Terdapat cara yang paling mudah untuk tentukan adakah blog kita mesra search engine terutamanya Google atau sekadar mesra alam. Bemula dari URL blog, tajuk blog, tajuk entri atau artikel, tulisan dalam entri atau artikel dan juga komen yang di beri oleh visitor atau reader. Semuanya boleh tersenarai dalam result search engine jika kita hanya sekadar mempunyai asas dalam skil SEO.
Untuk tentukan yang blog kita mesra Google search engine ataupun tidak, bolehlah cuba trik yang tersenarai di bawah.
1. Taipkan URL blog kita pada kotak Google Search dan tekan butang Search. Seterusnya lihat apakah result yang terpapar. Adakah URL blog kita mesra Google Search engine.
Contoh: maribinablog.blogspot.com
2. Taipkan tajuk blog kita pada kotak Google Search dan tekan butang Search. Seterusnya lihat apakah result yang terpapar. Adakah tajuk blog kita mesra Google Search engine
Contoh: bina blog | buat blog | tutorial blogspot | blog info
3. Taipkan mana-mana tajuk entri atau artikel yang ada pada blog kita pada kotak Google search. Seterusnya lihat apakah result yang terpapar. Adakah tajuk entri atau artikel blog kita mesra Google Search engine.
Contoh: Adakah blog kita mesra Google search engine (SEO)?
4. Taipkan mana-mana teks atau perkataan yang ada pada entri atau artikel blog kita. Bermula dari 6 patah perkataan dan kemudian dikurangkan kepada 5 patah perkataan hinggalah 3 patah perkataan. Adakah entri atau artikel blog kita mesra Google Search engine.
Contoh: blog kita mesra Google search engine (6 patah perkataan)
blog kita mesra Google search (5 patah perkataan)
blog kita mesra Google (4 patah perkataan)
blog kita mesra (3 patah perkataan)
5. Taipkan mana-mana teks atau perkataan pada komen yang di beri oleh visitor atau reader blog kita. Bermula dari 6 patah perkataan dan kemudian dikurangkan kepada 5 patah perkataan hinggalah 3 patah perkataan.
Komen dari entri Memasang Iklan Nuffnang pada setiap post.
Contoh: suke2. sblm ni malas nak wat (6 patah perkataan)
suke2. sblm ni malas nak (5 patah perkataan)
suke2. sblm ni malas (4 patah perkataan)
suke2. sblm ni (3 patah perkataan)
p/s: Untuk komen, biasanya spider google memang lambat nak crawl. Kalau nak cuba, sila guna komen yang ada pada post yang lama atau post pertama kita. Pastikan kita dah ubah dari nofollow kepada dofollow pada setting bahagian komen. Default setting untuk blog yang berdomain blogspot adalah nofollow.
Secara kesimpulannya, jika blog kita tersenarai pada senarai top 10 pada kebanyakkan hasil dari search tadi, terutamanya untuk pages from Malaysia, maka blog kita sememangnya blog yang mesra Google search engine untuk peringkat Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hoho nanti aku ceritakan kebaikan dan keburukan nofollow dan dofollow :D dalam draft dah nie
ReplyDelete@Melz
ReplyDeleteWah. dah ada entri baru yer bro.hehe
gua tau pasal keburukan dofollow. Masalah spammer. Tapi tu bukan masalah kut.
Setakat blog kecik macam kita, Spammer bukan masalah.pada gua lah.
akak ada pasang widget e-referre.com, dan tahu dari mana pengunjung masuk kat blog. Byk dari google dan yahoo. Bila klik link tu rupanya mereka taip mrsnor @ mrsnor hobi @ hobi dan kehidupan..tersenarailah blog akak ...hehehe kira mesra goole search engine juga ker tu.......
ReplyDelete@MrsNor
ReplyDeleteYe. Kira dah mesra lah tu. Sebab dah di list pada search engine. Hehe
@Nescafe ais
ReplyDeleteno follow dan do follow yang korang cakap ni untuk metatag robot tu ke?aku kurang paham..huhuhu
@sukiminna
ReplyDeleteBukan. Ni untuk spider crawl ke bahagian komen. Kalau default setting,nofollow. Jadi spider tak akan crawl ke bahagian komen. Nak spider crawl ke bahagian komen, kena set dofollow.
biasanya blog2 power jarang ada buat dofollow ni.
ReplyDeletelagi2 kalau blog tersebut pagerank lebih dari 4.
kalau tidak banyaklah spammer yang datang..:)
tp macam tuan tanah bagitahu la,
biasanya blog2 kita ni x de la spammer sgt.:)
aku dah cakap bro, blog ko fames kat malaya nie kan, heee
ReplyDeleteSalam Ziarah......
ReplyDeleteTerima Kasih atas tips ini
lately aku tgk ramai yg masuk blog aku ngan carian LESBIAN... ape gile... adekah perlu aku wat lebih artikel pasal lesbian? haha
ReplyDeleteAku dah try buat kat SEO,ok kot.kalau taip url,ada yg teratas.tajuk pun ada dan yg mana ko listkn tu ada,InsyaAllah
ReplyDeleteAlhamdulillah, harap2 berterusan mesra SEO
Wah, kiranya blog ini sungguh hebat la
ReplyDeletetabik spring :)
tak tahu plak pasal dofollow and nofollow ni.
ReplyDeletethanks..
setting comment blog dah lari la.nak nangis ja.
ni disqus punya pasal la.
skrg ni dah tak boleh nampak berapa org komen.
masalah besar ni.
ada blogger lain boleh tolong?
amat2 memerlukan bantuan.