Ni cerita tentang kejadian awal pagi semalam. Kejadian yang tak berapa nak cool walaupun situasinya cool. Tengah gua tekun baca hasil tulisan yang bukan dari dalam blog gua, tekak tiba-tiba mengidam nak makan burger ayam istimewa yang dia punya sedap boleh membuatkan si pemakannya mampu mejilat siku. Bayangkanlah sendiri dia punya sedap.
Dekat kampung gua Ayer Hitam, yang lebih lunak lagi jika di gelar pekan orang menjunjung pasu atau teddy bear bersaiz anak gajah sambil melintas jalan tak tengok kiri kanan, ada satu stall jual burger yang memang terbaik walaupun jika di banding-bandingkan dengan brand kapitalis seperti Burger King dan McD. Selalu kalau gua balik kampung, mesti gua pekena barang sebiji dua. Gua tetap menyokong produk bumiputera yang baru nak naik dan tak cekik darah, walaupun kadang-kadang gua ada juga beli KFC dan selalu juga beli Nescafe tin di 7E.
Berbekalkan duit syiling yang cukup-cukup RM 2.50, gua start motor Honda EX5 edisi kebun bapak gua. Oleh kerana jarak stall burger tersangatlah dekat, gua turunkan helmet dari bakul motor. Macam tak berapa nak cool pula sarungkan helmet LTD yang juga beredisi kebun. Visor yang jenis kalau gua naikkan saja, dan tanpa di suruh-suruh, dia turun sendiri. Dah rupa macam angkasawan pulak pagi-pagi buta.
Sampai depan 7E, gua geleng kepala. "Kenapalah tutup payung awal sangat. Selalu sampai pukul 1.30 pagi. Hari ni boleh awal pulak. Baru pukul 1.07 minit". Gua membebel pada motor sambil parking double stand. Dah lah stand tepi pun tak ada. Kalau ringan macam basikal, gua dah sandarkan dah pada tiang lampu.
Tekak pulak gatal mengidam nak makan burger ayam istimewa. Mula-mula gua macam nak paksa juga brader burger tu buatkan sebiji, tapi bila gua tengok, kuali burger dah menjulang wap sebab kena siram dengan air, gua terus masuk 7E. Plan B gua, beli Nescafe tin. Cukup lagi duitnya. Setin baru RM2.10 walaupun hakikatnya, kedai lain ada yang jual dengan harga RM1.80.
Masuk saja dalam 7E yang suhunya sedang-sedang cool, gua dah tak dengar dah ucapan "Selamat datang" yang biasa gua dengar setiap kali gua masuk 7E. Gua jadi terkejut pulak bila gadis kaunter dan juga budak kaunter yang berdiri dekat kaunter bagi ucapan "Pakcik, tak boleh pakcik". Tapi gua tengok tak ada pun pakcik. Takkan gua pulak lu orang panggil pakcik. Rambut gua hitam lagi. Tak mungkin lu tujukan pada gua, sebab lu toleh peti ais tempat air tin.
Pandangan, gua jengahkan ke tepi sikit. Baru gua nampak. Sorang pakcik yang gua rasa baru balik dari makan kenduri. Bersongkok, berbaju melayu dan berseluar yang tak berapa nak melayu. Biasa saja gua tengok pakcik tu. Cool-cool saja. Tak ada gaya yang mencurigakan.
Gua terus tuju ke bahagian air Nescafe tin. Buka pintu peti ais, tangan terus capai tin Nescafe. Tiba-tiba kepala gua boleh pulak nak menoleh pakcik sebelah gua . Pakcik tu pandang gua balik. Kami bertentang mata. "Boleh minum ke benda tu?" tanya gua gaya orang yang macam tak tau hukum hakam. Pakcik yang gua rasa umurnya dah sesuai sangat jadi peminat lagu-lagu 60an balas soalan gua dengan jawapan "orang punya" dengan gaya yang begitu cool dan terus toleh semula peti ais.
Lagi sekali, gadis kaunter dan budak kaunter bagi ucapan, "Pakcik, tak boleh pakcik" dengan nada yang dah tak serupa macam ucapan lagi dah. Keadaan yang memang telah menghuru-harakan rancangan asal gua dari nak beli burger tapi kena tukar plan beli Nescafe tin. Barulah gua faham situasi sebenar. Situasi cool yang dicetuskan oleh pakcik yang bargaya cool.
Gua terus langkah pergi kaunter depan. Tapi pakcik cool langkah lagi laju dari gua. Kuasa kuda yang masih bertenaga. Sekali lagi, gadis kaunter dan budak kaunter ulang semula ayat "Pakcik, tak boleh pakcik" yang telah di high volume kan walaupun pakcik cool dah terpacak depan mata. Jawapan "orang punya" dibalas pakcik cool. Tapi kali ini, nadanya tak berapa nak cool. Gua pulak buat-buat belek Maggi hot cup yang tak hot tetapi cool sebab belum tuang air panas.
