• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Monday, December 21, 2009

Widget counter Widgeo.net yang mengganggu keharmonian visitors.


 Apa popup-popup. Nak kena pukul ker !!!

Pop-up merupakan window yang muncul secara automatik tanpa kebenaran. Biasanya, window pop-up berbeza dari segi saiz tetapi lazimnya tidak menutup seluruh skrin. Sebahagian pop-up dibuka di atas window browser yang sedang digunakan, sementara window lain muncul di bawah browser (pop-under).

Internet browser seperti Firefox membolehkan kita mengawal pop-up dan pop-under melalui panel Content dalam window Options. Penyekatan pop-up dilakukan secara default. Kita tidak perlu untuk mengaktifkan penyekat pop-up untuk menghalang pop-up.

Walaupun ada diantara kita yang lebih advance, menyekat kemunculan pop-up ini dengan membuat manual setting pada option browser, terdapat juga pop-up yang terlepas dengan mudah dari halangan tersebut.



Jika kita menggunakan widget counter atau apa saja widget dari widgeo.net, kita sebenarnya secara tidak sedar telah menumpangkan pop-up pada blog kita. Apabila kita klik pada link atau klik pada mana-mana bahagian pada blog yang memasang widget counter dari widgeo.net, akan muncul satu window seperti yang terpapar pada gambar di atas. Window tersebut dinamakan pop-up dan pop-up ini memang gagah perkasa kerana ia dengan mudah saja dapat melepasi sekatan yang kita buat pada browser, walaupun kita telah setting supaya pop-up window di sekat daripada terpapar. Dan sebagai bonus track, pop-up yang terpapar itu juga berformat flash yang sememangnya membebankan proses loading. Jadi,perlukah visitors pula yang terpaksa memasang pop-up blocker?

Ramai pengguna widget counter dari Widgeo.net ini tak sedar dah ada juga yang tak tahu dari mana datangnya pop-up tersebut. Mungkin ada yang pelik, setiap kali mereka klik pada link atapun pada teks dalam blog mereka sendiri, tiba-tiba muncul tanpa di undang, satu window pop-up. Ianya datang dari widget counter yang kita pasang pada blog kita sendiri.

Memang widget tersebut nampak cantik dan menarik kerana berformat flash,akan tetapi masalah popup ini membuatkan sesetengah laptop ataupun PC tiba-tiba menjadi sedikit berat kerana terpaksa membenarkan tetamu yang tidak di undang ini melakukan proses loading.

Jika anda ingin memasang widget counter, di sarankan supaya anda memilih counter yang lebih ringkas seperti counter yang disediakan oleh whos.amung.us ataupun histats.com.

Untuk artikel yang berkaitan dengan pop-up widgeo ni, bolehlah merujuk kepada entri yang di tulis oleh Suki. Dia lagi hangin satu badan pasal widget Widgeo ni. Haha.

Update:

Entri tentang Widgeo juga ditulis di blog sue-sygckit.blogspot.com

p/s: Suki, gua pinjam gambar widgeo kat atas tu yer.

11 comments:

  1. tau takpe ! aku nie lagi sakit hati miahahaha

    ReplyDelete
  2. @7507778730061427699.0
    ngehehe..aku tunggu dgn tukul nak ketuk popup

    ReplyDelete
  3. @1155986099546642168.0
    Tukul?Yang jahanam nanti monitor ko jugak kan....? Hehehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha..tau xpe..apekah tetibe muncul kat tepi jam..sebuk jew..pastu sume jd lembap sampai xde mood nak berblog..eee!!

    ReplyDelete
  5. aku lagi anti bro. hahahah... aku tak teror nak kawal2, tapi kalu kluar jew, cepat2 aku delete,hahahah

    ReplyDelete
  6. @Melz

    to Melz

    Haha. Sakit hati tak apa. Jangan terguris hati. Lagi parah.miahahaha kembali

    ReplyDelete
  7. @sukiminna

    To sukiminna

    Wah bro..lagi ganas. Ni betul-betul angin satu badan ni.Hehe

    ReplyDelete
  8. @+black.angelz+

    Pop-up yang banyak menguji kesabaran. Hehe

    ReplyDelete
  9. @Dak Wan

    To Dak Wan

    Dia tak kisah, duit banyak nak beli laptop baru. Hehe

    ReplyDelete
  10. @fiD

    Dah setting pun pop-up tu lepas juga. Cara terbaik, klik pangkah saja. Nak lagi terbaik, jangn masuk blog yang pasang widgeo. Nampak kejam sangat lah pulak. Haha

    ReplyDelete
  11. ok nes, linkin http://sue-sygckit.blogspot.com/2009/12/tips-blogging-boikot-widgeo.html

    ReplyDelete