Stand 4 Right
Mulai hari ini, gua nak berhenti dulu tulis entri pasal tutorial dan akan menyepikan diri jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tutorial yang gua post. Sampai bila pun gua tak pasti. Mungkin juga, gua akan tutup terus blog ini dan buat blog yang baru yang langsung tak ada kena mengena pasal blog jika keadaan terlalu mendesak. Gua merasakan yang gua kena mantapkan lagi ilmu yang ada di dada. Jika tak cukup juga, gua akan extrakan pula ruang pada paru-paru. Gua rasa dah tiba masanya gua nak pergi bertapa dan memencilkan diri di puncak Gunung Lambak. Jika ditakdirkan yang gua akan bertemu dengan puteri Gunung Lambak, gua tidak akan menoleh lagi ke belakang.
Terlebih dahulu, gua minta maaf jika akan ada yang tersinggung dengan entri ini. Tapi gua dah tak kisah. Lagipun, kebanyakan dari readers blog gua adalah terdiri dari mereka yang silent reader. Gua yakin, mereka pun tak kisah kalau gua berhenti tulis tutorial.
Mulai hari ini, gua nak berhenti dulu tulis entri pasal tutorial dan akan menyepikan diri jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai tutorial yang gua post. Sampai bila pun gua tak pasti. Mungkin juga, gua akan tutup terus blog ini dan buat blog yang baru yang langsung tak ada kena mengena pasal blog jika keadaan terlalu mendesak. Gua merasakan yang gua kena mantapkan lagi ilmu yang ada di dada. Jika tak cukup juga, gua akan extrakan pula ruang pada paru-paru. Gua rasa dah tiba masanya gua nak pergi bertapa dan memencilkan diri di puncak Gunung Lambak. Jika ditakdirkan yang gua akan bertemu dengan puteri Gunung Lambak, gua tidak akan menoleh lagi ke belakang.
Terlebih dahulu, gua minta maaf jika akan ada yang tersinggung dengan entri ini. Tapi gua dah tak kisah. Lagipun, kebanyakan dari readers blog gua adalah terdiri dari mereka yang silent reader. Gua yakin, mereka pun tak kisah kalau gua berhenti tulis tutorial.
Gua terpaksa meluahkan apa yang terbuku di hati gua sekarang. Gua dah penat. Bukan penat sebab tulis tutorial, tapi gua dah penat untuk menjawab sebarang bentuk soalan yang berkaitan dengan tutorial bilamana soalan yang diajukan itu ada kalanya menyebabkan gua rasa macam nak buang saja soalan itu. Bukan sebab gua tak reti nak jawab soalan tersebut dan bukan juga soalan tersebut berbentuk provokasi.
Gua seboleh-bolehnya cuba untuk menulis dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami. Gua juga cuba memberikan jawapan yang terbaik, tetapi apa yang membuatkan gua berasa sangat kesal dan terus hilang mood untuk membaca soalan tersebut adalah, soalan yang diajukan itu sebenarnya dapat kita jawab sendiri dengan mudah, semudah kita mengorek hidung kita sendiri walaupun dengan menggunakan ibu jari.
Kalau kita berkeinginan untuk mengubahsuai blog kita, kita mestilah mempunyai asas yang pada gua mampu untuk dipelajari oleh semua orang. Budak sekolah rendah pun gua rasa mampu untuk mempelajarinya, apatah lagi kita yang dah pandai menggunakan komputer dan internet. Jangan bagi sebab yang kita baru nak belajar. Gua pun belajar juga macam orang lain. Tak ada asas juga. Tapi gua belajar sendiri.
Rajin-rajinkan tangan tu untuk Google apa yang kita inginkan. Bukan hanya berharap atau bergantung saja. Dah tau diri tu baru nak belajar, buatlah cara nak belajar, bukan terus advance nak edit-edit template blog atau nak tambah widget yang kita sendiri tak paham apa fungsinya. Jangan belajar secara membabi-buta. Kita tengok orang buat, kita pun nak buat. Orang edit template, kita pun nak edit juga. Orang tukar template baru, kita nak tukar juga. Orang beli kereta baru, kita pun nak kereta baru. Tapi satu benda pun kita tak tahu. 'Pelan-pelan kayuh'.
