• Natlie Imbruglia

    Doesn`t she look very cool?

  • Thousands of Years

    Earth has lived thousands of years...

  • Fruits

    Fruits are vital for health and their nutrients...

  • The Lonely Road

    The Lonely Road reminds Me with You...

  • Twister

    Here are some twisting graphics for you...

Saturday, October 31, 2009

Laa..Ketawalah pulak! Ni apa cerita ni?


 Hahaha..You Rock !!!

Entri ini tak ada kena mengena dengan blog atau tutorial. Jauh sekali kalau nak buat widget gambar pakcik diatas. Entah kenapa boleh tergerak jari gua nak buat entri yang semacam ini. Lancar pulak tu. 

Gua ada terbaca satu artikel tentang ketawa dalam sebuah majalah. Artikel yang pada gua, sangat menarik. Apa yang nak gua kongsi ialah tentang beberapa fakta yang menarik dan kesannya apabila kita ketawa. Gua tulis yang positf-positif saja. Kalau gua tulis yang negatif-negatif, gua takut nanti ada yang dah tak nak ketawa pulak, buat muka ketat atau saja-saja gelak gaya jin baru keluar dari lampu ajaib.

Fakta yang pertama.

Ketawa membantu manusia menjelaskan hasrat mereka dalam perhubungan sosial dan menyerlahkan emosi mereka semasa berbual.

Gua kata.

Biasanya kalau kita duduk melepak sambil bersembang dengan kawan-kawan yang bilangannya lebih daripada 2 orang, suasananya adalah lebih happening dan mengembirakan. Makin ramai bilangan ahli dalam sesuatu corumn, makin menggila gelak tawanya. Macam-macam gaya ketawa.

Jarang kalau kita duduk melepak sambil bersembang ramai-ramai, tak dengar orang yang ketawa. Semua serius. Buat-buat muka ketat. Kalau ada yang gaya macam tu, mungkin itu adalah persidangan mafia-mafia yang tengah 'slow talk' secara serius sambil menonton Wonder Pets.

Fakta yang kedua:

Kalau ketawa anda disambut, ini bermakna ia adalah sebahagian daripada sesuatu kumpulan. Ia isyarat penerimaan dan interaksi yang positif. Tahniah.

Gua kata:

Sebagai contoh, bayangkan anda adalah seorang penyokong tegar pasukan Liverpool. Sedang makan roti canai kuah banjir sambil menyaksikan perlawanan bola sepak dekat Mapley yang ada screen besar. Perlawanan pada hari itu adalah di antara Liverpool dan Man U. Anda duduk dan melantak di kelompok penyokong Liverpool sambil membuat ulasan terhadap perkembangan perlawanan.

Tiba-tiba Torres menyumbat bola kedalam gawang Man U. Bluupp... "Goal !!!" Anda bangun menjerit, sambil ketawa dengan riangnya didepan kelompok penyokong tegar Man U.

Adakah anda merasakan yang gelak tawa anda itu akan di sambut oleh meraka? Jika ya, anda adalah sebahagian dari kumpulan mereka. Tahniah gua ucapkan.


Kesan-kesan positif apabila kita ketawa.

Di bawah ni gua senaraikan 9 kesan yang positif apabila kita ketawa.

  1. Menurunkan tekanan darah.
  2. Menguatkan fungsi otot jantung.
  3. Menurunkan hormon stress.
  4. Melancarkan peredaran darah.
  5. Meningkatkan kelenturan otot.
  6. Menambah bekalan oksigen dalam badan.
  7. Meningkatkan fungsi imuniti pada tubuh.
  8. Merangsang pengeluaran endorfin, iaitu ' ubat penahan sakit' yang dikeluarkan oleh tubuh kita secara semulajadi.
  9. Menghasilkan perasaan sihat, segar dan bahagia.
Bukti: Sila rujuk gambar di atas.

Kesimpulannya, ketawalah ke arah yang lebih positif kerana ketawa adalah satu terapi untuk minda dan tubuh badan. Jangan  stress-stress dan jangan ketawa sampai tak ingat dunia sudahlah.

17 comments:

  1. KaLo keTawE berdeQah-berdeQah-berdeQah xLoj juGak ek???

    Alamaks

    ReplyDelete
  2. hehe ktawa lebih2 kan klua ilmu.keke

    ReplyDelete
  3. Nak ketawa tgk gambor kt N3 nih...

    ReplyDelete
  4. Tiba-tiba Torres menyumbat bola kedalam gawang Man U. Bluupp... "Goal !!!" Anda bangun menjerit, sambil ketawa dengan riangnya didepan kelompok penyokong tegar Man U.

    Adakah anda merasakan yang gelak tawa anda itu akan di sambut oleh meraka? Jika ya, anda adalah sebahagian dari kumpulan mereka. Tahniah gua ucapkan. <<<< Btol berani mati nie?? Hahaha!

    ReplyDelete
  5. ketawa pon leh buat mulut rasa mcm besar gila haha

    ReplyDelete
  6. Kalo ketawa sorg2?? Hehe.. Nway, info yg menarik. Mekaseyh.. :)

    ReplyDelete
  7. ketawa, ketawa jugak.
    tapi kene beringat sikit kn ;)

    ReplyDelete
  8. nur adilia: KENApa kena ingat plak??takot habis ker??hehe~~~

    ReplyDelete
  9. To Misya:

    ~Kalau ketawa jenis berdeQah-berdeQah-berdeQah, tak ada dalam kamus dewan, jadi di bolehkan kut. Haha.

    p/s: Gua pun Alamaks jugak.

    To izzahfarhana:

    ~ Sekali-sekala release tension.keke

    To arryani:

    ~ Baru nak ketawa tak apa. Kalau dah ketawa tengok gambar tu, takut nanti terjatuh hati pulak.

    ReplyDelete
  10. To Dak Wan:

    ~ Mana lah tau. Haha. Ada yang jenis fanatik gile. "You'll Never Walk Alone" katanya.

    To imHepPie:

    ~ Kahkah. Memang senang hatilah orang yang boleh ketawa sampai mulut jadi besar.

    To Fathiha Zainal:

    ~ Ketawa sorang2 bahaya tu. Kalau dengan dinding ok lagi. Ada juga teman. Haha

    ReplyDelete
  11. banyak ketawa boleh menyebabkan gelap hati...kurangkan ketawa...banyakkan menangis atas dosa...

    banyakkan senyuman, itu sedekah yang free..

    dengan air muka yang manis dan selalu tersenyum, hidup lebih bermakna dan sihat. Stress akan menyebabkan kenaikan berat badan kerana tinggi keinginan untuk makan makanan berkarbohidrat dan berlemak tinggi...pengawalan stress melalui ketawa dan tersenyum adalah langkah yang bijak

    ReplyDelete
  12. la nes sy nk tau gak yg negatif2 dia ap...hehe

    xkisah ler xketawa kta senyum jer ler... hihi

    ReplyDelete
  13. To :: hayati ::

    ~ Yang negatif gua dah lupa. Hehheh.
    ~ Samalah kita. Gua pun senyum sahaja.

    ReplyDelete