• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Sunday, December 6, 2009

Otai blogger berperang dengan newbie blogger. Dah reda ke belum? Sudah-sudahlah tu.


Gua harap isu blogger yang berlagak otai vs 'newbie blogger' macam gua ni dah kembali reda. Sebenarnya, gua malas nak ambil 'pot' pasal hal-hal yang semacam ini kerana gua tahu yang benda ni akan reda sendiri sama seperti isu klik-klik Nuffnang. Baik gua tulis pasal tutorial, ada juga faedahnya.  Tapi gua kena tulis juga pasal benda ni sebab gua pernah buat entri pasal isu klik-klik Nuffnang pada entri yang lepas.

Memang hangat sehangat tahi ayam bilamana gua baca macam-macam entri dan komen. Ada yang membina dan ada yang langsung tak membina dan ada yang langsung masuk penjara. Di tambah dengan sumpah seranah, maki hamun dan carutan ala-ala orang kaya menghisap cerut tak kira ianya adalah luahan dari blogger yang berlagak otai mahupun 'newbie blogger' (macam gua lagi). Hal yang kecik sebenarnya, iaitu isu team klik-klik Nuffnang, tapi di sensasikan dengan provokasi ala-ala konfrontasi yang dah macam gaya nak pergi perang. Gua sangat yakin yang ini adalah strategi untuk menambah trafik yang sangat berkesan. Tapi dengan cara yang sangat menyengalkan.

Gua pun tak tau siapa yang berhak untuk melabel yang seorang blogger itu otai ataupun seorang pemanjat pokok petai. Yang gua tau, siapa yang baru berkecimpung dalam dunia blog ni memanglah newbie(macam gua lagi sekali). Orang barulah katakan. Tapi takkanlah oleh kerana blogger tu seorang newbie yang tak tau hujung pangkal dunia blog ni senang-senang saja golongan blogger yang berlagak otai ni melabel newbie dengan gelaran yang cukup indah yang berbunyi NAJIS. Pergghh..ayat memang tak boleh 'blah'.

Adakah hanya kerana diri kita dah bertapak lama dalam dunia blogger dan merasakan yang kaki pun dah tumbuh akar, dengan mudah kita memberi boleh mengeluarkan sebarang pendapat yang ikut sedap kepala otak kita?

Gua tak nafikan yang gua sendiri tak setuju dengan budaya klik-klik Nuffnang. Tapi gua taklah sampai tergamak nak hentam secara membabi-buta kumpulan blogger yang klik-klik Nuffnang dengan kata-kata kesat dan gelaran yang memang tak boleh 'blah' itu. Gua tahu, kumpulan klik-klik Nuffnang ni lama-lama akan faham benda ni. Nak sekolahkan orang pun kena agak-agak juga bahasanya. Bukan main sedap menulis walaupun diri telah di tabalkan sebagai otai blogger atau telah di iktiraf oleh Malaysia Book Of Record.

Kepada otai blogger dan juga newbie blogger(macam gua), sudah-sudahlah tu berperang. Tak ada faedahnya. Yang rasa dirinya otai tu, nasihatkanlah adik-adik newbie macam gua ni dengan nasihat yang membina. Bukan sedap nak hentam orang saja.

Pada newbie pula, inilah sebenarnya dunia blogger yang anda impikan itu. Janganlah patah semangat bila kena hentam dan terus nak delete blog. Nasihat yang boleh diterima, ambil sebagai pengajaran, nasihat yang memang tak boleh blah tu pulak, buat bodoh sajalah. Sedarlah yang otai itu tetap ada bodohnya. Mereka juga manusia biasa.

Kita blog sudahlah...

p/s; Ada yang pung..pang..pung..pang macam gempa bumi dalam entri dan komen, lagak macam hero, tapi guna Avatar. Apa barang. Tunjuk muka lah beb. Baru otai..

