Sila baca entri Tips untuk menarik dan menolak visitor !!! Part 1 sebelum anda membaca entri pada post ini.
Entri dan post
Mukadimah.
Jatuh bangun atau tunggang terbaliknya sesebuah blog sangat-sangat bergantung pada hasil karya ataupun tulisan yang kita paparkan pada blog kita sendiri. Macam-macam gaya atau kaedah penulisan yang dapat kita lihat kalau kita jenis yang suka berkunjung ke blog orang lain. Daripada gaya penulisan saja sebenarnya kita dah boleh membuat andaian yang blog tersebut sememangnya bagus, bagus betull !! dan juga, perasan bagus macam gua dan lu orang juga.
Tak ada siapa pun yang nak menilai ataupun memberi markah per seratus kepada hasil karya kita yang terpelihara itu kecuali diri kita sendiri. Tak payahlah letak poll atau rating-rating yang meminta readers menilainya kerana pada gua, hasilnya nanti amat mendukacitakan dan boleh menyebabkan kita jatuh gering di kemudian hari.
Kita sendiri dapat menilainya dengan jumlah kehadiran traffic ke blog kita. Kalau tarafficnya macam kuyu dan slow rock, padahal posts dah beratus-ratus kita tulis, itu mungkin salah satu petanda kita telah di jangkiti sindrom perasan bagus sama macam gua. Kena cepat berubah dan berubat. Penyelesaiannya, tukar sahaja gaya penulisan. Selagi kita rasa kita tak melanggar etika sebagai seorang blogger yang berhemah,kita tulislah ikut suka. Apa ada hal. Sebabnya, jawapan keramat yang masih tidak dapat di pertikaikan oleh sesiapa sahaja apabila mempersoalkan tentang gaya penulisan sesebuah blog ialah berbunyi “ ini blog saya, suka hati saya nak tulis apa, kalau berbulu telinga dengan tulisan saya, silalah… .bla…bla…bla… … …… ………… …… ……… … …… …… ….ada lagi, semalam saya naik hangin sampai tak makan nasik dua pinggan… … bla..bla…."
Hasilkan hanya entri yang terbaik.
Sebaik-baiknya hasil karya dan tulisan adalah yang asli dan yang segar dari ladang. Pada gua, readers suka sesuatu yang entri yang santai tetapi bukan lentok dan juga diselitkan dengan sesuatu yang berinformasi. Kurangkan menulis tentang hikayat peribadi semata-mata, sebaliknya diselitkan dengan info yang kita rasa sesuai dengan topik untuk di kongsi bersama readers. Tetapi jika kita seorang yang sukakan cabaran dan tidak takut dilambung ombak, maka bolehlah kita menulis sesuatu yang kontroversi.
Yang paling penting sekali, jangan terlalu serius pada entri yang kita rasakan tidak akan menyebabkan readers seakan mengalami sembelit dan bermuka ketat atau bermuka-muka ketika membacanya.
Yang paling penting sekali, jangan terlalu serius pada entri yang kita rasakan tidak akan menyebabkan readers seakan mengalami sembelit dan bermuka ketat atau bermuka-muka ketika membacanya.
Publish post pada waktu puncak sahaja.
Mungkin ramai yang tidak tahu ataupun perasan, sebenarnya ada masa - masa yang terbaik untuk kita publish tulisan untuk paparan readers. Masa yang terbaik dan sesuai untuk di publish ialah antara jam 9.00am hingga 10.00am, 11.00am hingga 12.00pm dan 8.00pm hingga 9.00pm. Pada masa-masa tersebut, jumlah traffic akan bertambah. Tetapi cara ini kurang sesuai digunakan ketika hari cuti sebab readers ramai yang pergi makan angin.
Publish, publish dan terus publish.
Kalau boleh, cuba hasilkan seberapa banyak entri untuk di publish. Entri yang paling mudah untuk di tulis sebenarnya adalah entri yang berkonsep perkongsian info. Semakin kita kerap menulis dan publish tulisan kita, kebarangkalian untuk bertambahnya jumlah trafik adalah sangat tinggi. Tetapi cara ini sangat berkesan jika bilangan followers sudah mencecah ke angka 50 ataupun terdapat blog-blog yang sudi menyenaraikan blog kita pada blog list mereka.
p/s: Entri akan bersambung.Panjang sangat kalau nak tulis pada satu post.Tunggu yang Part 3 pulak.
salam.
