Gua nak cerita pengalaman gua semasa mula-mula gua kenal sama internet. Gua rasa, ramai readers yang seangkatan dengan gua sekarang ni yang mungkin ada pengalaman yang sama tapi tak serupa dengan gua.
Gua kenal dunia internet masa gua Form 4. Tahun 1996. Itu jam, dunia internet tak macam sekarang. Apa yang tersemat dalam pemikiran gua adalah, internet tu adalah MIRC dan tempat lepak-lepak sambil mengurat makwe-makwe. Dulu tak panggil MIRC. Panggil 'main chatting'. Nak cari dalam PC, aplikasi MIRC ni senang je. Biasa owner cyber café (gelaran manja cc) akan letak ikon shortcut pada desktop. Sebab dia faham, budak-budak macam gua bila masuk aja CC mesti mengadap benda ni. Benda lain haram tak pernah usik pun. Sebab tak tau. Ketinggalan zaman bukan?
Dulu Channel tempat nak berchatting yang gah adalah Kampung, Mamak dan entah apa-apa entah yang gua tak berapa nak ingat. Gua dulu baik. Tak salah gunakan internet. Buka Mirc. Buka Channel Kampung. Klik semua nickname makwe-makwe. Kalau ada dua puluh nick name, dua puluh –dua puluh lah gua klik. Lepas tu macam biasa. Soalan dan jawapan yang biasa ditanya oleh kaki-kaki Mirc. Hi…ASL please.. U ni M ke F...GTG dan berbagai short word yang gua dah tak ingat. Itu yang boleh buat tak sedar diri melepak sampai berjam-jam kat CC. Ramai sangat yang nak chatting dengan gua.
Member-member gua pulak lain sikit perangainya. Lagi advance, gambar-gambar pornografi dah kira ketinggalan zaman masa tu. Padahal, kena kenceng hidup-hidup dengan owner cc tu. Dia cakap kat siling dah pasang kamera. “Nampak tak benda bulat yang ada lampu merah. Tu namanya kamera (pergghh..Pada hal smoke detector). Lu orang jangan buat hal tengok gambar porno kat sini.” Tu yang gua dan member-member gua terus tak berani nak tengok gambar porno. Percaya beb, dulu. Siap ada yang mengaku belum sunat lagi..
Dah tak dapat tengok, member-member gua (termasuklah gua) bantai layan flood dalam kotak chat MIRC. Ada yang lagi up to date, siap claim diri dia dah pangkat IRC Cop. Memang gxmpxng perangai sorang-sorang. Hidup nak mendengki orang. Lepas tu gelak tak ingat. Gua pun tak tau apa faedahnya sampai sekarang.
Ada sorang member gua sanggup melepak berjam-jam siang malam mengadap Mirc. Dah tahap kronik Mirc. Tujuannya nak buat flood. Mentang-mentang tahu koding untuk buat flood, abis di bantai nak uji black majik yang baru dia belajar. Sampaikan server kat CC tu selalu disconnect. Memang menyusahkan masyarakat. Yang gua paling tak boleh lupa, ada sehari tu gua jadi pelik sebab dia tak lepak kat CC. Gua tanya member lain. Member gua cakap, member gua yang kronik Mirc tu pergi KL jadi IRC Cop. Gua boleh percaya hidup-hidup. Dalam hati gua.. "Perghh.. Jadi IRC Cop.Memang hebat." Gua jadi yakin sebab dia boleh hack sampai PC kat CC banyak yang jahanam hasil penangan black magik dia. Esoknya gua jumpa dia kat sekolah. Gua tanya dia untuk kepastian. Selamba dia jawab, dia dah kena pecat. "Aku dah turun pangkat, tak jadi IRC Cop lagi." Hebat bukan kisah tahyulnya? Helah bela diri yang tak masuk akal. Padahal mak dia dah tak bagi dia melepak kat cc. Suruh siapkan kerja sekolah.
Nilai moral yang cuba gua terapkan di sini kepada student-student, sila siapkan kerja sekolah atau assignment anda terlebih dahulu sebelum anda melayari internet. Jangan layari site-site yang merosakkan minda anda. Dengarlah nasihat dan teguran ibu bapa.
p/s: Ada lagi ker MIRC sekarang ni? Gua macam perasan ada lagi.
ini cerita lu-....da gak pengalaman ngn mirc...xley lupe gak...nak puji len skit ne..
ReplyDeleteur writing skill improved..congrats
kahkahkah zaman jahiliah dulu ;D hidup MIRC! ;D
ReplyDeletehahaha tahun 1996 tu gak aku mula kenal chatting, kenal internet n kenal laki aku skrang ni! cc time tu rm10 tau sejam tp sanggup! btw, kita lahir sama tahun la..
ReplyDeletehihihi...
ReplyDeletemirc...
lucu lak bile ingat balik...
Uish
ReplyDeleteBtoL la... Ntah2 ni la mamat yg slalo chat dlm kampongchat mase sayE kecek2 duLu.
Haks3
Igt g dok kat uma mlayan tenet 24 jam smpai xtidow
Jakon ade tenet =p
haha..damn...dlu ade 1 website..melayuboleh...haha pervert doe
ReplyDeleteNi zaman "Nuke" computer org lain ni, code yg popular "Agent Orange" bleh BSOD windows 3.X klu kena.. hehehe :)
ReplyDeleteTo izanuddin:
ReplyDelete~ Lu mesti tak pernah main Mirc.Kenagan terindah time tu.haha
~ Dah improve ker. Belajar dari kesilapan.
