• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Monday, October 5, 2009

Blog walking oh blog walking..




Cara yang saya rasakan terbaik untuk menarik readers menjenguk blog kita yang tak seberapa nak ada visitor tu adalah dengan kita bersikap baik hati menjenguk blog orang lain terlebih dahulu. Bak kata orang, kunjung mengunjung amalan mulia dan tak kenal maka tak cinta. Lebih-lebih lagi kita sekarang berada di bulan Ramadhan. Tak menjadi kesalahan jika kita menjenguk blog yang kita langsung tak kenal tuannya dan tuan empunya blog itu sendiri pun bukanlah terkenal.

Teknik ini di panggil blog walking atau nama santainya, jalan-jalan cari makan. Walaupun cara ini sangat memenat dan meletihkan jari, mana taknya, kita terpaksa meninggalkan kesan dan jejak kita di blog tersebut, tetapi harus di ingat, ianya sangat berkesan dari kita mengharapkan blog kita berada di senarai teratas carta search engine sama ada Google ataupun Yahoo. Bukan senang nak berada pada senarai teratas pada search engine.

Kita hanya perlu tinggalkan jejak sama ada pada shout box ataupun pada bahagian comment blog yang kita nak lawat. Yang penting sekali, gunakan bahasa yang indah dan berbunga hingga membuatkan hati tuan empunya ataupun readers blog tersebut luluh dan teruja nak jenguk blog kita. Berilah kata-kata semangat dan membina tentang blog tersebut walaupun pada hakikatnya blog tersebut memang hampeh dan mungkin menyebabkan kita menghamburkan kata-kata kesat bermakam tinggi. Jangan lupa, letakkan url link blog kita jika berpeluang.

Berpeluang ni pula bermaksud, tuan empunya blog memberi kebenaran kepada kita meletak link bagi menyalurkan sedikit  dari trafik blognya kepada blog kita sebagai penghargaan atas dari komen kita yang berhemah dan bermutu tinggi isi kandungannya. Satu lagi peluang ialah jika tuan si empunya blog sememangnya tidak tahu tujuan dan muslihat kita, yang memberikan komen yang begitu puitis, berbunga segar hingga kembang hidungnya hanyalah sekadar meletakkan link. Ia juga di kira situasi menang-menang pada blog yang menggunakan attribute dofollow.

Sebaliknya pula berlaku jika tuan empunya blog seorang diktator atau takut kepada tentera penyepam. Rata-rata mereka sebenarnya takut kepada tentera penyepam ini walaupun mereka tahu inilah lumrah dunia.

Di bawah ini, saya tunjukkan  bagaimana untuk meletakkan link pada comment post.

Contoh komen:

Blog ni bagus. Dapat tolong adik  buat blog. Adik minat sangat dgn ICT. Tapi kat sekolah, cikgu ajar sikit-skit. Walaupun adik baru pra sekolah, adik nak buat blog, nak lawan Alexa rangking blog ni.Adik serius.

Perkataan adik boleh diletakkan link ataupun cara yang mudah tetapi kurang selamat ialah dengan meletak url terus pada akhir comment.

Gunakan kod ini jika ingin meletakkan link pada comment post.

<a href="http://muridprasekolah.blogspot.com/">adik</a>

Tukar tulisan berwarna merah kepada url blog dan biru pada perkataan yang hendak pasang di link.

23 comments:

  1. menjenguk la cik nescafe oi.
    tuan tanah izinkan;)

    ReplyDelete
  2. morning!

    terima kasih sudi singgah blog Zara!

    p/s: letak lah Shoutbox balik~ betul kan neo kan?

    ReplyDelete
  3. To Zara

    Morning gak.
    Samalah sbb lepak kat sini.

    p/s: shout box sedang di baik pulih.

    ReplyDelete
  4. betul..blog walking juga boleh di gunakan sebagai exercise di pagi hari.. :)

    ReplyDelete
  5. tak nak amalkan selalu...
    sbb terlalu byk random follower nnti
    lebih pentingkan kualiti dr kuantiti
    however, appreciate pd follower yg betul2 ikhlas follow my blog

    ReplyDelete
  6. Blog walking satu cara yang baik !

    Selain daripada membantu empunya blog dengan meningkatkan hit mereka , sebenarnya blog walking juga mempromosi blog kita .

    Saya suka wat blog walking dan tak kisah orang buat blog walking kat site saya .

    Tapi saya tak suka kalau diorang terang-terang mempromosi blog atau peniagaan mereka .

    Contohnya

    "Buat kerja dari rumah dapat RM 800000 "

    Macam nie saya anggap SPAM .. pada saya laaa. .

    ReplyDelete
  7. Tahu tak apa , sebab itu bila saya komen saya akan guna Name/Url daripada google akaun . Tapi sebab sini tengah menjalankan contest saya guna google akaun .

    ReplyDelete
  8. aku pon dtg lepak kat blog ko ni. air minum takde kew tuan umah oiiiiii

    ReplyDelete
  9. bagus idea dan penulisan kamu nih Necafe..
    awat tak letak shoutbox..?
    tak suka ka ?
    hehe

    ReplyDelete
  10. ooo..lama aku xkasi comment...
    o..makasih..thnks 4 da tips..

    ReplyDelete
  11. salam ziarah nescafe ais.. hehe... bagus artikel nih... :D

    ReplyDelete
  12. To izanuddin:

    ok..same-same.

    To Tuah:

    Salam..Silakan

    Ye abang tuah..Tq melawat blog ni.

    ReplyDelete
  13. Alamak...cik Izah lambat le plak...
    stuju..blog jenjalan..eh blog walking ni baguih...
    ape lagi..jom le nyemak kat blog cik Izah...hehe...
    http://nahdatulizah.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Hello, this is a nicely explained article. Your piece was very informative. I had never heard the issue presented in that light. Thanks for your hard work.
    content marketing
    graphic design service
    sme grant

    ReplyDelete
  15. That's interesting, you have done a great job. Thanks for sharing.
    non destructive testing penang

    ReplyDelete
  16. Nice post, keep it up.
    Hope you are well in the current situation.
    mercury analyzer
    mercury fish
    minamata

    ReplyDelete
  17. Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
    facilities maintenance
    property manager in malaysia

    ReplyDelete