Tuesday, December 15, 2009
Tolong !!! Blog kena banned. Nak buat macam mana ni?
Jangan terpengaruh dengan tajuk entri ini. Blog gua masih lagi stabil. Saja nak buat kontroversi macam orang lain buat. "Telur sebiji riuh sekampung". Tak ada idea nak buat tajuk apa. Yang ini saja mampu gua fikirkan. Cool-cool saja semua. Jangan emosi-emosi.
Pernahkan kita semua membayangkan yang tiba-tiba, segala usaha dan penat lelah menulis artikel dan entri pada blog kita sendiri, hilang begitu sahaja di bawa angin? Jika tidak, mungkin sekarang inilah masanya untuk kita membayangkannya.
Memang sangat mengecewakan dan mendukacitakan bila secara tiba-tiba, tak ada hujan tak ada ribut, akaun blog yang kita gunakan selama ini di banned tanpa sebarang makluman daripada pihak penaja hosting iaitu blogger.com.
Untuk makluman anda, sudah 4 e mail gua terima dari reader yang bertanyakan bagaimana hal ini boleh berlaku dan bagaimana untuk mendapatkan kembali entri dan artikel yang telah mereka tulis itu.
Kita sepatutnya mesti sentiasa mempunyai perasaan yang curiga di samping berterima kasih kepada blogger.com kerana telah menyediakan satu platform yang 100% percuma untuk kita semua berblog. Macam aneh, bila dah ucap terima kasih tapi kena juga ada rasa curiga. Satu tindakan yang kurang bijak bunyinya.
Oleh kerana kita berblog dengan menggunakan segala prasarana yang percuma dengan syok-syok dan santai-santai, segala pergerakan pada blog kita sebenarnya sedang di pantau. Jangan di tanya siapa yang pantau. Sendiri mau ingat. Gua kadang-kadang jadi pelik dengan lokasi visitor blog gua. Sangat mencurigakan. Jadah apa selalu masuk blog gua. Tapi gua cuba bersangka baik. Heh.
Blogger.com, pada bila-bila masa dan ikut suka hati dia, boleh banned blog kita secara senang-senang dan tanpa amaran lisan ataupun layangan kad merah sambil memakan kacang. Apatah lagi menggodamnya. Anggaplah yang kita ini sebagai seorang penumpang(bukan parasit) yang pada bila-bila masa dan di mana jua boleh di halau keluar oleh tuan rumah tanpa sebarang amaran dan senyuman. (Tak percaya? Sila baca terma dan syarat.)
Tiada cara atau tips yang boleh mengembalikan segala artikel dan entri yang kita tulis itu jika kita langsung tidak membuat apa-apa backup. Kalau setakat buat backup template, cuma template sajalah yang terselamat tanpa sebarang artikel dan entri.
Sila buat backup pada artikel dan entri yang telah kita tulis sama ada dengan cara tradisional iaitu didalam hard disk ataupun pada online hosting yang lain. Untuk lebih mudah, anda hanya perlu feed blog anda sendiri melalui google reader ataupun feedburner.
google.com/reader
Update:
Untuk lebih mudah lagi, segala entri dan artikel tersebut boleh di backup dengan menekan butang Export Template, pada setting dan boleh diuploadkan pada URL baru atau di uploadkan ke hosting Wordpress.
Credit to: sukiprattle.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ingatkan betul2 terjadi tadi.. hik3.. ala, suh org lak.. blog dia neh bebayar ke tak??
ReplyDeleteak rasa spy blogger.com kot yg masok dari negara2 mana tah. kadang2 ada kt pulau yang pelik2 pn leh sesat kt blog aku.
ReplyDelete@Aiza
ReplyDeleteDah kena baru gua tukar hosting.Heh. Dah siap awal dari dulu bab backup membackup ni.
@FiFFyMaFiA (",)
ReplyDeletePulau tak apa lagi. Negara bintang 6 yang buat gua pelik. Rajin pulak tu.
@FiFFyMaFiA (",)
ReplyDeleteDia ingat blog gua blog militan agaknya. Heh
kalau pakai yang backup yang export blog dalam setting tu bley gak kan? dia export jadi xml file..then xml file tu senang2 je kite bole trus import ke WP atau akaun blogspot lain(kalau tak serik sekali kena ban..hehe)..aku memang ade backup jgk kdg2 kat wordpress.com yg free tu..so jadi macam pelanduk dua serupa ar blog tu..tp template je la lain..
ReplyDeleteoh ya..jgn lupa backup jugak template..penat2 modified..kalau hilang nangis jugak..hehe
ni blog backup aku kat wordpress
www.sukiminna.wordpress.com
@sukiminna
ReplyDeleteHehe. Betul tu. Kenapa gua tak terfikir ye. Memang cara paling senang dan mudah.
Dulu gua pernah buat, tapi lepas tengok ada pada feedburner,gua dah tak export. Dahlah failnya besar.
Thanks for the info. Sharing is sexy..
@8158854877249223343.0
ReplyDeletehehe..sharing is hot!
@sukiminna
ReplyDeleteHot n spicy. Haha.
Gua dah bagi kad kredit. Tengok update entri ni.Nanti boleh buat shopping.Heh
blog ke banned? huhuhhu hope2 jgn la terjd pd blog aku......
ReplyDeleteehehe..update info tu macam agak mengkonfuskan sket.saje nak tambah ni..
ReplyDeletebackup template dalam: Layout -> Edit HTML -> butang "downlod full template"
backup blog & comments : Setting -> Basic -> Blog Tools ->export blog
sexy is sharing ..
kau punya tajuk kasi gempak jer...aku ingat betul..
ReplyDeleteaahh..
ReplyDeleteaku rasa cara paling senang export.
settle.
mula2 aku ingatkan entri je dia export, dengan komen2 skali dia export..:)
@unwanted
ReplyDeleteBetul tu bro. Gua ingat pun mcm tu juga. Rupanya semua dia export. Nak senang export saja. Nak lagi selamat, feed blog sendiri. Haha
ini satu tragedi beb . tamaulah terjadi kat kite...huhuhuuu...
ReplyDeleteuhuh ade yg kena ke???
ReplyDeleteadakah ku perlu mempraktikkan ilmu Joomla lepas???
tu la sebab kena beli domain sendiri..dapat minimize kena ban
ReplyDelete