34 comments:

  1. hahahha baselah tuh...sape makan petai,mulut die lah y berbau kan.

    x puas hati sile tunjuk dr jgn nak men sembunyi2 nmpk sgt diri tuh pengecut kecut macam plastik kene api.

    entry x seberape tp berlagak mcm otai giler...pedulikkan org2 y mcm nieh.jnji kte x wat kaco kat majlis org suda.

    aku menulis untuk dr sndr dan x penh nak harapkan org klick nuffnang.sebab itu aku x letak nuffnang.nmpk serabot blog aku dgn iklan kang...biakan kosong sje cukup.

    alamak bro,sory ahh aku komen panjang2 lak =p cool beb!

    ReplyDelete
  2. ahax...yup isu itu mmg amat sensasi...sapekah mereka2 yg otai tu ek? salu dok dengar cite je... tak penah tau pon sape otai yg suke makan petai tuh....

    ReplyDelete
  3. yeah setuju..apa yang penting, blog tetap blog..hehe

    ReplyDelete
  4. uhu,.
    newbie,.,
    den pon newbie gk,.,
    jgn ckp najis plk,.

    ReplyDelete
  5. @beautiful_rose

    Hehheh. Gua pun cool jugak. Tapi dia memang otai pun gua rasa. Biasalah, nama pun manusia. Mesti ada rasa bangga diri bila duduk kat atas. Ye tak. Masalah juga yer Nuffnang ni.

    ReplyDelete
  6. @Decorater [MisS N]

    Tak payahlah tau. Benda ni pun dah reda sikit. Semua dah mula slow..Hehheh. Jadi, kita sambung balik blogging

    ReplyDelete
  7. @Zikr the Jalanan Sepi Perantau

    Ye betul bro. Daripada bergaduh tak tentu hala, baik sibuk pasal blog sendiri.

    ReplyDelete
  8. @cikTi

    Takder lah sampai macam tu sekali. Gua pun newbie jugak. Gua rasa ramai jugak newbie yang terasa pasal benda ni. Kita cool cool sajalah.

    ReplyDelete
  9. ai lg newbie... lihat ai punye profile (cara tarik trafik?) baru je register sebulan yg lepas... hahah...

    ye ah jgn gaduh2... kami kami budak baru belajar... mane mane salah tolong la tunjukkan... jgn tiba2 tampar kami... cian kami newbie newbie baru belajo

    ReplyDelete
  10. @..nOj..

    Sama lah kita. Gua baru jer semalam jadi blogger. Lagi newbie. Hehe. Tarik trafik gua tak tau, tapi neskepi tarik gua tau ler.

    Ye betul. Buat apa gaduh-gaduh. Sama bangsa pulak tu. Ish..ish..ish..

    ReplyDelete
  11. alahaii perang blogger ni tak habis2 kat mana2 pun. Ingat akak aje yg kena serang pasal blog "budu" akak ...rupaya dik nescafe pun kena serang juga..ish ish ishhh simbah aje demo tu dgn nescafe air kasi sejuk kaw kawww

    ReplyDelete
  12. hahaha! macam budak budak je pereangai dorang,

    ReplyDelete
  13. i igt perang dingin & perang dlm senyap jer...rupa nyer perang betul2 eh..outdated sungguh.
    cube la pro sikit..benda remeh pun nak gaduh..hurm..donia..donia..

    ReplyDelete
  14. @anwaruddin

    Gua rasa, budak pun tak perangai macam tu.

    ReplyDelete
  15. @MrsNor

    Huh. Blog budu akak pun kena serang yer? Gua paling pantang sekali dengar orang serang blog budu ni. Blog lain gua tak kisah.Hehheh.

    Diorang kena mandi bunga.

    ReplyDelete
  16. @siti murni

    Tu lah. Sanggup provoke semata-mata nak tarik trafik.Ish..ish..ish.

    ReplyDelete
  17. heh..bgdoh? npe daku xtau lgsung..hehe :D

    ReplyDelete
  18. @Cik Rara

    Dah reda dah pun. Semua dah kool semula. Dah blogging balik dah.

