• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Saturday, December 19, 2009

Susah sangatkah nak bertukar ke template yang baru?



Minta maaf jika tulisan dan bahasa gua ini akan menyakitkan hati sesetengah reader, tapi gua tahu, semua readers blog ini adalah seorang yang cool. Bukan nak tunjuk pandai mahupun memandai-mandai, tetapi jika anda seorang yang berfikiran terbuka, menerima kritikan atau teguran secara yang positif, gua yakin, anda tidak akan terasa ataupun melatah dengan entri ini. Anggaplah yang kita sama-sama belajar dan cuba untuk membetulkan kesilapan dan kekurangan yang ada. Bak kata Abang Jamil dalam cerita Madu Tiga. "Siapa yang marah... nasihat !!"

Kalau di sebut saja pasal tukar-tukar template, mesti ramai juga yang berkerut dahi. Dalam kepala dah membayangkan yang widget dalam blog nanti akan hilang, satu kerja yang menyusahkan diri dan berbagai faktor luaran yang akan menyebabkan kita terus dibayangi dengan persaan  takut untuk cuba menukarnya. "Buat apa pulak aku nak tukar-tukar template. Kan blog aku dah cantik". Ya, memang cantik. Jadi, anda mungkin tidak ada kena mengena dengan entri ini, tetapi anda boleh juga terus membacanya jika mahu.

Oleh kerana takut ataupun terlalau sayangkan template classic itu, kita cuba mengambil jalan yang mudah dengan membuat sedikit ubahsuai dan tambahan pada template tersebut seperti menukar saiz lebar ataupun menambah sidebar atau apa saja yang dirasakan sesuai dan perlu.

Sebenarnya, membuat pengubahsuaianan dengan cara tersebut lebih menyusahkan diri kita sendiri dan sangat berisiko. Lainlah jika kita betul-betul memahami dan mahir untuk membuat pengubahsuaian pada template. Mengapa perlu menyusahkan diri dengan memilih jalan yang sukar jika terdapat cara yang lebih mudah?

Sampai bila-bila pun kita tetap setia dengan template classic tersebut jika kita tidak berani untuk cuba menukarnya. Belum apa-apa lagi dah cakap susah. Orang lain dah sibuk tukar template ala wordpress tetapi kita masih lagi disini dengan template classic. Adakah kita memang seorang yang classic?

Alasan yang selalunya di beri jika ada visitor atau reader yang menegur tentang layout blog kita ialah, sebab terlalu suka dan kasihkan template tersebut atau  kita cakap, kita seorang yang sukakan  sesuatu yang simple. Ini sebenarnya adalah helah bela diri yang dah tak boleh pakai. Gua tak percaya lagi dengan alasan yang semacam ini. Pasti juga ada yang beralasan yang template tersebut memang kena dengan jiwa dan raganya. Mungkin...

Berterus terang sajalah yang kita sebenarnya tak tahu macam mana nak tukar. Kenapa mesti bagi alasan yang sedemikian rupa. Bagaimana boleh kita tafsirkan yang kita suka kepada sesuatu yang simple tetapi hakikatnya dalam blog kita berlambak widget yang entah apa-apa entah. Header sebesar-besar alam dan tulisan yang berwarna warni buat sakit mata nak membacanya? Ya, ianya memang sesuatu yang simple.

Kalau kita tengok template-template baru yang ada sekarang, kebanyakannya di adaptasi dari template wordpress. Ada yang 2 column dan 3 column. Kalau nak 4 colum dan bercolumn-column pun ada juga. Ianya simple juga, tetapi lebih menarik dan lebih elegant. Nampak macam seorang yang profesional jika kita menggunakannya walaupun hahikatnya kita tak tahu apa pun. Yang kita tahu, cuma tukar template.

Banyak penambahbaikan yang telah dibuat oleh designer pada template-template baru yang bertujuan untuk memudahkan blogger dan reader . Ada template yang telah siap dipasang dengan auto read more, recent posts, recent comments, feeds dan sebagainya. Bukankah ia sememangnya telah memudahkan kita?

