Pada dasarnya, gua bukan nak mengeluh tentang langkah kerajaan menurunkan gred petrol daripada RON 97 di turunkan kepada RON 95. Pada pendapat gua, formula ini di kira bijak sebenarnya kerana hingga ke hari ini, gua belum dengar lagi rakan-rakan seperjuangan gua berdebat dengan bahasa-bahasa di luar normal membahaskan tentang isu kenaikan harga minyak di Malaysia dan juga global. Tahniah gua ucapkan pada Menteri KPDNHEP, Datuk Ismail Sabri Yaakob kerana dengan formula tersebut, dapat mengurangkan rungutan, keluhan dan bantahan daripada rakyat Malaysia termasuklah rakan-rakan seperjuangan gua dan juga gua terhadap kenaikan harga minyak.
Apa yang menjadi topik hangat yang gua dengar dari rakan-rakan seperjuangan gua adalah berkisar tentang prestasi enjin. Kelancaran kereta mereka yang kini tidak lagi megah meluncur di jalan raya. Kereta mereka seakan-akan kehilangan kuasa kuda. Adalah dalam 2 hingga 3 ekor agaknya. Minyak larong macam air. Gua juga sependapat dengan mereka. Apa yang dapat gua katakan pada mereka, banyak-banyaklah kita bersabar.
Untuk menyelesaikan malasah ini, gua cadangkan supaya digunakan petrol RON 97. Gua tahu, cadangan gua ini mungkin akan membuat hati rakan-rakan seperjuangan gua memberontak dan mengeluarkan bahasa-bahasa di luar normal kepada gua. Majoriti dari mereka bersetuju bila gua cakap "Tukar-tukarlah, 2 hari guna RON95, sehari guna RON97. Kalau poket lu tebal, lu bantailah RON 97 tiap-tiap hari."
Gua rasa masalah tak selesai lagi. Rata-rata stesen minyak yang telah gua singgah untuk membeli Nescafe dalam tin tidak menjual RON 97. Gua tengok dekat pam, nozzle kanan RON 95 dan nozzle kiri pun RON 95. Begitu juga untuk 'Side B' sebelah belakang. Gua membuat satu kesimpulan bahawa, kebanyakkan stesen minyak menjual petrol gred RON 95, diesel, minyak pelincir, minyak cap kapak dan minyak Yuh Yee cap limau.
Petang tadi gua pergi hantar kereta gua ke pusat servis Toyota Kulai. Biasalah, tukar minyak hitam walaupun hakikatnya minyak tersebut bukan hitam. Gua tanya pada brader yang servis kereta gua. Kenapa kereta gua dah tak pick-up. Nak potong double line pun gua dah tak berani sekarang. Selalu, nak potong kereta depan, selamba jer gua tekan pedal minyak, terus naik 120km/h. Sekarang, kalau nak potong kereta makwe kat depan, gua tekan pedal minyak jer, enjin kereta gua semacam terkena senggugut dalam beberapa saat sebelum dapat memotong sambil tangan gua melambai makwe yang ada dalam kereta tersebut. Baru hari ini gua mengeluh, " Nikmatnya guna gear manual, kalaulah gua guna gear manual, mesti gua dah bahagia sekarang." Brader tu cakap pada gua. Bukan gua sorang jer yang tanya macam tu, malah beliau juga ada menerima beratus-ratus sms dan e-mail dari peminat misteri yang bertanya soalan yang serupa dengan soalan gua. Brader tu jawab "Ni bukan masalah enjin, tapi minyak yang lu guna. Lu guna RON 95."
Sepanjang perjalan pulang gua dari Kulai, gua ada singgah dua stesan minyak yang berbeza dengan tujuan, untuk membeli Nescafe dalam tin dan mengisi petrol. Kedua-dua stesen minyak tersebut serupa dengan stesen minyak yang pernah gua singgah.Hanya menjual petrol gred RON 95, diesel, minyak pelincir, minyak cap kapak dan minyak Yuh Yee cap limau.
Saturday, October 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
seb bek xdak keta..so x kesah mau pakai minyak dagu pon xpe..haha
ReplyDeleteTo imHepPie:
ReplyDelete~Bahaya tu guna minyak dagu
ooo...
ReplyDeleteyup2...ron 95 2 teknologi pembuatan die yang bagos..
die seakan sama ngan 97...
org kata sama xserupa..
bagu je pas wat repot ttg ron95...hehe..
de bnyk cr nak atasi 2 nes...
hidop must pndai cr lobang...uiks??
(maksud gue..pndai2 r hidop..hehe)
To izanuddin:
ReplyDelete~Gua tak berapa faham apa yang lu tulis. haha
~Bagi 1 suggestion pada gua cara nak atasi masalah gua.
xfaham??x..ron95 dicipta bukan for performance...
ReplyDeletepercaya la..dngn teknologi yg smakn canggih..akan ada ron92 gantikan ron95 plak...
~cadangan??nnt gua kasi kt lu...skunk ni samar2 ag..xbrani nak kasi...nnt xpasal2 lu nek public transport plak..huhu~~
oo baru tau asal ade ron 95..
ReplyDeletebak kate org..
barang baik mestilah mahal..huhu
nasib baik aku seorang biker sejati ... tak merasa sangat perubahan minyak-minyak nie
ReplyDeletetouya : biker??haha...ko kena maintenance bike ko kan??aku nasib bek pedestrian sejati seluhur sejiwa..senang..kui2...
ReplyDeletedin : aish...xde r..barang baik xsmstinya mahal..xcaya??cube g mydin..bnyk brg baik..tp murah je..hehe...org nak amik kesempatan je..
To izanuddin:
ReplyDelete~Ni aper kejadah bab Mydin pulak masuk..Haha.
korang ada gak ron 97. walaupun kat sini ada pelantaq petronas, kami kat sini tak tgk lagi mcm mana ron 97 tu. sedih2...
ReplyDeleteTo SEKOLAH KEBANGSAAN BEBULOH:
ReplyDelete~Sini pun susah gak nak cari RON97.
~Tapi ayat "kami kat sini tak tgk lagi mcm mana ron 97 tu" memang buat gua tak bole blah..haha.Lawak gila.
oit nes...aku stuju..jom gelak rame2..hehe....
ReplyDeletesian kt SKB tu..haha..
nak tau rope 97 2??
rope die mcm kuih jawa..huhu
(gurau jerk)