Riak wajah gadis kaunter dan budak kaunter, gua tengok tiba-tiba berubah menjadi berseri-seri macam pengantin. Gadis kaunter dan budak kaunter dah tak menjerit-jerit lagi. Kaedah berdiplomasi gaya orang kedutaan, dengan berlagak cool depan pakcik cool menyebabkan keaadan akhirnya jadi tenang dan cool semula. Pakcik cool mengalah juga walaupun tangan tengah hulur duit RM50. Dengan gaya cool macam tak ada ada yang berlaku, pakcik cool mintak rokok Winston 20, tunggu duit baki dan terus keluar.
Gua dengar budak kaunter bisik pada gadis kaunter "Pakai baju melayu pun nak beli minuman yang mengkhayalkan ker".
Gua seluk kocek, keluarkan semua syiling. Gua hulur RM2.10. 40 sen, simpan semula. Gua cakap pada budak kaunter dengan gaya yang pura-pura cool. "Nanti bagitau 'lou pan'. Lepas tu suruh 'lou pan' bagitau Menteri... Kalau tak nak bagi orang melayu beli, jangan jual". Gua tinggalkan gadis kaunter dan budak kaunter dengan jawapan yang sepatutnya gua tuju pada tauke 7E. Gua tahu, niat mereka berdua cuma nak cari rezeki, tapi tersepit dengan keadaan.
Keluar saja dari 7E, gua nampak pakcik cool baru masuk dalam kereta Viva hitam. Gua tengok, sebelah seat pakcik cool ada orang. Bukan melayu. Gua rasa, kawan dia. Kulit memang langsung tak sepadan. Pakcik cool toleh gua dan berlalu sambil tersenyum dengan gaya yang cukup cool. Sama cool nya macam dalam 7E tadi. Cool meninggalkan gua dengan seribu satu persoalan yang gua sendiri tak dapat nak cari jawapannya. Gua kena muhasabahkan lagi diri gua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
pakcik tu beli untuk bahan eksperimen
ReplyDeleteapasal org sebelah tu tak p beli sendiri? conpius???!!!!
ReplyDeletehm, 1 malaysia bro, hahaha.. =P . semoga insaf la pak cik tue!
ReplyDeleteOkeh..aku tgh berusaha utk berlakon COOL pas bace entry ko nie..kui3..
ReplyDeleteoh pakcik cool...
ReplyDeleteklu cik jah jadi nes... cik jah tanya pakcik cool tu. mcm ni. "atok... air pe tu? sedap ke rasanya??? agak2 manusia spesis kita nikan leh ke minum air tu? cucu pun nak try gak r."
tp heran r ngan kerajaan kita. napa nak jual benda2 yg xleh jual???? bangsa kita dah me...layu. tambah ngan benda2 ni. kot ye pun pakcik tu bkn belikan utk dia. tp anak2 bangsa mcm mana? yer r remaja kan suka mencuba. baru ada klass beb.
walaupun gua tak paham apa sebenarnya jalan cerita yang lu cuba nak sampaikan dekat semua orang dengan berpaksikan perkataan cool, hot, rock and roll nescafe tin 7E apa jadah tu semua,
ReplyDeletegua tetap cool.
To Alifbro:
ReplyDelete~ tapi gua rasa pakcik tu dah terlalu professor untuk buat eksperimen memandangkan usianya yang semakin legend.
To siti nurkhijah:
ReplyDelete~Sampai sekarang, gua tak dapat nak cari jawapan. Gua cuba bersangka baik terhadap pakcik cool.
To fiD:
ReplyDelete~ Yer. 1 Malaysia. Semua benda mesti 1 Malaysia.
To +black.angelz+ :
ReplyDelete~ Jangan risau. Lu tetap cool jika makan aiskrim Mat Kool.
To RedzaLiza:
ReplyDelete~ Gua tak mampu meluahkan soalan yang seperti cik jah itu. Haya soalan yang sepontan yang keluar. Itupun dibalas jawapan yang sangat-sangat cool.
To CharMiea:
ReplyDelete~Lu tidak cool sebab lu tak faham cerita gua yang berformat karangan SPM.
~Untuk menjadikan diri lu begitu cool bila dipandang masyarakat setempat, sila berlagak cool-cool sahaja.
dorg share air tu ke? pelek2...tp bkn org tue jerk org mude bdk skola pon da pandai beli da......
ReplyDelete@beautiful_rose
ReplyDelete~Gua tak tau. Tapi gua rasa dia memang belikan untuk kawan dia.
~Budak-budak sekarang dah susah nak cakap dah. Gua pernah nampak budak-budak sekolah rendah stim gam. Zaman gua dulu tak ada sampai mcm tu
jalan cerita mle2 cm suspen.. tp ending dye ..confius i.. hehee.. jgn mara haa kopi ais
ReplyDelete@yana
ReplyDeleteHehe. Gua tak tau pakcik cool tu beli untuk siapa dan kenapa pulak dia yang beli.Ending yang sampai sekarang gua tak tau.
kwn pakcik cool xde kaki kot... tolong menolong sesama insan tu kot... hurrmmm
ReplyDeleteorg sblh tuh OKU kut xdpt beli sendiri...agaknyalah...
ReplyDeleteerk,tp mmg pakcik tu pun xpatutlaa kan..isk...bapak sapolah tuu...