• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Monday, December 21, 2009

Sebab apa kita perlu kerap update blog?


Jika anda berblog hanya sekadar mengisi masa lapang atau sekadar suka-suka dan langsung tak kisah ada visitor ataupun tidak, entri ini sememangnya tidak ada kena mengena dengan anda. Tapi, kalau nak baca pun boleh juga. Dipersilakan untuk bersila.

Kita mungkin merasa sedikit pelik kenapa ada segelintir blogger yang terlalu rajin update blog mereka. Ada yang sampai 4 hingga 5 entri yang di postkan pada satu hari. Kenapakah mereka menjadi sebegitu rajin? Ada hadiahkah yang menanti mereka? Atau mereka ada sebuah masaelah?

Sebagai blogger baru yang sangat mementingkan kehadiran traffic, inilah sebabnya kenapa kita perlu menjadi rajin untuk update blog kita sendiri. Memang buat permulaan, inilah cara yang terbaik sekali untuk menarik kehadiran traffic di samping melakukan blogwalking dengan kerap. Semakin kerap kita melakukan update, semakin tinggilah kebarangkalian traffic pada blog kita akan bertambah. Harus di ingat, jika kita jarang untuk melakukan update, jumlah kehadiran traffic akan turun dengan mendadak. Takkanlah kita hanya nak bergantung harap kepada blogwalking semata-mata. "Slamat siang sobat.Blogwalking nih. Jangan lupa mampir ke blog gue ya". Mampir, mampir juga, entri dah berkurun tak update. Apa cerita tu?

Kita tak boleh samakan blog kita dengan blog yang telah lama bertapak. Jika kita lihat, ada blog yang mempunyai bilangan traffic yang tinggi, ini kerana mereka memang telah lama dan mempunyai entri yang berkualiti.

Kita pula janganlah terlalu mudah memberi pujian pada blog yang mempunyai traffic yang tinggi. Sikit-sikit nak puji. Pujian tu kalau dapat tambah traffic pada blog kita tu oklah juga. Ini tak. Puji sebab kita ingat blogger tu hebat dan dah mencapai taraf otai. Tak ada maknanya. Dia pun bermula sama macam kita juga. Ingatlah yang kita sedang berdiri dengan kaki kita sendiri.

Selalu juga gua baca komen pada blog yang bertraffic tinggi ini. Sikit-sikit komen, "hebatlah blog ni, macam mana yer blog ni boleh ramai visitor", "kenapa yer blog ni boleh ramai follower". Komen yang sangat melucukan. Memang tak salah kalau sekadar bertanya, tapi takkanlah kita tak boleh lihat sendiri apa yang ada pada blog tersebut. Lihat cara penulisannya, kualiti entri yang di tulis, berapa kerap di update, berapa banyak entri yang ada pada blog tersebut dan cara yang macam mana blog itu dapat menarik visitor. Kontroversi ataupun tidak.

Sepatutnya kita tengok sendiri apa yang ada pada blog kita dan tanya diri sendiri, "Kalau macam ni gaya aku tulis blog, bolehkah dapat traffic yang tinggi. Sikit-sikit tulis pasal makan, pakwe, pakwe, makan, makan pakwe..Bila mau habis daa..".

Kita pun sebenarnya boleh jadi seperti otai-otai itu kalau kita ada kesungguhan dan usaha. Kalau nak update pun malas, itu pun setakat seminggu sekali, macam mana nak dapat visitor yang tinggi. Tinggal angan-angan mat jenin panjat pokok kelapa sajalah jawapannya.

57 comments:

  1. sapelah yang tanye tu bro ek...

    laenlah ko bro, OTAI blog, hehehe... lagi 2 minggu jejak 1000 follower dah, eheheh...

    otai tutorial bahasa malaysia . heheheh..

    page number 1 bile search google.. tahniah bro!

    ReplyDelete
  2. salam,

    terimakasih diatas artikel saudara ni. Saya sentiasa mengikuti perkembangan blog ni secara senyap. Banyak yang dapat saya belajar dari sini. Tak tahulah bagaimana nak balas jasa2 saudara. Moga2 usaha saudara beroleh ganjaran yang baik jua..

