Kita tak boleh bagi alasan yang kita baru lagi. Hatta kalau kita dah lama sekalipun, mesti kena berpegang teguh pada prinsip dan etika.
Terus terang gua katakan yang gua tak ada hal dan tak kisah (kisah juga sedikit-sedikit) kalau sesiapa saja yang nak copy entri gua. tak nak letak kredit pun tak apa, tapi yang paling penting, edit semula dengan ayat sendiri. Nak ambil tutorial gua letak dalam blog sendiri, di persilakan, tapi editlah dengan step sendiri. Bukan copy and paste. Janganlah ambil jalan mudah walaupun memang mudah. Dengan hanya select, copy and paste. Kemudian tekan butang Post. "Tahniah, anda sudah berjaya update blog anda. Sila Ping"..
Jangan ingat yang orang lain tak perasan perbuatan kita. Sebenarnya senang sangat nak kesan benda-benda macam ni. Google search jawapannya. Tapi nak buat macam mana, tak semua blogger memegang prinsip dan etika blogger. Tindakan yang asal boleh dan blog pun asal boleh dan lebih kurang halal. Yang penting, nak naikkan traffic.
Bertambah jelek dan meggelikan hati, apabila gua baca macam-macam nasihat dan tazkirah yang ala-ala penceramah jemputan macam dalam TV tiap-tiap petang Jumaat pada blog-blog yang copy and paste ini, siap ada mutiara kata kelip-kelip, tapi hakikatnya, diri sendiri tak terkesan langsung dengan mutiara kata sendiri dan tulisan yang ala-ala ceramah dan tazkirah itu. Memang memunaikan. Gua saspek, entri ceramah pun di copy paste. Kalau di Selangor, dah kena tindakan oleh JAIS sebab bagi ceramah tak ada permit. Nasib baik tulis pada blog. Guna permit lori pun lepas lagi.
Banyak lagi cara sebenarnya kalau kita nak update blog kita walaupun kita dah kering dan kontang dengan idea. Gua cadangkan, olahlah buku-buku cerita semasa kita melalui zaman kanak-kanak yang indah, contohnya seperti cerita Sang Kancil, Kerengga jatuh dalam sungai minta tolong, Burung Bangau dengan seekor Ketam, Kura-Kura dan Arnab atau apa saja cerita yang mungkin mampu menarik traffic. Di TV juga banyak cerita-cerita yang seperti itu, tetapi dalam versi Indonesia. Contohnya seperti Bawang Putih Bawang Merah, Liliput dengan Kelinci dan entahlah apa lagi. Gua tak tengok. Gua cuma baca intisari rancangan saja. Yang penting, Sekar bukan cerita kanak-kanak.
Kalau kita nak copy and paste tanpa edit entri tersebut, cara yang terbaik, letaklah kredit. Kalau tuannya nampak pun, senyumlah juga. Walaupun sekadar senyum kambing. Tak adalah rasa nak marah-marah. Tak pasal-pasal berperang pulak. Nanti mulalah, berbalas entri macam berbalas pantun nak masuk meminang.
Akhir kata dari gua, guna hati, akal dan fikiranmu. Bukan dalam kepala ingat nak update saja. Gua bukan marah, tapi nasihat dengan bahasa dan cara gua sendiri. Kalau terasa, senyum sudahlah.
p/s: Patutlah gua tengok pada page counter gua, ada yang copy image kat blog gua, gua ingatkan nak simpan dalam henset atau dalam frame sangkut pada dinding rumah. Rupanya ada mesin fotostat di sebalik blog gua. Patutlah blog gua, seminggu dua ni macam berat saja. Gua saspek mesin fotostat jenama RICOH.
Gua terharu, ramai juga yang minat pada entri gua. Ambillah. Apa yang penting bukan kerjasama, tapi EDIT. Jangan jadi burung kakak tua. Orang komen nanti tak boleh nak jawab. Jalan mudah, DELETE. Lagi Punai.
Salam Ziarah....
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan anda
Betul gak tu...
ReplyDeletebiasanya kan yg dok copy & paste ni, jenis org yg tak nak guna otak utk berfikir! Akak pun suka baca setiap entry nes sbb boleh kasi idea nak upgredkan lagi blog akak, bukan nak tarik trafic
ReplyDeletesalam buat tuan blog...
ReplyDeletebetul apa yang tuan katakan...
copy n paste....mamat buta pun boleh buat cam gini....
cari la identiti kalau nak glemour kan tuan..
buat tuan moga ada hikmahnya.
aku datang nak mengkopi ni..tapi bawak kertas karbon jek..hak2..
