di scroll disebabkan terlalu banyak post pada muka depan. Ia hanya menyusahkan visitor sahaja. Gunakanlah fungsi Read More jika perlu. Seelok-eloknya, cari template yang sudah siap dengan fungsi auto read more. Dua site terbaik, yang menyediakan layout yang menarik adalah di Btemplates.com dan juga Bietemplates.com

Penggunaan Widget 

Gunakan widget yang membantu terutamanya widget followers, top posts, recent post, top commentators dan recent comment. Widget-widget ini sebenarnya sangat-sangat berguna dan wajib digunakan. Widget yang terbaik, adalah widget yang mampu untuk menyesatkan visitor apabila mereka menjelajah blog kita. Widget ini akan menyebabkan visitor hanya berpusing-pusing pada post-post di blog dan ia akan membantu untuk meningkatkan dengan ketara view pages blog kita. Kurangkan penggunaan link yang akan menyebabkan visitor keluar begitu sahaja dari blog kita. Ia sebenarnya amat merugikan.

Kurangkan juga penggunaan widget- widget hiasan yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada kedua-dua belah pihak dan yang boleh menyebabkan visitor terkeluar dari blog. Banyak kalau nak di senaraikan. Pada gua, widget seperti Live Traffic Feed,  Ip viewer langsung tidak membantu dan langsung masuk penjara. Jika anda seorang pengguna widget visitor counter dari 99 counters dan widgeo, sedarkah yang anda sebenarnya telah ditipu oleh widget tersebut dengan tujuan, tidak lain hanyalah untuk mengembirakan anda. Widget ini sebenarnya tidak masuk akal untuk digunakan kerana statistik yang dipaparkan tidak betul dan ia juga menumpang untuk Pop-up di blog anda. Jika tak percaya, sila refresh page bagi blog yang menggunakan widget counter tersebut. Bilangan visitor akan meningkat setiap kali jika anda melakukan refresh pada page tersebut. Conuter traffic yang terbaik adalah dari Histats.com dan whos.amung.us kerana widget ini akan memaparkan jumlah trafik dengan betul.

Jika anda ada tips atau pandangan tentang pemilihan layout dan penggunaan widget, jangan malu-malu kambing untuk dikongsi bersama readers di entri ini. Mungkin ianya dapat membantu dan memberi manfaat kita semua.

p/s:
1.Tips seterusnya gua sambung esok pulak. Harap bersabar. Mata gua dah pedih-pedih ni. Nak kena tido dulu. Tunggu yang Part 2.
2. Harap gua dapat ilham nak tulis apa pulak esok dari mimpi gua. Kalau tak parah gua esok tak tau nak tulis apa. Haha.
3. Gua harap, gua dapat goreng tajuk ni sampai part 124.