ReplyDeletesuke2. tambah lagi..
sgt2 bguna nie tips..
ReplyDeletehoho.. thnx for da tips. sgt bguna.
ReplyDeletea'a..
ReplyDeleteaku pon xske blog yg kuang haja mcm ko kate 2..
mcm org nak lawat uma r..da kena halau..
haha~~
sory nes..utk part 2 ne..aku baca atas n bwah je..
tngah2 xbaca..
ko da smakin berani tulis pjg2..
takot aku nak baca..
lebam plak mata aku nnt~~huuhu
sile smbung lg.
ReplyDeletecukupkn smpai part 124.
hehe.
mukadimah je da pjg lum info lg. huhuhu....=p
ReplyDeleteha..ini baru namanya webmaster..isu-isu yang diketengahkan banyak memberi info yang sangat bagus bagi para blogger macam akak ni..yang sebenarnya ttp suka utk membaca blog adik juga tapi kadang2 tajuk entrinya agak berkuasa tinggi dan akak tak pandai nak komen..hehehe maklumla adik ni expert computer tak macam akak..masih belajar dan belajar..
ReplyDeleteApapun thanks dan tahniah...teruskan menulis isu2 yg membina spt ini..
Salam nescafe ais..
ReplyDeletebagus la tip2 lu ni nescafe...akak suker..byk ley blaja cm ni..akak ni baru blaja2 pun nak buat blog..tapi lu punya library ni mmg wa suka masuk tgok tip2 dan segala ilmu2 baru..wa suka sgt la blog lu ni nes...(hahaha akak dah jadi rock mcm lu la nes...tapi akak mmg rock pun..hehe)
Pasni Nes, wat artikel pasal SEO dan Google Supplemental Results plak k :D Teman buhsan ahh cek blog kat google tak kluar result@takder ranking. Tqs.
ReplyDeletenama pun blogku. mesti nk tulis ikut sukatiku je kui3... tp mmg betul tips isu semasa ramai tertarik nk baca pandangan diri kita secara peribadi terhadap sesuatu isu tu. mungkin pndgn kita sama tapi xserupa. kat situ dh blh tukar2 pndgn n tmbh kawan. kurangkan gadget dlm blog. membantu nk cptkn load blog. dah tu org rasa ringan je nk bertandang. xde serabut2 dgn segala macam hiasan.
ReplyDeletefont bro kena besar skit ~ sakit mata bila m'baca .. anyway > nice tips !!
ReplyDeleteTo eldy:
ReplyDelete~ Terima kasih sebab bagitau gua. Gua pun tak perasan fontnya kecik sebb gua guna screen 17 inci. Nanti gua besarkan.
thanx..gud tips utk semua..
ReplyDeleteOkeh! Dh habis part ini. Mau ke next chapter..
ReplyDelete@shuhada
ReplyDeleteGua dah macam penglipurlara lah pulak
@chah~
ReplyDeleteYa. Thanks singgah blog ni
@al-Wann
ReplyDeleteSila praktikkan dahulu.
@izanuddin
ReplyDeleteHaha. Gua rasa dah macam buat karangan SPM pulak.
@.:Fathiha Zainal:.
ReplyDeleteAlang-alang dah baca sampai habis, kena hafal sekali ni.
@wansteddy
ReplyDeleteGua menyokong penuh pandangan lu. Hehe.
@siti murni
ReplyDeleteYa. Sama-sama kasih.
@CempakaBiru
ReplyDeleteMukadimah penting sebagai pembuka bicara.
@Adjla Hafizin
ReplyDeleteTunggu buku gua launch nanti. Kat dalam buku tu gua tulis sampai part 124. haha
@zai
ReplyDeleteUikk..Belum tahap master lagi. Baru Beginner. Sama mcm orang lain gak.
Hanya sekadar berkongsi pendapat saja.
@NJ
ReplyDeleteHehe. Takder hal punya. Semua boleh join the club.
Sambil-sambil berkongsi info.
@Dak Wan
ReplyDeleteBoring dan leceh SEO ni. Nantilah gua study betul-betul pasal SEO.