Jika kita takut widget yang kita pasang mungkin hilang semasa kerja-kerja menukar template, salin kod setiap widget tersebut pada note pad. Kalau hilang widgetnya pun, kan boleh di pasang semula. Memanglah sedikit menyusahkan nak kena cari semula, tetapi bak kata pepatah, "nak, seribu daya, tak nak, seribu dalih". Kalau banyak sangat dalihnya, kekal sahaja dengan template lama. Habis cerita. Lepas tu, jangan pulak tanya, macam mana nak buat itu, nak buat ini, nak pasang itu, nak pasang ini. Kata simple. Jadi, teruskanlah dengan dunia simple itu.

p/s:

Siapa yang rasa kerja tukar template ni memang susah, sila tulis jawapan anda  YA atau TIDAK pada ruangan komen. Jika majoriti beri jawapan TIDAK, gua akan buat lagi satu tutorial yang lebih detail, sedetail-detailnya tentang macam mana nak tukar template. Komen dari Anonymous tidak di ambil kira. Tapi janganlah bantai tulis YA atau TIDAK aje. Komenlah sikit.

74 comments:

  1. x susah la..lgpun kalo tkut widget hilang kan dpt back up gak.hee

    ReplyDelete
  2. kalau dah ok rasanya maintain aja.. yang penting bila pelawat datang tak lambat nak loading...dah clik ur sherlock dan mas

    ReplyDelete
  3. kalo bagi ika la.. as new blogger.. nak tukar template ni nk kne ade kberanian n otak kena kreatif sikit. cmne nak back up sume tu nk kne tau sbb before ni ika da try byk kali da tukar2 at last ika pilih yg biasa2 jela.. kalo ada yg x nak tukar mybe sebab malas n x rajin nak selak tutorial kot...masing2 ade sbb tsndiri =)

    ReplyDelete
  4. @oReNd3ViL'89

    betooll tue... sekarang template dah canggih pon. erm cume malas or rajin jew kalu nak tukar. tapi takpe, maybe orang2 yg bertanye tue minat dalam html nie, heheheheh.. mcam aku la bro nes, heee

    ReplyDelete
  5. pd mula nya susah..tapi sy akui sy rajin sgt explore ( ceh puji di sendiri) so lelama dah jd senang sgt2!! smpai blh kata dlm sebulan mesti nk tuka template!! hihi

    ReplyDelete
  6. btul

    tukar template - mudah
    edit template - serius susah kecuali template tu kita yang construct sendiri basicnye. Klu template orang lain yang buat mmg agak sukar..sbb xtau kadang2 ada div yg diletak untuk tujuan ape.nama2 id & class yg pelik2

    entri ini cool! dah balik dari laut yer..hehe

    ReplyDelete
  7. aku suke bab nak tuka2 template nieh.tp wt mse skang aku lbh selese simple mcm nieh jerk.sbb nk tuka ambk mse berhari gak lah.sblm nieh ak gune 3 column tuh pon berhari gak lah nk tuka sbb aku pon br blaja dn x pro dlm hal nieh.nak ngadap pc pon jarg da...tp kalo ko ade tuto care mudah nk tuka,bminat gak aku nak tau =)

    ReplyDelete
  8. gua suka cara lu menulis blog..
    slamber and cool jer..

    ReplyDelete
  9. Daripada classic ke template baru tak susah , just depend samaada anda nak mencuba atau tidak.

    Sebelum nie aku guna bawah Pyzam dan siap gelap gelita lagi . Ada yang komen bawah Pyzam tak berapa best dan theme gelap tak sesuai . Jadi aku ubah template dan aku sendiri akui template baru aku lebih bagus dari yang lama .

    Pasal widget bukannya satu masalah sebab kita boleh paste jer dekat notepad .

