• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Wednesday, November 11, 2009

Golongan blogger yang tidak beretika..2


Kata-kata indah dari gua untuk lu

Fokus gua kali ini di tujukan khas kepada blogger-blogger yang desperado, menggunakannya sesuatu yang kontroversi dan mengaibkan sebagai platform untuk menarik visitor. Cara yang gua yakin ianya langsung tidak beretika dan bermaruah.

Gua kadang-kadang pelik, geli dan rasa mual-mual macam nak muntah pun ada, tapi ku tahan Jebat, dengan perangai segelintir blogger yang manggunakan sesuatu yang kontroversi semata-mata untuk menarik ramai visitor masuk ke blog mereka. Gua tak nafikan, cara tersebut sememangnya sangat berkesan. Bukan gua nak cemburu buta. Jauh sekali gua nak membabi buta. Itu hak lu orang. Lu punya blog. Tapi apa yang menjadikan ianya sesuatu yang cukup menjengkelkan bagi gua adalah, lu menggunakan image-image yang panas dan hot-hot belaka untuk dipostkan dalam blog lu sendiri. Memaparkan image yang pada gua dah lebih dari kategori 18SX. Biasanya gambar-gambar artis yang kontroversi menjadi mangsa nafsu serakah golongan ini.

Lu sememangnya bukanlah seorang wartawan hiburan yang sibuk-sibuk nak terjah masalah peribadi atau bercerita tentang hikayat sisi gelap kehidupan seseorang artis dengan menulis dan memaparkan image-image yang 18SX itu. Lu hanyalah seorang blogger dan perlu mengikut etika seorang blogger.

Lu boleh cakap, jangan ikut macam artis-arist tersebut, tak baik, tak bermoral dan macam-macam lagi. Mesti ikut macam perangai lu. Bersopan santun dan sentiasa menjaga maruah. Lu boleh selitkan menggunakan font yang besar-besar pada entri tu, yang lu sebenarnya nak beri pengajaran dan pedoman kepada readers blog lu supaya tak buat macam artis tu. Tapi pada hakikatnya, lu sebenarnya lebih jauh tak bermoral dari artis-artis yang lu ceritakan itu. Lu nak suruh readers lu ambil pengajaran, tapi pengajaran apa sebenarnya yang lu cuba nak sampaikan. Makin tambah mengaibkan adalah. Tu belum lagi bab lu tumpang sekaki kutuk dan maki hamun pada ruang komen blog lu. Yang gua boleh cakap..”Pengajaran kepala hotak lu”.

Kalau lu betul-betul dah kemaruk sangat nak tulis, tak payahlah letakkan image-image yang mengaibkan tu. Sekurang-kurangnya, tak lah nampak blog lu negatif sangat. Pada gua, kalau lu dah terdesak sangat nak buat entri yang hot-hot, baik lu gunakan gambar lu sendiri, tayang besar-besar kat blog lu, janganlah nak menambahkan aib orang lain pulak.

Apa pula yang lu rasa kalau tiba-tiba lu terperasan yang image-image lu yang hot-hot atau yang telah di super imposekan itu terpampang dalam blog gua. Lepas tu gua tulis besar-besar. Gua tulis “ p/s: Entri ini bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang, tetapi untuk dijadikan pengajaran dan pedoman kepada kita semua” Amacam??


p/s: Ada yang tak setuju dangan gua? Gua apa ada hal. Korek idung aje.

25 comments:

  1. aku prnh "singgah" kat blog yg ko mention dlm post neh.

    betul la tu apa yg ko kupas...agak desperado sambil posing baik siap letak nasihat. kelakar seh!

    ReplyDelete
  2. betul sekali..tepat...duit yg dpt melalui cara tu halal ke tak..Wallahu'alam

    ReplyDelete
  3. BetOl! Xptot letak gmbao2 xsenonoh and uat entry panas semate-mate mao trik visitor
    Uat tercemar blog sndrik.