    ReplyDelete
  3. hehehehe betul la... saya sokong yg ini... kalo susan nk apdet, lama2 org masuk pn jadik boring... huhuh

    ReplyDelete
  4. woha..terasa aku...dah dua hari tak update blog.kekeke..

    mampir ke blog gue juge yer.
    klu ade gambar2 panas takpe gak..kekekeke

    ReplyDelete
  5. betul tu... kawan2 aku ramai yg crite pasal life mereka jer termasuk aku... heheheheh

    ReplyDelete
  6. @fiD

    Otai jadah apa gua. Gua pun tengah merangkak lagi ni. Kalau tak ada korang semua, tak ada maknanya blog gua ni. Hehe

    Memandai jer page no 1 kat google. Gua check selalu kelaut aje.

    ReplyDelete
  7. @..nOj..

    Betul tu. Ramai yang malas nak update, tapi traffic dan follower nak tinggi. Macam mana.

    ReplyDelete
  8. @merah_s

    Tak apa. Terima kasih sebab sudi jenguk blog ni. Kita sekadar berkongsi apa yang kita tahu.

    ReplyDelete
  9. @yus

    Haha. Tak kisah sebenarnya, yang penting selalu di update.

    ReplyDelete
  10. @sukiminna

    Haha. Iya sih, nanti gue mampir ke sana ya.

    ReplyDelete
  11. aiseh bro.. sib baek lu wat entri ni.. menyedarkan gua supaya meng update blog gua.. trimas trimas.

    ReplyDelete
  12. @Fyzal

    Haha. Ok, terus gi update blog.

    ReplyDelete
  13. warghhh

    aku suke gaya bahasa n tulisan ko...

    mantap beb

    ReplyDelete
  14. La ya...kdg2 boring jgk bila buka blog yg byk cerita hal peribadi dr awal sampai kesudah. Aku pon dulu masa baru nk bertapak, mcm tu la tp bila dh byk jelajah blog org dan bandingkn dgn blog sendiri, terlalu banyak kekurangan. So, ko pon jom la singgah selalu ke Teratak Usang, komen la apa2 yg patut secara keseluruhan. Aku nk tau jgk kelemahan yg ada di blog aku tu...

    ReplyDelete
  15. baru2 ni mode entry blogku moody2 je. tp rajin lak visitor nak masuk. kalau mode entry art atau psl fmili atau isu semasa... seram2 sejuk je blog aku dijengah huhu...

    pembaca macam suka baca entry yg panas2. tp dlm masa yg sama penulis mungkin terpksa berhadapan dgn beberapa tanggapan negatif dr pembaca. nk2 pembaca yang xkenal rapat atau yg sekadar baca sesebuah dua entry je. pastu masuk la komen2 negatif.

    nak dptkan intipati cerita yg dpt tarik perhatian pembaca. SANGAT SUSAH BAGIKU huhu...

    ReplyDelete
  16. aduiy,.
    ak nih kategori mlas la jgk nk update,.
    bkn pe,.
    modal kering laa

    ReplyDelete
  17. Aku pun dah makin terpesong ... makin banyak lak tulis entry personal . Tapi tengok trafik mantain aku terus kan jerlaaa .

    ReplyDelete
  18. Dari pemerhatian wa, posting yang ada kena mengena dengan internet dan dunia blogging memang top.

    ReplyDelete
  19. thank you2!
    info n teguran yg berguna..
    but then, nk update selalu tu maybe utk mereka yg full time bloggers la kowt kan?=D

    btw,like ur warna-warni background!

    ReplyDelete
  20. Begitu mendalam kupasan but I agree with u...Thumb up...Keep up a good work,enjoy reading it...

    http://eyriqazz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. @heatzik

    Aaaa..Ni macam mana nak setel ni. Hehe

    ReplyDelete
  22. salam blog yang bagus,ana dah follow,banyak ilmu boleh dapat dari sini,terima kasih bagi sumbangan ilmu yang bermafaat

    ReplyDelete
  23. @wansteddy

    Hehe. Yang penting rajinkan update. Nak tulis apa kat blog,tulis saja lah.