    ReplyDelete
  10. tukar template adalah sesuatu yg cool.
    benda mudah kalo ade kerajinan.
    kalo pemalas mmg mcm alasan la.

    widget tu da backup kat note pad siap.
    dlm beberapa jam siap la kalo rajin. ahaha

    ReplyDelete
  11. Betullah bro! Saya biasa tukar2 template..asalada template baru yg cantik je, tukar le... macam tukar baju...Saya ada juga letsak berapa widget kat blog.. Cara paling senang,memang guna notepad, salin kodnya. Letak le nama fail yang senang..
    Saya buat satu folder baru, ikut nama blog yg nak ditukar template tu..pas tu, wat subfolder, sidebar kanan ke, kiri ke, middle ke.. pastu, save ler... kalu kod tu untuk 'clockwidget', bagi ler nama 'clockwidget'. tujuannya supaya mudah cari. Kalu 'chatbox', nama 'chatbox'..etc.. alah senang bah!

    ReplyDelete
  12. @392971787415813252.0

    Betul tu. Yang penting, backup widget dalam notepad. Takkan hilang punye. Hee

    ReplyDelete
  13. @4776321362410659630.0

    Banyak sangat widget yang buat page lambat loading.

    ReplyDelete
  14. @ieQa sWetLuv

    Kena cuba selalu, nanti lama-lama pandai sendiri. Tapi kalau malas-malas, tak boleh nak cakap apa leh. Hehe

    ReplyDelete
  15. @fiD

    Hehe. Sejak bila pulak ko jadi malas ni. Kalau bab tanya tu tak der hal. Ramai yang boleh tolong jawabkan.

    ReplyDelete
  16. @Farra Dhelina

    Wah-wah. Mentang-mentang dah expert tukar template, jadi rajin pulak tukar tiap-tiap bulen yer. Hehe

    ReplyDelete
  17. @sukiminna

    Haha. Tau takper. Tu yang kadang-kadang kalau nak tambah id baru, gua tulis kod nya dalam bahasa melayu saja. Biar gua sorang yang faham.

    Dah tak kelaut dah. Laut bergelora. Bahaya kepada perahu-perahu kecil.

    ReplyDelete
  18. @beautiful_rose

    Kalau kita rajin nak cuba tukar-tukar template, lama-lama benda ni jadi senang. Tak sampai sejam pun boleh siap. Hehe.

    ReplyDelete
  19. @Hot Mp3

    Hehe. Sebab reader semua cool. Tu yang selamba. Tapi kena jaga juga bahasa. Takut ada yang terguris hati.

    ReplyDelete
  20. @touyakaruma

    Haha. Layout hitam dah tukar jadi kelabu. Tapi kalau guna template dari pyzam, kadang-kadang loading jadi berat sebab backgroundnya dan template tu asalnya template classic. Cuma di modify sahaja.

    ReplyDelete
  21. @zikeryhassan

    Betul tu bro. Memang cool sebab boleh tukar-tukar. Benda yang mula-mula macam susah, tapi bila dah selalu buat, lama-lama jadi senang.Hehe

    ReplyDelete
  22. @Cikgu Norza

    Hehe. Ye cikgu, yang penting bukan kerjasama, tapi kena rajin, lama-lama nanti jadi senang. Itu yang selalu bertukar-tukar template saja.

    ReplyDelete
  23. Ya...susah gakla...ngeh2..slame nih main click2 je...diorg kate my blog suram,header tak cantik..at last,just buang header je...layout n templete still tak ubah...cam serabut je lau nk ubah sume...

    ReplyDelete
  24. @Decorater [MisS N]

    Hehe. Itulah, siapa suruh main klik-klik aje. Benda yang senang dah jadi susah. Ni macam mana nak setel ni. :)

    ReplyDelete
  25. aku baru jugak tukar...still tak puas ati...bukan ssh nak tukar cume nk cari template yg memenuhi permintaan hati ini,,chewah..haha

    ReplyDelete
  26. Masa xfhm mmg susah tp bila study kod html tu semua jd senang. Skrg xtunggu boring thap cipan..boring sikit pun dh tukar template. yg penting save widget siap2. YA...mmg senang.