ReplyDeletemane yang copy2 nak jugak aku tgk blognye hehehe
i nak copypaste detak dalam belog.
ReplyDeleteboleh ? ;p
haha.. aku ada kopi, tapi copy code html yg kau ajar tu la.ekekek..
ReplyDeleteak pernah tertekan ko nye who among us ko tu.. beribu org copy2, code html kot.... haha.. gambar pn ada ek..
betul....selalu dtg sini kalau ade update mesti nak cube wat kat blog. cari ilmu, bukan cari traffic. eceh. thanks ya
ReplyDeleteSy bdk baru..hehehe
ReplyDeleteinsyaallah xkn terlibat dlm
arena copy-mengcopy nie..
I suka minum nescafe je..
wt hilng ngantok nk study..hehe.
100 percent setuju...kekadang kita penat perah idea..penat taip..nak kasi yg terbaek..alih2 ada orang pedajal terus copy jer...ni yg aku angin ni...burppp mmg dari pagi angin naik kepala nih..tapi aku respek tuan blog ni..teruskan usaha anda..sebab byk yg aku bekajar dari blog ni tauuu...
ReplyDeletexpe bro...ko pakai tynt kan? nanti dapat backlink balik...
ReplyDeletesatu cara camana nak buat post jgak tp tak der idea, sila gi komen post orang tp ngan panjang panjang nyer sampai bleh jadi post dalam blog sndiri..
ReplyDeletecth:
'pocket ader baca tentang samting yg interesting kat blog ni Maribinablog... tentang post bertajuk KERING IDEA.. kopi post orang. n disini pocket ader rase cam betul apa yg... kalau la nangoi tu nangoi jgak.. '
and so on and so forth...
every perkataan yg buleh di link ke tuan punya tu, buleh jer link kan skali:D
jahat la jgak, (Ker nakal?)
tp better then plagiat n mengaku karangan sndiri kan?
amacam? dibenarkan ker pocket buat gitu utk blog ni?:) (Komen mintak kebenaran ni sebenornyer ^^)
100% saya sokong n3 anda ini nasihat menasihati tak salah...kadang ada juga belah loye kala nengok blog atau laman web tertentu dia org main cedok aje sumbernya, kita pun dah tahu drp mana dtgnya bender itu.
ReplyDeleteTula pasal beb . aku pun kadang2 panas jgak benda cani . Serious bagi aku tak kesah kalau penulis yang ingin copy paste tuh nak copy atau paste sebijik . tapi Credit tuh penting kan ? heh
ReplyDeletelagi satu kalau nak copy pun . boleh tak guna ayat sendiri ? betol tak ? tambah sikit ke dengan idea sendiri . olah lagi jadi best.. baru gempak ye tak ? kalau copy paste sebulat dan tukar-tukar nama dan claim benda tuh as dia yang tulis dan buat . apakejadah ? haha renungkan pada CopyPasteMan/men :)
@pak long
ReplyDeletebetul tu Pak Long. Gua harap mereka sedar.
@MrsNor
ReplyDeleteSetakat copy kod, tak kisah pun, tapi masalah yang suka copy entri dan claim dia yang tulis. tapi nak buat macam mana. Dah lumrah kehidupan. Hehe
@sukiminna
ReplyDeletehaha. Banyak tak kertas karbon nya.
nak tau siapa. Anggap benda ni sekadar makluman. Siapa dia, itu tak penting. Hehe.
@Liyanaa.
ReplyDeleteBoleh saja cik Liyanaa, yang penting harus di edit dulu. Hehe
@Fiffy Syafiqa Hazirah
ReplyDeleteHehe. Copy kod tak apa, memang kena copy pun. Jangan copy entri bulat-bulat sudahlah.
@sue
ReplyDeleteBoleh juga nak cari traffic. Tinggalkan URL pada komen atau shout box. rajin-rajinlah datang selalu yer. Hehe
@bluesky
ReplyDeleteHehe. Saya pun budak baru belajar juga. yang penting ada kesungguhan nak belajar.
Suka nescafe yer...Nanti gua belanja. Amacam?
@Shaifful Hairi b Ramli
ReplyDeleteKita sama-sama belajar bro. Yang penting ada kesungguhan. Lama-lama nanti boleh pandai juga. Haha.
Terima kasih bro sebab singgah blog gua.
