Tetapi berapa ramaikah yang betul-betul faham apa yang harus mereka tulis? Bagaimana cara sebenar untuk menulis? Apakah benda yang patut dan tidak patut di tulis di dalam blog dan adakah blog itu sebagai satu platform untuk mengutarakan pendapat atau ketidakpuashatian diri sendiri?
Sebagai rakyat Malaysia, kita diberikan hak kebebasan untuk bersuara. Harus diingat, bukan hanya di parlimen sahaja kita boleh bebas bersuara. Ramai yang tidak jelas akan perkara itu. Dalam artikel 10 (1)(a) jelas menyatakan hal tersebut.
Walau bagaimanapun, sebagai rakyat Malaysia dan juga seorang blogger, kenalah berpegang teguh pada ajaran agama, tatasusila dan budaya . Janganlah sampai menghasut, menghina dan menjatuhkan maruah. Itu tak elok. Gunakanlah kebebasan yang diberikan sebaiknya.
Kini, telah diwujudkan beberapa kod etika untuk dipatuhi oleh blogger. Sebelum ni, mungkin kita tak berapa jelas atau langsung tak tahu pun tentang etika blogger ni. Apa bendanya etika-etika ni semua?
Kod etika blogger.
1. Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
2. Tidak memplagiat hasil tulisan.
3. Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
4. Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
5. Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
6. Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
7. Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
8. Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
9. Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Sumber kod etika: Utusan Malaysia Online
p/s: Agak-agaknya, adakah kita dah mematuhi standard menjadi seorang blogger yang beretika. Heh.
nice info..
ReplyDeletethankss..
good point :)
ReplyDeleteerkk..daku tak dapat nak agak..
ReplyDelete:
;
:
masih merenung n memikir entry di ats
thanks utk peringatan itu... soklan tu xleh nk jawab... hahaha
ReplyDeletegoog reminder...thanx
ReplyDeletesalam
ReplyDeletenak kata setuju 100% pendapat utusan tu tak ler.. pendpt utusan tu lebih sesuai utk blogger politik tp utk blogger tp kalau blogger cikai or blogger kecik cam akak yg dok tulis suka2 aje...perlukan etika spt utusan tu tulis???
@MrsNor
ReplyDeleteHehe. Bukan untuk politik sahaja. Umum. Semua blogger. Walaupun blog kita cikai dan tulisan kita juga cikai, etika tetap etika. Kalau tengok, blogger cikai macam kitalah yang suka buat kontroversi. Sikit-sikit kutuk, gaduh, maki hamun..
@Melz
ReplyDeleteHaha. Gua terpaksa menyekemakan tulisan gua untuk entri ini
@mr nazreen
ReplyDeletesharing is caring
@Decorater [MisS N]
ReplyDeleteHehe. Benda ni hanya info.
@ABDUL RAZAK
ReplyDeleteSharing is caring
@..nOj..
ReplyDeleteGua sendiri pun terkial-kial juga nak jawab. Hehe
@394245940501546021.0
ReplyDeletesharing is sexy..woot2
@sukiminna
ReplyDeleteSexy is hot. Haha
@2344720244440790257.0
ReplyDeletecam salah grammar je ni..
bukan mengskemakan ke? wahahaha..
aku bm dapat B ar.
kalau salah tolong tunjukkan
@sukiminna
ReplyDeleteDua-dua juga salah. Mana ada menyekemakan dan mengskemakan. Haha.
macam satu pun tak kena dengan gua.
ReplyDeletetapi gua peduli apa.
gua nak tulis blog jugak.
heh.
@CharMiea
ReplyDeleteHaha.Lu nak tulis? Tulislah...tulislah. Heh.
@1004066343172821775.0
ReplyDeleteoh kira da sesat dari awal la ni..cis
@sukiminna
ReplyDeleteSesat lagi menyesatkan. Haha
perlu ke tulis blog?
ReplyDeletebukan taip blog?
hahaha.
@2609319478805552783.0
ReplyDeleteKenapa buku yang ditaip kita tulis hasil penulisan? Bukan hasil penaipan?
ermm y nieh aku dh tgk byk da...blogger y saling kutuk mengutuk maki memaki...x tau nak komen pe dah..msg2 punye pendpt.kang sala ckp x pasl2 die hentam kite lak.so,aku pilih untuk jd pemerhati bebas........huhuhuh
ReplyDelete@CharMiea
ReplyDeleteYelah. taiplah..taiplah..Pakai taipwriter pun tak apa. Heh
@Dak Wan
ReplyDeleteHehe. Dia bergurau saja tu. Maklumlah kanak-kanak riang.
Ni link teman... http://sue-sygckit.blogspot.com/2009/12/code-of-ethics.html
ReplyDeletenice nescafe ais.. sedap dibaca sma seperti minum secawan nescafe ais.. =P
ReplyDeletelaaa
ReplyDeletetu blog formal blh ler
kami blog main2 jer
underground
siap kena block RTM lagi blog aku neh
hehe...