Salam dan hai kawan-kawan....Bunyi macam Astro Ceria bukan ayat gua?
Hari ini hari Ahad. Hari ini juga adalah hari utuk kita berehat-rehat dan hari untuk kita berjalan-jalan. Program gua hari ni, gua dah plan nak pergi bandaraya Johor Bahru dengan housemate gua petang ni. Cadang nak beli seluar jeans warna lusuh yang harganya mahal tak ingat. Tapi jeans punya pasal. Gua berkorban.
Jadi, sebelum gua nak bertoloak ke bandaraya Johor Bahru, kereta transformers gua mestilah bersih dan bersinar-sinar pada pandangan makwe dan masyarakat di bandaraya Johor Bahru nanti. Untuk makluman anda, kereta gua dah nak masuk sebulan tak basuh. Kali terakhir kereta transformes gua dibersihkan adalah sehari sebelum hari raya. Rajin bukan?
Gua plan nak hantar kereta transformers gua ke ‘car wash’ dalam pukul 3 tadi, tapi gua batalkan saja hasrat gua itu. Gua start kereta dan parking kereta gua keluar dari garaj. Gua bersyukur. Gua kembali menyambung aktiviti gua dengan mengadap peti ajaib bersama housemate gua. Kami gelak bersama-sama.
Dah pukul 5 petang. Sekarang gua rasa sesuai untuk gua gerak ke bandaraya Johor Bahru. Dekat sejam juga nak sampai sana.
Di bawah ini adalah gambar kereta transformes gua lepas gua keluarkan dari parking tadi.
Di bawah ini pula adalah gambar terbaru kereta transformes gua. Berkilat dan bersinar. Gua dah tak payah nak keluar modal RM 8 sebab nak bayar duit ‘car wash’. Gua dah jimat. Sebut ‘Alhamdulillah’.
Kereta transformers gua tak kering lagi, nak kena lap. Tapi gua rasa, tak payah lap pun tak apa sebab nanti time jalan boleh kering sendiri secara semula jadi. Nak lagi cepat kering, maintain speed 120km/h atas highway.
p/s:
1.Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan. Hujan itu adalah suatu rahmat yang tidak terhingga dari yang maha Esa.
2. Bolehlah ikut tips mencuci kereta yang menjimatkan dari gua.
Sunday, October 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
peh mmg jimat gle ni.
ReplyDeletejimat duet n tenaga.
hekelah,,nk g jb xajak.
xkool la..haha.
ksian keta ko mandi air ujan je.. dh la xbsabun.. hehe
ReplyDeleteoo
ReplyDeleteg jb smate-mate nk beli jeans je ke? perhh..
ReplyDeleteTo Adjla:
ReplyDelete~ Bukan nka jimat. Abis dah ujan. Basuh pun nanti kotor balik.
~Lain kali sound awal2 kalau nak ikut gua.
To zaiMi:
~ Betul. Silap gua. Patutnya sabun dulu. Tapi gua x sempat.
To izanuddin:
~ yer. Lu kena senggugut ker.
To Cik Rara:
~ Pelik ke gua beli jeans kat JB. Gua memang selalu cari kat situ pun.
~Untuk pengetahuan Cik Rara, Kluang x ada butik Levis. Kat JB berlambak.
aiyo...sengugut??
ReplyDeletesesungut da r beb...haha~~
gua ngah pkir pasal final r..
sbb 2....ooo~~
betui2..tips anugerah ni..memeng berbaloi....cuma sesekali kenalah mandikan dia ngn kasih syang.nak juga dia kena snow wash hehehe
ReplyDeleterm8 mcm2 leh wat.
ReplyDeleteTo izanuddin:
ReplyDelete~ Tu lah. Kepala ingat tenet.
To ainhany:
~ Kasih sayang. Tapi kalau selalu sangat, mau tukar kaler gua rasa. Silap-silap berlumut transformers gua.
To nur adilia:
~ Betul tu. Cukup gua rasa nak belanja nur adilia seorang. Haha
memang tips yang amat berguna bro!!!
ReplyDelete