    ReplyDelete
  24. @Iza

    Tak kisah pun sebenarnya kalau nak cerita pasal personal pada blog. Yang penting, rajin update kalau nak traffic. Hehe.

    Ya, gua akan mampir ke sanan nanti.

    ReplyDelete
  25. @touyakaruma

    Terpesong kat blog tak apa, jang terpesong akidah. Hehe.

    ReplyDelete
  26. @cikTi

    Nak senang, postkan semula entri yang lama. Haha

    ReplyDelete
  27. @Mentari Pelangi

    Makasih sudi datang sini. Hehe

    ReplyDelete
  28. @Dak Wan

    Tak juga bro,pada gua pulak, yang penting, cara kita menulis.

    ReplyDelete
  29. @miera

    Mmm. Mungkin juga. Tapi kalau nak traffic tinggi, inilah caranya.Hehe

    ReplyDelete
  30. @nurimo

    Pun terima kasih juga sebab sudi singgah sini.

    ReplyDelete
  31. @Eyriqazz

    terima kasih bro sebab singgah juga kat blog gua. Hehe

    ReplyDelete
  32. la~ abes tu kalau da x de mende nak di post nak wat camne. beranak pinak la biawak gajah lembu kat blog tu.

    ReplyDelete
  33. @♥ 이재진

    Alahai. Ni baca macam mana ni. Paham ker tak ayat kat atas tu. Gua bagitau, ni untuk yang pentingkan visitor.

    Terpulanglah. Nak update ker tak. Gua pun tak kisah. Nak beranak apa pun dalam blog tu. Gua cuma bagitau saja.

    Masalah juga ada orang yang macam ni.

    ReplyDelete
  34. setuju! info cun! setiap blogger bermula pada permulaan yang sama cuma yang membezakannya adalah ilmu dan skill.

    ilmu boleh dicari secara percuma dimana-mana. rajin meng'google' dapatlah imbuhan.

    skill pula akan dapat kendian setelah ilmu sudah banyak. skill jarang dapat percuma walau pun dalam pembelian ebook!

    ReplyDelete
  35. @Megat

    Haha. Terima kasih bro singgah blog gua. Gua setuju pendapat tu. Memang macam nilah caranya. Banyak benda yang gua belajar sendiri dengan cara mengoogle saja. Tak ada pun nak tanya-tanya orang. Tapi ramai yang bagi alasan baru belajar, buta IT dan macam-macam jawapan yang gua anggap hanya alasan.

    Ada juga yang tak paham maksud entri yang gua tulis. Terpulang pada diaorang nak terima. Gua hanya ingin berkongsi dan menyampaikan saja.

    ReplyDelete
  36. pekabo bro? haha. gua tgk dah xda chat box. so komen sini saja. pe cite air hitam? gua order krepek xsampai2 lg pun. haha..


    btl. kna rajin update. baru org xbosan...
    tp gua ni pmalas. haha

    ReplyDelete
  37. @mirachantek

    Terpulang pada individu. Kalau blogging setakat suka-suka, memang perkara ni tak penting,tapi kalau ada matlamat, traffic sememangnya sangat penting.

    p/s: Kalau buat blog, tapi tak ada traffic, baik tulis dalam MS Words saja.

    ReplyDelete
  38. @greenhall

    Haha. Shoutboxnya ada, tapi gua sorok kat tepi tu.

    Pasal kerepek tu, tunggu time nak raya, baru stok banyak.Haha. Nanti gua poskan.