Perkara yang paling asas sekali kalau kita nak ubahsuai atau tukar tempalte blog kita adalah, kita kena fahamkan dulu betul-betul tutorial yang kita baca dan gunakan kaedah cuba jaya ataupun bahasa tingginya berbunyi "trail and error" . Jadi, apabila kita menyalin script widget ataupun membuat penambahan pada script template,kita kena fahamkan dulu kod-kod dan triknya. Tengok script tu macam mana dan di mana untuk di paste. Bukan main copy paste,copy paste saja. Kalau macam tu sampai bila nak pandai, sampai bila nak tanya soalan-soalan yang remeh-remeh ini.
Gua menyarankan supaya buat lagi satu blog khas untuk kita mencuba atau membuat ubahsuai sebelum di aplikasikan pada blog kita yang sebenar. Sangat mudah dah tidak menyusahkan diri sendiri dan orang lain apabila terjadi error.
Satu lagi sebelum gua mengundur diri. Setiap browser tak sama setting dan fungsinya. Jadi, apabila kita lihat blog kita jadi tunggang langgang jika kita view menggunakan Internet Explorer,perkara tersebut sebenarnya adalah NORMAL kerana Internet Explorer berbeza dengan Mozilla Firefox. View yang terbaik sekali jika kita bina blog yang di host pada blogspot adalah dengan meggunakan browser Mozilla Firefox. Gua ulang sekali lagi, Mozilla Firefox. Jangan di tanya kenapa. Tapi kalau nak tanya juga, tanyalah sendiri pada Mozilla Firefox dan Internet Explorer.
p/s:
1.Guna hati, akal dan fikiranmu.
2. Sesiapa yang terasa, gua minta maaf banyak-banyak. Bukan niat gua menyinggung perasaan, tetapi gua hanya meluahkan apa yang gua rasa.
3. Gua juga manusia biasa dan gua juga bermula dari mana sepatutnya gua perlu bermula.
3. Gua juga manusia biasa dan gua juga bermula dari mana sepatutnya gua perlu bermula.
Tak faham kena carik dulu, ye tak? Klu tak bleh faham jugak barulah start bertanya. Info mmg byk kat luar sana, tp kebanyakannya berbahsa english. Technical english plak, berbeza dgn common english. So bebawak lah study english dulu.
ReplyDeletesalam ziarah...
ReplyDeletemaaf kalo komen ini mggu anda.
sy rse terlalu syg utk awk tutp blog.
sy slalu mbace entry2 awk wlupn sekadar silent reader sje,dn kdg2 sy jga mberikn komen jika sesuatu topik itu bergune utk di kongsi.sy juga slalu bce komen2 dr blogger len pasl tuto y awk wt.
entry awk kali ini seakan berbaur kesal dgn
reader2 y sering bertanyekan soalan2 y remeh bg awk.sy sepndpt dgn awk sy juga org baru dlm dunia blog ini.dn byk pekare y perlu sy belajar tntg selok belok wt blog nieh.
sy juga slalu jdkan tuto dlm blog awk sbg rujukkn.kalo nak di bndgkan dgn tuto blog len,sy lbh mudh paham dgn care penulisan awk.
jgn la kerana mereke2 y bertnye soalan remeh itu awk nak tutp blog.sy phm sy x de hak utk mghalang keinginan awk,sbb ini blog awk.tp terpulanglah pd dr awk dlm mbuat keputusan ini.
pape pon,thanks byk2 sbb blog awk byk bg maklumat bergune pd sy.... =)
gua suke ayt last
ReplyDelete"tanyalah sendiri pada Mozilla Firefox dan Internet Explorer"
hehehe
XD
hehe..sian dia
ReplyDeletemgkn dorg yg tanya ko tu tlampau excited sgt..xsabo2 nk cantikkan blog.
tp kate org blaja ikut step.baby pun merangkak dlu baru jalan.
ak rasa klu dorg takat nk men tepek2 kod je, xnk phmkan lgsg tutorial ko bek dorg trus upah je ko atau org len wat template blog dorg..er..pendapat ak jek..
neway mcm beatiful rose ckp tut ko sng paham. hopefully ko xla trus benti tls tutorial lagi.
haha . btw , tengs for everything bro . ilmu yang kita ada tak salah kalau kongsikan dengan orang lain . lagi-lagi budak baru belajar .
ReplyDeleteremember , wat ur write is nice . dont stop ur blogging ar . ;) tulisan bro aku suka sgt .
