• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Tuesday, October 20, 2009

Gua Merapu - Kumbang badak yang jinak



Kenalkah anda serangga apa yang terdapat pada gambar yang ditunjukkan di atas. Itu adalah kumbang. Ada yang memberi gelaran  yang manja. Kumbang badak atau nama saintifiknya, Oryctes rhinoceros. Struktur badan seakan-akan menyerupai bentuk seekor badak sumatera. Serangga ini amat sinonim dengan pokok kelapa sawit dan ia sangat jinak.

Sebelum ni gua memang tak tahu langsung yang kumbang ni berkawan rapat dengan pokok kelapa sawit. Gua pernah jumpa kumbang ni, tapi jarang. Kalau gua jumpa pun, mesti dah mati atau dalam kedudukan terlungkup dengan kaki yang terkedek-kedek ke atas. Gua jadi kesian. Gua betulkan kedudukan kumbang badak tu supaya dapat meneruskan perjalan menuju puncak. Selang seminit gua tengok, dah terlungkup lagi. Apa hal lah kumbang ni. Tabiat semulajadi rasanya.

Sekarang gua dan keluarga kumbang badak boleh di ibaratkan bagai kumbang dan bunga. Bila malam menjelma, kumbang-kumbang badak berterbangan  riang sambil menanduk-nanduk  lampu kalimantang kat anjung umah gua. Pantang nampak lampu, mesti nak tanduk. Jengah dekat anjung pagi-pagi, dah terkedek-kedek 15 ke 20 ekor. Letih juga gua nak betulkan kedudukan seekor-seekor. Tu belum di campur dengan kumbang-kumbang Kamikaze yang buat terjunan bebas ikut lubang angin masuk rumah gua. Menumpang kereta gua untuk makan angin free juga adalah tabiat yang biasa bagi kumbang badak. Gua pun hairan, macam mana kumbang ni boleh masuk dalam kereta gua. Gua rasa kumbang ni mesti dah tengok cerita-cerita pasal orang curi kereta dalam tv. Mudah sangat terpengaruh.

Sekarang, gua ambil jalan mudah. Gua dah tak betulkan lagi kedudukan kumbang yang terkedek-kedek. Biarlah terkedek-kedek. Gua kumpulkan dalam satu kotak kasut. Banyaknya boleh gua gambarkan yang gua mampu untuk memberi sorang seekor kumbang badak kepada visitor blog gua untuk sehari sebagai cenderahati kenang-kenangan.

Pada para visitors, siapa yang berkeinginan membela  kumbang badak yang cerdik dan jinak dengan tujuan untuk dijadikan binatang kesayangan, bolehlah e mail pada gua. Gua bagi free. Jumlah minumum ialah 5 ekor, percuma lagi 2 ekor. Semuanya 7 ekor yang boleh anda dapat secara percuma. Lumayan bukan? Pada mereka-mereka yang mempunyai niat yang tidak baik, mahu menjadikan kumbang-kumbang badak ini sebagai makanan eksotik, gua tak akan bersekongkol dengan orang yang semacam ini. Busuk punya orang !

17 comments:

  1. indahnyer hidop seekor kumbang...!!!
    jap, lu kumbang ker bunge???

    ReplyDelete
  2. huhu.. seb baik xde kat umah gua. kalau tak, mau 3 minit sekali gua pengsan! apatah lagi tengok kaki dia dok melambai2 tu... eiiii... (sori, emo jap :o)

    ReplyDelete
  3. To Misya:

    ~Bole kut. Gua ada banyak kumbang tu. Gua dah macam penternak kumbang sekarang. haha.
    ~Gua pun x tau kumbang tu makan apa. Nanti gua selidik yer. Mcm berminat jer nak bela. Kehkeh.

    To Nenek tua banyak sakti:

    ~Gua x senonoh? Haha. Gua prihatin terhadap hidupan liar.

    To zhen:

    ~ Gua manusia biasa. Sekarang, orang-orang panggil gua penternak kumbang yang berjaya.

    To shuhada:

    ~ Lady bird lu suka tak. Kalau lu suka, nanti gua cari. Tak pun, kumbang badak yang gua ada, gua kaler merah, letak bintik-bintik. Mesti serupa dengan lady bird. Haha

    ReplyDelete
  4. hehehe..sah xde keje nih..kumbang pun boleh jadi kn citer ke??

    ReplyDelete
  5. ntah...mmg xde kije..
    tau la ko xde idea nk letak tutorial bagu..haha..
    kumbang tanduk 2 yg bunyi...sret2 2 ke??

    aku nak 1..nak sugoh die jaga blog aku...ok??

    ReplyDelete
  6. To Naurah Napiha:

    ~Gua mimpi kena kejar dengan kumbang gergasi. Jadi gua buat entri khas untuk kumbang yang gua simpan. Mereka pasti gembira. Haha.

    p/s: Sekali sekala gua nak merapu. Gua belum ada idea lagi ni. Next entri gua nak tulis pasal semut merah pulak. Amacam?

    ReplyDelete
  7. To izanuddin:

    ~ Tutorial banyak, tapi gua mcm dah malas nak post entri utk tutorial. Beriya suruh gua post tutorial yang hebat2, tapi guna sekali buat apa kan. Buat letih gua jer.

    ~ Nanti gua send email gambar kumbang tu pada lu.

    p/s: Gua akan terus merapu lagi.

    ReplyDelete
  8. aik..mcm perli aku je..haha~~
    aku guna r ko nye tutorial r..
    ley kta..aku jadi bagos sbb tutor ko..
    hehe~~

    ok2..send gmbr mak kumbang pon ok pe..haha~~

    p/s: gua akan sokong xkira ko merapu ke pe2 ka...haha~~

    ReplyDelete
  9. ewyuh..
    aku menci binatang liar ni.
    siyes..die pnh msuk dlm kain aku.
    mmg durjana..aku benci la!!

    ReplyDelete
  10. aku penah bela menatang tu.. maklum la budak kampung.. cara die cr sbatang tebu.. siat kulit tebu tu sket kt ujung.. pstu paku kt bawah ujung tebu tu buat cm kaki bg die tgi sebelah.. pstu letak je kumbang tu kt bhgn tebu yg dh disiat tu.. menatang tu xkn lari dh.. keje die duk isap batang tebu tu je..

    ReplyDelete
  11. tempat gua payah beno nk jumpa binatang ni.

    ReplyDelete
  12. To Adjla:

    ~Kahkah. Mungkin kumbang tu rasa cool masuk dlm kain lu.

    To zaiMi:

    ~Kat tempat gua susah nak cari tebu, kelapa sawit banyaklah. Nanti gua ikhtiarkan macam mana gua nak cari tebu. Kalau air tebu lagi senang kut. Haha

    To CharMiea:

    ~Lu duduk kat gurun sahara ker. Kalau lu nak bela, gua boleh bagi. Mesti lu suka kan?

    ReplyDelete
  13. gua nak dua boleh?? jantan and betina ..

    ReplyDelete
  14. Bro aku nak bole aku teringin sangat nak menjaga yaa dh puas aku mencarinya pm aku ya ni whatsapp aku 01125376132 pm aku yaa please..

    ReplyDelete