    Lagi bagus tak tau daripada tahu.Hehheh.

    ReplyDelete
  19. releks.. tenang.. takde apa apa tu.. betoi tak bro Nes?

    ReplyDelete
  20. aku otai.. hhehehe
    wow readmore ko dh bertukar lg..

    ReplyDelete
  21. @Fyzal

    Betul tu bro. Tak ada maknanya benda ni semua. Provoke semata.

    ReplyDelete
  22. @alifbro

    Betul tu. Lu lagi otai. Haha.
    Kenapa dengan read more gua? Nak tukar jugak ker. Hehe.

    p/s: Gua sekarang tengah rajin renovate blog gua hari-hari.Hehe

    ReplyDelete
  23. tak pela tue...biarlah dorang terjun dgn labu2nya..

    ReplyDelete
  24. @Mr Kamikaze

    Tu lah pasal bro. Dah lah komuniti blogger Malaysia kecik aje. Itu pun nak bergaduh. Alamak..

    ReplyDelete
  25. mak aiiii....... kurang asam limau tullah. najis dia panggil kite???? ini yg cik jah nak jadi sailormoon ni. ( katun fav cik jah masa muda2). baru je cik jah kuar dr peti ais. mengcoolkan diri yg sgt2 wat cik jah myirap n berapi kes berukband ni. lagiii.... hehehe...dulu pakai tmnet. dah potong. malas plak nak daftar blik. buat otai2 blogger malaya.... cik jah nak kasi satu ayat je kat lu org. " tolong kami.... bantu kami.... budak2 baru belajar." hehehe... otai.... jgn nak perasan sgt. skrg ni budak2 sek ren pun dah pandai wat blog. bak kata nabil ( my fav artis ) lu pk r sendiri. hmmmm.... cik jah tgh panas ni. ada sesapa nak bg pinjam peti ais dia x??? peti ais cik jah dah teburai. gara2 memuatkan badan cik jah yg comel ni. wahhh.... dah jadi karangan pulak. hehehehe...

    ReplyDelete
  26. @RedzaLiza

    Hehe. Dah cool dah pun. Semua dah start blogging balik dah cik jah oi.

    Kan dah bagitau dah. Bertukarlah kepada TMnut. Hehe

    ReplyDelete
  27. huhuhu aku x ske nak gado2..bialah jnji aku x kaco org suda....kite wt hal kite jelah yerk =p

    ReplyDelete
  28. Aku taw sape ko maksudkan tu.. hahah aku pon dah bace entri "mamat" tu.. punyalah NAJIS ayat die.. subhanallah.. benci plak aku tgk.. hahahah

    ReplyDelete
  29. @Shahrul Shaharuddin

    Hahaha.Tau tak apa. Biasalah bro. Orang fofuler. Peminat pun ramai. Mcm kite ni apalah sangat.

    ReplyDelete
  30. Biasalah Nes.... Cara-cara kontroversi untuk lebih popular. Publisiti murahan? Maybe sifat manusia camtu kot, suka dengan kontroversi panas. Tapi teman pangkah jewr artikel-artikel camtu.

    ReplyDelete
  31. wahaha...bgus jugak cara diorang tu...
    just nk naikkan trfik blog diorg..
    aku pon nk ikot jgak laa..

    haha..xde mknenye..
    =P

    ReplyDelete
  32. @P e s o n a A l g e b r a

    Mau bergaduh dengan gua? Nanti kita sama-sama dapat keuntungannya. Haha. Sila setuju.

    ReplyDelete
  33. otai sgt ke diorang tu bro...aku tgkpun tahun 2007 baru start blogging...xde apapun..provoke bend yang sampah je...kennysia ok je...dapat gak award...diorang labelkan diri diorang otai xde award pun...suke2 je nak maki2 orang...

    ReplyDelete