Salam selamat malam nescafe ais
ReplyDeleteIshhh akak terkejut ni baca n3 hari ni...nape nak stop tulis tutorial ni...sebab x de elaun ke?..akak suker la sbb dgn blog ni lah akak jadi pandai sikit2 nak edit ke buat blog akak jadi meriah dan edit2 apa yg akak x tau wa cakap lu mmg byak ilmu kat sini...dan lg yg akak terkezut ni nak tutup sampai blog ni..ish nape..jgn la sampai tutup...kesian blogger mcm akak ni nak belajar..byak sgt2 perkara boleh akak dpt kat sini...lu x kesian ke org2 mcm wa ni..wa x brape reti la nes nak edit2 ni...
tapi kalau nak stop tu x pe la..lu relax jap..tapi harap sgt2 ni jgn tutup eh..wa sokong lu sampai bila2 nescafe ais...
ha...ha.... x tau cikgu dah marah. hmmm.... klu cikgu pmpn leh gak kata cikgu ni btukar hormon. ( bertukar...) ni laki. hehehe... teringat plak masa 1st time masa jumpa blog ni. cik jah cari kat google. ada r blog cikgu tu. copy paste baikkkknya yg cikgu nes punya. cikgu nes kasi komen baikkkk jgak. dr situ r. cik jah kenal blog ni n dr blog cikgu nes ni r cik jah dpt wat blog yg cun melecun. ( korang ckp x cun. cik jah x kisah) cik jah sarankan cikgu rehat r dlu. take time. kwn2 lama yg dah pandai tu kita sama tlg2 blogger baru ygbtanya. amacam??? serius. cik jah mai teringat balik saat cik jah terkial2 wat blog. masuk blog org lain. peh wala. lawanya.
ReplyDeleteadatlah cikgu. malu bertanya sesat jln. kadang2 pd kita soalan tu remeh. pd org lain soalan tu sgt b`erti.
cadangan cik jah. klu ada blogger yg bertanya soalan. cikgu nes jgn jwp dulu. cikgu nes tanya blogger lain sapa nak tlg jwpkan. nikan leh tambah siratulrahim. cikgu pun xyah jwp soalan remeh2. klu xda yg nak tlg jwpkan. tp ada blogger yg tau. cikgu nes denda je dia. amacam???? cik jah byk lg idea ni. cikgu nes xyah r nak bhenti. ke takut bini?????
(awek mrajuk sbb cikgu nes mgadap blog je.) ahaksss
Salam bro Nescafe,
ReplyDeleteSekian lama menjadi silent reader di sini banyak yang saya pelajari cuma antara apply dengan tak apply aja
Apa-apapun saya menghormati keputusan bro
Selamat bertapa n semoga kembali berblog semula di pojok maribinablog ini.
Terima kasih.
Tapi klu cikgu nes dh nekad nk brenti jgak,kitorang hormati keputusan cikgu nes..tapi harap tdak tutup terus blog ni,sbb terlalu byk info kt blog ni..byk lgi yg belum dipraktikkan..nnti ade mse blh le jenguk2kan kitorang kt sni,klu dh pergi bertapa nnti..aku setuju ngan cadangan cik jah..tq...
ReplyDeletelaaa. nak tutup da ke? rilek la, aku baru je jumpe blog ni, byk lagi bende yang aku nak belaja ni, :(
ReplyDeleteye..lah malu bertanya sesat jalan..dah tanya kena marah.. blog ni byk membantu sebenarnya bagi org yg bmula dr zero bab2 ni. papehal pun time ksh krn pernah respon. Hrp jgn tutup sb ramai lg org yang bertatih..
ReplyDeletewah..btul2..
ReplyDeleteAde gak yg x reti nak blog sibuk nak berblog gak sbb tgk kawn dia berblog..
Hmm,sume nak kne suap mati lar!!
ingat nie tadika?? cekgu cekgi kat tadika 2 pun suh korg wat sendri sume benda yg senang..hehehe
tergezut...baru first time sampai sini, dah nk tutup...
ReplyDeleteJANGAN!!! nasiblaaa dlm post terakhir pun ade tips yg diberi..berguna tuuuu
patutlaa gunung lambak..org kluang upanya..taman sri lambak ke???
ReplyDeletejgn la tutup..bnyak ilmu dlm nih utk kwn2 guna..ada org buat sampai kecik ati eh..
ReplyDeletelu nak kena pujuk ke ni?
ReplyDeletenanti gua pujuk, gua nak pujuk hati sendiri dulu.
Zul baru masuk blog nieh
ReplyDeletemmg besh, betul2 besh
Zul sarankan nescafe rehat la..
jangan stop..
niat nescafe baik sangat