@heatzik
ReplyDeleteHehe. Backlink pun tapi tak sedaplah, tiba-tiba yang copy tu duduk atas kita. Marah pun ada. Tapi kena cool-cool saja.
@Pocket
ReplyDeleteHehe. Karang dah jadi sama panjang dengan post yang tuan blog tulis.
Betul tu, daripada jadi plagiat, baik salin semula komen yang kita dah post pada blog orang lain. Alternatif juga tu. Hehe.
Yer Encik Pocket, anda dibenarkan. Dipersilakan..lol
@YASSIN SULAIMAN
ReplyDeleteBiasa lah bro. Benda ni memang tak boleh nak di elakkan. Macam-macam jenis blogger yang ada. Ada yang jujur, ada yang kurang jujur dan tak jujur. Yang penting, kita kena ada kesedaran sendiri dan prinsip.
@Melz
ReplyDeleteHaha. Betu tu. Gua suka ungkapan 'Copypaste Man'. Gerenti box office kalau buat filem. Kalah Cicak Man
@eeeda
ReplyDeleteJawapan sama seperti diatas.
@lagenda
ReplyDeleteye. terima kasih sebab sudi singgah sini.
Salam...
ReplyDeleteBermanfaat dan rasanya macam tepat ke batang hidungku...hehehe...
InsyaAllah tips ini memberi satu idea,,,,
Sekadar kongsi pandangan...
ReplyDeleteKalau nak tulis blog mesti pilih tema yang kita minat, barulah keghairahan untuk menulis tu ada. Ini orang buat blog, ko pun nak buat blog. Lepas tu takde idea, salin bulat-bulat daripada blog orang. Blogger apa kejadahnya tu?
Bagi aku, yang salin bulat-bulat dan bagi kredit pun tetap salah sebab itu idea orang. Mesti edit dalam bahasa sendiri dan letak sahaja pautan blog tersebut. Tak perlu letak dari a sampai z sebab ko tak sumbang apa-apa pun dalam penulisan tu.
Pendek cerita, mana la blog ko nak berkat dan maju. Apatah lagi yang letak pula iklan tu. Ingat berkat ke curi idea orang dan dapat hasil untuk sendiri? Kalau kat u dah lama kena tendang sebab mencuplik.
Fikirkanlah nilai keberkatan dan integriti dalam menulis blog. Biar tak ramai pelawat datang tapi blog kita ada niche tersendiri yang diingati oleh pengunjung.
ehehehe kalau copy paste tutorial bole gak la sejuk ati... kalo copy karangan pengalaman kte camne lak tu? tiba2 nk cite sama ngan cite kte?
ReplyDeleteapa pun, br la kredit pada tuan punya...org kita dah terbiasa bg pernghargaan pada org yg dah takde...
ReplyDeleten jgn sesekali mengambil hak org lain dgn mengaku ciptaan sendiri...zalim tu...buatnya anak yatim ke...mana kita tau kan???
p/s:bro, sy letak kredit tau utk bro :-)...peace...
Thanks. You punya blog amat membina. Banyak ilmu boleh dipelajari .Semoga terus sukses di masa akan datang.
ReplyDeletecarutan ke punai tu?
ReplyDeletePunai?
ReplyDelete@Bungakopi
ReplyDeletePunya panjang entri gua tulis, perkataan Punai saja yang di highlightkan. Haha.
Punai ialah seekor burung. Harap maklum.
At least backlink dan credit blog tu kira ok lah kan?
ReplyDeleteterima kasih dengan kata-kata dalam entri u...
ReplyDeletesiapa makan cili memang terasa pedas...
tapi perasan tak, kita buat blog ni pun kite copy and paste, download juga, sbb kita tak tau nak buat template blog sendiri...
hidup ni kite kena blaja dan cuba terima mana yang baik utk kebaikan diri kita dan orang lain...
tak salah nak sharing info, sebab semua info yang diambil tu bukan sekadar nk update, tp itu adalah sebahagian daripada hidup blogger...
sapelah kite nk menilai orang lain betul ke tak, sedangkan diri sendiri pun mula2 tak tau nak buat blog, ape lagi post2 or entri, so kenalah belajar, yg penting ada kesungguhan...entri leh develop plahan2 kan ...
smila alwayz hihihi...
hidup bloggers...
sib baik tade plagiarism kan...
setuju tu bro.. bagi je lagi hehehe
ReplyDeletesalam,setuju dgn entry ini.
ReplyDeleteIngtkan kat pejabat saya je gune Ricoh
Kat alam maya pon ade juge :D