    ReplyDelete
  27. sng jea sbnrnya, tu pun klau kita tau guna laa.. kalu xtau, tanya la org yg pro kan.. hehe.. -xtau nak komen pe sbnrnya-

    ReplyDelete
  28. Pendapat teman, hidup kena berani! Berani mencuba, berani gagal, berani buat, berani tanggung dan besi berani. Erk.. tersasul sudah. Honestly, lu memang otai la Nes. Template baru ni ceria jewr. Ni skrng wa tgh pikir nak guna threaded komen cam lu nya nie atau disquss. Masih me nimbang2..

    ReplyDelete
  29. salam
    saya kaki tukor template
    tanye pembaca2 setia blog sy..hihihi
    bukan nak riak..tp sy ni cepat jemu kot?
    sy pundah beralih kpd template ala wordpress..mmg mantopp..
    jemput dtg ye

    ReplyDelete
  30. @6068189457058970163.0

    Wah. Dah macam tukar baju yer. Tapi memang senang kan..Heh

    ReplyDelete
  31. @6118854345897657995.0

    Haha. Betul tu. Bab nak cari template yang betul-betul kena dengan jiwa yang susah sikit. Yang penting kena rajin mencari.

    ReplyDelete
  32. @kinsyakrn

    Kompem ni mesti selalu tukar-tukar template ni. Hehe

    ReplyDelete
  33. @Aiza

    Haha. Kena cuba-cuba juga. Buat satu test blog. Kat situ boleh try dan belajar tukar template.Hehe

    ReplyDelete
  34. @Ummi Hanie

    Ni dah tahap hardcore bab tukar template ni. Heh.
    Nanti gua singgah ke sana pula yer.

    ReplyDelete
  35. @Dak Wan

    Betul tu. Kena berani macam besi berani. Haha.
    Gua cuma tukar background saja. Yang lain tetap yang lama.

    Disquss lagi best rasanya. Gua nak pakai juga, tapi cuma takut masalah loading saja.

    ReplyDelete
  36. salam nescafe ais...satuuu..
    akak ni mmg blogger baru dan masih tahap belajar nak tukar2 template tu pun..masa mula2 dulu mmg x reti tahap dewa rasa..asik ilang2 jer segala pic akak..tapi kalau dah berjaya tukar tu..kira hepi giler x boleh wa nak cakap kat lu la suker..sbb tgok cantek kan hasil keja tgan sendiri..tapi x la bongkak sbb rajin masuk umah lu ni..tgok2..amik ilmu yg lu bagi ni..wa suker sgt blog lu ni nes sbb byak tlg wa jadi blogger yg selalu upgrade ilmu wa pasal nak edit2 bagai ni...wa byak tq kat lu la nes..blog lu mmg bagus tuk jadikan rujukan dan panduan..teruskan usaha murni lu tlg org2 yg masih belajar mcm wa ni kan...alamak pasal wa cama camni dah ek...

    apa pun akak mmg selalu nak belajar perkara baru tuk nak upgrade ilmu jadi blogger ni..x la nti jadi ketinggalan plak kan..

    wa mmg salute sama lu nes..timakasih kerana lu adakan toturial kat blog mcm ni..teruskan..

    ReplyDelete
  37. @NJ

    haha. Ya, mula-mula memang benda ni nampak sukar dan susah, tapi bila kita lama-lama buat dan edit, jadi senang nanti.

    Gua hanya berkongsi benda yang gua tahu. Apapun terima kasih sebab rajin masuk blog gua yer kak.

