Gua sebenarnya tak nak cerita macam mana cara gua tarik visitor sebab gua rasa blog gua ni pun baru lagi dan semakin hari ianya semakin terkeluar daripada landasan. Landasan keretapi atau kapal terbang, itu gua tak pasti. Tapi oleh kerana gua menerima desakan, ugutan dan surat layang dari beberapa orang readers yang dah 3 ke 4 kali send e-mail minta gua buka pekung di dada macam mana gua boleh dapat traffic dan follower dengan cepat, akhirnya gua buka juga rahsianya. "Tapi ingat, ini rahsia jangan kasi tau lain orang aaa.."
Gua juga bermula macam blogger yang lain. Pernah guna macam-macam template yang ntah apa-apa ntah. Siapa yang follow blog ni dari mula, mesti perasan. Kalau nak sebut pasal visitor pula, jumlah yang tak sampai 10 orang untuk sehari bila gua baru mula blog ini. Masuk dua bulan, gua hanya mampu tarik visitor yang tak sampai 30 orang sehari, tu pun tak tetap sebab masa tu gua belum tahu lagi bagaimana skill nak cari visitor. Macam-macam teori yang telah gua praktikkan tapi kebanyakkannya tidak membuahkan sebarang hasil, sebaliknya mati begitu sahaja walaupun gua letak baja tiap-tiap hari. Banyak teori atau tips yang diberikan terlalu bergantung pada SEO semata-mata. Pada gua, SEO ni banyak memberi keutamaan pada blog yang lama dan juga kepada otai-otai blogger yang mahir dengan macam-macam skill SEO. Gua baru kelas Beginner.
Pada entri ini, gua nak kongsi pandangan tentang penggunaan layout dan penggunaan widget sahaja sebab gua merasakan ianya adalah perkara asas yang perlu di ambil perhatian kerana ianya membantu dari segi peningkatan jumlah visitor ke blog kita. Kena lakukan transformasi ( bukan bantai tengok cerita Transformers) pada layout jika kita merasakan yang layout kita nampak suram dan kurang menarik. Bunyinya macam remeh, tetapi pada gua, benda inilah yang telah membantu gua dan kini ianya telah berbuah walaupun pokoknya masih rendang.
Jika anda seorang yang baru berjinak-jinak dengan blog, mungkin anda boleh mencuba tips yang gua tulis di bawah. Mana tau, mujarab.
Pemilihan Layout
Layout sangat penting sebenarnya jika kita ingin menarik visitor untuk singgah di blog kita. Layout yang mesra kepada visitor adalah sebab utama kenapa sesebuah blog itu dapat menarik visitor dengan ramai. Bak kata orang-orang England "first impression". Sebaik-baiknya, gunakan layout yang ringkas tetapi nampak macam profesional walaupun tak profesional pun dan bermotifkan warna putih ataupun cerah. Mesti ada yang cakap, "ala, saya ada jumpa blog yang background hitam kegelapan dan tak menarik, tapi ramai jer visitor". Ya, memang ada, tetapi kebanyakkannya tak ramai. Penggunaan layout dari Pyzam, scrappinblogs dan cutestblogontheblock sangat tidak di galakkan untuk anda menggunakannya. Memang layout tersebut nampak simple, cute dan menarik tetapi ianya membebankan dari segi page loading.
Jangan biarkan layout terlalu panjang sehingga sukar untuk di scroll disebabkan terlalu banyak post pada muka depan. Ia hanya menyusahkan visitor sahaja. Gunakanlah fungsi Read More jika perlu. Seelok-eloknya, cari template yang sudah siap dengan fungsi auto read more. Dua site terbaik, yang menyediakan layout yang menarik adalah di Btemplates.com dan juga Bietemplates.com
Penggunaan Widget
Gunakan widget yang membantu terutamanya widget followers, top posts, recent post, top commentators dan recent comment. Widget-widget ini sebenarnya sangat-sangat berguna dan wajib digunakan. Widget yang terbaik, adalah widget yang mampu untuk menyesatkan visitor apabila mereka menjelajah blog kita. Widget ini akan menyebabkan visitor hanya berpusing-pusing pada post-post di blog dan ia akan membantu untuk meningkatkan dengan ketara view pages blog kita. Kurangkan penggunaan link yang akan menyebabkan visitor keluar begitu sahaja dari blog kita. Ia sebenarnya amat merugikan.