    ReplyDelete
  4. blambak blog cmtu skng.. terutama blog gosip ngn blog gmbr pmpn seksi.. konon ambik sbg pengajaran pdhl sebenarnye diri sendiri x terajar.. duk bukak aib org sana sini.. tp ade diorg kesah? jnji duit masyuk..

    ReplyDelete
  5. gua pun apa ada hal. gua maki dalam hati je. kalau rajin sikit gua tekan flag. kalau rajin banyak gua hanta komen carut2. amacam?

    ReplyDelete
  6. blog mana tu
    gua nak nengok gak bleh?

    ReplyDelete
  7. huhuhu mcm2 lah skang niieh..
    hope2 sy x terjebak mcm tuh..wahh takuttt..ingat kat pesan mak ayah kt kmpung..huhuhuuh

    ReplyDelete
  8. cara nie memang x wajar digunakan untuk menarik pelawat ke blog kite.. kite gunakan imej orang laen untuk kepentingan diri sendiri.. buat menambahkan dosa je..

    ReplyDelete
  9. cara nie memang x wajar digunakan untuk menarik pelawat ke blog kite.. kite gunakan imej orang laen untuk kepentingan diri sendiri.. buat menambahkan dosa je..

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  10. Blog sy bersih & suci... Ehee... :)

    ReplyDelete
  11. tak pernah tgk lagi blog gini. yg taruk gmbr biasa2 tu ada la. tapi kalau buat n3 khas nak kutuk artis, baik tak payah berblog. macam xde story lain nak cerita selain nak aibkan sesama manusia.

    kot blogger ni lupa artis tu pun manusia, punya hati dan perasaan.

    ReplyDelete
  12. Blog aku rasanya ok kut. hehe..betul2, setuju ngan entri ini.

    ReplyDelete
  13. aku pun pernah lawat blog macamni.. macam2 yang diaorang ade... aku pun heran macamane diaorang boleh dapat maklumat.. kalah papakaki ape paparazzi.. lebih kurang le...

    ReplyDelete
  14. salam bro.. aku tak jumpa lagi blog yg lu maksudkan tu..

    tp itu memang cara agak murah la untuk menambahkan readers.. *geleng kepala*

    ReplyDelete
  15. sekali kita mengaibkan org. berkali kali org mengaibkan kita. pk2 n renung2kan.
    ( bagus tul r pemikiran mr nes kite ni erk. dahlah pembela wanita. x suka cite2 aib ni. untung r pmpn tu. hehehehehe..... hai...( mengeluh ni)melepaslah pula.... uhukkkk

    ReplyDelete
  16. btol2 tuh..
    xptot jge tepi kain org..
    pdahal kain sndri koyak gabak..
    haih..tu la cth bg pngajaran
    songsang..

    ReplyDelete
  17. To CharMiea:

    ~ Ish,ish,ish..Tak elok lu buat macam tu. Nak kena rotan? Haha

    To mayalistriks:

    ~ Minta maaf. Terpaksa di rahsiakan. Cukup sekadar makluman.

    To Fyzal:

    ~ Kalau rajin blog walking, mesti jumpa. Haha.

    ReplyDelete
  18. blog akak blog jual perfume je, blog info kat dlm blog sama jugak tp klik link kat blog tu lah ye..info yg sgt berguna...hehe

    ReplyDelete
  19. ahaha...btol juga ape ko ckp ne..sentap..haha

    ReplyDelete
  20. setuju2....n3 yg mcm 2 just nk menarik org2 yg sewktu dgn nyer jew....klu bleh block n3 yg mcm 2 kn best..hu3

    ReplyDelete
  21. hmm, sgt stuju.. terlalu byk blog mcm tuh skrg... isu yg sengaja di reka2 pun ada ..

    ReplyDelete
  22. blog mana la tu. nak tgk jugak. hihi.

    ReplyDelete
  23. gagaggaga same ngan Eldy nye entry weh..
    tjmpe post ni kat google td
    aku dlu pena wat cmtu..tp skali due je r..tu pon time mmule join GB terlampau inginkan trafik, jadik r sewel cmtu
    skang da insaf..syukur ada steady readers

    Misteri malam pertama bersunat

    ReplyDelete