    Tak ada hal nak pakai gua lu, janji kita cool. Hehe

    ReplyDelete
  38. sorry nes sikit lagi nak tambah

    kalau yg dah terror tukar2 or ubah2 template nak marah pehal lak..kalau dorang dah terror x yah ar masuk tgok blog tutotial kan ke..dah nama pun tutorial sape nak belajar masuk ar..dah terror lu bikin ar sendirik x yah tiru2 kat sini kan..

    tuk lu nes wa suker blog lu..org lain ada wa kesah..pk ar sendirik

    ReplyDelete
  39. tak susah tukar template ...seronok tukar2 template..macam2 blog templates ada...akak naik gila tukar2 template .. seronokk tauu "rumah" kita sentiasa bertukar ..benda freeee ..renovate tak kuar modal hehehe

    ReplyDelete
  40. Tidak susah kalau tau coding =)

    betul x?


    bkn mslh hilang widget
    tp mslh hilang bloglist..

    rmai yg ckp mcm tu..

    ReplyDelete
  41. @NJ

    haha. Diaorang tak marah pun. Cuma pendapat masing-masing saja.

    ReplyDelete
  42. @♥miszluna™

    Tu kena buat backup secara manual. Hehe. Kalau rajin, copy paste.

    ReplyDelete
  43. @MrsNor

    Betul tu. Daripada tak tahu, kalau selau cuba, lama-lama boleh jadi tahu juga. Itu yang tiap-tiap minggu tukar template saja kerjanya. Hehe

    ReplyDelete
  44. terasa ni....btul2 terasa ni....aku rasa tak susah nk tukar ke template baru. Tapi aku lebih sukakan background hitam yg berkolum 3. Kalau rajin cari, mmg jumpa tp masa kurang mgizinkn.lg pun, boleh blajar utk tambah kolum.kalau senang2 je blh dpt template baru tanpa usaha, mgkin kita kurang hargainya. Header aku dulu mmg sebesar alam, thanks la pd nescafe ais dgn perubahan tu....aku suka banget....terima kasih daun keladi..

    ReplyDelete
  45. @Iza

    Hehe. Apanya yang nak terasanya. Kan gua bagitau umum. Tak tuju pada seseorang pun. Apapun gua mintak maaf lah kalau ada yang terasa. Lagipun benda ni dah lama gua tulis, cuma belum post. Banyak simpan pada draft.

    ReplyDelete
  46. wow, topic ni menarik. aku baru saja tukar template wordpress beberapa hari lepas.

    Apa2 pun aku memang sangat stuju,
    "notepad sangat berguna"

    ReplyDelete
  47. @alifbro

    Haha. Betul tu bro. Notepad memang sangat berguna

    ReplyDelete
  48. @:: Feez_Mior ::

    Kena selalu cuba, nanti tak pening-pening lagi dah. hehe

    ReplyDelete
  49. sedang2 saje..tp blh pening gak tu nk edit..huhuhu

    ReplyDelete
  50. @eza_nazmi

    Part mana yang susah cik kak?

    ReplyDelete
  51. @syimah85

    sebab tu kena selalu buat. Kalau tak, memang jadi susah

    ReplyDelete
  52. agak leceh la bila dh tukar template..tapi patik mmg dh save code2 widget tu sblm tukar..

    yg agak ssh, font color nak kena tkr lek..hehe

    mekasih cikgu nes!=)

    ReplyDelete
  53. TIDAK! Tapi saya perlukan tunjuk-ajar lebih detail maklum budak baru blajar! saya juga suka pada pmbaharuan dan sesuatu yg baru & trbaik. suka ubah2 x semestinya cam tu aje selama nyer!T/kasih..

    ReplyDelete
  54. @ZihNuN FaTiN

    Kalau baru sekali dua, memang macam susah, tapi kalau kita selalu cuba, mesti jadi senang.

    ReplyDelete
  55. @Am-flora

    Betul tu bro. Tapi ramai yang belajar sendiri juga tukar-tukar template ni. Benda basic. Yang penting kena selalu cuba.

    Gua pun tak ada basic juga dulu, tapi rajin explore google. Tak ada siapa pun yang ajar. Belajar sendiri. Trail and error.