    ReplyDelete
  39. entah napa...suka bc gaya penulisan ko...kemasdan tersusun...hehe..pujian...

    betul laa ko ckp tu...sbb aku pun mengalami benda sama, kalo update , memang kencang laa gak trafik yg masuk tp bila update sipu2 jer, sadis sungguh.... :(

    ReplyDelete
  40. actually apa yang saudara tuliskan itu betul,
    tp tidak semua blog glamer pasal penulisan nyer bagus..
    kerana dalam dunia blogging ni ada juga mereka yg jahat lagi nista (Eh nista tu bukan utk 'kata kata' jer ker?)

    ada juga pocket stumble upon blogger yg hanya keyword-comment.

    jumpa kata kunci, general komen tentang kata kunci, buat 300 komen sehari...
    pastinya 150 visitor sampai ke blog sndiri walaupun penulisan nya hanyalah about
    -people are kejam to me,
    -anon kept on bugging me,
    -i luv my mother
    -n lastly.. what u'v mentioned.. makan:D

    so let me generally keyword-comment ere one time :D

    'Sy slalu jgak blogwalking:)'

    ReplyDelete
  41. bagus.. bagus.. entry ni.. i like.. hehe.. :D

    ReplyDelete
  42. @DaHLia

    Hehe. Terima kasih di atas pujian yang diberi. Hidung gua semakin kembang.Memang betul, kalu tak update, traffic turun. Nak naikkan semula bukan senang.

    ReplyDelete
  43. @Pocket

    Ye encik Pocket.Gua juga setuju dengan pendapat tersebut. Tapi tak semua blogger pandai keyword dan tak semua blog yang berplatform blogspot di set kepada 'dofollow' pada komen. Kalau ikut default setting, semuanya 'nofollow'

    Untuk 300 komen sehari, gua memang tak mampu nak buat macam tu. Banyak komitmen lain yang gua nak kena buat dari mengadap blog dan memberi komen. Hehe

    Anyway, terima kasih kerana sudi melawat blog gua.

    ReplyDelete
  44. @Rabiatul Adawiyah

    Iya. Entri ini sekadar pendapat sahaja.Hehe

    ReplyDelete
  45. Nak buat blog ni sama macam orang cari makan, orang meniaga, orang nak gi perang,...cikgu nak gi sekolah.... he he.. tak de persediaan, jawabnya jadi hampeh le blog tu.. bayangkan cikgu gi sekolag tanpa tulis buku persediaan mengajar? Tak berterabur ke isi pelajaran??
    Tulis blog ni pun kena bersedia dgn bhn2.. Lepas tu, pasang strategi, bila nak keluarkan.. set masa. barulah kos efektif..

    ReplyDelete
  46. worh...cam2 eh...stkt skg (i am a newbie) aku masih belum ada pengomen kat post tp kat shout box ada la..(mgkin entri aku yg xbest kot)...ntah la tapi aku teruskan mengupdate....thanks bro!

    ReplyDelete
  47. aku sokong apa yang bro kata ni..

    ReplyDelete
  48. salam ziarah.. saye sekong 500/100 about n3 ni.. mmg pn.. ermm if traffict nk tinggi or follower mmg kne update selalu..sy pun dulu fikir gk..cmner they all ley tinggi trafict..lastly bru tau.. ehehehhe ..izin masuk link dlm jurnalis sy ye...ermm jom2 jadi follower n see my blog.. hehehhe sempat promote...

    ReplyDelete
  49. dulu masa mula2 berlog bukan main rajin update..sehari sampai dua tiga entry..but now...cik mood makin kurang...huhu

    ReplyDelete
  50. Saya baru terjumpa blog ni.... banyak info dan ilmu. Terimakasih ye! Saya yang baru belajar ni akan selalu kesini!!
    www.wanayusuf.blogspot.com

    ReplyDelete
  51. aku slalu mampir ke blog ko. entah knp. mungkin gaya bahasa yg best kot. lawak. nasib baik x jatuh hati di sini. (boleh ke jatuh hati gitu?)

    ReplyDelete
  52. entri yang cukup baik & meningatkan aku.
    lepas ni perlu update dengan lebih pantas dan hasilkan entri yang berkualiti.
    yang penting ada semangat blogging.

    ReplyDelete