Kurangkan juga penggunaan widget- widget hiasan yang langsung tidak memberi apa-apa faedah kepada kedua-dua belah pihak dan yang boleh menyebabkan visitor terkeluar dari blog. Banyak kalau nak di senaraikan. Pada gua, widget seperti Live Traffic Feed, Ip viewer langsung tidak membantu dan langsung masuk penjara. Jika anda seorang pengguna widget visitor counter dari 99 counters dan widgeo, sedarkah yang anda sebenarnya telah ditipu oleh widget tersebut dengan tujuan, tidak lain hanyalah untuk mengembirakan anda. Widget ini sebenarnya tidak masuk akal untuk digunakan kerana statistik yang dipaparkan tidak betul dan ia juga menumpang untuk Pop-up di blog anda. Jika tak percaya, sila refresh page bagi blog yang menggunakan widget counter tersebut. Bilangan visitor akan meningkat setiap kali jika anda melakukan refresh pada page tersebut. Conuter traffic yang terbaik adalah dari Histats.com dan whos.amung.us kerana widget ini akan memaparkan jumlah trafik dengan betul.
Jika anda ada tips atau pandangan tentang pemilihan layout dan penggunaan widget, jangan malu-malu kambing untuk dikongsi bersama readers di entri ini. Mungkin ianya dapat membantu dan memberi manfaat kita semua.
p/s:
1.Tips seterusnya gua sambung esok pulak. Harap bersabar. Mata gua dah pedih-pedih ni. Nak kena tido dulu. Tunggu yang Part 2.
2. Harap gua dapat ilham nak tulis apa pulak esok dari mimpi gua. Kalau tak parah gua esok tak tau nak tulis apa. Haha.
3. Gua harap, gua dapat goreng tajuk ni sampai part 124.
3. Gua harap, gua dapat goreng tajuk ni sampai part 124.
yeah..
ReplyDeletethanks sgt tuk tips nih..will be waiting for your next tips..
hihi..peace..
tips yg sgt bguna.. hehehe
ReplyDelete"Sebaik-baiknya, gunakan layout yang ringkas tetapi nampak macam profesional walaupun tak profesional pun dan bermotifkan warna putih ataupun cerah."
ReplyDeletecam terkena kat blog gua jew....hahahahha...
weh nescafe...tips yg bagus...gua saje je komen..ahkssss..gua kan pengomen yg setia..ahksss.
oo macam tu ekkk...nak letak tu semua tak ke serabut blog nanti...ha ajo la macam mane nak buh semua tu..aku ni tak reti..yang aku tau klik klik nuffnang....dapat wang tu jerk..ajo jap brooo
ReplyDeleteberguna btul tips yg ko bg.. bleh try ni.. hehe
ReplyDeletecool tips..blog ni pun sy love at the first sight, baru tersinggah semalam..terus buat fav blog list..hari ni dtg lagi :D bagus..penulisan pun menarik..keep up the good work
ReplyDeletepenggunaan templates sgt menarik terutama di laman web btemplates tapi nk edit nya agak sukar...
ReplyDeleteblh xko bgtau kami cara nk wujudkan ruang iklan untuk mereka yang ingin iklankan blog mereka
lu memang keje nak membuta je kan.
ReplyDeletewah tips yg sgt2 bguna..aku dah wt sume yg kat atas..he2..thanx bro da tips..
ReplyDeletehumhum...