    ReplyDelete
  56. YA saya rasa memang susah! Sebab saya masih baru dalam dunia blog tambah pulak buta IT,so memang tak pandai langsung nak edit benda alah ni. Dah pernah try beberapa kali, tapi selalu tak jadi.Huhu malu sebenarnya nak mengaku tapi harap2 bos boleh tolong ajar saya dengan lebih detail.
    Thanks =)

    ReplyDelete
  57. rupenye ade org mcm saye....
    sye pun mcm Little Mimie jugak...
    still baru nak kenal bloging...
    nk tukar template???
    jem jugak la...
    bru lg kan..

    ReplyDelete
  58. @Little Mimi

    Hehe. Cuba dulu baru boleh cakap susah. Gua rasa, blogger lain pun belajar sendiri juga.

    ReplyDelete
  59. @miss anne

    ye ker baru lagi. Tengok profile, start blogging dari tahun 2008. Kena biasakan mencuba. Tak cuba mana nak tahukan.

    ReplyDelete
  60. bro, mintak tolong wat tutorial detail punyer. sy jahil bab2 coding ni (byk sgt ponteng klas programming)

    ReplyDelete
  61. @z4mr

    Hehe. Bro, tukar template tak mmerlukan kita belajar bab-bab koding ni, cuma upload template baru saja. Tengoklah nanti, kalau ramai yang minta gua tulis secara detail, baru gua buat yer.

    ReplyDelete
  62. Kalau takut hilang bloglist, lebih baik gunakan kelebihan follow blog.. Sebab masa nak masukkan bloglist tu, ada pilihan.."blogs that I follow". Pilih jer dengan klik pada kotak choices tu.. Masa nak klik plak boleh asingkan... macam buat LABEL.. klik pada yg berkenaan saja..
    Cara ni lebih selamat & senang.. Traffic pun dapat!

    ReplyDelete
  63. ya mmg ssah dh banyak kali sye cuba sbb tk paham n ssah sangat sorrii eeek sye bru je 11 thun nk blaja tukar template

    ReplyDelete
  64. salam..nk tnya klau ambil template dr laman web, klau kita buang designer yg buat template tu x pe ke?adakah menjadi kesalahan?cth mcm template maribinablog dihilangkan apabila seseorg itu menggunakan template yg dibuat oleh NA?-ct

    ReplyDelete
  65. @Anonymous

    Terpulang. Gua pun tak tau nak cakap salah ker tidak.

    ReplyDelete
  66. aku cm terpikir perbuatan tu mcm salah..( blh kata cetak rompak ke?)..sbb tu kot ramai yg x tukar template..hehe.pendpt je..-ct

    ReplyDelete
  67. @Anonymous

    Emm...Maksudnya macam mana tu. Ramai tak tukar template sebab tak nak delete credit ker?

    Gua tak dapat tangkap apa sebenar maksudnya..

    ReplyDelete
  68. susah sangat, guna je template formasi xml. Biasa yang perlu diedit hanya menu dan feedburner. Buat satu blog lain. Cuba belajar edit template di blog baru. Tak kene bayar pun wat blog baru. Aku pun mcm tuan tanah. Belajar sendiri. Yang penting, kene rajin tanya pkcik google. Kalau betul2 minat, pasti cepat faham. Cuba tanya tuan tanah, berapa blog "main-main" yang dia ada? Hehehe...

    ReplyDelete
  69. hehehe.. actualy aku tak nak tkr template sbbnye, aku fikir susah, n tkt widget tu ilang.. bila dah belajar dah tau nak buat cmana nmpk mcm sng, tapi mslhnya nak cari template tu... takda yang masuk d hati..
    skrg tgh bhempas pulas nak cari tmplate yng cntk.. :D

    ReplyDelete
  70. ok aku mmg xreti tukar template. sila tolong aku bro.

    ReplyDelete
  71. tak susah..tapi pening bila nak tukar template..tapi aku akan pandai dgn pening ni.,.huhuhu..thanks info..
    pandanol..panadol...

    ReplyDelete