To BELLA:
~ Tu lah. Mirc memang lagenda. Time tu cc jadi port melepak lepas sekolah.
To Shuhada:
~ Seingat gua, dulu harganya mahal tak ingat. Itu jam darurat. Kat cc jer ada internet.
~ Lu bertemu jodoh guna Mirc ker. Memang legend.
To msanissyahirah:
ReplyDelete~ Ada pengalaman gak ker.
To Budok PahanG!
~ Ai..Tukar nama dah. Dah tak terbilang ker. Haha.
~ Mana tak jakun. Time baru kenal internet. Ada yang kronik mengadap internet.
To AzRi:
~ Pergghh..pornografi. Haha. Gua dah tak ingat url nya.Ada lagi ker skarang site tu.
To Dak Wan:
~ Ni mesti kaki hack PC zaman-zaman Mirc. Yang kelakar dulu, siap buat flood gambar love, keluar kat kotak channel. haha. Makwe tak layan jer, flood.
Tu tak masuk gambar flooding ribut tu........
ReplyDeletehaha!
ReplyDeletesy lahir 89..sempat jugak r berIRC dlu.
sambil baca entry nih,smbil gelak sndrik teringat btapa innocentnya dulu.ceyh!
"siap ada yang mengaku belum sunat lagi"<---sumpah kelakar.haha!
To Dak Wan:
ReplyDelete~ Haha. Kalau sekarang boleh buat mcm tu lagi mesti haru biru duniaku.
To norfaridahanum:
~ Nasib baik sempat jumpa zaman kegemilangan Mirc32. Biasa la dulu. Mana tau lagi benda-benda mcm sekarang.
~ Tapi bertuah brader CC tu nak percaya.
lawak la bro punya cita i like.sebab dlu mula kenal internet tru mirc.masuk #kampung #surau
ReplyDeletekalau jd op tu dah best boleh kick ban orang.hahaha
sama!aku pon dulu knal mirc dlu sblom kenl internet nie..ahax..
ReplyDeleteTo izzahfarhana:
ReplyDelete~ Haha. Dulu kira dah advance la kalau pandai chat. Kira dah hebatla kalau dapat jadi op tu. Kalau jadi founder channel suka-suka hati nak kick ban. Padahal bukan ramai pun yang lepak kat chennel yang kita buat.
To al-Wann:
~ Kita serupa. Dah kenal internet, barulah tau Mirc tu apa Internet tu apa. Haha
dulu pakat dok cari tenet laju nak lawan skrip paling kuat. padahal sama saja.connection ok dia la paling banyak kick
ReplyDeleteHahahaha... teringat Pe4RL di zaman MiRC deduluk.. thehehehe
ReplyDeletehehehe
ReplyDeletebila baca lu punya artikel ni buat gua senyum.Memang tak dinafikan zaman itu MIRC ni adalah segalanya.Users waktu tu punya la belambak mau dekat 1k lebih.Tapi waktu itu,itu yg di katakan intenet tanpa batasan.Kenal orang satu malaysia.Kalau tak mirc nak kenal celah mana?kena terima kasih untuk mr khaled apa tah.Yang pencipta mirc tu.cayuk cayuk bro.. zaman mirc telah berkurang.Sekarang zaman blog n facebook.Ko perasaan tak.Mula mula mirc,pastu website,pastu blog n facebook.Pasni kita tunggu kemunculan baru pulak. :)
salam
abg nes wawawawaaa aritu baru je buat 4 siri cite pasal MIRC... hakhak... ai kenal irc 1998 lewat 2 taun dr yu... sempat la blajo camne nk flood cenel, mane skrip power mane skrip nenong... hahahah dan sempat jugak la lepak #kampung dan #mamak... hakhakhak... xleh bla betol...
ReplyDeletekalau ade masa meh baca http://nojj.blogspot.com/2009/11/asl-plzzzz.html ke rumah kerdil ai...
eh abg nes, ade brani nk reveal nick jaman mirc?? hehehe mane la tau rupenye kte penah muah muah dulu... hahahah
@..nOj..
ReplyDeleteHaha. Gua dah lupa pakai nick apa dulu. Dah lama sangat dah.
menarik kisah ko bro..gua pn dulu kaki mirc nie..tp skang nie ade lg ker yg guna ek...klu ader pn dak2 skolah rndh yg br nk belajar pegang internet kot..
ReplyDelete@Little buzz
ReplyDeleteHaha. Boleh simpan buat kenangan. Nanati boleh cerita kat anak cucu
Mirc mmeang ade lagi, xpernah pupus laa...sampai skrg mcm2 server ade ..(aku hr tu saje je install, sbb nk test ilmu chat..haha leh ke?? + bossan2 nk tgk chatter zaman sekrg berbanding 10tahun dulu...
ReplyDeletedulu aku dgn MIRC mmg sejiwa laaa...zaman study lagikla dasat, nasib xkandas jer..member aku kena KS )kedudukan bersyarat coz of MIRC ni..tp mmg dulu, ckp internet, mesti = MIRC,,,skrg?? memacam....FB, Blog, Myspace, etc