ReplyDeletemmg bukan nak kata ape2....
aku antr pengikut ko yg terawal la..
mmg xdnafikan ko bnyk tlg aku..
aku igt g dlu blog aku macam ape tah..
bkn nak kata skunk da elok ke hape..
tp ok la skit pas aku ikot nasihat ko..
ko bnyk membantu aku la..
ko mngkn xperasaan..ada 4,5 entri aku..aku link tros ke blog ko utk org lawat blog ko..
semngat beb..dlu2 r...
skunk satu malaysia da knal blog ko(yeke??gue hembus je)...
haha~~keep it up bro
info yg bagus bro...
ReplyDeleteteruskan bg info2 yg baik..
thanx.
-xde r smpai ke thp ayah pin ke pin baju ke hape..haha~~
ReplyDelete-a'a..blog ni smakin kuar tajuk..
ko tgok tajuk blog ko... maribinablog kan??haha~~skunk pa da jadi~~tp..ko tetap pilihan no 1 utk blogger mcm aku..(beginner bengap bendul 3B)..
-xterkenal satu malaysia ker??haha~~aku hembus je tadi...haha~~xpe2..satu hari nnt r 2..
-gpon..smpai mnggu depan je la aku ley jenguk ko..pas2..aku da xde kt sni..turun r ranking aku sbgai top commnters ko..haha~~
(aku nak tutorial bagu..udah2 la cite.haha~~)
Wow!! Begitu panjang lebau dia bercerita.. Ilmu yg bagus untuk dikongsi.. Thanx a lot. Now, nk move to the next part.. ;)
ReplyDelete@chah~
ReplyDeleteSila gunakan yer.
@MsAnisSyahirah
ReplyDelete~ Iye. Peace kembali.
@I'M NOT mr_PERFECT
ReplyDeleteNasib baik sipi-sipi jer..
Teruskan komen. Nanti gua lantik lu jadi Ketua Darjah. Amacam?
@eryn
ReplyDeleteKena pandai susun la. Rasanya tak serabut kut.
@zaiMi
ReplyDeleteLama tak nampak bro..Exam dah abis ker?
@azman shah
ReplyDeleteErkk..Ruang iklan yang macam mana tu?
@Bitter Sweet
ReplyDeleteTerima kasih sebab singgah sini.
Kenapa tak ada profile blogger?
@al-Wann
ReplyDeleteTry dulu. Gua tak tau jadi ker tak. Heh heh
@CharMiea
ReplyDeleteDah time tido. Kenalah tido. Haha.
@izanuddin
ReplyDelete~ Dah macam Ayah Pin pulak gua siap ada pengikut. Haha. Gua cuma tolong apa yang gua tau.
~ Ya. Gua sangat-sangat menghargainya. Lu lah orang yang memeriahkan komen-komen kat blog gua dan lu pun perasan perubahan kat blog ni. Semakin hari, gua semakin terkeluar dari landasan
~Terima kasih sebab suppot gua, cuma gua jer yang tak berapa nak support lu.Tapi percayalah, bak lagu Siti Nuhaliza yang gua tujukan khas untuk lu sambil di iringi muzik pancaragam, bahawasanya, gua selalu juga lepak blog lu.
~ Gua juga ada menge'link'kan beberapa entri gua ke blog lu.
~ Bila masa pulak blog gua dah terkenal satu Malaysia. Ceritera dongeng yang tak masuk akal. Haha.
@Ries Lee
ReplyDeleteThanks singgah blog gua
@.:Fathiha Zainal:.
ReplyDeleteHaha..Move next part tu. Teruskan.
sangat berguna ;)
ReplyDeleteterima kasih tuan rumah.
oo..patutla ko xnak follow aku. blog aku byk kekurangan2 yg ko kata tu. kuikui..
ReplyDeletewhoa nice one bro..thx for the tips.lagi2..hehe
ReplyDeleteMacam mane nak buat fungsi "Read More"?
ReplyDeleteTolong...
Aku baru terbaca.....patutla dulu org kurang di blog aku sbb layoutnya tak menarik.....
ReplyDeleteSkrg....pi la komen, blh aku tambah apa yg patut dan buang apa yg tak sesuai