• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Friday, November 20, 2009

Kesejahteraan manusia daripada perspektif psikologi

Bertitik tolak dari kenyataan gua pada entri yang lepas, berbagai respon yang gua terima daripada readers yang meminta supaya mempertimbangkan semula hasrat gua untuk menutup blog ini. Jangan risau, keadaan masih belum lagi medesak gua. Gua juga masih mempunyai hati, akal dan fikiran yang mampu untuk memahami keadaan.

Untuk makluman pembaca, gua sebenarnya terpaksa menggunakan pendekatan secara psikologi dengan cara yang seperti ini dengan  niat gua untuk memberi sedikit kesedaran kepada anda supaya terus mencuba dan jangan terlalu berharap. Gua hanya mampu menyampaikan apa yang gua tahu. Gua cuba memberikan maklum balas yang terbaik. Akan tetapi, komitmen gua lebih besar di dunia yang nyata. Gua tidak mampu untuk memberikan sesuatu penyelesaian dengan cepat dan pantas sepantas kita klik butang Send Comment.

Memang gua sendiri mengakui, kenyataan tersebut nadanya berbunyi seperti seorang yang kecewa kerana ikan laganya telah mati. Tetapi jujur gua katakan,bukan niat gua untuk mengguris, menghiris, menyentap atau lebih parah lagi melukakan hati sesiapa.

Alhamdulillah, selepas gua mengeluarkan kenyataan yang gua dah malas nak tulis tutorial lagi, kotak e-mail, ruang komen dan shout box gua sudah tidak lagi di hujani dengan pertanyaan tentang hal-hal yang remeh ini. Terima kasih kepada yang memahami.

p/s:

Situasi di depan Kilang Nescafe.

Tauke kilang Nescafe: Apa lu punya kenangan manis  sejak lu buat blog aaa?
Gua:  Apa kejadah punya soalan.
Tauke kilang Nescafe:  Jawab saja maa. Lempang mau?
Gua:  Oh! Banyak sekali. Kenangan paling manis gua ialah bila kebanyakan orang yang gua  tolong tak reti nak ucap terima kasih. Menarik bukan?
Tauke kilang Nescafe :  Aiyaaaaaa!! Lu hati ada panas ka? Mari masuk wa punya kilang. Kita minum-minum itu neskape ais.
Gua:  Ok! Lu pulak cerita la apa macam lu boleh bikin ini kilang ringan macam tin Nescafe.
Tauke kilang Nescafe:  Ini macam. Pada suatu malam yang gelap gelita, angin bertiup mendayu-dayu.....
Gua: Apa pasal jadi seram ni?
Tauke kilang Nescafe: Lu mau cerita ka gua mau cerita?

7 comments:

  1. welcome back cikgu nes. hehehe.... pape pun tq r sbb x tutup blog n mbawa diri ke gua batu belah batu bertangkup. hehehe.... smlm cik jah terkial2 lg. tau klu tanya cikgu. mesti cikgu x layannya. agak2nya ati cikgu dah sejuk belum??? cik jah ada soalan nak tanya. jwpannya xkan myusahkan cikgu. kompem.... klu panas lagi. cik jah pi ambik salji kat kutub utara nu watkan air nes. x cukup sejuk lg, cik jah sumbat cikgu dlm peti ais. amacam????

    ReplyDelete
  2. sape2 yg xpaham tu sama ade mmg btul2 buta it @ saje mengade.. sebab bagi aku tutorial ko sgt mudah nk paham..

    ReplyDelete
  3. Btol3.. Syg lor mau kalo mau close ini blog.
    Tapi, bagus la Encik Nes tidak betul2 berhajat mau menutup blog ni. Saya masih mahu berguru dgn Encik Nes dan mengikuti perkembangan blog ini.. 2 thums up!! =)

    ReplyDelete
  4. salam nescafe ais
    syukur la masih ada lagi tulisan lu kat sini..jgn ar lu tutup..wa pun sedey ma..sbb wa pun baru nak belajar2 jadi blogger dan selalu refer kat tempat lu ni..cedok ilmu yg wa mmg x reti..kat sini byak ooo ilmu wa dapat..lu mmg baik hati sgt nak ajar org2 mcm wa ni...wa byak2 sgt2 timakasih sama lu nescafe ais..
    wa ada sorang folower tu la neslo suam..nama dekat2 dgn lu..wa suker...dan harap lu teruskan menulis kat sini...wa sokong lu sampai bila2..

    Alamak apa akak cakap tu ek...tapi apa pun lu mmg best la nescafe ais..ruangan lu ni wa bagi 10 star la..cuma..pk2..agak2 camane rupa paras lu ni ye..mesti macho kan beb..nak jugak jumpa lu..lu kat mane ek??..

    ReplyDelete
  5. To RedzaLiza:

    ~ Soalan apa tu yer. Wahwah...Nak sumbat gua dalam peti ais. Tak payah susah-susah. Hadiahkan saja gua sebiji Air cond. Ianya mampu menyejukkan suhu badan. Haha

    ReplyDelete
  6. To NJ:

    ~ Nak bagi sampai 10 star. Jangan. Nanti gua lupa daratan. Haha. Gua kat Kluang,Johor.

    ReplyDelete